Kelab Greenboc |
- [BONGKAR] Kajian "81% Mahu Anwar Bersara" Adalah Palsu
- Pemuda MIC Berang Najib Lantik Pemimpin Hindraf Sebagai Timb Menteri
- MCA Semakin Mengecil & Terpencil Di Dalam BN
- [GAMBAR BERBICARA] Masa Depan Malaysia Hanya Ada Pada Pakatan Rakyat!
- Himpunan Black505 Bakal Gempur N Sembilan, Kedah, T’ganu & Melaka
- PASCA PRU13: Berkuburnya Slogan 1Malaysia, Najib Sudah Tukarnya Kepada "Tsunami Cina"!
[BONGKAR] Kajian "81% Mahu Anwar Bersara" Adalah Palsu Posted: 17 May 2013 01:01 AM PDT Kajian laman web The Edge yang menunjukkan 81 peratus pembacanya bersetuju bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim harus bersara daripada politik rupa-rupanya palsu. Mengikut laporan penjelasan The Edge, editor laman webnya Ho Wah Foon mendapati kajian yang berusia seminggu itu telah menarik 12,736 reaksi yang berat sebelah. Ini menyebabkan beliau menghentikan kajian tersebut pada 14 Mei yang lalu. Setelah disemak, jabatan IT The Edge telah mendapati 6,354 reaksi datang daripada satu alamat IP yang sama, dan 1,700 datang daripada beberapa alamat IP yang lain dari bangunan yang sama. "Manakala 2,000 lagi datang daripada tujuh alamat IP berlainan. Daripada ini, ia adalah jelas kajian telah digodam dan keputusannya tidak boleh diambil sebagai satu yang objektif dan boleh dipercayai," kata The Edge. Difahamkan keadaan itu berlaku akibat telah digodam cybertroopers. Dalam kajian yang keputusannya disiar media kelmarin, laman itu bertanya samada Anwar harus terus memimpin Pakatan Rakyat atau bersara ekoran kegagalan pakatan itu untuk memenangi pilihanraya 5 Mei yang lalu. 81 peratus atau 10,396 daripada 12,736 reaksi yang diterima berpendapat Anwar patut bersara. -hd Ulasan GB Sewaktu berita mengenai satu kajian kononnya 81% mahu Anwar bersara disiarkan oleh Sinar Harian dan malaysiakini kelmarin (15 Mei 2013), GB lansung tak percaya dengan berita berkenaan sekalipun blog para pencacai UMNO melompat sakan dengan penyiaran berita berkenaan. Ini kerana senario semasa lansung tidak menunjukkan sokongan terhadap keputusan kajian berkenaan, malah jika diukur dari keputusan pilihanraya pun, undi popular yang diterima BN lansung tidak mencecah 50%. Jadi bagaimana boleh sampai 81% mendesak Anwar berundur. Memang puak UMNO BN ni sekarang di dalam keadaan amat tertekan dan terdesak. Melakukan apa saja dan "penipuan" merupakan satu-satunya cara kini untuk kekal berkuasa. Namun percayalah hukum kebenaran dan keadilan kini sedang mengambil tempatnya dan UMNO BN sedang menuju kehancurannya! |
Pemuda MIC Berang Najib Lantik Pemimpin Hindraf Sebagai Timb Menteri Posted: 16 May 2013 11:13 PM PDT Pemuda MIC menyatakan kekecewaannya berhubung pelantikan pemimpin Hindraf P Waythamoorthy (gambar, kiri) sebagai timbalan menteri dalam kabinet baru perdana menteri. "Dengan melantik seseorang yang mencemarkan imej negara... (perkara ini) akan melemahkan komponen parti seperti MIC dan wakil India dalam BN. "Perdana menteri hatta boleh menimbangkan daripada Barisan Progresif India (IPF) - yang setia kepada BN sejak 25 tahun lalu - untuk kedudukan kanan dalam kerajaan. "Saya kuat rasakan terdapat banyak pilihan lebih baik dalam BN daripada Waythamoorty," kata Ketua Pemuda MIC T Mohan dalam kenyataan media hari ini. |
MCA Semakin Mengecil & Terpencil Di Dalam BN Posted: 16 May 2013 08:31 PM PDT Perkauman melampau-lampau Umno menjadikan MCA dan Gerakan merasa rumah Barisan Nasional (BN) sudah begitu sempit untuk mereka, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub. Pada masa yang sama, katanya, Pakatan Rakyat pula semakin diyakini sebagai wadah perpaduan yang tulus dan ikhlas bagi semua rakyat Malaysia. Dengan apa yang dilalui oleh mereka, Salahuddin tertanya-tanya sehingga bilakah MCA dan Gerakan sanggup berada di dalam rumah BN yang semakin disempitkan kepada mereka dengan pelbagai sindiran dan kenyataan sinis Umno yang semakin menjadi abang besar yang takbur dan angkuh. "Ketika pengundi-pengundi dari Bangladesh yang dilaporkan telah diangkut untuk mengundi BN semakin disantuni dengan begitu mesra oleh Umno, parti-parti yang selama ini mewakili kaum Cina di dalam BN seperti MCA dan Gerakan semakin menjadi orang terbuang yang langsung tidak dihargai lagi di dalam rumah BN. "Setiap hari disindir dan diperli oleh Umno dan yang lebih menghairankan, MCA dan Gerakan terus membodohkan diri ketika bangsa Cina terus dihina oleh para pemimpin dan hulubalang-hulubalang Umno," katanya. Rakyat, kata Salahuddin, tertanya-tanya mengapakah MCA dan Gerakan sanggup menjadi orang terbuang dan terhina di dalam BN. "Jasa MCA dan Gerakan yang mengekalkan kuasa Umno pada pilihan raya 1999 lalu ketika 65 peratus orang Melayu menolak (Tun) Dr Mahathir (Mohamad), Umno dan BN ketika itu sedikit pun tidak dihargai," katanya. Ketika MCA dan Gerakan menjadi orang terbuang di dalam BN, Salahuddin mengajak semua rakyat Malaysia membuang politik perkauman yang penuh dendam dan permusuhan yang ditaja oleh Umno. "Sehingga bilakah rakyat Malaysia sanggup hidup dibakar api perkauman yang semakin hari semakin diapi-apikan oleh Umno?" beliau mempersoalkan. Rakyat Malaysia, terutama orang-orang Melayu, tidak ada pilihan lagi untuk membina Malaysia yang kembali aman dan harmoni melainkan bersama-sama Pakatan yang semakin terlihat dan terbukti menjadi "wadah perpaduan yang tulus dan ikhlas", kata beliau. "Sesiapa jua yang menghadiri perhimpunan-perhimpuna kita sejak sebelum pilihan raya lalu dan juga perhimpunan-perhimpunan selepas pilihan raya seperti di Petaling Jaya, Pulau Pinang, Ipoh, Kuantan dan Johor Bahru telah merasai bahawa Pakatan telah benar-benar menjadi wadah perpaduan yang ikhlas dan mesra bagi semua kaum," kata Salahuddin yang yakin usaha untuk meyakinkan rakyat Malaysia bahawa Pakatan adalah wadah perpaduan yang benar-benar ikhlas akan berjaya. -HD |
[GAMBAR BERBICARA] Masa Depan Malaysia Hanya Ada Pada Pakatan Rakyat! Posted: 16 May 2013 05:05 PM PDT Tatkala Najib, UMNO, bekas hakim dan sekalian akhbar & blogger pencacai meniupkan api perkauman di kalangan rakyat Malaysia dengan menyeru dan terus menghasut bangsa Melayu membenci kaum Cina kerana tertekan dengan keputusan pilihanraya yang lalu, sebilangan besar rakyat pula di bawah Pakatan Rakyat memupuk perasaan saling menyayangi dan rasa persaudaraan di kalangan rakyat berbilang kaum. Masa depan Malaysia hanya di tangan PAKATAN RAKYAT! Saksikanlah persaudaraan ini: |
Himpunan Black505 Bakal Gempur N Sembilan, Kedah, T’ganu & Melaka Posted: 16 May 2013 08:03 AM PDT Gelombang Black 505 yang menzahirkan suara bantahan rakyat menentang penipuan PRU 13 yang kini telah memcecah kehadiran hampir setengah juta pengunjung akan diteruskan lagi di negeri-negeri Kedah, Terengganu, Melaka dan Negeri Sembilan. Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli dalam kenyataan medianya berkata mengikut anggaran seramai lebih 400,000 rakyat Malaysia telah menyerti black505 setakat ini (120,000 – Kelana Jaya, 120,000 – Batu Kawan, 60,000 – Ipoh, 60,000 – Kuantan dan 60,000 – Ulu Tiram). Beliau yang juga MP Pandan berkata semua perhimpunan berjalan dengan aman dan mematuhi arahan PDRM walaupun lokasi perhimpunan berubah di saat akhir. Katanya beberapa lokasi yang terpaksa di ubah di saat akhir berlaku di Pulau Pinang, Pahang dan Johor. Namun sambutan rakyat amat mengkagumkan. Lokasi Perhimpunan selanjutnya diadakan di Negeri Sembilan pada hari Jumaat 17 Mei 2013, bertempat di kawasan parkir Jalan Haruan 4/7, Pusat Komersial Oakland, Seremban. Orang ramai dinasihatkan hadir awal untuk mengelak kesesakan. Lokasi seterusnya,Kedah – 21 Mei 2013 (Selasa) , Terengganu- 23 Mei 2013 (Khamis) dan Melaka- 24 Mei 2013 (Jumaat). "Saya menyeru seberapa ramai rakyat untuk turun menyertai black505 sebagai bantahan terhadap penipuan pilihanraya dan sokongan kepada reformasi pilihanraya yang perlu diadakan segera." kata Rafizi |
PASCA PRU13: Berkuburnya Slogan 1Malaysia, Najib Sudah Tukarnya Kepada "Tsunami Cina"! Posted: 16 May 2013 05:31 AM PDT 1Malaysia Dalam Kenangan Telah sepuluh hari UMNO/BN kembali memerintah. Dalam erti kata lain Pakatan Rakyat (PR) tidak dapat meneruskan usaha murninya untuk memansuhkan tol dan PTPTN kerana belum berjaya membentuk kerajaan Persekutuan. Akan tetapi sekiranya dibelek-belek media perdana. Kelihatan seperti Barisan Nasional (BN) sudah pun memulakan langkah pemansuhan. Tidak, jangan silap. Usaha pemansuhan UMNO/BN yang dimaksudkan bukan terhadap tol atau PTPTN. Itu bukanlah minat mereka. Tetapi apa yang dilihat sedang cuba dimansuhkan adalah falsafah 1Malaysia yang dijulang Najib Razak sebelum ini. Lihat saja sejurus selepas UMNO/BN memenangi PRU-13, isu yang meletus ialah kononnya prestasi buruk UMNO/BN berpunca daripada "tsunami Cina". Tanpa membuang masa pertuduhan itu disambut oleh lidah UMNO dengan terpampang sebesar-besar tajuk "Apa Lagi Cina Mahu?" Bermulalah rentetan serangan demi serangan berbau perkauman seolah-olah keputusan PRU13 simbol kepada Cina lawan Melayu. Sehinggalah membawa kepada seruan paling bengap semalam agar diboikot perniagaan kaum Cina yang menyokong PR. Oh ya, bagaimana mahu tahu yang mana menyokong yang mana tidak? Katakan sajalah mahu boikot perniagaan semua orang Cina. Najib Razak sendiri kelihatan sudah kurang bicara mengenai 1Malaysia sejak kemenangannya. Seperti yang kita tahu, 1Malaysia yang mahukan rakyat melihat diri mereka sebagai rakyat Malaysia dahulu kemudian barulah kaum, tidak mendapat sambutan di kalangan ahli dan pemimpin UMNO. Akibatnya bola tanggung "tsunami Cina" yang Najib lontarkan tentu akan memakan diri, apabila orang UMNO akan melihat 1Malaysia sebagai slogan gagal dan syok sendiri. PR mungkin belum berjaya membentuk kerajaan Persekutuan. Tetapi selepas PRU13, semakin menjadi-jadi perpaduan rentas kaum para penyokongnya. Semakin berusaha penyokong PR untuk memperkuatkan perpaduan rentas kaum di kalangan mereka. Jika sebelum PRU-13 UMNO/BN galak memainkan propaganda kononnya memilih mereka sama dengan memilih Malaysia. Pasca-PRU13 membuktikan pihak mana yang sebenar-benarnya mempunyai semangat Malaysia! -roketkini Ulasan GB Apabila Najib dan UMNO menyalahkan "Tsunami Cina" akibat prestasi buruk BN di dalam PRU13 yang lalu, Najib seperti mengakui bahawa projek 1Malaysia dan sekalia program di bawah slogan itu telah GAGAL. Dan kita melihat dengan jelas, pekung mereka terdedah dan masyarakat Cina membuka mata bahawa UMNO semakin rasis, menghampiri rasisma yang ditaja PERKASA. Pencacai-pencacai UMNO kian membuak-buak menanamkan sifat bencikan kaum Cina dan DAP yang membawa erti UMNO kini, seperti yang GB ungkapkan sebelum ini, UMNO sudah menjadi kera sumbang di dalam BN. Wahai Najib, wahai pewncacai, wahai UMNO, terus semarakkan isu tsunami Cina, maka semakin ramai kaum Cina akan menolak mereka sehingga di satu hari nanti, BN akan terus musnah kerana sudah tidak berupaya untuk mendapatkan sokongan kaum Cina yang telah dicaci maki begitu hebat sekarang ini. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan