Kelab Greenboc |
- Nurul Izzah: Rakyat Tak Akan ‘Berdamai’ Dengan Penyamun Demokrasi
- [VIDEO & GAMBAR] Sekitar Himpunan Black 505 Di Ulu Tiram Johor
- Macam Samseng UMNO Juga, Presiden Wartawan Melayu "Mengamuk" Di Wacana Sinar
- [BONGKAR] Najib Tewaskan Obama Miliki Paling Banyak Pengikut Twitter Palsu
- [LIVE] Himpunan Blackout 505 Di Johor, Lagi Disekat Lagi Bangkit!
- Bukti Penipuan Pilihanraya Akan Diserahkan Kepada Obama
- [LIVE] Pengumuman Senarai Kabinet 2013 -2018 (dikemaskinikan)
Nurul Izzah: Rakyat Tak Akan ‘Berdamai’ Dengan Penyamun Demokrasi Posted: 16 May 2013 12:57 AM PDT Datuk Seri Najib Razak tidak layak melaungkan konsep 'perdamaian' selagi Umno Barisan Nasional (BN) terus memainkan isu politik perkauman, kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar. Dalam kenyataan hari ini, Izzah menempelak Perdana Menteri kerana mewujudkan sentimen perkauman bagi menutup prestasi buruk Umno BN dalam pilihan raya lalu. Njaib"Beliau menyuarakan untuk berdamai, sedangkan dalam masa sama, beliau cuba menutup hakikat bahawa undi rakyat semakin banyak menolak BN dengan meletakkan kesalahan kepada kaum Cina. "Akhbar Umno, Utusan Malaysia juga mula melaga-lagakan Melayu dan Cina sama ada melalui tajuk utama mereka atau artikel dalam akhbar berkenaan. "Hakikatnya, kerajaan BN harus jelas, rakyat tidak akan berdamai dengan penyamun yang mencuri hak demokrasi mereka," katanya. Najib 6 Mei lalu menyatakan, kerajaan baru BN akan memulakan perdamaian kebangsaan, sebagai usaha untuk menyatukan rakyat, selepas kenyataan "Tsunami Cina" dalam Pilihan Raya Umum ke-13 yang menyaksikan BN menang dengan majoriti lebih kecil berbanding PRU 2008. Izzah berkata, kerajaan gagal mendapat kembali kepercayaan rakyat, dan atas sebab itu perdamaian yang dilaungkan kerajaan tidak mampu menutup jenayah korupsi dan rasis dalam kepimpinan mereka. "Rakyat mahukan reformasi dan perubahan, laungan perdamaian yang direka bagi menarik simpati rakyat tidak lagi berkesan kerana rakyat mengundi untuk perubahan," katanya. Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, beliau dan beberapa Ahli Parlimen Pakatan komited meneruskan agenda reformasi negara. "Sesi Parlimen baru akan menyaksikan perjuangan kami menggerakkan reformasi parlimen, politik dan pilihan raya. "Kita akan memastikan beberapa perkara penting seperti membebaskan institusi kehakiman dari kuasa Parlimen. "Mempromosi kerajaan bersih dan baik, membebaskan media dari cengkaman penguasa, membebaskan mahasiswa dari akta yang menyekat, menghilangkan kuasa Perdana Menteri dalam Petronas dan diganti di bawah Jawatankuasa Khas Parlimen. "Menerusi reformasi pilihan raya, kita akan berjuang untuk mewujudkan Suruhanjaya Diraja bagi menyemak taraf warganegara yang mencurigakan setiap dua tahun, dan memastikan kredibiliti pengerusi dan organisasi SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya)," jelas Izzah. Beliau turut menyenaraikan beberapa perincian yang akan diperjuang Ahli Parlimen Pakatan berdasarkan tuntutan rakyat. "Rakyat mahukan rombakan SPR, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) selain menjadikan PDRM (Polis Diraja Malaysia) sebuah suruhanjaya bebas tanpa pengaruh politik. "Kita akan bincangkan secara serius terutama dengan parti-parti politik dan berharap kerajaan akan menyokong agenda baru itu. "Selepas segala reformasi ini dijalankan, saya yakin rakyat berbilang kaum akan berdamai dengan sendiri," kata Izzah. |
[VIDEO & GAMBAR] Sekitar Himpunan Black 505 Di Ulu Tiram Johor Posted: 15 May 2013 11:10 PM PDT Lokasi asal Dataran Bandaraya Johor Bahru... terpaksa berpindah tempat atas nasihat dan pandangan Polis Johor kerana tempat asal itu kepunyaan Kerajaan Negeri lagi pun Pegawai Daerah Johor Bahru tak izinkan. Berpindah lokasi diminit-minit terakhir ke Depan Pejabat Parti KeADILan Rakyat, Jalan Beladau 19, Taman Puteri Wangsa Ulu Tiram, Johor. Notis dihebahkan kepada rakyat sekadar tak sampai 2 hari.. Itu pun buat di internet melalaui laman sosial , twitter dan blog saja. Ingatkan sudah pastilah hambar sambutan yang diberikan..Alangkah terkejutnya beb!!!.. Masih ribuan juga yang datang walaupun hujan turun agak lebat juga. Nampaknya rakyat masih lagi bersemangat tinggi segar lagi bugar untuk menuntut agar SPR bersikap adil, bersih dan telus dalam mengendalikan pilihanraya. Malam yang penuh bermakna bagi rakyat Johor kerana kini Johor sudah hilang label dan takhta sebagai negeri UMNO paling kuat di dunia. Malam tadi PR telah mengumpulkan beberapa pemimpin agungnya seperti DSAI, Lim Kit Siang, Dr Hatta Ramli dan Chua Jui Meng. Tabik spring paling melantun kepada PDRM Johor kerana memberikan kerjasamna yang amat rapat kepada penganjur... Setakat ini PDRM Johor adalah yang paling profesional dalam menghadapi Himpunan Rakyat Black out 505.. -omakkau
,br> |
Macam Samseng UMNO Juga, Presiden Wartawan Melayu "Mengamuk" Di Wacana Sinar Posted: 15 May 2013 08:15 PM PDT Pengerusi Persatuan Wartawan Melayu, Datuk Yazid Othman sedang ditenangkan oleh kakitangan Sinar Harian. Wacana Sinar Harian siri ke-20 semalam sedikit tegang apabila peserta wacana gagal mengawal perasaan ketika sesi soal jawab. Kehangatan sesi itu bermula apabila peserta pertama Pengerusi Persatuan Wartawan Melayu, Datuk Yazid Othman bangun dan bertanyakan soalan mengenai maksud kebebasan media kepada Zairil Khir Johari. Menurut beliau, kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Pulau Pinang tidak mengamalkan kebebasan media seperti mana yang dilaungkan oleh kepimpinan Lim Guang Eng. "Di mana kebebasan media di Pulau Pinang, sedangkan akhbar seperti Utusan Malaysia tidak dibenarkan membuat liputan di Pulau Pinang," katanya. Menjawab persoalan tersebut Zairil yang juga ahli Parlimen Bukit Bendera berkata, memang benar akhbar Utusan Malaysia tidak dibenarkan membuat liputan kerana akhbar tersebut telah menyalahgunakan kebebasan media dengan menyebar fitnah. "Memang kita mengamalkan kebebasan media dan bukannya mengamalkan kebebasan memfitnah," katanya. "... sebab itulah Utusan Malaysia banyak memberi dana pilihan raya kepada PR, kerana selalu disaman," sindir beliau. Sementara itu, Yazid turut mendakwa, nasib pensyarah Melayu di Universiti Malaya (UM) kini semakin terpinggir kerana kemasukan ramai pensyarah Cina di institusi berkenaan. "Di UM, sejak dua tahun lalu sudah berlaku perubahan besar, di mana pensyarah Melayu mula terpinggir dek kerana kemasukan pensyarah kaum Cina," katanya. Menjawab persoalan tersebut Zairil mengatakan perlunya ada fakta dan ulasan kukuh berkenaan isu tersebut. "Perkara ini perlu disertakan dengan fakta yang tepat, jangan terlampau emosi sehingga hilang nilai kewarasan ilmu,"katanya. |
[BONGKAR] Najib Tewaskan Obama Miliki Paling Banyak Pengikut Twitter Palsu Posted: 15 May 2013 04:45 PM PDT Akhirnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dapat juga dua-pertiga majoriti tapi bukan di Dewan Rakyat. Di sebalik populariti Najib yang diwar-warkan di alam maya, satu majalah Australia hari ini membuat dakwaan bahawa 70 peratus, melebihi dua pertiga followers (pengikut) Najib di Twitter adalah akaun palsu. Mengikut laporan Meld Magazine yang berpusat di Melbourne, satu laman berita bebas, Najib menguasai carta peratusan pengikut palsu teramai di Twitter di antara lapan tokoh politik antarabangsa yang termasuk Presiden Amerika Syarikat Barack Obama bersama perdana menteri yang lain daripada Australia, India, Thailand, Jepun, Singapura dan Vietnam. "Satu semakan menggunakan perisian 'online Fake Follower Check' mendedahkan secara mengejut 70 peratus daripada 1.4 juta pengikut Perdana Menteri Najib adalah palsu," kata Meld Magazine bertarikh May 3. Sekarang ini, Twitter Najib sudah mencecah 1.5 juta pengikut. (Data Meld Magazine mungkin sudah lari selepas 12 hari). Di belakang Najib, ialah rakan sejawat daripada Thailanda dan India, Yingluck Shinawatra dan Manmohan Singh, pada 55 dan 54 peratus. Menurut laporan itu lagi, hanya 15 peratus pengikut Najib dikategorikan sebagai pengikut yang baik manakala 15 peratus lagi adalah pengikut yang tidak aktif. Di Twitter Obama pula, hanya 45 peratus daripada 29.18 juta pengikutnya adalah palsu. Mengikut Thomas Tudehope, seorang pakar sosial media di social@Ogilvy dan bekas penasihat kepada menteri bayangan komunikasi dan jalur lebar Australia, Malcolm Turnbull, pengikut di Twitter boleh dibeli, "100 dan ke atas sehingga 10,000 pengikut mengikut harga berlainan." Bagaimanapun, Tudehope berkata apa yang penting ialah penglibatan dalam berkomunikasi dengan pengikut dan memberikan reaksi. "Saya rasa tekniknya ialah meletakkan lebih banyak bahan, secara kerap, untuk orang berlainan. Ini adalah strategi yang mudah dan saya rasa ia agak berkesan," katanya. Sebelum PRU13, media tradisional telah menghebohkan bahawa satu laman pemantauan internet, Socialbakers, telah meletakkan Najib di tangga 11, tokoh politik paling popular di dunia. Dalam reaksinya, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata itu petanda Najib popular di kalangan orang muda. "Ini menunjukkan Perdana Menteri bukan sahaja popular di Malaysia, tapi juga di dunia," kata Ahmad Shabery ketika mengulas berita itu. -kltoday Ulasan GB Hukum kebenaran dan keadilan mengambil tempatnya. ,br>Penipu dengan penipuannya pasti terbongkar akhirnya. Mana mahu letak muka? lebih banyak penipuan Najib akan terbongkar lagi selepas ini. Tunggu, dengar dan lihat! |
[LIVE] Himpunan Blackout 505 Di Johor, Lagi Disekat Lagi Bangkit! Posted: 15 May 2013 08:20 AM PDT |
Bukti Penipuan Pilihanraya Akan Diserahkan Kepada Obama Posted: 15 May 2013 06:40 AM PDT Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan menyerahkan bukti mengenai penipuan yang didakwanya berlaku dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu kepada Presiden Amerika Syarikat Barack Obama. Berucap dalam Himpunan 'Black 505' di Kuantan malam tadi, Anwar berkata Pakatan mahu kuasa besar itu menjawab mengenai kemenangan BN yang didakwanya turut disumbangkan oleh pengundi bukan warganegara Malaysia. "Oh, katanya tadi Obama telefon kepada Datuk Seri Najib. Tak apa, tak ada masalah. Tapi saya nak beritahu kepada Presiden Obama... Amerika pun lancar perang di Iraq, untuk apa? Untuk demokrasi di Iraq. "Saya nak beritahu kepada Amerika, kita akan beri bukti penipuan dan (kita) nak tengok kamu akan kata apa. Malaysia ini dimenangi oleh Umno pada pilihan raya baru-baru ini, bukan sahaja dengan undi rakyat Malaysia, tapi undi Banglasia," kata Anwar. Kira-kira 30,000 hadirin yang dihadir di markaz PKR di Jalan Beserah malam tadi bersorak dan meniupkan vuvuzela sebagai sokongan ke atas kenyataan Anwar itu. Tokoh PKR itu mengulas laporan Bernama sebelum itu bahawa Obama menelefon Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengucapkan tahniah kepada perdana menteri atas kejayaan beliau mendapat mandat daripada rakyat pada pilihan raya umum ke-13 untuk terus menerajui Malaysia. Dalam panggilan mengejut itu, Obama menyatakan beliau faham dan menerima proses dan keputusan PRU13 baru-baru ini di Malaysia. Laporan yang memetik kenyataan Pejabat Perdana Menteri itu menyebut, Presiden AS itu turut diberi taklimat mengenai usaha kerajaan Malaysia untuk memastikan proses pilihan raya yang bersih dan adil. Dalam ucapannya juga, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh membidas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwanya menerima dakwaan undi bukan warganegara Malaysia sebagai "perkara biasa". "Dan SPR terima itu sebagai perkara biasa. Yalah, dia ada kad pengenalan biru. Penipu! Jawapan yang tidak bertanggungjawab. "Sebab itu, saya katakan nak selamatkan negara ini, pertama sekali yang perlu undur, (Pengerusi) SPR mesti diberhenti sekarang juga," katanya yang turut disambut dengan sorakan dan tiupan vuvuzela. -mk |
[LIVE] Pengumuman Senarai Kabinet 2013 -2018 (dikemaskinikan) Posted: 15 May 2013 05:26 AM PDT Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan barisan Kabinet baru yang dianggap kabinet yang berimbang di antara mereka yang berpengalaman, teknokrat dan golongan muda. Datuk Noh Omar yang gagal membantu Najib menawan negeri Selangor telah digugurkan dan kementeriannya kini dipegang oleh Datuk Ismail Sabri. Ramai beranggapan barisan yang diumumkan oleh Najib adalah Kabinet 47% rakyat Malaysia memandangkan BN cuma memenangi 47% undi popular berbanding Pakatan Rakyat yang memperolehi 53%. Berikut ialah senarai kabinet yang dikeluarkan ileh BERNAMA. Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin Menteri di Jabatan Perdana Menteri: Datuk Seri Jamil Khir Baharom Datuk Seri Abdul Wahid Omar (akan dilantik sebagai senator) Datuk Seri Idris Jala (Senator) Tan Sri Joseph Kurup Datuk Seri Shahidan Kassim Nancy Shukry Datuk Joseph Entulu Belaun Datuk Paul Low Seng Kuan (Senator) Timbalan Menteri: Datuk Razali Ibrahim Timbalan Menteri: P.Waythamoorthy (akan dilantik sebagai senator) Kementerian Kewangan Menteri I : Datuk Seri Najib Tun Razak Menteri II: Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Maslan Kementerian Pelajaran Menteri I: Tan Sri Muhyiddin Yassin Menteri II Datuk Seri Idris Jusoh Timbalan Menteri I: Datuk Mary Yap Timbalan Menteri II: P.Kamalanathan Kementerian Dalam Negeri Menteri: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Menteri: Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar Kementerian Komunikasi dan Multimedia Menteri: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek Timbalan Menteri: Datuk Jailani Johari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Menteri: Datuk Seri Mustapa Mohamed Timbalan Menteri: Hamim Samuri Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Menteri: Datuk Seri G. Palanivel Timbalan Menteri: Datuk James Dawos Mamit Kementerian Pengangkutan Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (pangku) Timbalan Menteri: Datuk Aziz Kaprawi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Menteri: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz Timbalan Menteri: Datuk Joseph Salang Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Menteri: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Timbalan Menteri: Datuk Tajuddin Abdul Rahman Kementerian Pertahanan Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Timbalan Menteri: Datuk Abdul Rahim Bakri Kementerian Kerja Raya Menteri: Datuk Fadillah Yusof Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin Kementerian Kesihatan Menteri: Datuk Seri Dr S.Subramaniam Timbalan Menteri:Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya Kementerian Belia dan Sukan Menteri: Khairy Jamaluddin Abu Bakar Timbalan Menteri: Datuk M Saravanan Kementerian Sumber Manusia Menteri: Datuk Richard Riot Timbalan Menteri: Datuk Ismail Abdul Muttalib Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Menteri: Datuk Hasan Malek Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (akan dilantik senator) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Menteri: Datuk Rohani Abdul Karim Timbalan Menteri: Datuk Azizah Mohd Dun Kementerian Luar Negeri Menteri: Datuk Seri Anifah Aman Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainuddin Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Menteri: Datuk Abdul Rahman Dahalan Timbalan Menteri: Datuk Halimah Sadique Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Menteri: Datuk Seri Douglas Uggah Embas Timbalan Menteri: Datuk Noriah Kasnon Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Menteri: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal Timbalan Menteri: Datuk Alexander Nanta Linggi Kementerian Wilayah Persekutuan: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor Timbalan Menteri: Datuk Dr. J. Loga Bala Mohan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan air Menteri: Datuk Seri Maximus Ongkili Timbalan Menteri: Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi: Menteri: Datuk Dr Ewon Ebin Timbalan Menteri Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan