Sabtu, 11 Mei 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[VIDEO] Khalid Ibrahim: Memang Saya Kedekut Sebab Itu Bukan Duit Saya!

Posted: 11 May 2013 12:43 AM PDT


Ada orang kata saya kedekut. Yaa!! Memang saya kedekut, sebab itu bukan duit saya, itu duit dan hak rakyat, berdosa besar jika saya salah guna duit rakyat.

Saya tak boleh beli syurga dengan duit. Saya akui tak berapa pandai berpolitik, tetapi saya pandai berniaga dan cari duit untuk kerajaan negeri Selangor." - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

*Ucapan beliau di Majlis Kesyukuran Pakatan Rakyat di Dataran Kemerdekaan malam tadi, 9 Mei 2013


Johor Bukan Lagi Kubu Kuat BN, PAS Akan Terus Asak

Posted: 10 May 2013 11:01 PM PDT


Johor bukan lagi kubu kuat Barisan Nasional (BN) selepas pilihan raya baru-baru ini dan PAS akan terus mengasak tempat kelahiran parti Umno tersebut, kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.

Salahuddin juga menyatakan komitmennya untuk terus berkempen di Johor dan menjadikan negeri tersebut destinasi tetap walaupun tewas di kedua-dua kerusi yang ditandinginya memandangkan sokongan kuat yang diterimanya pada pilihan raya baru-baru ini.

"Selepas ini, hidup dan mati saya adalah di Johor, saya akan fokus untuk bantu PAS di sini.

"Walaupun tewas di kerusi Nusa Jaya dan Pulai, sokongan pengundi di kawasan itu meningkat malahan saya hanya tewas kerana undi awal dan pos," kata Salahuddin dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS di sini.

Salahuddin tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nusa Jaya hanya dengan majoriti 2,201 kepada calon BN, manakala di kerusi Parlimen Pulai pula beliau tewas sebanyak 3,226 majoriti, satu pencapaian yang baik berbanding pada tahun 2008 dahulu.

Di samping itu, Salahuddin juga mengganggap prestasi keseluruhan Pakatan Rakyat (PR) di negeri Selatan semenanjung tersebut adalah membanggakan selepas berjaya memenangi 18 daripada 56 kerusi dewan undangan negeri (DUN) negeri tersebut.

"Bagi saya prestasi Pakatan di Johor sangat membanggakan dengan kemenangan 18 kerusi Dun.

"Malah sehingga kini, tiada pemerhati dan penganalisis berani mengatakan Johor adalah kubu kuat BN lagi... malah, banyak kerusi yang ditandingi Pakatan tewas tipis sahaja," tambahnya lagi.

Menurut Salahuddin lagi, taraf negeri Johor kini adalah sama seperti negeri Kedah, Perak dan Negeri Sembilan selepas Pilihan Raya 2013, di mana ia dianggap sebagai kerusi boleh menang PR pada pilihan raya yang mendatang. -TMI

Ubah Keputusan Pilihanraya: Akhbar Taiwan Gambarkan Najib Ahli Silap Mata

Posted: 10 May 2013 07:32 PM PDT


Sebuah akhbar di Taiwan telah menggambarkan Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai seorang ahli silap mata yang mampu mengubah keputusan pilihan raya.

Cukup memalukan. Seluruh dunia melihat dan mengetahui Malaysia melakukan penipuan dalam pilihan raya.

SPR tak ada lansung perasaan malukah dengan laporan penipuan yang telah tersebar di seluruh dunia itu?

Anehnya masih mendabik dada kononnya Daftar Pemilih SPR di antara yang terbersih, kata Pengerusinya walaupun terbukti di hari pilihanraya, begitu ramai nama bangla siap dengan Mykad datang mengundi.

Berita Luarnegara Lapor Najib Dijangka Lepaskan Jawatan PM Hujung Tahun Ini

Posted: 10 May 2013 05:17 PM PDT


Berita Reuters yang disiarkan di luarnegara menyatakan, Perdana Menteri Malaysia Najib Razak berkemungkinan perlu melepaskan jawatannya di penghujung tahun ini, memetik sumber dalaman partinya apabila Barisan Nasional menang tetapi dengan prestasi paling buruk di dalam sejarah pilihanraya di Malaysia.

Najib, 59, telah cuba memperkuatkan masa depan politiknya dengan harapan memperkukuhkan majoriti BN di parlimen melalui pemberian BR1M kepada rakyat Malaysia sebelum berlansungnya pilihanraya kali ke 13 pada 1 Mei yang lalu.

Tetapi usaha Najib dilihat gagal setelah BN cuma memenangi 133 kerusi daripada 222 kerusi parlimen, kurang 7 kerusi daripada pencapaian BN pada tahun 2008 dan gagal memperolehi majoriti 2/3 yang diharapkannya.

Untuk kali pertama di dalam tempoh 44 tahun, BN juga gagal untuk meraih undi popular.

Tertekan dengan keputusan itu, Najib kini berdepan dengan tugas sukarnya selepas ini.

"Kita akan dapat menyaksikan Najib akan turun di penghujung tahun ini," kata seorang pemimpin kanan UMNO, parti yang mendominasi BN.

"Beliau mungkin enggan (letak jawatan), kita tak pasti tentang itu, namun beliau telah menunjukkan prestasi paling buruk. Beliau kini tidak mempunyai banyak kuasa tawar-menawar lagi," katanya, yang lebih suka untuk tidak mendedahkan identitinya.

Mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad, yang masih mempunyai pengaruh di dalam UMNO, memberitahu Reuters tahun lalu bahawa Najib perlu memperbaiki kedudukan 140 kerusi yang dimenangi di dalam tahun 2008 atau berrisiko kedudukannya tergugat.

Kaum Cina, yang membentuk seperempat penduduk Malaysia, memilih untuk menolak Barisan Nasional, satu penerusan terhadap tren 2008. Mereka telah menolak dengan jelas parti MCA, parti kaum Cina di dalam BN.

Najib, yang tersentak dengan keputusan pilihanraya tersebut telah menyalahkan "Tsunami Cina" sebagai faktor kekalahan BN. Namun yang nyata juga, sokongan dari masyarakat Melayu terhadap BN, terutama di kawasan bandar, juga merudum, satu petanda kelas menengah Melayu kini mengharapkan satu perubahan.

Najib, akan terpaksa berdepan dengan cabaran dari dalam UMNO sendiri seawal Oktober atau November, apabila parti itu mengadakan perhimpunan dan pemilihan terhadap kepimpinan parti.

"Di dallam pemilihan kali ini, kita akan dapat menyaksikan mereka yang tak berpuas hati bangun dan meminta Najib untuk meletakkan jawatannya", kata sumber berkenaan yang juga pernah menduduki kerusi kabinet sebelum ini.

Barisan Nasional juga gagal untuk merampas Selangor, yang diwarwarkan sebelum ini oleh Najib, negeri yang amat perlu ditawan kembali oleh UMNO.

"Najib kini mengepalai sebuah parti yang kehilangan undi popular, sebuah parti gabungan yang terpaksa berhempas-pulas untuk membuktikan legitimasi pemerintahannya," kata Wan Saiful Wan Jan, Ketua Institut Untuk Democradi Dan Hal-Ehwal Ekonomi di Kuala Lumpur.

"Pada pendapat saya ia bukan perkara mudah untuk Najib", tambahnya.

Nombor Telefon Salahuddin Diklon, Hello Celcom Ni Apa Cerita?

Posted: 10 May 2013 08:09 AM PDT


Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub kesal apabila nombor telefon bimbit peribadinya disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang berbaur hasutan dan perkauman.

Mesej itu yang berbunyi "Cina telah cuba tolak kuasa Melayu tetapi gagal, 'Chinese are not the king maker!' sekarang masa Melayu bersatu untuk ajar Cina", dipercayai telah disebarkan tanpa pengetahuan beliau.

Katanya, beliau hanya mengetahui kewujudan SMS itu setelah beberapa pihak memberitahunya menerima mesej berbaur perkauman itu daripada beliau.

"Dari jam 8 malam tadi hingga 12 tengah malam, ada pihak salah guna nombor telefon mudah alih saya iaitu 013-727 8292 untuk hantar SMS mesej berbaur hasutan dan perkauman.

"Perbuatan tak bertanggungjawab itu telah cemarkan nama baik saya dan cuba bunuh karier, ia juga menanam kebencian orang Cina terhadap saya," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung Pas, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.

Salahuddin yang tewas di kerusi Parlime Pulai dan Dewan Undangan Negeri (Dun) Nusajaya, Johor berkata, beliau telah melanggan nombor itu dari talian syarikat telco Celcom sejak 1995 terkejut dan kecewa apabila nombornya telah disalahgunakan oleh pihak tertentu.

Selain Salahuddin, turut menjadi mangsa penyalahgunaan nombor telefon bimbit itu ialah Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu pada awal pagi tadi.

Menurutnya, sebaik sahaja beliau menerima maklum balas penerima SMS itu, beliau segera membuat laporan polis pada jam 12 tengah malam tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Kota Bharu.

Kira-kira jam 9 pagi tadi, beliau dipanggil untuk diambil keterangan hampir 30 minit oleh pegawai penyiasat, Inspektor Zamzari di pejabat polis yang sama.

Sehubungan itu, beliau tidak menolak kemungkinan akan mengemukakan saman terhadap syarikat telco terbabit susulan nombor telefon bimbit beliau telah diklon tanpa pengetahuannya.

Bagaimanapun beliau mahu pihak Celcom terlebih dahulu tampil memberikan kenyataan rasmi bagaimana nombor itu boleh digunakan oleh pihak ketiga secara sewenang-wenangnya.

"Saya minta Celcom tampil buat kenyataan rasmi bagaimana nombor saya sebagai pelanggan setia sejak 1995 sampai sekarang boleh diklon dan digunakan untuk kirim SMS berniat jahat," dakwanya.

Tegasnya, sekiranya Celcom gagal berbuat demikian atau kenyataan rasmi syarikat telco itu tidak memuaskan hatinya, beliau tidak teragak-agak untuk mengeluarkan arahan kepada semua ahli Pas supaya menghentikan langganan serta-merta. "Saya ingin nasihatkan Celcom, ahli Pas ada 1.2 juta orang, saya boleh buat arahan sekiranya Celcom tak buat kenyataan yang boleh yakinkan, saya akan minta ahli Pas hentikan langganan Celcom.

"Suruhanjaya Multimedia maklumkan pada saya, tindakan itu bukan sebarangan orang boleh akses nombor saya atau klon dengan niat jahat.

"Saya bimbang mungkin selepas ini akan ada tersebar pula SMS berunsur lucah dihantar kepada golongan wanita bertujuan burukkan nama baik saya," katanya.

Salahuddin percaya tindakan itu mempunyai kaitan dengan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) di Johor di mana hampir semua kawasan mempunyai majoriti yang rendah berbanding 2008.

Ini dikuatkan lagi apabila Pakatan Rakyat berjaya menambah kerusi Dun Johor kepada 18 kerusi pembangkang, 13 kerusi daripada DAP, 1 PKR dan 4 Pas. -SH

Pas dan DAP Terus Sokong Abdul Khalid Sebagai Calon Menteri Besar

Posted: 10 May 2013 05:31 AM PDT


Pimpinan DAP dan Pas terus bersepakat memilih Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari PKR, sebagai calon Menteri Besar bagi penggal ke dua.

Bercakap di hadapan kira-kira 30,000 penonton dalam Majlis Kesyukuran Sempena Kemenangan Pakatan Rakyat Selangor, Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok berkata pimpinan DAP Pusat sudah menghantar surat sokongan kepada DYMM Sultan Selangor untuk mengekalkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.

Beliau yang juga bekas Exco Selangor berkata surat tersebut dihantar kepada DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam.

"Saya harap tiada masalah dengan jawatan Menteri Besar. Harap juga rakyat memberi sokongan kepada kerajaan baru untuk pastikan pencapaian lebih cemerlang," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad turut menyatakan Pas berpendirian yang sama.

Beliau berkata menerima surat daripada Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang dua hari lalu yang memberikan sokongan kepada Abdul Khalid untuk kekal sebagai Menteri Besar.

"Kalau ada orang Pas yang tidak percaya, saya boleh tunjukkan surat itu, kalau perlu saya tampalkan di dahi saya," katanya sambil berseloroh.

Katanya, keputusan sepakat untuk memilih Abdul Khalid sebagai Menteri Besar itu menunjukkan permuafakatan dalam Pakatan Rakyat.

"Ini sikap parti-parti dalam Pakatan, kita tidak anggap jawatan sebagai piala untuk direbut dan bergaduh.

"Bukan DAP nak kata dia lebih berhak dapat sebab menang dengan majoriti yang lebih besar.

Bukan juga pegangan Pas sebab Pas menang banyak.

"Saya ditanya wartawan sebelum ini, saya jawab jika satu pasukan bola sepak menjadi juara dan secara tiba-tiba mahu menukar pengurusnya itu merupakan tindakan kurang bijak dan pelik," katanya.

Sementara itu, Abdul Khalid ketika ditemui berkata beliau berterima kasih kerana Dap dan Pas menyokong beliau untuk kekal sebagai Menteri Besar.

"Saya berterima kasih kepada kedua-dua parti.

Begitu juga kepada rakyat yang menyokong saya.

"Itu perkara baru dalam politik di negara Malaysia bila rakyat sendiri yang menjadi penentu kepada pimpinan," katanya.

Baru-baru ini, Setiausaha Agung Dap, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan turut menyatakan sokongan untuk memilih Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.

Keputusan Menteri Besar Selangor bakal diumumkan DYMM Sultan Selangor.

PR Selangor berjaya membentuk kerajaan baru selepas memenangi kemenangan dua pertiga dengan majoriti 44 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri pada pilihanraya umum ke 13.

DAP dan Pas masing-masing memenangi 15 kerusi manakala PKR memenangi 14 kerusi.

Tiada ulasan: