GoMalaysian |
Posted: 06 May 2013 05:46 PM PDT |
Posted: 06 May 2013 02:23 AM PDT Pilihanraya ke 13 telah berlalu, maka pelbagai komen terhadap keputusan juga akan dikeluarkan. Namum saya amat tidak setuju dengan komen BN bahawa keputusan ini adalah satu tsunami pengundi Cina. Pada saya, komen tersebut tidak langsung menolong untuk memupuk perpaduan perkauman di Negara ini. Beberapa fakta untuk melawan komen diatas ialah: - Di kawasan calon Melayu lawan Calon Cina, pengundi Cina turut menyokong calon Melayu daripada calon Cina yang mewakili BN. Ini bermakna pengundi Cina bukan menentang Melayu tetapi menunjukkan mereka hanya mahu mengundi keluar BN dari Parlimen. Kes ini jelas ditunjukkan di Parlimen Pandan dimana Rafizi dari PKR menang dengan majoriti besar. - Di kawasan 50% Melayu 50% Cina, sekiranya hanya pengundi Cina mengundi DAP, tidak mungkin DAP dapat menang dengan majoriti begitu besar sekali. Kes ini seperti yang berlaku di Gelang Patah dan banyak kawasan lagi. - Di kawasan majoriti pengundi Melayu, sekiranya pengundi Melayu tidak mengundi PAS atau PKR maka susah untuk mereka merampas kerusi di sana, kes ini seperti berlaku di Bukit Gantang, Bukit Katil dan kerusi-kerusi yang dimenangi oleh PAS dan PKR terutamanya di Kelantan dan Kedah. Berdasarkan penjelasan di atas, jelas untuk menolak tuduhan busuk yang dikeluarkan oleh BN iaitu ini merupakan Tsunami Politik Cina. Komen mereka hanyalah untuk terus menakutkan pengundi Melayu supaya pengundi Melayu terus bersama dengan BN. Saya rasa semua faham, sekiranya sesuatu Negara berlaku rakyat mengesyaki antara satu sama lain, Negara tersebut tidak mungkin maju ke hadapan. Banyak contoh boleh diambil untuk membuktikannya. Kita semua merupakan Rakyat Malaysia dan oleh sebab itu, pengundi Cina turut merasakan menjalankan tanggungkawab mereka sebagai warga Negara Malaysia yang tercinta, kerana mereka merasakan mereka merupakan sebahagian daripada Malaysia dan berharap untuk mengundi terbaik untuk Malaysia. Saya percaya sekiranya anda tanya kawan kawan Cina di sekitar anda, sama ada pilihanraya kali ini merupakan tsunami Cina? Jawapan adalah jelas, “BUKAN”, bagi mereka, mereka hanya mahu mengundi untuk masa depan Malaysia yang cerah dan mengundi apa yang dirasakan terbaik untuk Malaysia! Kerana Mereka mencintai Negara ini! |
Posted: 05 May 2013 08:37 PM PDT |
You are subscribed to email updates from GoMalaysian To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan