edyesdotcom |
ANTARA GARIS SELAMAT DAN NASIB RAKYAT [WAJIB BACA] Posted: 27 May 2013 11:56 PM PDT Tulisan Terbuka 28 Mei 2013 ANTARA GARIS SELAMAT DAN NASIB RAKYAT Pasca PRU13, sudah sembilan himpunan #Blackout505 dan satu himpunan #SuaraRakyat505 berlangsung. Samada ia punyai kesinambungan atau tidak, bukanlah perkara pokok kerna ianya adalah himpunan pergi dan balik. Himpunan hebat ini menyaksikan rakyat dan pemimpin saling bersuara, saling berlaung, hebat bergema! Tetapi ke mana gemanya suara dan laungan ini? Apakah ke bukit? Saya percaya rakyat hari ini seharusnya sudah mendapat kelegaan yang optima sekiranya demokrasi dalam pilihanraya 5 Mei berjalan dengan baik. Pakatan Rakyat menang PRU-13 menjadikan harga minyak turun keesokkan harinya dan harga tol mansuh berperingkat sekaligus menyebabkan harga barang dan harga perkhidmatan berkurangan. Barangan keperluan asas khususnya akan jauh lebih murah apabila monopoli kroni mula dipecahkan. Rasuah, penyelewengan, ketirisan wang negara dapat dipatahkan. Apa lagi yang rakyat mahu? Inilah yang rakyat pilih. Barisan Nasional tidak menang PRU13. Mereka tidak layak membentuk kerajaan dan Najib seorang PM yang tidak punya mandat majoriti rakyat. Saya katakan BN tidak menang kerana dalam keadaan menipu, dalam keadaan dibantu oleh semua agensi kerajaan khususnya SPR, dibantu 'papan' siaran telivisyen yang sampai masuk ke setiap rumah, dibantu oleh dana berpuluh bilion, dalam keadaan semua ini pun mereka hanya mampu perolehi 46% undi popular. Menipu pun kalah, bagaimana jika tidak menipu. Akhirnya penipuan pilihanraya 5 Mei menjadi agenda paling besar dan hangat. Ia diakui oleh semua parti politik Pakatan Rakyat. Rakyat bangkit dengan amarah dan telah dibuktikan amarah ini dalam sepuluh perhimpunan #Black505 di seluruh negara. Dalam masa yang sama, rakyat berpaut kepada parti dan kata-kata pemimpin yang berjanji bahawa rakyat adalah tuan dan negara perlu diselamatkan. Jangan lupa, inilah kata-kata keramat sebelum pilihanraya. Ketika negara gagal diselamatkan dek kerana penipuan pilihanraya, kerana demokrasi yang digelapkan dan kemenangan yang telah dicuri dalam silap mata blackout. Ketika itu juga sayup-sayup berbunyi saranan kepada rakyat agar jangan gopoh, sayup berbunyi memberi nasihat agar bersabar, terus menyusun gerakan untuk 5 tahun lagi. Apakah mereka lupa kemenangan dan keselesaan rakyat hari ini telah dirampas pada tengah malam 5 Mei maka pemimpin BN dan kroni terus dibiarkan bermewah dan terus mengaut kekayaan? Rakyat mula tertekan menghadapi kenaikkan harga barang secara senyap, perlaksanaan GST digerak secara sorok-sorok dan tidak lama lagi AES mula mengambil tempat seterusnya menjadikan jalanraya sebagai pusat 'penyembelihan' yang baru. Inilah nasib rakyat Malaysia - mereka bukan bodoh, mereka cuma ditipu. Saya percaya lebih 60% pengundi sebenar memilih Pakatan Rakyat tetapi penipuan dalam bentuk pengundian lebih dari sekali menjadikan peratusan itu merundum kepada 51% - di sinilah gunanya dakwat kekal yang tidak kekal maka BN menang dengan penipuan terancang. Pengundi CIMB (Cambodia, Indonesia, Myanmar & Bangla) adalah taktik diversion atau mengalih perhatian, ketika penipuan sebenar ialah pengundian lebih sekali khususnya 278 ribu pengundi awal dan pos yang terdedah manipulasi penipuan apabila telah hilang dakwat di jari. Juga lambakkan kertas undi di akhir sesi pengiraan yang membolehkan BN menang tipis di banyak kerusi parlimen di saat akhir. Seperti yang saya katakan tadi, penipuan dan kecurangan ini telah diakui oleh Pakatan Rakyat malah keputusan PRU13 juga tidak diterima secara sebulat suara - ini sudah bagus. Persoalannya, demi rakyat, apakah PR sedia bersama rakyat walaupun rakyat memilih untuk turun ke jalanraya? Sebelum PRU13, kamu (Pakatan Rakyat) jangka akan ditipu sehabisnya, kamu bersama rakyat dalam BERSIH 3.0, malah kamu bersama anjurkan KL112 ketika kamu sangka kamu akan kalah sehabisnya akibat penipuan SPR untuk kekalkan BN. Namun bila kamu kekal beberapa negeri dan mempunyai lebih ramai YB di atas pertambahan kerusi parlimen, apakah pendirian bersama rakyat itu sudah berubah (apabila keadaan sudah selamat)? Apakah harus redho hanya kerana kelemahan kita tidak berjaya melepaskan diri dari tipu helah Barisan Nasional? BN adalah penipu yang baik yakni penipu yang bijak menipu. BN hanya perlu menipu untuk menang walaupun dengan majoriti beberapa kerusi parlimen. Jika BN menang semua, pasti huru-hara, mungkin ketika itu ungkapan 'sabar' tiada dalam perkiraan. Jadi bagaimana sekarang? Rakyat kini belum selamat sepertimana negeri Selangor, P.Pinang dan Kelantan yang dikira sudah selamat. Jika setuju bahawa rakyat dan negara ini perlu diselamatkan, di manakah pendirian Pakatan Rakyat? Bersama rakyat atau bermain selamat? Kesempatan ini juga saya ucap tahniah dan salut buat imam jalanraya sejati - Tn Haji Mat Sabu kerana beliau satu-satunya pemimpin utama parti yang berani menyebut betapa perlunya Dataran Merdeka itu ditawan oleh rakyat sebagai simbol menegakkan demokrasi yang digelapkan. Nampaknya Abang Mat tidak peduli nasibnya dalam muktamar pemilihan nanti. Selebihnya pemimpin yang mendapat perhatian rakyat seperti che'GuBard dan Rafizi Ramli juga telah menyatakan bahawa jalanraya adalah jawapan untuk menyentap keegoan regim. Saya salut pemimpin ini. Begitu juga dengan Dato' Ambiga yang secara terbuka mendesak SPR meletak jawatan. Jelaslah Dato Ambiga ada masanya jauh lebih berani daripada Hishamuddin Rais atau Tukar Tiub. Saya nasihatkan kepada Isham Rais supaya teruslah menghilangkan diri sampai bila-bila. Ramai lagi pemimpin yang bersama gerakan rakyat yang tidak sempat untuk saya sebutkan di sini. Saya yakin semuanya hebat dan terus istiqomah. Saya dengan ini mendesak kepada semua parti politik pro-rakyat agar menyatakan pendirian dengan tegas samada untuk terus ditipu 5 tahun lagi, atau bersama rakyat 'menggegar' demi demokrasi sebenar dalam masa terdekat. Nyatakanlah pendirian dengan berani, agar rakyat tidak silap memilih kamu sebagai pembela sejati. Tegaslah untuk pilihanraya semula (walaupun terpaksa serah tiga negeri) di atas kecurangan terbesar SPR - dakwat kekal yang tidak kekal. Kes ini cukup kuat bersama sokongan majoriti rakyat. Namun harus diingat, untuk pilihanraya semula wajib dengan SPR yang diperbaharui dan diletakkan bukan lagi di bawah JPM. Akhir sekali saya bertekad dan menyeru kepada semua NGO dan aktivis supaya pastikan tiada lagi rapat himpunan, tiada lagi acara persembahan, tiada lagi ucapan pidato yang melampuh, kini tiba masa untuk bergerak, kini tiba masa untuk berarak dengan berani. Tipu pilihanraya, turun jalanraya dan perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata. EDY NOOR REDUAN Aktivis Blogger Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) |
You are subscribed to email updates from edyesdotcom To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
1 ulasan:
Appreciate this post. Let me try it out.
Feel free to surf to my blog ... Psn Code Generator
Catat Ulasan