Selasa, 21 Mei 2013

edyesdotcom

edyesdotcom

edyesdotcom


WAHAI ZAHID, MENIPU PILIHANRAYA JAUH LEBIH TIDAK DEMOKRATIK

Posted: 20 May 2013 11:02 PM PDT

Kenyataan Terbuka
21 Mei 2013

WAHAI ZAHID, MENIPU PILIHANRAYA JAUH LEBIH TIDAK DEMOKRATIK

Merujuk kenyataan Zahid dalam portal Malaysiakini semalam, kononnya 'rampasan kuasa tidak demokratik dan perlu terima keputusan PRU', Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengingatkan Zahid Hamidi supaya jangan lupa bagaimana dia mempertahankan rampasan kuasa perak pada Februari 2009.

Apakah rampasan kuasa di Perak itu cukup demokratik? Mengapa tidak terima sahaja keputusan PRU12 lalu bahawa Perak dimenangi Pakatan Rakyat?

Mengenai kebangkitan rakyat pasca PRU13, Zahid janganlah bersikap munafik. Zahid tahu dan sengaja memutar belit isu dengan menyebut seolah rampasan kuasa akan berlaku. Rakyat protes bukan kerana mahu merampas kerajaan melalui jalanraya tetapi turun kerana pilihanraya 5 Mei lalu penuh penipuan. Kemenangan rakyat pada 5 Mei telah digelapkan maka rakyat keluar menyatakan bantahan untuk menuntut kembali demokrasi yang dicuri. 

Telah diumumkan oleh Gagasan #SuaraRakyat505 bahawa tarikh 25 Mei dipilih sebagai acara kemuncak untuk pesta rakyat menuntut demokrasi, manakala lokasi berhimpun adalah di depan Amcorp Mall bermula petang. Gabungan yang disertai lebih 50 NGO ini menyasarkan j/kuasa tertinggi SPR meletakkan jawatan segera sebagai tuntutan yang pertama dan utama. 

SPR menjadi punca utama kecurangan besar PRU-13 dengan pelbagai taktik kotor yang diatur untuk memenangkan pemerintah. Malah, kononnya SRP direformasikan, tetapi senarai daftar undi masih tidak bersih dan paling penting ialah apabila dakwat kekal yang dijamin tahan lebih lima hari tidak mampu bertahan untuk 5 minit. Kalau beginilah reformasi pilihanraya yang ditunjukkan, bukan bukan sekadar celup jari tetapi celup kepala pun boleh menipu tetap boleh berlaku penipuan.

Oleh demikian, semua rakyat diseru untuk bersama pada 25 Mei nanti yang merupakan kemuncak kesinambungan belasan himpunan besar Blackout505, dalam menyatakan protes dan bantahan terhadap kecurangan PRU-13. 

SAMM juga meminta Zahid selaku Menteri Keselamatan Dalam Negeri jangan ulang kesilapan Hisham yang asyik berpolitik mempergunakan agensi bawah KDN untuk kepentingan politik sehingga jenayah berleluasa.

Wahai Zahid ketahui atau tidak bahawa rumah kakak Muhiyuddin telah dirompak dan rumah adik IGP telah dipecah masuk ketika polis sibuk siasat Adam Adli dan Zahid sibuk mempolitikkan isu bantahan rakyat terhadap PRU yang kotor. 

Percayalah, rakyat tetap akan bangkit menuntut demokrasi. Rakyat telah beri peluang, telah bersabar dan beri laluan untuk pilihanraya bersih dan adil. Malangnya rakyat dikhianat dengan penipuan pilihanraya, kemenangan dirampas dan hak demokrasi bersuara telah ditutup rapat. Rakyat tetap akan bangkit dan kekuatan rakyat tidak mampu dibendung, 25 Mei, Amcorp Mall.

Suara Rakyat Suara Keramat

CHE'GUBARD
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

PESTA RAKYAT TUNTUT KEMBALIKAN DEMOKRASI 505 - 25 Mei 2013

Posted: 20 May 2013 11:35 AM PDT

Kenyataan Media
Gabungan #SuaraRakyat505
20 Mei 2013

PESTA RAKYAT TUNTUT KEMBALIKAN DEMOKRASI 505 - 25 Mei 2013

Hampir 50 pertubuhan bukan kerajaan (non-government organization) telah mengambil ketetapan bagi penubuhan sebuah gabungan yang mewakili suara seluruh rakyat Malaysia yang membantah penipuan dan penyelewengan dalam pilihanraya Umum ke-13 pada 5 Mei yang lalu. Gabungan NGO-NGO ini dinamakan sebagai "Suara Rakyat 505" sebagai wadah perjuangan bagi membangkitkan segala isu yang berlaku dalam PRU13 lalu. Dipercayai lebih banyak NGO akan menyertai gabungan ini.

Rakyat telah memberi amaran sebelum bermula kempen PRU13 yang lalu, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) perlu bersikap telus dan adil dalam menguruskan pilihanraya Malaysia. Rakyat telah memberi peluang kepada SPR sebagai badan yang bertanggungjawab mengurus pilihanraya secara bersih dan berintergriti, kerana ketika itu rakyat masih yakin pilihanraya adalah saki-baki demokrasi untuk membuat perubahan (pertukaran kerajaan). Pelbagai tuntutan telah dibuat oleh rakyat termasuk melalui siri-siri himpunan bagi memastikan pilihanraya Malaysia berjalan dengan adil dan saksama tanpa ada unsur manipulasi dan penipuan. Namun akhirnya PRU13 menjadi medan penipuan paling besar yang menafikan kemenangan rakyat. Lebih malang, ia dibantu SPR.

SPR dengan jelas telah diperalat oleh pemerintah apabila bertindak mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mempertahan kemenangan pemerintah terdahulu walaupun ia tidak sepatutnya berlaku memandangkan SPR adalah sebuah badan bebas dalam keabsahan kerajaan belum lagi mengambil tempat.

Seruan SPR supaya pihak yang kalah hanya akur kepada keputusan yang telah diumumkan walaupun bukti penyelewengan PRU13 sudah semakin jelas dan semakin banyak bukti terkumpul melalui proses semakan akhir sebelum dibuat bantahan termasuk petisyen ke mahkamah. Ini menggambarkan sikap kontra dan tidak profesional SPR yang sepatutnya menerima segala aduan dan bukti daripada calon dan parti yang bertanding.

Atas faktor tersebut, kami tegaskan bahawa "Suara Rakyat 505" mengambil pendirian bersama bagi menyatakan dan menjulang hasrat rakyat terhadap perjalanan dan proses pilihanraya dalam sistem demokrasi di Malaysia yang bersih dan adil. Kami telah bersepakat untuk mengadakan sebuah pesta himpunan rakyat besar-besaran untuk merampas kembali demokrasi rakyat  Malaysia yang telah dicuri dalam PRU-13, berteraskan TIGA tuntutan utama berikut;

1. SPR Letak Jawatan
Mendesak supaya Pengerusi dan ahli Jawatankuasa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) keseluruhannya meletakkan jawatan serta-merta disebabkan kegagalan dalam menguruskan pilihanraya ke-13 secara telus dan menyerahkan pemilihan SPR yang baharu kepada kuasa Parlimen melalui persetujuan rakyat secara majoriti, Pembubaran SPR yang cuma bertaraf kakitangan dibawah Jabatan Perdana menteri akan memberi ruang membentuk SPR yang lebih bebas dan berintegriti yang diletakkan dibawah parlimen malaysia dan dipilih keanggotaannya melalui proses pendengaran awam agar anggota yang dipilih benar-benar dari kalangan yang diyakini rakyat.

2. Pilihanraya Semula di kawasan yang terbukti kecurangan pilihanraya.
Mendesak supaya diadakan pilihanraya semula di kawasan yang terbukti wujudnya penipuan tanpa mengira logo parti sama ada Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat.

3. Sokong Tribunal Rakyat
Menyokong sepenuhnya penubuhan Tribunal Rakyat sepertimana yang dituntut oleh Gabungan BERSIH bagi mendedahkan segala bukti-bukti dan penyiasatan terhadap PRU13 kepada umum. Menggesa semua agensi dalam negara agar memberikan kerjasama penuh terhadap tribunal ini.

Gabungan Suara Rakyat 505 kali ini berharap agar sistem demokrasi Malaysia diserahkan kembali kepada rakyat secara keseluruhannya memandangkan berlakunya salahguna kuasa oleh badan yang bertanggungjawab sebelum ini. Justeru "Suara Rakyat 505" sebulat suara menggerakkan 'HIMPUNAN BANTAH PENIPUAN PRU13' secara besar-besaran bagi menyuarakan perkara ini dan memilih 25 Mei 2013 (Sabtu) sebagai tarikh himpunan. Kami menjemput rakyat seluruh negara untuk turun ke Kuala Lumpur berpakaian HITAM dengan tema; Duduk dan Bantah sehinggalah tuntutan rakyat dipenuhi.

Himpunan mega kali ini akan bermula petang dan berpusat di Padang berdepan dengan Amcorp Mall.

Pihak pemerintah telah mengatakan himpunan ini adalah berupa 'Arab Spring' dan telah menyebut ia sebagai 'Malaysian Spring', namun kami Suara Rakyat 505 tetap menegaskan tiada agenda 'Malaysia Spring' atau rampasan kerajaan akan berlaku. Sebaliknya, rakyat harus bangkit mencari kembali demokrasi yang telah digelapkan pada pilihanraya 5 Mei lalu.

Gabungan Suara Rakyat 505 menyeru pendokong-pendokong prinsip keadilan dan seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama turun bersolidariti bagi menyatakan kebersamaan terhadap tuntutan rakyat kali ini tanpa mengira perbezaan latar belakang bangsa, agama mahupun pegangan politik masing-masing. Hasrat rakyat terbesar adalah melawan segala bentuk penipuan yang telah mencemarkan sistem demokrasi di Malaysia tercinta!


Disediakan oleh ;

Gabungan #SuaraRakyat505

Yang dianggotai oleh NGO ;

1. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
2. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
3. Tindak Malaysia
4. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
5. Parti Sosialis Malaysia (PSM)
6. Parti Rakyat Malaysia (PRM)
7. Gabungan Menuntut Royalti ®
8. Asalkan Bukan Umno (ABU)
9. Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)
10. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
11. Gabungan Tanah Rakyat (TANAH)
12. Kill The Bill
13. Malaysian For Beng Hock
14. Mama Bersih
15. Kelab Bangsar Utama
16. Radio Bangsar Utama (RABU)
17. Mahasiswa Keadilan Malaysia
18. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (KAMI)
19. Malaysia Youth and Students Democratic Movement (DEMA)
20. Indipendent Student Front (INSTEF)
21. University Malaya Association Of New Youth (UMANY)
22. Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)
23. Gabungan NGO Pengerang
24. Angkatan Pembebasan Bangsa (APB)
25. Gabungan Mahasiswa Islam seMalaysia (GAMIS)

26. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independent (KAMI)

27. Pro-Mahasiswa Nasional Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI)

28. Pertubuhan Kemajuan dan Kebajikan Rakyat Selangor (Pro-Rakyat)

29. Angkatan Rakyat Muda (ARM)

30. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)

31. Unit Ehsan Malaysia
32. Anwar Ibrahim Club (AIC)
33. Agent of Change (AoC)
34. Revolusi Anak Muda Malaysia (RAMM)
35. Kami Anak Muda Menenatang Umno (K.A.M.U)
36. Gagasan Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT)
37. Pertubuhan Kebajikan Rakyat Perlis (PKR Perlis)

38. Kumpulan Aktivis Media Independent (KAMI)

39. Gabungan NGO Kelantan
40. Solidariti Anak Bachok Daratkan Minyak (CABAR)

41. Majlis Permuafakatan Kampung Warisan KL/Selangor (MUAFAKAT)

42. Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (ROYALTI)
43. Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT)
44. Gabungan Menuntut Royalti Terengganu (R Terengganu)
45. Selamatkan Teluk Rubiah
46. Selamatkan Pantai Port Dickson
47. Selamatkan Pasar Payang
48. Jaringan Sepadu Rakyat Malaysia (SEPADU)
49. Angkatan Warga Aman Malaysia (Warga AMAN)‪
50. Malaysian Indians Progressive Association (MIPAS)‪
51. Federation of Malaysian Indian Organisation (PRIMA)‪
52. Malaysian Indians Transformation Action Team (MITRA)
53. Angkatan Nasional India Malaysia (AGNI)


Tiada ulasan: