DUNIACACAMARBA |
- [Gambar] GEMPAR, Bibir Najib "Dikucup Mesra" Peminat Lelakinya
- Warga Selangor, 6 Mei Cuti UMUM
- [Video] Calon BN Nak "Bunuh" Anwar Ibrahim
- Pakar Kimia Dakwa Dakwat Kekal Tidak Perlu Digoncang, SPR Kantoi???
- Lapor Kes Dakwat Kekal: Mejar TUDM Ditukar Serta-merta, Demokrasi Ala UMNO
- [PANAS] Video Sumpah Laknat Saiful di Makkah Guna Teknik SKRIN HIJAU?
[Gambar] GEMPAR, Bibir Najib "Dikucup Mesra" Peminat Lelakinya Posted: 03 May 2013 06:38 AM PDT | ||
Warga Selangor, 6 Mei Cuti UMUM Posted: 03 May 2013 06:13 AM PDT [MK] Kerajaan Selangor mengumumkan hari Isnin 6 Mei sebagai hari pelepasan am bagi memudahkan semua rakyat Selangor mengundi dalam pilihan raya umum ke-13 yang bakal diadakan pada hari Ahad ini. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata ia bagi memudahkan rakyat Selangor melaksanakan tanggungjawab untuk mengundi dan merealisasikan Negeri Selangor sebagai Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan. "Pemberian hari pelepasan am ini selaras dengan Akta Hari Pelepasan 1951, perenggan 9 yang menyatakan bahawa Pihak Berkuasa Negeri boleh menetapkan satu hari sebagai hari pelepasan am," katanya dalam satu kenyataan. Katanya, kerajaan Selangor berharap hari pelepasan Am ini digunakan sebaik mungkin untuk pulang mengundi di tempat masing-masing dan tidak perlu tergesa-gesa untuk kembali bekerja. "Kita mendoakan para pengundi dan rakyat Selangor pulang dengan selamat untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. "Kerajaan Selangor terus komited untuk memastikan sebuah pentadbiran yang telus, bertanggungjawab serta bersih diteruskan di negeri ini dengan sokongan padu rakyat Selangor. "Undi anda semua akan menentukan nasib generasi akan datang. Undilah dengan bijak," kata Abdul Khalid. | ||
[Video] Calon BN Nak "Bunuh" Anwar Ibrahim Posted: 03 May 2013 04:50 AM PDT | ||
Pakar Kimia Dakwa Dakwat Kekal Tidak Perlu Digoncang, SPR Kantoi??? Posted: 03 May 2013 03:00 AM PDT Selepas beberapa siri pendedahan pengundi awal yang membuktikan bahawa dakwat kekal yang digunakan dalam PRU kali ini mudah dipadamkan, SPR dalam satu kenyataannya mendakwa tatacara penggunaan dakwat itu tidak betul. Kononnya, dakwat itu perlu digoncang dalam tempoh tertentu sebelum boleh digunakan. Jika begitu mengapa petugas SPR tidak mengetahui hal itu? Persoalan lain, adakah dakwat kekal yang digunakan oleh SPR ada dua jenis. Satu yang boleh dipadamkan, satu lagi yang tidak boleh dipadamkan dalam tempoh tertentu? Atau sememangnya dakwat kekal SPR memang mudah dipadamkan? Namun, pendedahan pakar kimia di bawah ini dapat membidas alasan yang tidak masuk akal SPR: [HD] Dakwat yang digunakan dalam pilihan raya lazimnya mengandungi 10 peratus, 14 peratus atau 18 peratus argentum nitrat AgNO3 (silver nitrate) yang larut. AgNO3 adalah hablur putih yang sangat larut dalam air, tanpa warna. Apabila terkena pada kulit manusia (misalnya), kita tidak akan sedar pada awalnya, tetapi apabila kering, tempat kena AgNO3 itu akan bertanda kehitaman. Hal ini kerana AgNO3 bertindakbalas dengan garam yang ada pada kulit membentuk AgCl yang tidak larut dan berwarna (juga denga cahaya ultraviolet). Warna kehitaman ini akan bertahan beberapa hari (bergantung kepada kandungan AgNO3 yg digunakan) dan akan hilang apabila sel-sel baru tumbuh (tisu kulit atau kuku) dan tisu lama (berwarna) hilang (gugur atau terhakis). Ia tak boleh di basuh dengan sabun, alkohol, nail polish remover atau bleach. Lazimnya sedikit alkohol dicampurkan untuk mencepatkan pengeringan. Apakah tujuan dakwat ini? Dakwat hanyalah unutk menandakan di mana-mana tempat yang telah ditandakan. Oleh sebab dakwat untuk pilihan raya sudah mengandungi AgNO3, maka AgNO3 (AgCl) itulah yang akan tinggal beberapa hari sehingga tisu baru tumbuh. Maklumat lanjut boleh didapati dengan carian google "election Ink". Saya adalah bekas pensyarah (kini bersara) UKM dalam bidang Kimia (inorganic). Sebahagian penyelidikan saya adalah dlm bidang sebatian argentum (perak). Saya berpendapat tidak perlu gocang botol dakwat kerana ia bukan colloidal solution. Abd. Hamid Othman 013-3376862 P/s: Khabarnya, sebanyak RM5 juta duit rakyat Malaysia digunakan untuk membeli dakwat ini. Mohon rakyat Malaysia berdoa agar sebarang perancangan jahat untuk memanipulasi keputusan PRU13 digagalkan dengan kuasa Yang Maha Esa! | ||
Lapor Kes Dakwat Kekal: Mejar TUDM Ditukar Serta-merta, Demokrasi Ala UMNO Posted: 03 May 2013 01:01 AM PDT [HD] PULAU PINANG:Pegawai Pemerintah Skuadron No 12 Pengkalan Udara DiRaja Malaysia (TUDM) Butterworth, Mejar Zaidi Ahmad ditukarkan serta merta ke Kuala Lumpur bermula hari ini kerana membuat laporan polis isu dakwat kekal yang tidak kekal. Bagaimanapun beliau memohon perpindahan itu ditangguhkan sehingga hari Isnin 6 Mei minggu depan ekoran beliau sedang disiasat oleh Lembaga Siasatan TUDM di sini. "Surat arahan telah dikeluarkan oleh TUDM di mana saya ditukarkan ke Kuala Lumpur hari ini. Tetapi saya minta tangguh ke Isnin kerana di sini pun sedang diadakan satu Lembaga Siasatan berhubung kes saya, " beritahunya kepada Harakahdaily. Kata Zaidi lagi, bukan sahaja pertukaran dibuat akibat arahan tersebut malahan secara rasminya telah dilucutkan dari jawatan Pegawai Pemerintah No 12 Skuadron Pengkalan Udara Butterworth dan terlepas peluang dinaikan pangkat ke Leftenan Kolonel TUDM. Dua hari lepas Zaidi, isterinya Shafinah Abdul Hamid dan Juruteknik TUDM, Jamal Ibrahim membuat lapuran polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara di Kepala Batas. Laporan itu dibuat kerana dakwat kekal yang dicalit di jari telunjuk tangan kirinya semasa pembuangan undi awal luntur apabila di basuh dengan sabun dan pencuci tangan. Mereka antara pengundi awal yang menyangkal kenyataan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) kononnya dakwat yang digunakan boleh bertahan seminggu. P/s: In sya Allah, jika PR berjaya mengambil alih kerajaan, pegawai tentera ini akan diberi keadilan. | ||
[PANAS] Video Sumpah Laknat Saiful di Makkah Guna Teknik SKRIN HIJAU? Posted: 02 May 2013 06:00 PM PDT [HD] KUALA LUMPUR:Belumpun sampai 24 jam video sumpah laknat kedua Muhd Saiful Bukhari Azlan tersebar di internet, perbagai persoalan berhubung kesahihannya mula ditimbulkan. Video sumpah yang berlatarbelakangkan suasana tawaf di Kaabah itu dipersoal sama ada benar atau hanya sekadar rakaman dalam studio menggunakan teknik 'Chroma Key' (latar belakang hijau). Ini kerana, beberapa kecacatan dikesan pada video tersebut khususnya berkaitan beberapa subjek utama di sekitar Kaabah yang salah kedudukan dalam video tersebut. Bagi masyarakat biasa yang tidak pernah sampai ke Mekah mungkin tidak dapat mengesan kejanggalan video tersebut, mamun bagi mereka yang pernah pergi menunaikan haji atau umrah, atau pembimbing orang mengerjakan haji dan umrah (mutawif), kesilapan jelas kelihatan. Kejanggalan pertama yang ditimbulkan, adalah mustahil bagi Saiful untuk berdiri tegak di sisi kaabah dalam suasana orang sedang tawaf apa lagi berada berhampiran dengan Multazam. Kejanggalan kedua pula, dipersoalkan kenapa ketika berada di Hijr Ismail, tiba-tiba timbul gambar Maqam Ibrahim di sebelah belakang dan kiri bahu Saiful. "Kalau betul dia berdiri di hadapan Multazam, sepatutnya Maqam Ibrahim berada di sebelah kanan bahu si Saiful dan kamera pula di sebelah kiri bahu dia. "Perhatikan betul-betul Maqam Ibrahim pula bergerak, mengesahkan lagi gambar super imposed, " kata seorang pengguna facebook yang juga seorang mutawif. Selain itu turut dipersoalkan berhubung kualiti audio suara Saiful yang didakwa mustahil untuk mendapatkan audio sejelas itu dengan keadaan orang ramai sedang tawaf dan berzikir serta berdoa. Ada juga yang mempersoal tentang imej seorang lelaki yang dikatakan seolah-olah bertindih dengan tubuh Saiful sedangkan beliau tidak bergerak. "Adakah ini hanya video menggunakan skrin hijau macam filem Cicakman dan Merong Mahawangsa. "Aku tak mahu tuduh sape yang buat video ini, tapi aku rasa ini satu penipuan," kata seorang lagi pengguna. P/s: Saya sudah persoalkan hal ini semalam kerana jelas ada kejanggalan pada video tersebut. Oleh sebab saya bukan forensik visual atau seumpamanya, maka persoalan itu hanyalah persoalan semata-mata. Namun, bermula malam tadi sudah ada beberapa pihak yang membuat analisis termasuk yang disiarkan di atas. Allah itu Maha Besar! Kemas Kini:
|
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan