DUNIACACAMARBA |
- [Gambar & Video] Gila, Bayi Baru Lahir Dibuang di dalam Saluran Paip Tandas
- Tomboy Lahir Anak di Belakang Bangunan
- Profesor Undang-undang Didapati Bersalah Terima RASUAH SEKS
- TG Nik Aziz Bercakap tentang Penyatuan UMNO-PAS: “Saya tidak bagi, selagi saya masih hidup saya tidak akan benarkan.."
- Akta Hasutan: Empat Individu Didakwa, Hishamudin Rais Serah Diri
- Padah Cabul Wanita Sedang Tunggang Motosikal
[Gambar & Video] Gila, Bayi Baru Lahir Dibuang di dalam Saluran Paip Tandas Posted: 29 May 2013 05:00 AM PDT [HM] Jinhua: Seorang bayi baru lahir diselamatkan anggota bomba selepas dia dibuang tersumbat dalam paip kumbahan di sebuah rumah di China. Bayi berkenaan diselamatkan dari dalam paip selebar 10 sentimeter yang terletak betul-betul di bawah sebuah tandas selepas beberapa pejalan kaki mendengar dia menangis. Polis menyiasat kes itu sebagai cubaan membunuh dan melancarkan gerakan menjejaki ibu bapanya. Rangkaian televisyen China, CCTV melaporkan, bayi itu ditemui di bawah sebuah kediaman di Jinhua, di kawasan mewah Zhejiang. Pasukan penyelamat terpaksa memotong paip berkenaan dan membawanya bersama-sama bayi itu ke hospital berhampiran. Doktor dengan berhati-hati memotong paip itu, kerja yang dilakukan hampir sejam, sebelum dapat menyelamatkan bayi lelaki seberat 2.3 kilogram itu. Media China melaporkan, kanak-kanak itu yang dinamakan Bayi Nombor 59 sempena nombor inkubatornya, selamat dan stabil. Rakaman video mengenai usaha menyelamat itu disiarkan di seluruh negara semalam dan mendapat ribuan ulasan menerusi Weibo, laman media sosial popular negara itu. Seorang pengguna menulis: "Saya tidak boleh menerima atau memaafkan perbuatan membuang bayi yang masih beruri dan bertali pusat ke dalam paip tandas. Adakah mereka yang bertanggungjawab layak dipanggil manusia. "Sifat kehaiwanan berbanding kemanusiaan di kalangan orang dewasa semakin meluas." Laporan mengenai bayi dibuang sering disiar media negara berkenaan. Antara punca yang dikatakan menyebabkan keadaan itu berleluasa ialah undang-undang merancang keluarga yang ketat. China melarang pasangan suami isteri mempunyai lebih daripada seorang anak. - Daily Mail |
Tomboy Lahir Anak di Belakang Bangunan Posted: 29 May 2013 12:30 AM PDT [HM] Serdang: Menyayat hati apabila seorang wanita terpaksa melahirkan bayi lelakinya di atas jalan di lorong belakang sebuah bank di Bandar Puteri, Puchong, dekat sini, berseorangan. Ketika kejadian dia terasa hendak bersalin dan bertindak nekad melahirkan anaknya di belakang premis terbabit, kelmarin. Bagaimanapun wanita berusia 23 tahun itu tidak bernasib baik apabila kandungannya songsang menyebabkan dia mengalami kesukaran hendak bersalin dan terpaksa bertarung nyawa hampir sejam untuk melahirkan kandungannya tanpa bantuan sesiapa. Lebih menyedihkan, bayi lelakinya juga gagal diselamatkan apabila kakinya yang terkeluar terlebih dahulu menyebabkan bayi itu kelemasan sebelum meninggal dunia sebaik ibunya selamat bersalin. Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, wanita terbabit yang masih belum berkahwin menaiki motosikal berseorangan jam 10.40 malam kelmarin sebelum tiba-tiba dia rasa sakit hendak bersalin. "Panik dengan situasi itu, mangsa memberhentikan motosikalnya di lorong belakang sebuah bank dan bertindak berani cuba melahirkan anaknya. "Mangsa yang tidak tahu kandungannya songsang bagaimanapun mengalami kesukaran untuk bersalin, namun selepas berhempas pulas akhirnya dia berjaya melahirkan bayinya itu. "Bayinya gagal diselamatkan akibat lemas," katanya. Sumber berkata, mangsa yang berlumuran darah dan tidak bermaya hanya tersandar di tepi dinding premis terbabit sebelum kebetulan seorang lelaki yang melalui kawasan itu menyedari kejadian terbabit. "Lelaki itu yang menyangka mangsa ingin membuang bayi terus menghubungi polis memaklumkan kejadian itu sebelum unit peronda polis (MPV) tiba di tempat kejadian mendapati wanita terbabit sebenarnya baru lepas bersalin. "Polis kemudian membawa mangsa dan bayi yang sudah tidak bernyawa itu ke Hospital Serdang," katanya. Sumber itu berkata, ahli keluarga mangsa yang dimaklumkan kejadian itu juga terkejut dengan berita diterima mereka kerana tidak mengetahui anak mereka mengandung. "Difahamkan wanita terbabit sebelum ini tidak pernah berkawan dengan lelaki kerana dia sering membawa pulang rakan perempuan dipercayai 'teman wanitanya' kerana sikapnya yang seperti lelaki," katanya. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang Deputi Superintendan Lam Chien Fei ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan pihaknya yang menerima maklumat berhubung kejadian itu bergegas ke tempat kejadian. |
Profesor Undang-undang Didapati Bersalah Terima RASUAH SEKS Posted: 28 May 2013 10:46 PM PDT [CyBerita] PROFESOR undang-undang Tey Hsun Hang, yang dituduh mendapatkan habuan seks sebagai balasan bagi memberi gred yang lebih baik kepada bekas pelajarnya, didapati bersalah bagi kesemua enam tuduhan yang dihadapinya, semalam. Tey, 42 tahun, dituduh menerima habuan dalam bentuk hadiah dan seks daripada Cik Darinne Ko Wen Hui, 23 tahun, antara Mei dengan Julai 2010 sebagai balasan memberinya keputusan akademik yang baik. Pensyarah Universiti Nasional Singapura (NUS) itu dijatuhi hukuman hari ini. Menyusuli keputusan mahkamah di akhir perbicaraan selama lima bulan sejak Januari lalu itu, NUS telah memecat Tey daripada jawatannya. Tey, bapa seorang anak perempuan, boleh dikenakan hukuman denda hingga $100,000, penjara hingga lima tahun atau kededua hukuman bagi setiap tuduhan. Semasa menyampaikan keputusan, Hakim Daerah Besar, Encik Tan Siong Thye, berkata Tey berniat buruk dan telah "memperdaya" Cik Ko untuk mengadakan hubungan seks dengannya. Tey tahu apa yang dilakukannya itu tidak jujur dan salah namun dia terus "mempergunakan" Cik Ko yang ketika itu anak muridnya, ujar Encik Tan. Sedang Cik Ko terus memberi perhatian dan hadiah, termasuk sebatang pen jenama Mont Blanc dan kemeja yang ditempah mengikut ukuran Tey, beliau sebenarnya bertepuk sebelah tangan. Tey mempunyai "motif tersembunyi" dalam menjalin hubungan dengan Cik Ko, tambah Encik Tan. Beliau turut menarik perhatian bahawa bukti yang dikemukakan Tey sebagai seorang saksi di mahkamah tidak boleh dipercayai. "Dia telah berbohong beberapa kali semasa perbicaraan kepada Dr Bharat Saluja (pakar psikiatri forensik di Institut Kesihatan Mental), dan juga dalam enam kenyataannya yang panjang kepada Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) mengenai fakta dan kejadian penting," kata Encik Tan. Ketika membuat rayuan agar Tey dikenakan hukuman ringan, peguamnya, Encik Peter Low, menggesa mahkamah supaya mengenakan denda terhadap anak guamnya. Encik Low berhujah bahawa jumlah wang yang terlibat dalam kes itu "kecil" dan Tey "terseksa akibat tekanan mental" sejak siasatan bermula pada 2 April tahun lalu. Denda besar adalah hukuman wajar bagi Tey, tambah Encik Low. Pihak pendakwa akan menyampaikan hujah mereka tentang hukuman yang dirasakan setimpal hari ini. Selepas Hakim selesai menyampaikan keputusan penghakiman lisannya semalam, Tey dilihat memeluk beberapa orang di galeri awam, ada daripada mereka dipercayai teman-temannya. Menurut jurucakap NUS, pemecatan Tey berkuat kuasa serta-merta. Dalam satu kenyataan yang dikirimkan menerusi e-mel semalam, jurucakap NUS berkata walaupun kesalahan Tey dianggap serius, pihak pendakwa tidak mendapati bahawa gred pelajar telah diubah. Ia menambah bahawa "markah dan ijazah membentuk masa depan siswazah kami, dan reputasi NUS sebagai sebuah institusi". Menurut jurucakap itu lagi, NUS sedang menjalankan semakan dalaman "bagi memastikan integriti sistem pemarkahan NUS dan sejauh ini kami tidak mendapati bukti tentang sebarang kegenjotan". |
Posted: 28 May 2013 10:41 PM PDT [HD] KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak akan membenarkan sebarang usaha ke arah penyatuan PAS dan Umno selagi beliau masih hidup. Menurut bekas Menteri Besar Kelantan itu, PAS adalah milik semua ahlinya dan sebarang tindakan atau keputusan yang dibuat perlu mendapat persetujuan daripada semua ahli khususnya melalui muktamar. "Tidak boleh sesiapapun mengatur usaha untuk mengadakan kerjasama antara PAS dan Umno apa lagi secara senyap-senyap, parti ini terbuka kepada orang ramai dan milik ahli. "Saya tidak bagi, selagi saya masih hidup saya tidak akan benarkan usaha untuk menjalin kerjasama PAS dan Umno dilakukan," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui Harakahdaily semalam. Tuan Guru berkata Umno sejak awal lagi menolak dasar Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh PAS. Tambahnya, selain persoalan dasar parti, banyak lagi perkara yang perlu dikaji terhadap kesilapan Umno dalam perjuangan mereka. "Untuk itu tidak ada sebab kita ingin bersama mereka dan saya peringatkan pada yang lain jangan ada usaha ini," ujarnya lagi. |
Akta Hasutan: Empat Individu Didakwa, Hishamudin Rais Serah Diri Posted: 28 May 2013 10:01 PM PDT [MK] Empat pemimpin NGO dan parti pembangkang yang ditahan mengikut Akta Hasutan dalam operasi pada malam tadi hari ini didakwa mengikut akta tersebut. Keempat-empat individu tersebut adalah aktivis siswa Safwan Anang, pemimpin NGO Asalkan Bukan Umno Haris Ibrahim, aktivis PAS Tamrin Ghafar dan naib presiden PKR Tian Chua. Kesemuanya mengaku tidak bersalah apabila pendakwaan dijalankan ke atas mereka mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan. Mahkamah membenarkan keempat-empat individu tersebut diikat jamin RM5,000 setiap seorang, namun Safwan enggan diikat jamin. Seorang lagi aktivis, Hishamuddin Rais yang dikehendaki polis atas dakwaan kesalahan sama, turut menyerah diri di hadapan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. |
Padah Cabul Wanita Sedang Tunggang Motosikal Posted: 28 May 2013 07:38 PM PDT [SH] AYER KEROH - Tindakan seorang lelaki menunggang motosikal dan mencabul seorang wanita yang menunggang sebuah motosikal lain, membawa padah apabila dia dijatuhkan hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, semalam. Khairul Azali Abdullah, 21, dari Umbai, Jasin yang turut menunggu kelahiran cahayamata sulung dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan disabitkan ke atasnya di hadapan Majistret Ida Rahayu Sharif. Berdasarkan pertuduhan, Khairul Azali didapati mencabul kehormatan seorang wanita berusia 20 tahun semasa menaiki motosikal jenis Honda EX5 ketika hendak masuk ke simpang Taman Mutiara Pokok Mangga, kira-kira 11.20 pagi pada 22 Mei lalu. Terdahulu, tertuduh yang menganggur ketika rayuan memohon hukuman ringan kerana isterinya sarat mengandung dan dijangka bersalin Jun ini. "Isteri saya sekarang mengandung. Niat saya cuma mahu berkenalan dan nak minta nombor telefon dia sahaja," katanya. Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Nizam ketika pendakwaan berkata, hukuman perlu diberikan sebagai pengajaran kerana berdasarkan fakta kes perbuatan meraba adalah kesalahan berat, selain tertuduh sedar ketika melakukan perkara tersebut. Selepas mendengar rayua kedua-dua pihak, Ida Rahayu kemudian menjatuhkan hukuman penjara selama empat bulan dari tarikh ditangkap pada 23 Mei lalu. "Kalau awak nak berkenalan, kenapa tak cakap Assalamualaikum? Tapi awakkan dah kahwin, apa lagi yang awak nak?," tanya Ida terhadap tertuduh yang hanya tunduk dan mendiamkan diri. Mengikut fakta kes, mangsa yang keluar dari sebuah bank menaiki motosikal menghala persimpangan lampu isyarat Plaza Pandan Malim, terlihat seorang lelaki tidak dikenali mengekorinya menaiki motosikal. Selepas melepasi persimpangan itu, mangsa melihat lelaki terbabit iaitu tertuduh masih mengekorinya. Ketika sampai ke simpang masuk Jalan Pokok Mangga, tertuduh dikatakan meraba dari sebelah kiri mangsa sebelum berhenti sebelum tertuduh terus meraba-raba mangsa. Mangsa yang berang kemudian turut memaki hamun tertuduh yang kemudian bertindak melarikan lari. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan