Khamis, 23 Mei 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


"Ustaz" Dicari untuk Selesai Kes Rogol

Posted: 23 May 2013 12:09 PM PDT


[SH] ALOR SETAR – DAP cawangan Bakar Bata akan mengedarkan sebanyak 15,000 keping poster gambar seorang lelaki yang digelar 'ustaz' untuk membantu dalam siasatan kes rogol seorang murid perempuan tahun enam, dua tahun lalu.

Penyelarasnya, Syed Araniri Syed Ahmad berkata, tujuan penyebaran gambar tersebut adalah bagi membantu pihak polis segerakan siasatan.

"Sebenarnya perkara ini sudah lama berlarutan. Media massa pun sudah menyiarkan gambar lelaki berkenaan menerusi akhbar dan televisyen. Sekarang ini, sudah setahun lebih, tidak nampak satu perkembangan pun berhubung kes itu.

"Kita bukan nak salahkan polis, cuma kita harap mereka lebih serius menyelesaikan kes melibatkan rogol bawah umur," katanya.

Menurutnya, poster berkenaan juga akan diedarkan ke setiap cawangan dan pusat khidmat PR di seluruh Kedah.

"Kita juga akan edarkan kepada semua Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) seluruh Kedah untuk turut sama membantu mengesan individu berkenaan.

"Dengan menggunakan kaedah seperti ini, kita yakin orang ramai dapat membantu polis untuk mengesan lelaki berkenaan dalam tempoh yang lebih singkat," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Pengamal Bekam Sunnah dan Ruqyah Malaysia turut sedia menawarkan khidmat guaman secara percuma kepada mangsa rogol berkenaan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung lelaki berkenaan, bolehlah segera menghubungi mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

Pada 23 Disember tahun lalu, Sinar Harian melaporkan, seorang pelajar perempuan tahun enam hidup dalam trauma selepas menjadi mangsa nafsu serakah seorang bomoh apabila dipercayai dirogol berulang kali dalam kejadian berasingan di Taman PKNK, di sini, sejak awal tahun 2011.

Difahamkan, lelaki berkenaan cuba mengambil kesempatan itu selepas mendakwa mangsa mempunyai penyakit misteri kerana terdapat batu dalam badan dan perlu dikeluarkan melalui kemaluan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan turut mengesahkan bahawa polis memang sedang menyiasat kes berkenaan.



Selain Harakah, Suara Keadilan dan The Rocket Turut DIRAMPAS

Posted: 23 May 2013 11:36 AM PDT




[Bernama] KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas 2,540 akhbar tabloid pembangkang dalam operasi di seluruh negara semalam kerana melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 2012.

KDN dalam kenyataan hari ini berkata sebanyak 1,408 tabloid Suara Keadilan, 1,062 tabloid Harakah dan 70 tabloid The Rocket dirampas.

Rampasan itu dibuat setelah KDN mendapati pihak tabloid berkenaan gagal mematuhi syarat-syarat ditetapkan di bawah akta itu iaitu kesalahan untuk mencetak, mengimport, menerbit akhbar tanpa permit dan tidak mematuhi syarat-syarat permit iaitu untuk edaran ahli sahaja seperti yang ditetapkan KDN.

"Operasi penguatkuasaan ini dijalankan di premis-premis yang menjual tabloid di seluruh negara pada 22 Mei dengan mengambil kira tindakan pemantauan dan teguran yang telah dilakukan oleh KDN sebelum ini," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata operasi akan dilakukan secara berterusan bertujuan menguatkuasakan undang-undang di bawah akta berkenaan bagi memastikan semua pihak tidak melanggar akta itu.



Berkaitan:

[HD] KUALA LUMPUR: Selepas Harakah, kini akhbar lidah rasmi parti Keadilan Rakyat Suara Keadilan juga dilaporkan dirampas oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) di beberapa buah negeri sejak semalam.

Menurut Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution Ismail ribuan naskah akhbar Suara Keadilan telah dirampas dari kedai-kedai pembekal dan pengedar di seluruh negara.

Dalam tempoh 24 jam mulai semalam, katanya pegawai-pegawai KDN, telah bertindak merampas dan mengancam untuk menangkap pembekal dan pengedar akhbar Suara Keadilan di beberapa tempat. 

Katanya, di Ipoh Perak malam tadi, tujuh orang pegawai KDN telah menyerbu premis salah seorang pembekal Suara Keadilan dan merampas 214 naskah akhbar tersebut. 

Jelasnya, pegawai-pegawai tersebut bagaimanapun enggan memberi sebarang bukti surat kuasa rampasan. 

"Di Melaka pula, pada jam 10 pagi hari ini 70 naskah Suara KEADILAN telah dirampas dari seorang pengedar yang menurut beliau, pegawai-pegawai KDN hanya memberi alasan bahawa ia telah menyalahi Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984," katanya.

Tambahnya, kejadian yang sama juga telah berlaku hari ini di Johor Bahru, Johor, Seremban, Bangi dan juga di Kota Bharu, Kelantan.

"Kita menjangkakan bahawa tindakan kasar, zalim dan sangat tidak demokratik ini akan berterusan, seperti yang dilihat dalam penangkapan beberapa tokoh dan aktivis pembangkang seperti Nik Nazmi Nik Ahmad, Adam Adli, Tian Chua, Haris Ibrahim dan Tamrin Ghafar dan 18 orang aktivis lain yang menunjukkan sokongan kepada Adam Adli," katanya.

PKR mengecam tindakan rampasan akhbar Suara Keadilan yang jelas melihat ia sebagai satu lagi pembuktian bahawa kerajaan Umno BN terus-terusan mahu memperbodoh rakyat Malaysia dengan cubaan menyorokkan berita dan laporan alternatif dari rakyat yang sebenarnya mampu menilai dengan bebas tentang perkembangan politik negara.

Malah, tegas Saifuddin rampasan akhbar Suara Keadilan ini bermotifkan politik dendam serta cubaan menyekat penyebaran maklumat terutama mengenai penipuan pilihanraya. 

"Tindakan ini juga jelas membayangkan ketakutan kerajaan Umno BN sendiri kerana mereka memperolehi kuasa hanya berdasarkan mandat minoriti dan kerana itu terpaksa mengunakan kaedah tidak demokratik untuk mengekalkan kekuasaan," katanya.


P/s: Demokrasi ala UMNO, Zahid heronya. Rakyat sedang menilainya!


Pengarah Tabung Haji Mengaku Tidak Salah KHALWAT dengan Staf

Posted: 23 May 2013 12:46 AM PDT

Rozimin Ahamed Kamil,46, dibawa lari dari Mahkamah Rendah Syariah Barat Daya Balik Pulau selepas tidak mengaku bersalah atas pertuduhan berkhalwat . - Foto Bernama

[Bernama] BALIK PULAU - Pengarah Tabung Haji Pulau Pinang Rozimin Ahamed Kamil dan seorang staf wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini atas tuduhan berkhalwat.

Rozimin, 46, dan Nor Hamiza Ahmad, 35, dituduh melakukan kesalahan itu di bilik bernombor 328C di sebuah hotel di Kompleks Tabung Haji di Bayan Lepas pada kira-kira 6.10 petang, 20 Mei lepas.

Rozimin dituduh mengikut Seksyen 27 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 manakala Nor Hamiza mengikut Seksyen 27 (b) enakmen sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.

Hakim Syarie Mohamed Zaidi Abdullah membenarkan kedua-duanya, masing-masing diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Jun untuk sebutan semula kes.

Kedua-dua mereka diwakili peguam Wan Faridulhadi Mohd Yusoff manakala pendakwaan dikendalikan Ketua Pendakwa Syarie Mohd Zulkhairi Aziz. 
Nor Hamiza dibawa keluar dari Mahkamah Rendah Syariah Barat Daya selepas tidak mengaku salah berkhalwat dengan Rozimin Ahamed di sini hari ini. - Foto Bernama


[PANAS] Akhbar Harakah DIRAMPAS, Tian Chua, Haris Ibrahim, dan Tamrin Ghafar DITAHAN

Posted: 22 May 2013 11:05 PM PDT



[HD] KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini bertindak merampas akhbar lidah rasmi PAS, Harakah di beberapa buah negeri di seluruh negara.

Antara negeri yang dilaporkan berlaku rampasan itu termasuk Melaka, Negeri Sembilan, Kedah dan Perak.

Menurut Pengurus Pemasaran Harakah, Ahmad Faisal Tawang, pagi ini beliau menerima pangggilan telefon daripada pengedar-pengedar yang memaklumkan pihak KDN menjalankan operasi merampas Harakah.

Katanya, KDN bukan sahaja merampas Harakah di kedai-kedai malah turut menyerbu premis pengedar.

Jelasnya, di Melaka dianggarkan lebih 500 naskah Harakah dirampas manakala di Alor Setar Kedah pula dilaporkan sebanyak 1,000 naskah.

Rampasan di Kedah itu dilaporkan dibuat di atas lori, sebelum sempat akhbar itu diturunkan untuk diagih kepada pengedar dan dijual.

"Di Seremban Negeri Sembilan pejabat pengedar turut diserbu oleh KDN. Tetapi di Kedah pihak KDN tidak menunjukkan kad penguatkuasa dan surat dari KDN yang sah sebelum bertindak," katanya kepada Harakahdaily.

Bahkan beliau turut mendapat maklumat, di Alor Setar KDN menggunakan lima van kementerian itu untuk merampas Harakah.

Harakah yang dirampas adalah Edisi Jumaat 24-26 Mei yang memaparkan tajuk muka depan "GST hadiah BN untuk rakyat".

Manakala Ahli Parlimen Batu Tian Chua serta aktivis NGO Asal Bukan Umno (ABU) Haris M Ibrahim hari ini ditahan polis dipercayai ada kaitan dengan program himpunan SuaraRakyat505 Sabtu ini.

Pembantu Tian, Rozan Azin Mat Rasip ketika dihubungi Harakahdaily berkata, bosnya itu ditahan di lapangan terbang LCCT tengahari ini sebelum melepasi pemeriksaan keselamatan untuk ke Kelantan.

"20 minit lalu saya menelefonnya dan beliau memaklumkan dibawa ke Balai Polis Jinjang.

"Mungkin ada kaitan sama ada dengan ucapan pada forum 13 Mei di Dewan Himpunan Cina sebelum ini atau himpunan Black505," katanya.

Tian melalui Twitternya dalam pada itu turut menyebut polis menahannya berhubung siasatan mengikut Akta Hasutan.

Sementara itu, setiausaha agung PSM S Arutchelvan dalam satu tulisan di Facebook pula berkata Haris, yang mengetuai NGO Asalkan Bukan Umno, ditahan oleh lima orang anggota polis ketika sedang makan tengahari di Segambut.

Haris pagi ini hadir di bangunan kompleks mahkamah Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan ke atas aktivis siswa Adam Adli yang dituduh mengikut Akta Hasutan hari ini.




P/s: Maklumat di Twitter yang sedang berlegar-legar turut mendedahkan bahawa Tamrin Ghafar juga bakal ditangkap oleh polis atas tuduhan yang sama.


Kemas Kini:





[PANAS] Pembunuhan Sosilawati: Peguam dan 3 Pekerja Ladang ke Tali Gantung

Posted: 22 May 2013 09:32 PM PDT


Tiga tertuduh kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya, R.Matan (kiri), T.Thilaiyalagan (dua kiri) dan bekas peguam N Pathmanabhan (kanan) diiringi anggota polis selepas mahkamah memutuskan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati, bagi kesalahan melupuskan mayat jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Khamis. -fotoBERNAMA
[SH] SHAH ALAM - Bekas peguam N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya dihukum gantung sampai mati selepas disabitkan oleh Mahkamah Tinggi di sini, sebentar tadi, dengan kesalahan membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya, hampir tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan semua bukti dan bahan bukti yang dikemukakan di mahkamah sepanjang perbicaraan yang bermula pada 4 Julai 2011.

Katanya, pendakwaan berjaya membuktikan kes berkenaan melangkaui kerugian munasabah manakala pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu.

Pathmanabhan, 44; T Thilaiyagan, 22; R Matan, 23 dan R Khatavarayan, 33, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot Nombor 2001 Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, 30 Ogos 2010.


Wanita Dihukum Gantung Bunuh Anak Tiri

Posted: 22 May 2013 07:30 PM PDT


[BH] Johor Bahru: Seorang wanita warga Indonesia dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam, selepas didapati bersalah membunuh anak tirinya berusia tiga tahun, kira-kira dua tahun lalu. 

Pesuruhjaya Kehakiman, Samsudin Hassan membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan pihak pendakwaan yang berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap Dewi Nadia Alias, 26. 

Keterangan tak konsisten 

Samsudin dalam keputusannya berhujah, pembelaan tertuduh juga tidak konsisten dengan keterangannya yang diberikan sepanjang prosiding mahkamah. 

"Tertuduh memilih memberikan keterangan secara bersumpah menerusi kandang saksi, gagal memberikan penjelasan munasabah, selain keterangan melompat-lompat dan tidak konsisten," hujahnya. 

Tertuduh berbaju kurung hitam, hanya tersenyum tanpa sebarang kata-kata sepanjang tempoh penghakiman, malah reaksi sama ditunjukkan sejurus mendengar hukuman mati dijatuhkan ke atasnya. 

Berdasarkan pertuduhan, Dewi Nadia didakwa membunuh Nur Dania Qistina, iaitu anak kedua hasil perkahwinan pertama suaminya, Norafizan Ludin, 31, di sebuah rumah di Jalan Tengku Mariam, Batu 7 1/2, Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram, di sini. 

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu dengan niat pada jam 6 pagi, 9 Januari 2011, dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. 

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Rahimah Abd Majid, dan sepanjang prosiding tertuduh diwakili peguam bela, Sukhaimi Mashud.


Sistem Pilihan Raya Malaysia Dicipta Untuk Kekalkan Kuasa BN - Ahli Akademik

Posted: 22 May 2013 06:19 PM PDT



[TMI] Barisan Nasional (BN) akan terus kekal memerintah selagi sistem pengundian "first past the post" terus digunakan di Malaysia walaupun persempadanan semula dilakukan, kata ahli akadamik Amer Saifude malam tadi.

Timbalan pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL) itu menjelaskan persempadanan semula kawasan pilihan raya pada akhir tahun ini akan memberi kelebihan kepada gabungan dipimpin oleh Datuk Seri Najib Razak dan akan memberikan keputusan lebih baik kepada BN berbanding Pilihan Raya 2013. 

"Selagi mana kita mengguna pakai sistem first past the post, ia akan menjadi kelebihan untuk BN," kata Amer dalam satu forum berkenaan kesan Pilihan Raya 2013 di sini malam tadi. 

"Sejarah menunjukkan setiap kali persempadan semula, prestasi BN akan meningkat," tambahnya. 

BN yang diketuai Najib hanya memperolehi 47 peratus undi popular walaupun menang Pilihan Raya 2013 dengan majoriti mudah sebanyak 133 kerusi, berbanding 89 kerusi dimenangi Pakatan Rakyat (PR).

Beliau turut berkata Najib adalah Pengerusi BN pertama yang paling lemah ketika tempoh penggal pertama menjadi perdana menteri, kesan akibat kegagalan sistem tersebut. 

Kegagalan sistem berkenaan jelas Amer dapat dilihat bagaimana BN yang tidak pernah mencatatkan 60 peratus undi popular masih menang dengan junmlah besar yang ditandingi mereka. 

Beliau turut menjelaskan bagaimana beberapa kerusi di seluruh negara dipersempadankan semula tanpa sebab yang kukuh. 

"Sesetengah persempadanan semula itu tidak masuk akal dan tidak adil, ia biasanya dilakukan untuk kepentingan sesuatu pihak," katanya.

Beliau bagaimanapun turut berkata sebarang keputusan dan cadangan bagi merombak kedudukan sempadan perlu mendapat keputusan dua pertiga anggota Dewan Rakyat di Parlimen. 

Beberapa pemimpin PR telah menyuarakan hasrat mereka untuk mengambil kesempatan daripada pertambahan kerusi di Parlimen untuk memastikan kedudukan persempadan itu dilakukan dengan adil apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan persempadanan semula penghujung tahun ini. 

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mengingatkan jika aktiviti itu akan menyebabkan peningkatan jumlah kerusi, undi majoriti dua pertiga diperlukan untuk mengesahkan perubahan sebelum diluluskan oleh Dewan Rakyat. 

Pertuduhan pengagihan pengundi yang tidak adil telah digunakan sebagai hujah utama oleh penggubal undang-undang PR untuk menyokong pertuduhan manipulasi berpihak kepada BN telah menyebabkan gabungan pemerintah itu terus berkuasa. 

Dalam artikel terbaru portal berita FZ.com, Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hubungan Ekonomi (IDEAS) Wan Saiful Wan Jan membangkitkanpersempadanan kawasan pilihan raya yang sedia ada tidak logik dari segi saiz dan bilangan pengundi. 

Perkara ini juga telah menarik perhatian media antarabangsa dengan Wall Street Journal dalam satu komen ditulis wartawan Hong Kong Philip Bowring memberikan pandangan mengapa PR kalah pilihan raya walaupun menang 51 peratus undi popular — keputusan yang ahli Parlimen pembangkang dan kumpulan masyarakat sivil menyalahkan manipulasi kawasan pilihan raya. 

Bercakap kepada The Malaysian Insider, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua mengatakan dengan pilihan raya berakhir dan usaha akan dilakukan untuk mencabar sesetengah keputusan melalui petisyen pilihan raya, langkah seterusnya bagi PR adalah untuk menumpukan kepada proses persempadanan semula. 


Tiada ulasan: