Rabu, 22 Mei 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Gambar] Gaji PM Najib dan Kabinetnya

Posted: 22 May 2013 08:30 AM PDT



P/s: Sebelum PRU merekalah "hamba", selepas PRU merekalah "raja".






[Gambar] Mengapa Pemimpin BN TIDAK Digari, Mahasiswa DIGARI?

Posted: 22 May 2013 07:30 AM PDT

Sumber gambar di sini.

[Gambar] Darul RUNTUH

Posted: 22 May 2013 06:07 AM PDT

Sebahagian bumbung Masjid Kampung Binjai Kertas yang siap dibina pada tahun 2007 telah runtuh selepas jemaah selesai menunaikan solat isyak pada 21 Mei 2013.

Sumber gambar di sini.

P/s: Mengapa boleh runtuh? Kalau bukan sebab bala Allah, sudah tentu kerana rasuah, penyelewengan dan salah laku membabitkan kontraktor dan pihak berkuasa.

Sumber gambar di sini.

Tahanan Polis Meninggal Dunia dengan Kesan Di"Stapler"

Posted: 22 May 2013 03:00 AM PDT


Peguam Temui Kes Paling Buruk Selepas Kugan

[MK] Kes terbaru kematian dalam tahanan melibatkan N Dharmendran dianggap yang terburuk selepas kematian A Kugan pada 2009.

Peguam keluarga mangsa N Surendran berkata, kedua-dua telinganya dikokot dan terdapat beberapa tanda pukulan di paha dan belakangnya.

"Terdapat bukti fizikal terdapat pukulan dan deraan di bahagian depan paha dan belakang badan, terdapat tanda pukulan di belakang dan bengkak.

"Telinganya dikokot dan besi kokot masih tertinggal, yang boleh dilihat dengan jelas

"Ini kes paling teruk pernah saya lihat selepas Kugan," kata Surendran, yang juga anggota parlimen Padang Serai.

Surendran antara yang dibenarkan melihat mayat Dharmendran bersama ahli patologi dan anggota keluarga di Hospital Kuala Lumpur.

[Edisi Terima Kasih kepada Pengundi BN] Beri BR1M RM1 200 Setahun, Kerajaan BN Dapat RM5 000 Melalui GST

Posted: 22 May 2013 01:42 AM PDT


[HD] KUALA LUMPUR: BN boleh memberikan RM1,200 untuk BR1M setahun kerana mendapat balik daripada cukai barangan dan perkhidmatan (GST), yang akan membebankan setiap keluarga RM5,000 setahun.

Demikian dinyatakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Katanya, pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Idris Jala baru-baru ini bahawa kerajaan pusat akan menjana pendapatan RM27 bilion setahun dengan kadar GST sebanyak 7% membongkarkan satu penipuan besar BN kepada rakyat.

"Cukai GST 7% ini akan menaikkan kadar inflasi tetapi impak paling buruk adalah kepada golongan berpendapatan rendah kerana cukai GST merangkumi semua barangan yang dibeli dan dijual," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Menurutnya, dengan kos tambahan ke atas rakyat Malaysia sebanyak RM27 bilion setahun, maka setiap rakyat Malaysia tanpa mengira dewasa atau kanak-kanak akan dibebankan sebanyak RM1,000 seorang setiap tahun.

Dengan kata lain, jelasnya sebuah keluarga 5 orang terpaksa membayar RM5,000 setahun.

Itulah, kata beliau sebabnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak begitu yakin dapat membayar BR1M sebanyak RM1,200 setahun kepada setiap keluarga kerana telah mendapat balik RM5,000 setahun daripada mereka menerusi cukai GST.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu menambah, sememangnya BN akan untung banyak sedangkan rakyat Malaysia, khususnya yang berpendapatan rendah, akan rugi besar.

Justeru, beliau menegaskan, Pakatan Rakyat secara prinsip menolak sistem cukai penggunaan ini atau consumption tax kerana rakyat teramai belum lagi mempunyai pendapatan yang munasabah bagi mampu menjalani kehidupan yang bermaruah dan mapan.

"Macam mana boleh hidup lebih bermaruah bila hanya 60 peratus dari isirumah mempunyai pendapatan kurang dari RM3,000 sebulan?" katanya.

Katanya, menurut Laporan Tahunan Bank Negara 2012, Malaysia merupakan negara yang banyak berhutang dengan hutang peribadi setiap keluarga adalah RM 755 billion or 81% GDP (gross domestic product).

Menurut Lim lagi, pertumbuhan hutang keluarga adalah 11%, yang lebih tinggi daripada pertumbuhan GDP sebanyak 7.8%.

"Kita tidak boleh persalahkan rakyat berhutang bila kerajaan Malaysia berhutang sampai RM502 bilion pada akhir 2012, hamper 55% GDP," katanya.

Lagipun, ujarnya keluarga Malaysia membayar 50% daripada pendapatan untuk membayar balik hutang.

"Dengan kata lain selepas membayar hutang, mana cukup untuk perbelanjaan makanan, pengangkutan, pendidikan dan keperluan asas lain?" kata beliau.

Sehubungan itu, tetgasnya PR akan melawan cadangan cukai GST 7% di Parlimen dengan mengingatkan BN bahawa sebagai sebuah kerajaan minoriti dengan undi popular 47% sahaja, ia tidak berhak mengenakan cukai GST ke atas majoriti rakyat.




Orang Pertikai Hak Keistimewaan Melayu Jadi Timbalan Menteri Kabinet Najib

Posted: 21 May 2013 11:00 PM PDT


Umno Amal Dasar Politik Munafik - Anwar

[HD] ALOR SETAR: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Umno yang diterajui Datuk Seri Najib Razak mengamalkan politik munafik apabila melantik pemimpin Hindraf, Waytha Moorthy Ponnusamy dalam senarai kabinet mereka.


Menurut Anwar, semua maklum bahawa Waytha Moorthy adalah individu yang secara terang-terangan menyuarakan agar hak keistimewaan orang Melayu dalam perlembagaan dihapuskan.Individu itu juga kata Anwar telah menyaman kerajaan Britishdan kerajaan Malaysia kerana tidak melayan orang India dengan baik.

"Dulu dia (Umno) kata kita ni tak Melayu, Abg Mat (Mohamad Sabu) ni semua pencacai Cina, nak gadai negeri, nak gadai Melayu. 

"Sekarang dia lantik Waytha Moorthy. Siapa dia? Dia nak saman kerajaan British dan kerajaan Malaysia tuntut ganti rugi puluhan bilion ringgit kerana tidak layan India. 

Dalam carta piagam dia, dia kata dia tolak hak keistimewaan orang Melayu. "Mana dia Perkasa, mana dia Pemuda Umno? Bangkit lah. Ada ke satu suara pemuda Umno Perkasa pertikai perlantikan ini?"Ini dia politik kemunafikan, kepura-puraan Umno," katanya.


Anwar berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 50,000 orang yang hadir pada Himpunan Black505 peringkat negeri Kedah malam tadi.

Program yang berlangsung di Kompleks PAS Kota Sarang Semut itu juga turut dihadiri pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat termasuk Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu Naib Presiden PAS Salahudin Ayub, AJK PAS Pusat Dr Hatta Ramli serta Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.



Kes Rogol Bawah Umur Babitkan Pengurus Restoran di Sabah, Menteri Campur Tangan

Posted: 21 May 2013 08:46 PM PDT


Menteri Mahu Perkahwinan Gadis 13 Tahun dengan Lelaki 40 Tahun Dibatalkan

[Mstar] KOTA KINABALU: Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah mengambil langkah bagi memastikan kanak-kanak 13 tahun yang dikatakan menjadi mangsa rogol diletakkan di bawah jagaan dan perlindungan mereka dan dalam masa yang sama cuba membatalkan perkahwinannya dengan seorang lelaki yang dituduh mempunyai hubungan seks dengannya.

Mengumumkan perkara ini, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri Datuk Jainab Ahmad yang merayu kepada pihak pendakwaan untuk meneruskan pertuduhan rogol terhadap pengurus restoran, 40, Riduan Masmud.

Jainab berkata beliau telah mengarahkan pegawai-pegawainya untuk mengambil tindakan segera bagi mendapatkan perintah mahkamah supaya kanak-kanak perempuan itu diletakkan di bawah jagaan dan perlindungan jabatan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

"Gadis itu masih muda dan tidak boleh membuat keputusan untuk dirinya. Dia memerlukan kaunseling dan kita perlu untuk mendengar bagi pihaknya. Dia berusia 12 tahun, enam bulan ketika itu," katanya.

Jainab juga menyatakan keraguan mengenai kesahihan perkahwinan antara Riduan dan gadis itu selepas memeriksa dengan pegawai-pegawai di mahkamah Syariah.

"Pendaftar memberitahu saya terdapat dua permohonan iaitu satu daripada orang yang mendapatkan kebenaran untuk berkhwin dua, dan satu lagi daripada bapa gadis itu yang meminta izin untuk anak perempuannya berkahwin.

"Mereka memberitahu saya permohonan bapa dibenarkan tetapi tidak ada kebenaran diberikan bagi lelaki itu untuk mengahwini isteri kedua," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Pada pandangan peribadi, beliau menyatakan kesedihan apabila bapa gadis membenarkan anak perempuannya berkahwin dengan Riduan, yang mempunyai empat orang anak berusia dua hingga 17 tahun.

"Adakah ia untuk menyembunyikan rasa malu? Adakah ia (perkahwinan) akan menyelesaikan perkara itu? Ini amat membimbangkan," katanya.

Mahkamah Sesyen pada Isnin diberi sehingga 6 Jun untuk membuat keputusan sama ada mahu meneruskan tuduhan rogol terhadap Riduan selepas gadis itu menarik balik laporan rogol terhadapnya pada 18 April.


P/s: Bagaimana dengan kes rogol membabitkan atlet boling negara dan mekanik?


Laporan Awal

Lelaki Dituduh Rogol Gadis 13 Tahun Jadikan 'Perkahwinan' Elak Dijatuhkan Hukuman

[Mstar] KOTA KINABALU: Dia didakwa kerana mengadakan hubungan seks dengan seorang gadis berusia 13 tahun dan melihat perkara itu sebagai tidak salah.

Riduan Masmud, 40 tahun yang mengejutkan negara selepas didakwa merogol kanak-kanak dan kemudian mengisytiharkan bahawa dia telah berkahwin ketika perbicaraan kes telah membuat pengakuan buat pertama kali mengapa dia memutuskan untuk mengambil gadis itu sebagai isteri kedua.

Pengurus restoran ini mempertahankan tindakannya sambil berkata ia merupakan kes 'Suka Sama Suka' sambil menambah bahawa ia boleh diterima di bawah undang-undang Syariah.

Namun tidak dapat dipastikan sama ada gadis itu bertemu Riduan ketika di sekolah atau sama ada dia telah bekerja dengannya. Gadis itu berasal dari keluarga yang sangat miskin.

Ketika kes rogol ini disebut di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, Riduan memberitahu pemberita bahawa dia telah mengenali gadis itu selama kira-kira enam bulan dan merasakan dia mempunyai hak (untuk berkahwin dengan gadis bawah umur).

"Terdapat banyak kes lelaki berkahwin dengan gadis bawah umur. Saya tidak nampak mengapa kes saya ada perbezaan," kata bapa kepada empat orang anak yang berusia antara dua dan 17 tahun.

Dia bagaimanapun enggan menyatakan sama ada terdapat mana-mana daripada anaknya itu adalah perempuan.

Riduan berkata demikian kepada pemberita di luar mahkamah selepas Hakim Mahkamah Sesyen Ummu Khatom Abd Samad menetapkan 1 hingga 4 Julai untuk pendengaran kes itu.

Hakim Ummu Khatom memberikan sehingga 6 Jun kepada Jabatan Peguam Negara untuk membuat keputusan sama ada untuk meneruskan kes itu.

Riduan didakwa pada 28 Februari di atas kesalahan merogol gadis di dalam sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan di Inanam, dekat sini pada pukul 10 pagi, 18 Februari.


Kemas Kini:

Jabatan Peguam Negara Akan Teruskan Dakwaan Rogol Terhadap Riduan


[Mstar] PUTRAJAYA: Jabatan Peguam Negara akan meneruskan pendakwaan kes rogol terhadap pengurus restoran, Riduan Masmud yang mana kesnya digugurkan selepas mangsa berusia 13 tahun itu menarik balik laporan polis di Sabah.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, mereka sedang mengumpulkan lebih banyak bukti termasuk laporan DNA.

"Kami tidak menggugurkan dakwaan terhadapnya.

"Saya telah mengarahkan pegawai-pegawai saya untuk mengumpulkan lebih banyak bukti dan kita akan meneruskan kes tersebut," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Abdul Gani berkata, beliau turut meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dakwaan oleh bapa mangsa bahawa tertuduh membayarnya RM5,000 sebagai ganti rugi, yang akan dikendalikan oleh "Mahkamah Adat" di Sabah.

Riduan mengejutkan negara selepas didakwa kerana merogol gadis bawah umur dan kemudian mengumumkan telah mengahwini mangsa.



Gaji Taib Mahmud Kini RM39 Ribu, Kalah Gaji PM Malaysia

Posted: 21 May 2013 05:00 PM PDT


[HD] KUCHING: Bernama hari ini melaporkan, gaji bulanan ketua menteri Sarawak akan naik tiga kali ganda mula 1 Januari 2012 iaitu dari RM13,000 ke RM39,000 sebulan.

Turut dinaikkan tiga kali ganda adalah gaji timbalan ketua menteri, menteri, pembantu menteri dan anggota dewan undangan negeri Sarawak.

Ia dilakukan di bawah rang undang-undang yang diluluskan hari ini oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Rang Undang-undang Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Gaji, Pencen dan Gratuiti) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji untuk Speaker DUN, timbalan speaker dan setiausaha-setiausaha politik.

Gaji untuk Ketua Menteri akan naik daripada RM13,000 kepada RM39,000; Timbalan Ketua Menteri, RM11,500 kepada RM35,000; menteri kanan dan speaker DUN RM9,000 kepada RM30,000; menteri, RM9,000 kepada RM27,000; pembantu menteri dan timbalan speaker, RM7,000 kepada RM21,000; anggota dewan undangan negeri, RM4,500 kepada RM15,000 dan setiausaha politik, RM3,000 kepada RM9,000.

Rang undang-undang itu juga menetapkan kenaikan gaji itu berkuat kuasa dari 1 Jan tahun lepas. Kali terakhir pindaan gaji dibuat ialah pada 1992.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Wong Soon Koh berkata semakan gaji itu dibuat berikutan peningkatan jangkaan daripada rakyat.

"Sarawak adalah sebesar Semenanjung dan banyak Anggota Dewan Undangan Negeri perlu menjaga kawasan yang luas terutama mereka yang berkhidmat di kawasan luar bandar," katanya.

Wong berkata rang undang-undang baharu itu akan berkuat kuasa minggu depan dan kenaikan gaji itu dijangka membabitkan RM17 juta daripada dana negeri, termasuk bayaran tunggakan dari tahun lepas.

Dengan kenaikan gaji ini, ketua menteri Sarawak mempunyai gaji yang lebih besar dari Perdana Menteri.



P/s: Gaji PM Malaysia hanya sekitar RM22 ribu.


Tiada ulasan: