Sabtu, 18 Mei 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Edisi Terima Kasih kepada Pengundi BN] GST pada Kadar 7% Sumbang 27 Bilion kepada Kerajaan BN

Posted: 17 May 2013 11:00 PM PDT


[APos] Malaysia mampu memperolehi pendapatan negara mencecah sehingga RM27 bilion, jika cadangan cukai barangan dan perkidmatan (GST) dilaksanakan pada kadar 7 peratus, seperti di negara jiran, Singapura.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, perlaksanaan kadar cukai baru tersebut mendorong kepada pertambahan pendapatan dari RM20 bilion kepada RM27 bilion, apabila mencapai tempoh matang.

"Tempoh matang itu adalah apabila rakyat Malaysia mula menyumbang kepada GST. Ia perlu dilaksanakan segera sebaik sahaja mereka bersedia menerima mekanisme tersebut," jelasnya.

Berucap di forum "PRU13 - Apa Maknanya kepada Perniagaan?" hari ini, Idris menerangkan maklumat tentang GST dan cara ia menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara supaya rakyat negara ini memahami dan menerima perlaksanaan cukai itu nanti.

GST itu katanya, akan menyediakan dana tambahan kepada kerajaan sebagai perbelanjaan kepada rakyat Malaysia, sepertimana mana yang dijanjikan dalam manifesto Barisan Nasional (BN), sebelum PRU13 lalu.

"Walaupun perlaksanaan cukai baharu diperkenalkan, namun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tetap komited dalam menurunkan cukai korporat dan cukai pendapatan peribadi.

"Cara ini menunjukkan kerajaan mahu keseimbangan dalam semua perkara yang dilakukan, sama ada dari segi ekonomi atau politik," demikian menurut Idris, yang juga mengetuai Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU).

Dalam masa yang sama beliau turut menafikan janji-janji yang dibuat kerajaan semasa pilihan raya lepas akan meningkatkan hutang keluaran dalam negara kasar (GDP), dari kadar 53 peratus sekarang.

Katanya, kerajaan komited dalam mengekalkan hutang di bawah 55 peratus, berbanding siling GDP yang pernah ditetapkan sebelum ini.

"Semasa di Forum Ekonomi Dunia di Davos, apabila saya mencadangkan perlaksanaan Malaysia untuk tetapkan 55 peratus siling hutang GDP, ramai pakar ekonomi dan pemimpin mengatakan ia mustahil."

"Ia disebabkan negara Malaysia unik kerana masih mempunyai hutang di bawah 55 peratus," kata Jala dan menambah negara seperti Singapura (100 peratus hutang GDP), United Kingdom (80 peratus) dan Perancis (81 peratus).

Idris percaya matlamat negara berpendapatan tinggi boleh dicapai awal 2 tahun, berdasarkan usaha ekonomi kerajaan dan sektor swasta, dan menambah Malaysia di trek yang kukuh untuk mencapai lebihan belanjawan menjelang 2020.

Tambahnya, tempoh 4 tahun lepas dengan Najib sebagai Perdana Menteri, defisit belanjawan negara menurun tahun demi tahun, dan memberi jaminan pencapaian ini akan berterusan.

"Tahun lepas, ia sebanyak 4.5 peratus, dan tahun ini kita jangka akan menurun lagi kepada 4 peratus. Jika segala usaha dijalankan, saya percaya kita memperolehi lebihan belanjawan tersebut," terang beliau.

Peranan kerajaan dalam perniagaan, kata Idris, peningkatan perniagaan akan berlaku pada tahun ini.

Melalui Peranan Kerajaan dalam Perniagaan (GRIB), Jala berkata kerajaan telah kurangkan atau hentikan kepentingan dalam 13 syarikat, daripada 33 entiti yang dikenal pasti oleh PEMANDU.


P/s: Apa lagi TM nak kata, terima kasih pengundi BN, anda gembira kami sengsara!


Teman lelaki Enggan Bertanggungjawab, Gadis Lapor Polis

Posted: 17 May 2013 09:53 PM PDT



[HM] Ampang: Berang selepas kekasihnya enggan bertanggungjawab, seorang remaja perempuan berusia 18 tahun nekad membuat laporan polis sebaik mendapati dia mengandung hasil hubungan terlarang mereka.

Difahamkan, gadis terbabit yang mengandung hampir dua bulan tidak puas hati selepas hasratnya untuk berkahwin dengan kekasih hatinya itu ditolak.

Sumber berkata, mangsa mendakwa mengenali teman lelakinya itu selepas melanjutkan pengajian di sebuah kolej swasta di Petaling Jaya. "Selepas beberapa bulan menjalin hubungan dengan lelaki terbabit, mangsa keluar bersama pada Julai tahun lalu.

"Teman lelaki mangsa sering membawanya ke rumah sewanya di Kampung Pandan, di sini, dan mereka melakukan hubungan seks," katanya.



P/s: Jauhilah zina!!!



Ustaz Mesra UMNO, Kononnya Diugut Bunuh Kerana Ceramah, Tetapi Tunggu 6 Bulan Baru Hendak BERSARA

Posted: 17 May 2013 07:48 PM PDT


Kredit: Omakkau
[HM] Kuala Lumpur: "Saya terpaksa berhenti berceramah kerana bimbang sesuatu buruk menimpa keluarga. Selain dimaki hamun dalam blog dan Facebook, ada yang datang ke rumah dan pusat pengajian memberi ugutan (mahu) memukul dan membunuh saya.

"Ya, saya akan berhenti berceramah 28 November depan kerana saya kecewa difitnah dan dicerca bukan-bukan oleh pihak tidak bertanggungjawab," kata penceramah bebas, Mohd Kazim Elias Al-Hafiz, 41, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim.

Beliau yang juga pengasas Pusat Pendidikan Al-Barakah bertekad tidak mahu lagi menerima undangan ceramah kerana kecewa dituduh 'Ustaz Politik'.

Katanya, kesal dengan tuduhan yang dilemparkan beberapa pihak tertentu, beliau yang hampir 23 tahun berceramah di seluruh Malaysia memberi tumpuan terhadap pusat pengajiannya di Kampung Manjoi, Perak.

Selain itu, menurutnya, keputusan berhenti berceramah dibuat kerana ketika ini beliau tidak berapa sihat, selain baru-baru ini berlaku satu insiden rumahnya di Ipoh, Perak apabila ada pihak cuba menyimbah cuka.



P/s: TM tidak menuduh, tetapi perbuatan mengada-mengadakan cerita atau menipu ini berdosa. 

Berdasarkan laporan HM di atas, banyak perkara yang boleh dipertikaikan.

Misalnya, blog Omakkau menyebut:

IKUT HUKUM AKAL LOGIKLAH.. KALAU BENAR-BENAR DIA BERASA TAKUT DENGAN UGUTAN BUNUH MENGAPA PERLU TUNGGU SEHINGGA 6 BULAN BARU NAK BERHENTI MEMBERIKAN CERAMAH..

BELIAU MEMBERITAHU ADA ORANG DATANG SENDIRI KERUMAHNYA DAN PUSAT PENGAJIAN MILIKNYA DATANG UGUT NAK PUKUL DAN BUNUH DIRINYA...TAPI TIADA LANGSUNG DICERITAKAN BELIAU SUDAH MEMBUAT LAPORAN POLIS...SUDAH PASTI DIA CAM ORANG YANG DATANG UGUT NAK PUKUL DAN BUNUH DIRINYA.

MASUK AKAL KE?.. SEORANG PENDAKWAH AKAN BERHENTI BERCERAMAH HANYA SEKADAR KENA FITNAH DAN DAN DICERCA?????..PENDAKWAH JENIS APA DIA NI???

JANGAN CARI PUBLISITI MURAHAN... RAKYAT BUKANNYA BODOH... JANGAN NAK HINA RAKYATLAH...CAKAPLAH YANG CERAMAH ANDA TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN LANGSUNG!!!!!
SEBENARNYA DALAM TEMPOH 6 BULAN INI NAK LIHAT RESPON DAN TINDAK BALAS DARI RAKYAT SAMA ADA CERAMAH ANDA AKAN MENDAPAT SAMBUTAN ATAU SEMAKIN SURAM.. ITU SAJA BEB!!!


Siapa Ustaz mesra UMNO ini? Rajin-rajinlah menyelongkar senarai kiriman blog Manjong Mari. Banyak juga cerita menarik tentang adik kepada bekas ADUN UMNO di Perak ini di blog itu. Mungkin klip ceramahnya di sini dapat memberikan gambaran awal tentang dirinya.

Cuba tonton video ini. Adakah ustaz ini bercakap tentang Islam yang sebenar? Adakah kata-katanya benar & bebas daripada fitnah? Anda nilaikan sendiri.




P/s: Pendakwah di negara lain bukan setakat diugut, dipukul malah dipenjarakan dan dihukum mati oleh pemerintah yang zalim. Adakah kesengsaraan dan penderitaan itu melemahkan semangat mereka? Semangat mereka untuk menegakkan hukum Allah itu tidak pernah luntur, malah semakin berkobar-kobar. Respek saya untuk mereka, begitu juga untuk pendakwah di negara kita yang ditekan dan ditindas oleh pihak tertentu semata-mata untuk menyatakan kebenaran.





Maut Digilis Tayar Traktor

Posted: 17 May 2013 04:37 PM PDT



[HM] Kulim: Seorang pelajar sebuah sekolah pondok ditemui mati dalam keadaan menyayat hati apabila cedera parah di badan akibat digilis tayar sebuah traktor yang sedang bergerak dalam kejadian di Sungai Karangan, dekat sini, kelmarin.

Kejadian dipercayai berlaku jam 4.30 petang di kawasan sekolah pondok itu menyebabkan mangsa Mohd Sayuti Abd Razak, 15, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, sebelum kejadian, traktor berkenaan dipercayai dipandu seorang remaja berusia 16 tahun, manakala mangsa dan seorang lagi rakannya dikatakan berdiri di atas kenderaan itu.

Menurutnya, polis difahamkan, ketika melalui kawasan berlopak, traktor terbabit dipercayai hilang kawalan lalu melanggar sebuah bangsal yang terletak berhampiran bangunan sekolah pondok terbabit.

"Akibat pelanggaran itu, mangsa bersama seorang lagi rakannya cuba menyelamatkan diri lalu terjun dari traktor berkenaan, namun mangsa terjatuh di hadapan tayar menyebabkan traktor yang sedang bergerak itu terus menggilis badannya.

Tiada ulasan: