Jumaat, 17 Mei 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Prof Agus Sanggah Kenyataan Menteri KDN Minta Rakyat Hijrah ke Negara Lain Jika...

Posted: 17 May 2013 04:00 AM PDT


NONE

Anda baca kenyataan Zahid, Menteri KDN, di sini.

Prof Agus menjawab kenyataan Zahid di akaun FBnya. Baca paparan.


P/s: Komen TM. Cuba tanya pak cik di bawah ini.







Kajian 81% Mahu Anwar Bersara di The Edge PALSU

Posted: 17 May 2013 02:00 AM PDT


[HD] Kajian laman web The Edge yang menunjukkan 81 peratus pembacanya bersetuju bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim harus bersara daripada politik rupa-rupanya palsu. 

Mengikut laporan penjelasan The Edge, editor laman webnya Ho Wah Foon mendapati kajian yang berusia seminggu itu telah menarik 12,736 reaksi yang berat sebelah. Ini menyebabkan beliau menghentikan kajian tersebut pada 14 Mei yang lalu. 

Setelah disemak, jabatan IT The Edge telah mendapati 6,354 reaksi datang daripada satu alamat IP yang sama, dan 1,700 datang daripada beberapa alamat IP yang lain dari bangunan yang sama. 

"Manakala 2,000 lagi datang daripada tujuh alamat IP berlainan. Daripada ini, ia adalah jelas kajian telah digodam dan keputusannya tidak boleh diambil sebagai satu yang objektif dan boleh dipercayai," kata The Edge. 

Difahamkan keadaan itu berlaku akibat telah digodam cybertroopers. 

Dalam kajian yang keputusannya disiar media kelmarin, laman itu bertanya samada Anwar harus terus memimpin Pakatan Rakyat atau bersara ekoran kegagalan pakatan itu untuk memenangi pilihanraya 5 Mei yang lalu.

81 peratus atau 10,396 daripada 12,736 reaksi yang diterima berpendapat Anwar patut bersara. 


Jual TUBUH Sara Dua Anak

Posted: 16 May 2013 11:00 PM PDT

Amy ketika ditemui Sinar Harian bagi menceritakan kisah kehidupannya sehingga terjebak dengan maksiat dan dadah.

[SH] PARIT BUNTAR - Demi menanggung dua anak tidak sah taraf yang masih kecil dan memastikan bekalan dadah sentiasa mencukupi, seorang gadis terpaksa merelakan tubuhnya diratah oleh lelaki hidung belang saban hari.

Jika dilihat dari umur dan perwatakannya, nescaya sesiapapun tidak menyangka gadis ini sudah melahirkan dua anak tidak sah taraf hasil hubungan terlarang dengan lelaki yang melanggannya.

Amy (bukan nama sebenar), 21, berkata, sejak lahir dia sudah diserahkan kepada keluarga angkat miskin, dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan dan tidak mendapat pendidikan sempurna.

Menurutnya, kesempitan hidup keluarga angkatnya menyebabkan dia berhenti sekolah dan mencari pekerjaan pada usia 12 tahun.

"Bagaimanapun, faktor umur menyebabkan saya sukar mendapat pekerjaan sehinggalah saya terjebak dalam kancah maksiat dan sanggup menjual tubuh bagi mendapatkan sesuap nasi.

"Kegembiraan memperoleh wang haram tidak bertahan lama apabila saya melahirkan seorang anak luar nikah dan peristiwa itu tidak dapat diterima keluarga angkat yang sering memaki hamun saya sejak itu," katanya sewaktu ditemui media di sini.

Amy berkata, selepas habis berpantang, dia meneruskan kerja 'haram' itu seperti biasa dan mula ketagih dengan dadah jenis syabu sehinggalah anak pertamanya berusia setahun setengah.

Menurutnya, sikapnya yang semakin liar dan sering menjadikan rumahnya sebagai 'port' maksiat akhirnya menyebabkan keluarga angkatnya nekad meninggalkannya dengan membawa anaknya sekali.

"Sehingga sekarang langsung tiada khabar berita tentang keluarga angkat dan anak saya.

"Mereka sering kali menasihati saya supaya berhenti melakukan maksiat, tetapi saya berdegil kerana itu sahaja cara peroleh pendapatan lumayan dan bekalan syabu," katanya.

Amy berkata, dia mulanya rasa bersedih dengan tindakan keluarga angkat melarikan anaknya tanpa khabar berita.

Bagaimanapun, perkara itu semakin dilupakan saban hari dan ketiadaan mereka seakan-akan memberinya lebih kebebasan untuk melakukan apa sahaja sehinggalah dia melahirkan seorang lagi anak perempuan tidak sah taraf yang kini masih dalam jagaannya.

"Saya cuba berubah namun kesempitan hidup terus memaksa saya melakukan kerja terkutuk ini.

"Sejak saya mengenali seorang lelaki, saya mula terpikat dan percaya dia mampu memberi sinar dalam hidup saya setelah melihat kesanggupannya untuk menerima saya walaupun bersikap liar.

"Bagaimanapun, kebaikan ditunjukkan lelaki itu hanya sementara dan sikapnya tidak ubah seperti pelanggannya lain yang sekadar mahukannya untuk seks semata-mata," katanya.

Lebih memburukkan keadaan, bekas teman lelakinya itu turut memperkenalkan sejenis ubat penguat hawa nafsu dan menyebabkannya mula ketagih.

"Setiap kali melakukan hubungan seks, dia akan memaksa saya mengambil ubat itu dan ia akan meningkatkan rangsangan kami untuk bersama.

"Namun kini setelah ditahan pihak berkuasa dan dilabel sebagai Orang Kena Pengawasan (OKP), dia terus meninggalkan saya dan anak," katanya.

Sementara itu Timbalan Bendahari, Skuad 1Malaysia, Khadijah Masbah berkata, remaja yang bermasalah seperti Amy seharusnya haruslah dijadikan iktibar dan pedoman kepada semua masyarakat.

"Tindakan yang diambilnya adalah salah. Dia sepatutnya merujuk terlebih dahulu dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kerian atau Skuad 1Malaysia sebelum mengambil tindakan melulu yang akhirnya memakan diri.

"Kami di bawah Skuad 1Malaysia mempunyai pelbagai cara dan kaedah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi remaja bermasalah seperti Amy.

"Walaupun dia berada dalam pengawasan, namun kami sentiasa memastikan orang seperti dia akan mendapat pembelaan sewajarnya," katanya.'




Isteri Penjawat Awam DIPERKOSA Jiran Berahi

Posted: 16 May 2013 08:47 PM PDT



[HM] Kuala Lumpur: Seorang lelaki yang tinggal berjiran dengan rakan sekerjanya di Jalan Jelatek, di sini, sanggup bertindak kejam dengan menyelinap masuk ke rumah rakannya itu sebelum merogol isterinya.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari Isnin lalu itu, isteri rakan lelaki berkenaan yang berusia 30 tahun tinggal berseorangan di rumah manakala suaminya yang juga penjawat awam berada di tempat kerja.

Sumber berkata, sebelum kejadian, mangsa menerima panggilan daripada jirannya itu yang berpura-pura menawarkan peluang kerja sambilan.

Katanya, mangsa yang juga suri rumah menanyakan jenis pekerjaan ditawarkan sebelum lelaki itu menjawab kerjanya adalah mudah iaitu menemaninya sebelum meminta mangsa datang ke rumahnya.

"Mangsa yang marah dengan jawapan lelaki berkenaan meletakkan telefon dan meneruskan membuat kerja rumah. Namun, lelaki berkenaan dikatakan menggunakan kesempatan mangsa berseorangan di rumah menyelinap masuk," katanya.

Menurutnya, mangsa yang terkejut dengan kehadiran lelaki terbabit di rumahnya menolak lelaki itu keluar malangnya tidak berdaya dan akhirnya dirogol.

Beliau berkata, lelaki berkenaan turut mengugut merogolnya lagi sekiranya memaklumkan kejadian berkenaan kepada suaminya.

"Mangsa cuba mendiamkan diri pada hari kejadian bagaimanapun akibat takut, dia memaklumkan kejadian itu kepada suaminya sebelum pasangan berkenaan tampil untuk membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Tun Razak, kelmarin," katanya.



Kejam: Majikan Sebabkan Amah Mati Kebuluran Dikenakan Hukuman

Posted: 16 May 2013 08:20 PM PDT



[HM] Georgetown: Sepasang suami isteri dihukum 24 tahun penjara oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, di sini, semalam, selepas didapati bersalah menyebabkan kematian pembantu rumah akibat kebuluran, pada April tahun lalu.

Hukuman dijatuhkan Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Datuk Zamani Abdul Rahim yang membuat keputusan itu selepas mendengar rayuan peguam Naizatul Zamrina Karizaman mewakili kedua-dua tertuduh dan hujah Timbalan Pendakwa Raya Tan Guat Cheng.

Zamani berkata, sebagai majikan kepada mangsa berasal dari Kemboja yang datang mencari nafkah di negara ini, kedua-dua tertuduh sepatutnya menjaga kebajikan seperti makan minum, perubatan serta barangan asas mangsa sepanjang berada di bawah jagaan mereka.

"Bagaimanapun, tertuduh bertindak sebaliknya apabila membiarkan mangsa yang asalnya mempunyai ketinggian 148 sentimeter dan berat badan 44 kilogram (kg) susut mendadak sehingga menjadi 26.1kg dalam tempoh tujuh bulan," katanya.

Tertuduh, Soh Chew Tong, 44, dan isteri, Chin Chui Ling, 42, diperintah menjalani hukuman penjara itu bermula tarikh mereka ditahan, pada 1 April lalu.


P/s: Gila kejam! 


Berkaitan:

GEORGETOWN - Sepasang suami isteri terpaksa meringkuk dalam penjara selama 24 bulan (kalau mengikut laporan HM, 24 tahun) selepas Mahkamah Tinggi Pulau Pinang mendapati mereka bersalah membiarkan pembantu rumah mati kebuluran tahun lalu.

Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes tanpa keraguan munasabah ke atas pasangan berkenaan, Soh Chew Tong, 44, dan isterinya, Chin Chui Ling, 42.

Kedua-duanya didakwa melakukan kesalahan itu hingga menyebabkan kematian Mey Sichan, 24, seorang warga Kemboja di sebuah premis menjual barangan logam di Taman Asas Murni, Jalan Bukit Minyak, antara 1 Januari hingga 1 April tahun lalu.

Ketika membacakan keputusannya, beliau berkata, kes itu mencemarkan imej Malaysia menyebabkan Kemboja mahu menghentikan penghantaran rakyatnya untuk bekerja sebagai pembantu rumah di negara ini.

Menurutnya, sebagai majikan kepada pembantu rumah yang datang untuk mencari nafkah di negara ini, kedua-dua tertuduh sepatutnya menjaga kebajikan seperti menyediakan makan, minum dan barangan asas serta membiayai kos perubatan mangsa selama masih di bawah jagaan mereka.

"Sebagai rakyat Malaysia, semua orang harus hidup berkasih sayang dan tidak menyeksa dan mendera orang lain.

"Saya juga mempunyai pembantu rumah dan jika mereka tidak sesuai, saya akan hantar mereka balik, apa perlu rotan dan dera," katanya.

Mengikut faktar kes, Mey bekerja sebagai pembantu rumah pasangan tersebut di rumah kedai itu sejak September 2011 dan didapati mati di bilik stor di tingkat dua rumah kedai itu pada 1 April tahun lalu.

Zamani berkata, bukti yang ditunjukkan kepada mahkamah menunjukkan Mey dipaksa dan dinafikan untuk makan dalam satu tempoh panjang.

"Secara keseluruhannya, si mati tidak menerima makanan yang mencukupi dan mengalami kecederaan dari semasa ke semasa yang memburukkan lagi ulser perutnya sehingga membawa kepada peritonitis akut dan yang menyebabkan kematiannya," katanya.

Beliau berkata, pasangan itu didapati membiarkan mangsa yang mempunyai ketinggian 148 sentimeter mengalami kebuluran sehingga berat badannya jatuh mendadak daripada 44 kilogram kepada 26.1 kilogram dalam masa tujuh bulan.

Menurutnya, indeks jisim tubuh (BMI) mangsa ketika bedah siasat adalah sangat rendah iaitu 11.9, jauh lebih rendah daripada tahap minimum untuk mereka yang dikategorikan sebagai sangat kurus selain mendapati mangsa mempunyai 29 kecederaan termasuk kesan cakaran dan lebam berpanjangan dipercayai akibat objek tumpul yang panjang seperti rotan atau getah paip.

Pasangan tersebut pada awalnya di dakwa di bawah Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh akan tetapi pertuduhan ditukar kepada membunuh tanpa niat.

Pasangan yang mempunyai tiga anak itu diwakili peguam, Naizatul Zamrina Karizaman manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Tan Guat Cheng.




Pelakon Lelaki Terkenal Dicekup KHALWAT

Posted: 16 May 2013 05:32 PM PDT


[Bernama] SHAH ALAM: Seorang pelakon lelaki terkenal tempatan ditangkap khalwat oleh sepasukan pegawai Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sebuah unit Apartment Taman Sri Subang di sini awal Khamis. 

Pelakon berusia 25 tahun itu, yang pernah bertunang pada Disember tahun lepas, ditahan pada 3.30 pagi selepas pasukan penguatkuasa mendapat maklumat daripada orang awam. 

Pengarah Jais Datuk Marzuki Hussin, dalam satu kenyataan pada Khamis, mengesahkan bahawa pelakon itu, yang sudah bertunang Disember lepas, ditahan Bahagian Penguatkuasaan Jais berdasarkan maklumat awam. 

"Dia ditahan mengikut Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995," katanya. 

Pelakon berkenaan sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan wanita yang lebih berusia serta seorang lagi pelakon wanita, namun hubungannya dengan mereka berakhir begitu sahaja. - 



Kemas Kini:

[Mstar] PETALING JAYA: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengesahkan pelakon Shahrizal Jaszle telah ditahan atas kesalahan berkhalwat oleh sepasukan pegawai dari bahagian penguatkuasaan Jais di sebuah unit apartment Taman Sri Subang di sini awal pagi Khamis.

Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin dalam satu kenyataan mengesahkan penangkapan Shahrizal atau nama sebenarnya, Mohd Shahrizal Jaszle Jasmi, 25, yang sudah bertunang Disember lepas.

"Dia ditahan mengikut Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995," katanya.

Shahrizal ditahan pada pukul 3.30 pagi selepas pasukan penguatkuasa mendapat maklumat daripada orang awadan jika disabitkan bersalah dia boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Pelakon berkenaan sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan Maria Farida dan Miera Leyana namun hubungan mereka tidak bertahan lama.

Dalam pada itu, usaha mStar Online untuk mendapatkan komen pelakon itu gagal apabila Shahrizal tidak menjawab panggilan yang dibuat sejak malam tadi.


Tiada ulasan: