DUNIACACAMARBA |
- [Gambar] Warga Emas dan BLACK505
- [Edisi Terima Kasih Pengundi BN] GST Belum Dilaksanakan, Pengguna Sudah Pening Kepala Bayar Macam-macam Cukai
- [Video] Dengarlah Ustaz UMNO Bicara Soal Hudud
- Kit Siang Jawab Artikel Utusan...
- [Gambar] Tan Sri Khalid Ibrahim Selesai Angkat Sumpah MB Selangor
- Mahkamah Rayuan Tolak Saman 2 020 Ibu Tunggal di Selangor
- Chua Jui Meng Dakwa Ada Bukti PENIPUAN PRU di Segamat
[Gambar] Warga Emas dan BLACK505 Posted: 14 May 2013 05:00 AM PDT | ||
Posted: 14 May 2013 12:00 AM PDT
Selain caj servis sebanyak 10%, turut tertera pada bil di atas ialah GST sebanyak 6%. GST ini bukanlah GST yang kini hangat diperkatakan oleh orang ramai. Menurut, pengguna FB, "6% tu cukai perkhidmatan. Dikuatkuasakan di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 1975. Kadar 6%. GST dalam bil tu membawa maksud Government Service Tax. Industri yang tertakluk kpd cukai perkhidmatan sering tulis GST. Goods and Service Tax ( GST ) belum lagi dikuatkuasakan. Rang undang2 nya masih di peringkat bacaan perama di Parlimen." Belum lagi GST dilaksanakan oleh kerajaan BN, rakyat sudah dibebani pelbagai caj dan cukai. Terima kasih pengundi BN. Anda gembira, kami menderita! -DCM | ||
[Video] Dengarlah Ustaz UMNO Bicara Soal Hudud Posted: 13 May 2013 11:00 PM PDT | ||
Kit Siang Jawab Artikel Utusan... Posted: 13 May 2013 09:30 PM PDT [SH] BATU PAHAT - Penasihat DAP, Lim Kit Siang menuntut lima perkara sekaligus menjawab soalan yang dilontarkan sebuah akhbar mengenai tajuk artikel, 'Apa lagi Kit Siang mahu?', baru-baru ini. Petikan akhbar itu menyifatkan Kit Siang tidak boleh duduk diam walaupun telah memenangi kerusi Parlimen Gelang Patah pada PRU13 lalu. Orang kuat DAP itu menggariskan lima perkara yang perlu dilunaskan kerajaan dan bertegas akan terus 'bising' selagi ia tidak direalisasikan. Perkara pertama yang dituntut ialah pilihan raya yang adil dan tidak memihak kepada sebelah pihak untuk menang. Menurutnya, pelbagai cara dan taktik kotor dilakukan pihak tertentu seperti melibatkan politik wang, menyebarkan cerita bohong atau fitnah dan menakut-nakutkan pengundi. "Perkara kedua yang saya tuntut ialah Malaysia perlu menjadi sebuah negara yang benar-benar mengamalkan sistem demokrasi. Setiap pengundi atau rakyat berhak menukar parti pilihan mereka. "Mereka juga berhak untuk menukar kerajaan pilihan mereka, selain setiap pilihan raya yang dilaksanakan tidak kiralah ia pilihan raya umum atau kecil perlu dilakukan secara aman," katanya pada sidang media di Pejabat DAP Dun Penggaram, semalam. Beliau berkata, perkara ketiga yang dituntutnya ialah keluhuran perlembagaan yang ada perlulah dihormati bukannya pihak tertentu sahaja yang dikenakan tindakan undang-undang. Jelasnya, jika diperhatikan sesetengah golongan kenamaan terlepas daripada hukuman setelah melakukan kesalahan tertentu, berbanding dengan pemimpin pihak pembangkang. Kit Siang berkata, perkara keempat yang dituntut ialah pendidikan negara ini perlulah setaraf dengan negara luar, yang mengamalkan sistem pendidikan bertaraf antarabangsa, bukannya hanya dipandang di dalam negara sahaja. "Ini kerana, ada sesetengah negara luar tidak mengiktiraf sistem pendidikan negara, terutamanya pendidikan tinggi, yang hanya sesetengah negara sahaja yang mengiktirafnya. "Seterusnya, perkara terakhir yang saya tuntut ialah, negara ini perlulah sentiasa berada dalam keadaan aman, dan wujudnya budaya sihat persaingan termasuklah dalam politik," katanya. Berkaitan: Apa Lagi Kit Siang Mahu? — Zulkiflee Bakar [UM] 13 MEI — Lim Kit Siang ternyata tidak mampu membendung kemarahannya berikutan kegagalan pakatan pembangkang menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi oleh Umno. Kini boleh dikatakan hampir setiap malam Penasihat DAP itu terpekik terlolong di atas pentas-pentas ceramah bersama sahabat karibnya, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang dianggap berlaku penyelewengan dan penipuan. Kita tidak hairan dengan sikap Anwar kerana beliau sememangnya amat kecewa kerana impiannya untuk menjadi Perdana Menteri sudah terkubur. Selama ini Anwar sudah melakukan pelbagai usaha termasuklah memburuk-burukkan Malaysia di luar negara bagi meraih sokongan, tetapi akhirnya impian itu tidak tercapai juga. Tambahan pula PKR mencatatkan keputusan tidak memberangsangkan. Oleh itu kita boleh fahamlah kenapa Anwar "meroyan" setiap malam. Tetapi apa yang kita persoalkan sikap Kit Siang. Beliau menjadikan pentas perhimpunan haram untuk menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan kata-kata menghina termasuk menggunakan istilah 'syaitan yang dikenali menjadi Perdana Menteri'. Jika melihat kepada apa yang dinikmati oleh Kit Siang dan DAP, beliau tidak sepatutnya berbuat demikian dan ini menimbulkan persoalan apa lagi yang Penasihat DAP ini mahukan? Tidak cukupkah dengan kejayaan DAP menjadi dominan dalam pakatan pembangkang apabila memenangi 38 kerusi berbanding PKR (30 kerusi) dan PAS (21 kerusi)? Tidakkah beliau berasa puas dengan kejayaan anaknya, Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang bagi penggal kedua? Belum puaskah hatinya apabila melihat calon-calon BN yang diwakili oleh MCA dan Gerakan ditolak hampir secara total oleh masyarakat Cina kerana termakan hasutan politik DAP? Belum puaskah nafsu politik beliau apabila berjaya menumbangkan bekas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di Parlimen Gelang Patah? Oleh itu apa lagi yang Kit Siang mahu? Sebelum ini, apabila Utusan Malaysia menyiarkan artikel yang bertajuk "Apa lagi Cina mahu?" yang sekadar satu pertanyaan berikutan tindakan mereka tidak mengundi BN biar pun telah diberikan pelbagai layanan istimewa oleh parti itu, Kit Siang melenting. Beliau cuba menggambarkan kononnya laporan Utusan Malaysia itu boleh mendatangkan bahaya kepada negara. Tetapi pernahkah Kit Siang bertanya apakah tindakan beliau sekarang yang bersekongkol bersama Anwar mengadakan perhimpunan haram di sana-sini tidak boleh menggugat keselamatan negara? Tidakkah sebagai seorang yang bertanding dalam pilihan raya sejak tahun 1969, Kit Siang tidak faham undang-undang apabila melanggar perintah polis dalam soal memohon permit mengadakan perhimpunan? Kenapakah Kit Siang lakukan semua ini? Kenapakah tidak mahu mengikut saluran undang-undang dalam melakukan bantahan? Kenapakah mahu membangkitkan sentimen rakyat dan bersekongkol dengan Anwar yang kemaruk menjadi Perdana Menteri? Apa lagi Kit Siang mahu? Tidak puas lagikah selama ini ketika kempen pilihan raya berlangsung Kit Siang yang kononnya memperjuangkan demokrasi tulen dan kebebasan bersuara membiarkan pemimpin-pemimpin DAP memaki hamun pemimpin-pemimpin BN? Belum gembirakah lagi beliau apabila DAP berjaya menentang habis-habisan usaha perjuangan Islam oleh Pas termasuk hukum hudud? Oleh itu kita ingin bertanya apa lagi Kit Siang mahu? Tidakkah beliau terfikir tindakan yang beliau lakukan sekarang khususnya dengan menghina pemimpin-pemimpin Umno mungkin boleh mendatangkan tindak balas daripada kalangan orang Melayu? Justeru adalah lebih baik jika Kit Siang tidak terus dilihat bermain api dengan membakar sentimen rakyat untuk memenuhi impian politik pembangkang khususnya DAP dan Anwar. Kalau betul Kit Siang telus dan berjuang atas nama keadilan serta tidak mengiktiraf keputusan PRU13 maka pastikan semua pemimpin DAP tidak mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri, ketua menteri dan Exco Kerajaan Negeri. Tetapi malangnya keadaan itu tidak berlaku, Kit Siang tersenyum bangga melihat anaknya mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang selepas menang dalam pilihan raya yang dianggap oleh beliau berlaku penipuan. Soalnya wajarkah tindakan ini? Kenapakah mengamalkan sikap "double standards"? Jadi kita ingin tahu apa lagi Kit Siang mahu kalau sesetengah pemimpin pembangkang khususnya PAS boleh mengiktiraf keputusan pilihan raya, kenapakah DAP tidak boleh? Kenapakah sebahagian pemimpin PKR yang "kemaruk kuasa" tidak boleh? Apakah mainan sebenar pembangkang khususnya Kit Siang dan DAP dalam soal ini? Kita memahami DAP mungkin kecewa kerana selama ini mereka sudah "memperkudakan" PKR dan PAS bagi meraih sokongan Melayu. Mereka berharap melalui cara itu, orang Melayu akan menyokong pembangkang manakala soal pengundi Cina biar mereka uruskan. Ternyata DAP hanya berjaya mempengaruhi pengundi Cina untuk menyokong perjuangan politik sempit mereka tetapi orang Melayu masih mempunyai kewarasan. Sebahagian besar mereka menolak PKR dan memberi sedikit kemenangan kepada PAS. Orang Melayu masih percaya bahawa ada sesuatu yang tidak kena terhadap keghairahan DAP dalam pilihan raya umum kali ini. Oleh itu, mereka tetap tidak menyokong DAP biar pun PKR dan PAS sudah menjelajah ke pelosok negara menjaja slogan "Ini Kalilah" dan "Ubah". Mungkin bagi orang Melayu yang taksub kepada PKR dan PAS mereka mengundi kedua-dua parti itu tetapi sekarang mereka sudah faham siapa yang untung. PKR dan PAS menjadi parti yang rugi kerana DAP muncul sebagai parti dominan. Tetapi malangnya, ketika pemimpin-pemimpin PAS mulai sedar mainan politik DAP ini, ada pula sesetengah pemimpin mereka dan PKR mahu terus bersekongkol dengan parti yang dianggap cauvinis itu untuk menggugat kerajaan BN yang ditunjangi oleh Umno. Apa pun peringatan perlu diberikan kepada Kit Siang supaya beliau lebih berhati-hati dalam melakukan provokasi melalui ucapan-ucapannya. Jangan sewenang-wenangnya memanggil pemimpin Umno dengan gelaran yang bukan-bukan seperti syaitan dan sebagainya. Kit Siang harus ingat jika beliau bersedia untuk melakukan perbuatan berkenaan maka beliau juga perlu bersedia menerima tindak balas daripada penyokong-penyokong Umno termasuk dipanggil dengan gelaran yang bukan-bukan. Oleh itu adalah lebih baik jika Kit Siang mencapai cita-cita politik DAP dan pembangkang melalui saluran yang betul melalui petisyen di mahkamah bagi membantah keputusan PRU13 dan bukannya mencerca serta memaki hamun pemimpin-pemimpin Umno dan BN sesuka hati di pentas-pentas perhimpunan haram. Sebagai ahli politik veteran, Kit Siang sepatutnya lebih matang berpolitik dan tidak menggunakan pendekatan yang dilihat bahaya untuk membuat bantahan dengan terlibat dalam perhimpunan haram. Justeru Kit Siang tidak perlu melenting kalau orang terus bertanya apa yang beliau mahu biar pun berdasarkan corak politik DAP dan kekecewaan Kit Siang kita amat memahami apa yang mereka mahukan di bumi yang pernah bernama Tanah Melayu ini. | ||
[Gambar] Tan Sri Khalid Ibrahim Selesai Angkat Sumpah MB Selangor Posted: 13 May 2013 07:45 PM PDT Alhamdullilah, selamat angkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor. Terima kasih atas segala sokongan. Semua cadangan rakyat diterima baik dan usaha kita akan digandakan. P/s: Tahniah. Semoga dapat memberikan perkhidmatan terbaik untuk warga Selangor. Berita Berkaitan: Abdul Khalid Selesai Angkat Sumpah MB S'gor [HD] KUALA LUMPUR: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selesai mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang pagi ini. Perkara itu turut dimaklumkan beliau dalam satu kenyataan di twitter beliau sebentar tadi. "Alhamdullilah, selamat angkat sumpah sbg MB. Terima kasih atas segala sokongan. "Cadangan rakyat diterima baik dan usaha kita akan digandakan," katanya. Abdul Khalid mengangkat sumpah pertama kali sebagai menteri besar pada 13 Mac 2008, empat hari selepas PRU 2008 manakala barisan anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor mengangkat sumpah pada 23 Mac, iaitu 10 hari selepas itu. Semalam, Abdul Khalid Ibrahim ketika ditemui selepas menghadap Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam berkata, barisan baharu exco kerajaan negeri Selangor akan dibuat selewatnya-lewatnya dalam tempoh dua minggu. | ||
Mahkamah Rayuan Tolak Saman 2 020 Ibu Tunggal di Selangor Posted: 13 May 2013 05:49 PM PDT [Bernama] Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini memutuskan bahawa sebuah manifesto pilihan raya tidak boleh dikuatkuasakan secara sah. Berikutan keputusan penting itu, mahkamah membatalkan saman sivil yang difailkan oleh 2,020 ibu tunggal di Selangor berhubung pembayaran elaun RM100 kepada mereka seperti terkandung dalam manifesto pembangkang pada pilihan raya umum 2008. Panel tiga hakim diketuai Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof membenarkan rayuan kerajaan Selangor dan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim supaya mengetepikan keengganan Mahkamah Tinggi untuk membatalkan saman tersebut. Hishamudin bersetuju dengan hujahan yang dikemukakan oleh peguam A Vishnu Kumar, yang mewakili kerajaan Selangor dan Khalid, bahawa manifesto itu bukan sebuah dokumen yang terikat di sisi undang-undang. Vishnu telah mengemukakan bahawa seseorang yang tidak berpuas hati dengan kegagalan memenuhi janji pilihan raya tidak boleh menuntut untuk menguatkuasakan manifesto tersebut. Beliau berkata remedi mereka merupakan bersifat politik dengan memetik kes mahkamah di England termasuk keputusan hakim terkenal, Lord Denning, yang memutuskan remedi pengundi untuk tidak memenuhi janji pilihan raya terletak di peti undi. Hishamudin juga menerima hujah Vishnu bahawa pihak responden yang diketuai pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Selangor, Murtini Kasman Saman, tidak boleh mencabar perkara itu berikutan saman sivil itu telah difailkan di luar tempoh masa. Peguam itu memberitahu mahkamah bahawa pihak responden sepatutnya memfailkan saman tersebut dalam tempoh tiga tahun mulai Mac 2008 tetapi hanya melakukannya pada 23 November tahun lepas. Mahkamah kemudian memerintahkan responden membayar kos guaman sebanyak RM1,000 kepada kerajaan Selangor dan Khalid. Peguam Walter Pereira, yang mewakili pihak responden, berkata janji-janji dalam manifesto itu diterjemahkan sebagai satu bentuk kontrak. Kumpulan ibu tunggal itu memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam tahun lepas dengan menuntut elaun berjumlah RM10.9 juta seperti dijanjikan kepada mereka oleh pakatan pembangkang dalam manifesto pilihan raya umum 2008. Pada 12 Disember 2011, kerajaan Selangor dan Khalid memfaikan permohonan untuk membatalkan saman tersebut dan pada 23 Januari lepas, Mahkamah Tinggi menolak permohonan itu dan memutuskan kes itu dibicarakan. P/s: Daripada dengar hasutan UMNO agar menyaman Kerajaan Selangor, lebih baik ibu tunggal yang terbabit mendaftar nama dengan kerajaan negeri untuk memperoleh manfaat yang ditawarkan oleh pihak kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid. Sila baca di sini. | ||
Chua Jui Meng Dakwa Ada Bukti PENIPUAN PRU di Segamat Posted: 13 May 2013 05:31 PM PDT [KD] KUALA LUMPUR: Calon KEADILAN bagi Parlimen Segamat, Datuk Chua Jui Meng mendedahkan, terdapat pembelian undi yang menyebabkan kehadiran pengundi sehingga 85 peratus pada pilihan raya umum 5 Mei lalu. Menurutnya, daftar pemilih di Segamat mencatatkan 47,115 pengundi, dan kehadiran lebih 85 peratus pada hari mengundi menimbulkan keraguan. "Pengundi dari kawasan Felda Palong Timur sahaja mencatatkan 90 peratus jumlah pengundi. Ia berlaku ekoran kes pembelian undi," katanya . Jelas Naib Presiden KEADILAN itu, separuh daripada jumlah 90 peratus tersebut melibatkan pengundi anak muda iaitu dari saluran 5 dan 6. "Kita ada bukti berkenaan perkara itu, dan kita tidak menolak kemungkinan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pun terlibat," katanya yang enggan mendedahkan bentuk bukti tersebut kerana ia masih di bawah siasatan. "Sememangnya Segamat ada penipuan. Ia perlu disiasat dan setakat ini semua bukti sudah pun kita serahkan kepada Rafizi (Ramli) untuk tindakan selanjutnya," jelas Jui Meng yang juga Pengerusi KEADILAN Johor. Parlimen Segamat merupakan antara 27 kawasan yang disenaraipendek untuk siasatan lanjut berhubung isu penipuan pilihan raya. Rafizi yang mengetuai pasukan Siasat PRU 13 hari ini memaklumkan, 237 laporan diterima berhubung isu itu sepanjang minggu ini. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan