Ahad, 12 Mei 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Lebih 600 Ribu Rakyat Malaysia Pelbagai Usia Cari ‘Teman Ranjang’ di Laman Sosial Antarabangsa

Posted: 12 May 2013 02:30 AM PDT




[HM] Kuala Lumpur: Mengejutkan apabila lebih 600,000 individu di negara ini, termasuk lepasan sekolah dan warga emas, dikesan mendaftar dalam sebuah laman sosial antarabangsa semata-mata untuk mencari kenalan baru yang boleh dijadikan teman ranjang.

Pemantauan Metro Ahad lebih tiga bulan mendapati, mereka dalam lingkungan usia 18 hingga 56 tahun membabitkan wanita, lelaki, pondan, gay dan lesbian.

Wartawan yang membuat penyiasatan dengan mendaftar sebagai ahli mendapati, lebih 564,576 lelaki dan 26,647 wanita mencari pasangan berlainan jenis sebagai teman ranjang, manakala selebihnya membabitkan kumpulan pondan, gay dan lesbian serta kumpulan individu yang berminat menyertai aktiviti seks secara berkumpulan.

Lebih teruk, ada antara mereka mengakui sudah berumah tangga tetapi mahukan layanan seks daripada pasangan yang jauh lebih muda.

Selain itu, ada ahli daripada pasangan kekasih dan pasangan berkahwin yang turut mendaftar dengan tujuan mahu bertukar-tukar pasangan serta mencari pasangan bagi aktiviti seks liar.

Pemantauan mendapati, kebanyakan individu terbabit tanpa rasa segan turut meletakkan gambar serta video bogel ketika melakukan hubungan seks bersama pasangan yang diambil dan dimuat turun sendiri bagi menarik minat ahli lain.

Ada antaranya turut menggunakan kemudahan itu dengan menawarkan khidmat seks 'suka sama suka' dan secara berbayar.

Dipercayai sudah lama menjadi tumpuan, ada ahli turut menubuhkan kumpulan tertentu dalam laman sosial itu bagi memudahkan carian pasangan yang diingini, selain menjadi tempat mengemas kini maklumat, terutama membabitkan aktiviti penganjuran parti secara beramai-ramai.

Untuk menghubungi individu berkenaan juga sangat mudah berikutan sesiapa saja boleh menghantar mesej di profil individu, selain menghubungi nombor telefon bimbit ditinggalkan ahli.

Cerita LEMBU, Antara Dua Darjat

Posted: 12 May 2013 01:30 AM PDT


Penyamun Lembu Kantoi

[HM] Lenggong: Tiga 'penyamun lembu' gagal melarikan tiga haiwan milik penduduk di sini, malam kelmarin, selepas gerak-geri mereka berjaya dihidu penduduk kampung.

Dalam kejadian jam 7 malam di Kampung Bukit Sapi, tiga penyamun itu menumbangkan tiga lembu dengan menggunakan ubat pelali di satu kawasan ladang kelapa sawit di kampung berkenaan.

Bagaimanapun, kejadian itu disedari penduduk yang kemudian menjalankan gerakan rondaan, membuat sekatan jalan raya dan mengepung kawasan itu.

Difahamkan, tiga penyamun itu tiba di ladang berkenaan jam 7 malam dengan sebuah kereta jenis Proton Wira sebelum dua daripada mereka menembak dan melapah lembu, sementara seorang lagi menunggu di warung kopi di Kampung Gua Badak.

Penternak lembu Mohd Latif Ali, 50, berkata, setengah jam selepas lembu ditembak, seorang penduduk memaklumkan kepadanya bahawa lembu itu milik iparnya.

"Sejurus menerima maklumat berkenaan, saya bersama beberapa penduduk lain memeriksa lembu itu sebelum memasang perangkap untuk menangkap penyamun, termasuk menghubungi Balai Polis Lenggong.

"Sebahagian penduduk sudah menunggu di sekitar lembu itu manakala yang lain membuat sekatan jalan raya dan rondaan di sekitar kampung," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sementara itu, Zainudin Ghazali, 56, berkata, sejam selepas kejadian, seorang penduduk memaklumkan dia terserempak dengan seorang lelaki yang tidak dikenali minum di warung kopi sebelum dilihat bergegas memecut kenderaan meninggalkan warung itu, jam 8 malam.

"Bagaimanapun, kereta dipandu lelaki itu hilang kawalan sebelum merempuh sebuah lori berhampiran simpang tiga ke Kampung Bukit Sapi, menyebabkan kereta itu remuk teruk.

"Pemandunya kemudian meloloskan diri ke arah hutan berdekatan. Penduduk bersama lapan anggota polis memburu ketiga-tiga suspek sehingga jam 11.30 malam, namun gagal ditemui," katanya.

Zainudin berkata, suspek dipercayai sindiket geng curi lembu kerana sekitar jam 3 petang hari sama, mereka melarikan seekor lembu milik penduduk di Kampung Cherakoh, Raban, di sini.

Jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek menggunakan kereta curi yang dilaporkan hilang di Pulau Pinang.

"Kami masih memburu suspek dan percaya mereka masih ada di daerah ini," katanya.


Bagaimana dengan kes berkaitan dengan lembu di bawah ini?


Suami Orang, Isteri Orang Kantoi...

Posted: 12 May 2013 12:30 AM PDT


[SH] BATU PAHAT - Seorang lelaki mengaku tidak bersalah dan memberi pelbagai alasan kepada Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) Daerah Batu Pahat bagi mengelak ditahan selepas didapati berkhalwat bersama pasangannya, semalam.

Lelaki tersebut bersama pasangannya ditahan di sebuah kediaman teres dua tingkat yang diubahsuai menjadi rumah tumpangan di bandar ini, dalam operasi cegah maksiat yang dijalankan.

Lebih memeranjatkan lelaki terbabit turut menjerkah anggota operasi dengan mengatakan bahawa wanita tersebut adalah miliknya dan tiada siapa boleh menghalang hubungan mereka.

Timbalan Penguatkuasa JAIJ Daerah Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, pasangan berkenaan pada mulanya enggan memberi kerjasama dan membuka pintu ketika serbuan dilakukan.

Menurutnya, anggota operasi mengambil masa selama beberapa minit bagi 'memujuk' pasangan terbabit untuk membuka pintu, namun usaha dilakukan tidak berhasil.

"Pasangan ini hanya memberi kerjasama dengan membuka pintu apabila anggota operasi menyatakan mahu memecahkan pintu rumah tumpangan itu. Kami mendapati mereka berdua-duaan dalam bilik tertutup dalam keadaan mencurigakan.

"Lelaki terbabit yang membuka pintu memberikan pelbagai alasan agar mereka tidak didakwa, manakala pasangannya berada dalam keadaan ketakutan kerana statusnya masih lagi isteri orang.

"Antara alasan yang diberikan pasangan berkenaan, mereka saling mencintai, namun status menghalang hubungan mereka. Mereka turut memberitahu kini dalam proses perceraian dengan pasangan masing-masing," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Saiful Ariffin berkata, siasatan awal mendapati pasangan terbabit sudah lama mendiami rumah tumpangan berkenaan berdasarkan barangan milik mereka di dalam bilik yang diserbu.

Tegasnya, pasangan terbabit tetap didakwa kerana tiada ikatan perkahwinan sah selain berada dalam keadaan mencurigakan meskipun memberi pelbagai alasan.

"Pasangan berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat bagi proses dokumentasi sebelum ditahan bagi siasatan lanjut dan sebagai pengajaran kepada mereka.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 27 (1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan jika disabitkan kesalahan kedua mereka bakal berdepan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali," katanya.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan maksiat atau berada dalam keadaan mencurigakan bagi mengelak ditahan pihak berkuasa.

[Gambar] Selepas Kritik Secara Terbuka, Azmin Kini Nyata Sokongan kepada Tan Sri Khalid sebagai MB Selangor

Posted: 11 May 2013 11:30 PM PDT

Petikan Tweet Azmin kepada KJ yang mengajaknya menyokong Tan Sri Khalid meneruskan tugasnya sebagai MB Selangor


Laporan terdahulu di sini, di sini, di sini, dan di sini.

[Wajib Baca] Laporan Polis terhadap Penipuan PRU13, Undi DUA Kali, Dakwat Tidak Kekal

Posted: 11 May 2013 10:00 PM PDT


"Saya Mohd Fadhli bin Khaharruddin, membuat laporan mengenai daftar undi yang membolehkan saya mengundi sebanyak 2 kali di pusat mengundi SK Sungai Isap, Saluran 4. Saya mendaftar undi pertama saya pada pukul 10.30 pagi dan undi kedua pada pukul 1.15 petang. Sewaktu undi ke-2 saya tidak membuang undi tetapi berhasrat menyimpan kertas undi dan no saluran sebagai bukti bahawa prosedur dan kredibiliti SPR yang lemah, seperti dakwat yang tidak kekal dan kebolehan mendaftar 2 kali, tetapi tidak dibenarkan oleh KTM pusat saluran 4. Repot ini dibuat untuk mengelak daripada didakwa mempermainkan sistem pilihanraya. Sekian."

Draf diatas sudah cukup ringkas menceritakan apa yang berlaku. Disini saya ingin menjelaskan secara teliti untuk menempis tohmahan buah mulut khabar angin liar.

Selesai mengundi buat kali pertama, saya pulang ke rumah dengan niat untuk makan tengahari, saya basuh tangan menggunakan sabun mandi(jenama tidak pasti) dan saya dapati dakwat kekal luntur dijari telunjuk tangan kiri kesannya berpindah ke tangan kanan dalam keadaan comot. Saya cuba menggunakan peluntur (Depex) yang terdapat didalam tandas untuk hilangkan saki baki comot pada kedua-dua belah tangan. Terbukti, jari kiri saya bersih tanpa ada kesan dakwat kekal.

Saya mencari penyelesaian di internet dan media sosial menjumpai banyak lagi kes sama berlaku di serata Malaysia. Hal ini membawa kemusykilan kerana isu dakwat ini telah dibincang sejak 2008 hingga 2013 dan badan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) secara jelas mendakwa dakwat kekal dapat bertahan 5- 7 hari walaupun dibasuh menggunakan medium berbeza.

Saya mengambil keputusan tanpa apa-apa perancangan untuk cuba mengundi buat kali ke-2 pada pukul 1.15 petang. Barisan daftar undi tidak seramai seperti pagi. Saya beratur pada pusat mengundi yang sama, saluran yang sama seperti pada pengundian pertama waktu pagi. Semasa dipanggil untuk daftar undi oleh kerani pengundian,saya ikut prosedur sama; tunjukkan kad pengenalan, jari dicalit dakwat kekal,dan penerimaan kertas undi. Saya berjaya melepasi prosedur yang sama tanpa sebarang masalah! Saya tidak membuang undi, tetapi membawa kertas undi 2 helai dan nombor saluran keluar dan melaporkan kepada polis petugas apa yang berlaku dan menyatakan hasrat untuk membuat laporan polis. Polis itu meminta dan memegang kad pengenalan, dan merujuk kepada pegawai atasan beliau mengenai apa yang berlaku. Ada ramai anggota polis (5-6 orang) di sekeliling saya dan mereka ingin tahu, dan ada yang tidak percaya. Ada yang meminta saya bersumpah dan tidak percaya ini berlaku.

Anggota polis menanyakan soalan "Kenapa kamu mengundi 2 kali?"

Saya balas "Kenapa saya boleh undi 2 kali? Saya tidak perlu bagi jawapan, Encik kena tanya pegawai SPR yang bertugas". Tiada kata penyelesaian.

Ketua Tempat Mengundi (KTM) Saluran 4 dipanggil untuk memberi jawapan, tetapi jawapan yang diberi "Ini tidak patut terjadi","Kemungkinan pengundi terlalu ramai" dan menerangkan prosedur dan pengulangan jawapan sama beberapa kali.

Perbincangan berterusan dan masih tiada kata putus. Calon-calon yang bertanding cuba masuk campur dan mereka meminta bukti saya mengundi 2 kali dan saya menunjukkan kertas undi yang masih bersih tidak bertanda sebagai bukti untuk laporan polis. Tetapi, Ketua Tempat Mengundi tidak membenarkan saya bawa keluar kertas undi tersebut. Saya cuba untuk dapatkan kertas undi itu sebagai bukti untukmengelak didakwa mempermainkan pilihanraya. Masih tidak membenarkan, saya meminta orang ramai yang ada disitu untuk mengambil gambar saya, kad pengenalan, kertas undi 2 helai dan kertas nombor saluran sebagai bukti sebelum menyerahkan kertas-kertas undi dan nombor saluran kepada KTM. Tiada kata putus dari mana-mana pihak, saya meminta kebenaran untuk membuat laporan polis.

Pulang ke rumah, saya bersiap dan mandi kerana ada sedikit kesan dakwat kekal di muka, dan sekali lagi menggunakan medium yang sama, dakwat itu luntur dengan mudah. Abang saya menelefon dan meminta saya pergi ke rumah salah seorang calon untuk mendapatkan butiran peribadi bagi mengelak dari apa-apa kejadian buruk berlaku.

Sesudah itu, saya menaiki skuter ke Balai Polis Kuantan berseorangan membuat laporan. Selesai menaip laporan sendiri, saya diminta tunggu sebentar dan menaiki van polis kembali ke SK Sungai Isap untuk siasatan dan kembali semula ke Balai Polis Kuantan untuk catitan penyataan saya mengenai laporan yang dibuat. Proses menunggu agak lama kerana perlu menunggu Forensik dan jurugambar untuk mendapatkan bukti. Semua selesai lebih kurang pukul 8 malam dan saya dikehendaki ke Balai Polis 13 Mei 2013 ini untuk tindakan selanjutnya.

Hasil siasatan mendapati tempat mengundi menggunakan 2 buku daftar pengundi yang sama dan ditanda oleh 2 kerani pengundian yang berbeza untuk "melancarkan proses mengundi". Dakwat yang didakwa kekal 5-7 hari, tidak kekal dan ini disahkan olen kerani pengundian SPR dimana mereka sendiri tidak dapat menjumpai sisa atau kesan dakwat kekal pada kedua-dua tangan saya yang membolehkan saya mengundi buat kali ke-2.

Tamat.

Penjelasan;

"Saya membuat laporan, BUKAN ditangkap!" Sila baca banyak kali jika tidak faham.

Saya faham hak saya sebagai pengundi. Saya sedia maklum jika saya ditangkap untuk undi kali ke-2, saya boleh dijatuhkan hukuman bayar rm5000 atau 2 tahun penjara.

Saya non partisan, tegas saya disini. Saya tidak dibayar, bukan ahli dan tidak menuduh mana-mana parti. Saya tidak berniat untuk mencabar SPR, tapi ingin menguji sistem yang dikata "bersih" dan terbaik di dunia. Saya salah seorang rakyat Malaysia yang ingin tahu mengenai dakwaan-dakwaan yang menyatakan kegagalan SPR sebagai sebuah sistem pilihanraya yang telus dan saya sendiri berjaya buktikan. Jika kes saya adalah "kesilapan", saya ingin tahu, berapa banyak "kesilapan" yang sama berlaku di tempat-tempat mengundi yang lain? Berapa ramai yang membuat laporan dan berapa ramai yang berjaya bolos?

Adakah SPR badan paling bersih di dunia seperti didakwa pengerusinya?
Jawapan saya, tidak.

Anda pula bagaimana?

Yang Benar,




Anda YAKIN PRU13 Penuh dengan Penipuan? Mari TANDATANGAN Petisyen InI

Posted: 11 May 2013 09:00 PM PDT


[HD] KUALA LUMPUR: Sekumpulan rakyat Malaysia menganjurkan petisyen online bagi mengumpul sejumlah tandatangan sebagai bantahan terhadap perjalanan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu yang didiakwa berlaku banyak penipuan.

Penganjur petisyen ini, Terry Kok berkata, inisiatif ini dibuat bagi menarik campurtangan pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menyiasat perjalanan PRU13 lalu.

Menurutnya, rakyat Malaysia boleh menyokong petisyen ini dengan menurunkan tandatangan online di laman www.change.org/GE13.

Sehingga berita ini ditulis sejumlah lebih 237,000 tandatangan telah dikumpul.

"Jika PBB campurtangan membuat penyiasatan, maka banyak lagi mata akan menontonnya.

"Jika suara kami telah dirompak di dalam tanah kita sendiri, tolonglah suara kita mencapai dunia," kata Terry.



P/s: Sokongan anda AMAT BERHARGA!!!

[Video] Anwar: Penipuan PRU13 dan Persoalan Sama Ada Beliau Gagal atau Tidak

Posted: 11 May 2013 05:30 PM PDT





[SH] PASCAPILIHAN Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menyaksikan pelbagai perkara termasuk insiden pengundi hantu menarik perhatian media. Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendirian tidak berpuas hati dan menganggap perikatan itu sepatutnya sudah menang. Ikuti temu bual Anwar bersama wartawan Sinar Harian dan Sinar Harian Online SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN dan NOOR SHAZURA ZUKI.

SINAR HARIAN ONLINE: Datuk Seri, nampaknya berbanding 2008, Datuk Seri terima keputusan pilihan raya. Semalam (Ahad lalu), Datuk Seri memberikan pandangan yang sebaliknya walaupun bilangan kerusi Parlimen meningkat. Mengapa?

ANWAR: Kerana kita dah menang... kemudian dirompak kemenangan itu dari BN dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Ini kita perkukuh dengan bukti kehadiran orang Bangladesh, Myanmar mengundi, pegawai SPR mengeluarkan kertas undi ke luar, pemadaman lampu. Kes di Lembah Pantai terpaksa di kawal begitu keras sekali, kalau tidak kita tewas. Ini hanya lambang penipuan dan politik samseng. Kalau tidak ada dukungan yang kuat, semangat anak-anak muda di Lembah Pantai, Nurul Izzah akan tewas.

Gerombolan yang terlibat dalam penipuan itu terlalu kuat dengan pengaruh dan kaya. Bukti lain yang besar ialah, undi awal, undi pos, termasuk yang dari media.

Saya sudah tahu kerana mereka mengundi... tak kan 12 peratus saja diberi kepada kita. Keduanya, undi itu diberi kepada pejabat pos, melalui pejabat pos. Bukannya SPR. SPR beri pejabat pos, pejabat pos kepada media.

Media undi, pos beri kepada SPR, baru kita boleh pantau. Jadi, pemantauan itu hanya berlaku pada peringkat akhir. Kita tengok pada undi-undi daripada luar negara, itu 70 hingga 80 peratus memilih PR yang dinyatakan.

Tetapi apabila buka undi semuanya, kita 12 hingga 15 peratus. Ini semua berapa undi media, 50,000. Undi pos, 230,000. Undi awal jumlah keseluruhan mungkin dalam 200,000. Jadi besar. Kalau tidak dipantau, maka kecurangan berlaku.

SINAR HARIAN ONLINE: Nampaknya, Datuk Seri menggunakan istilah kemenangan dirompak. Adakah Datuk Seri masih tidak mahu menerima keputusan PRU13 walaupun ada peningkatan bagi pihak PR?

ANWAR: Ya. Bukan soal peningkatan. PR sudah menang. Cuma pendekatan kita seperti yang kita tahu harus mengikut beberapa proses undang-undang, sama ada... saya bincang dengan Pas terutamanya dengan PKR, apakah kita buat petisiyen pilihan raya untuk beberapa kawasan. Tiap kali kalau kira semula, kita tewas semua. Atau keduanya, bantahan. Seperti mana yang dicadangkan oleh badan-badan bukan kerajaan. 

Kemenangan Dirompak 

SINAR HARIAN ONLINE: Ke mana nak pergi selepas ini? Pilihan yang Datuk Seri ada bagi PR? Nampaknya kecurigaan itu (berterusan)...

ANWAR: Kalau hak kita dirompak, kita minta hak kita semula. Kalau tidak diberikan, maka ada cara-cara. Sepatutnya, bukan dibuat oleh SPR yang ada sekarang ini. Yang ini suruhanjaya cawangan Umno. Ia mesti suruhanjaya bebas dan adil.

Sebab ini hak dari Perlembagaan, sebagai seorang Muslim atau rakyat Malaysia ia tak boleh buat penipuan yang terang-terang bercanggah dengan semangat Perlembagaan dan melanggar undang-undang. Tapi kalau tanya, semua dia kata tak ada. Ini dakwat kekal, tak boleh basuh.

Pembohongan yang ditertawakan oleh semua rakyat. Kalau dulu semasa undi pos, sebahagian orang saya tengok yang tergolong dalam 'social network' Umno ini yang diupah mengatakan tengok ini penipuan PR.

Sekarang apa jurucakap Umno cakap tentang dakwat kekal? Tidak ada jawapan. Kerana mereka boleh pulang dan basuh. Di Permatang Pauh, tak kurang dari puluhan orang yang tunggu saya, sebab saya akan melawat pusat mengundi, tunjuk tangan dia. Saya kata, bila nak undi. Dia kata dah undi. Dia boleh basuh. Tengok dalam Facebook tapi apa jawab SPR? Oh tidak mungkin. Ini semua alat pembangkang.

Saya beri 42 nama (warga) Bangladesh, Indonesia yang undi pos atas nama tentera dan polis. Seminggu sebelum pilihan raya, dari senarai sah 2013 SPR. Mahu bukti apa lagi? Sepatutnya SPR tidak perlu tanya bukti, tanya hati nurani mereka apakah mereka ini, perasuah atau penjenayah?

SINAR HARIAN ONLINE: PR akan hantar memo (memorandum) secara rasmi?

ANWAR: Memo apa? Mereka tak baca. Memo apa lagi yang perlu? Siapa yang tidak tahu bahawa dakwat kekal itu tak kekal? Siapa yang tidak tahu berlaku percanggahan dalam senarai pengundi? Siapa yang tidak tahu bahawa orang Bangladesh datang mengundi?

SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimana desakan itu akan dibuat?

ANWAR: Petisyen pilihan raya itu adalah untuk proses penipuan. Tapi SPR ini, bagi saya ia perlu ditukar. Kalau Datuk Najib kata sekarang ini kita harus ada penyatuan semula.

Bagi saya, kalau begitu, saya akan beri yang terbaik. Melainkan kempen kita ini secara sivil... anda bacalah Utusan. Sivil ke biadab? Tonton TV3, RTM. Nasib baik Sinar boleh tahan sedikit. Kadang-kadang kritik, tak apa. Kalau tak setuju, kritik. Kebebasan media. Tapi tidaklah sampai menghina orang, mengaibkan orang terus-menerus. Tak bagi ruang langsung. Ini kita kata pilihan raya bebas dan adil? Begitu bodoh kalau ada yang berpandangan sebegitu.

SINAR HARIAN ONLINE: Adakah PR akan boikot angkat sumpah, ahli-ahli Parlimen?

ANWAR: Yang itu kita sedang fikirkan sebab kita tak mahu ambil atau memilih cara yang saya nampak bukan menimbulkan keresahan. Jadi, kita kena timbang juga. Sebab itu, saya tidaklah menghalang kerajaan untuk meneruskan kerja, nanti kita tak ada kerajaan pula.

Tapi janganlah kerajaan itu boleh terus-menerus menipu dan rasuah macam sedia kala. Menghina orang dan menggunakan jentera kerajaan untuk mendera orang.

SINAR HARIAN ONLINE: Datuk Seri, komen sedikit tentang peningkatan kerusi DAP?
ANWAR: Itu yang disebut Datuk Seri Najib, tsunami politik. Ini saya rasa satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab dari seorang pemimpin yang uar-uarkan 1Malaysia. Di Kelantan, Melayu semua dan Pas pertahankan dua pertiga kerusi. Di Terengganu Melayu, kawasan Melayu, dan Pas menambah kerusi dari satu kerusi Parlimen jadi empat. Kawasan saya (PKR, Azmin Ali), Gombak majoriti Melayu dan kita menang dengan mudah. Jadi, untuk mengatakan begitu...ya betul, etnik Cina ada suara dukungan yang ada juga etnik Melayu.

Yang ada kemungkinannya ialah jenis penipuan lebih itu banyak di kawasan yang dianggap campuran atau Melayu kerana majoriti yang diperoleh PR tidak besar. Agak lebih mudah untuk buat penipuan. Kalau nak dibuat penipuan di Bukit Bintang, dia kena bawa orang Bangladesh 10 kapal terbang pun tak cukup. Ini hanya dilakukan oleh SPR. Sebab itu kalau dilihat, orang yang marginal 6 itu, Bangladesh itu banyak muncul di kawasan marginal. Ada lah satu dua terselit masuk ke Bukit Bintang dan Permatang Pauh.

Tak wajar (dilabel tsunami cina). Maknanya pertentangan. Satu, dia kata kita rekonsiliasi, kemudian dia kata kita tsunami Cina, kenyataan ini tidak konsisten, tidak wajar. Kalau betul pun kemarahan orang Cina, tanyalah sebab apa. Sebab apa ada kebangkitan kemarahan masyarakat Cina?

SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimana masa depan politik negara berdasarkan keputusan PRU13?

ANWAR: Ya, saya dukacita kerana masa depan negara itu tercemar. Sudah 50 tahun merdeka, kita gagal mengamalkan politik yang bersih dan pilihan raya yang bebas dan adil. Ia dijamin dalam perlembagaan ini merampas hak rakyat.

SINAR HARIAN ONLINE: Tahun lepas Datuk Seri pernah kata kalau Datuk Seri gagal dalam pilihan raya, Datuk seri mungkin akan berundur dari politik.

ANWAR: Adakah saya gagal dalam pilihan raya kali ini? Ada peningkatan kerusi, kita menang. Soal keputusan saya itu, seandainya pilihan raya itu bersih, malah saya sudah berbincang dengan teman-teman di beberapa universiti utama untuk, jawatan pun sudah sedia untuk saya, tak realistik. Kalau pilihan raya itu okey dan kita tewas, nak pergi Uitm mereka tak boleh terima.

Buat masa sekarang tidak. Buat masa sekarang saya harus jalankan tanggungjawab untuk memastikan proses pilihan raya itu, kecurangan itu diperbetulkan.

SINAR HARIAN ONLINE: Pada tahun 2008, Datuk Seri menjadi Ketua Pembangkang tapi kali ini dari segi komposisi kerusi, DAP mengatasi PKR.

ANWAR: Dari dulu pun kerusi DAP mengatasi PKR. Saya memang menawarkan diri untuk undur tapi kedua-dua, DAP dan Pas minta saya teruskan.

Saya ada beritahu tadi... tidak ada masalah sebenarnya jika YB Kit Siang (Lim Kit Siang) menjadi ketua pembangkang. Kelayakan dia, pengalaman dia. Saya boleh tumpu pada kerja-kerja lain. Setakat ini, DAP dan Pas berpendirian saya harus teruskan tapi saya akan bincangkan lagi. Jangan pula tulis Anwar letak jawatan... belum belum.

Masa Depan Pakatan Rakyat

SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimana masa depan Pakatan Rakyat selepas ini Datuk Seri?

ANWAR: Baik. Kita meningkat dan kerjasama baik. Semalam dengan pimpinan DAP, tadi kita jumpa Dap dan Pas, semalam pun jumpa Dap dan Pas. Saya hubungi Ustaz Hadi secara personal, berbincang panjang soal ini. Juga dengan Lim Guan Eng. Hubungan itu masih baik.

SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimana kerusi MB Selangor?

ANWAR: Kerusi MB Selangor itu memang kita bagi sedikit masa dan kita runding dengan baik. Sebab itu saya dapatkan Lim Kit Siang, Ustaz Hadi. Tidak seperti mana yang berlaku pada tahun 2008, ada satu kelompok yang berebut dengan keadaan ini, saya syukur keadaan lebih baik. Tapi memang perkara ini dibincangkan. Hari ini atau esok kita selesaikan.

SINAR HARIAN ONLINE: Kemungkinan besar Tan Sri Khalid?

ANWAR: Saya tak ada masalah Tan Sri Khalid. Tapi masalahnya... bukan masalah tapi perlu satu perbincangan. Apakah ada calon lain, ke muka nama lain, nak teruskan?

SINAR HARIAN ONLINE: Apakah Datuk Seri sedih kerana PR kehilangan satu negeri, di Kedah?

ANWAR: Ya, tapi kita nak tahu juga sejauh mana kecurangan itu menyebabkan kekalahan kerusi-kerusi di situ. Ataupun ada masalah-masalah lain. Macam kekalahan Kulim Bandar Baru, saya tidak percaya itu berlaku tanpa proses yang curang. Kerana sambutan yang kempen itu luar biasa.

SINAR HARIAN ONLINE: Apakah strategi PR itu sendiri silap apabila tak beri tumpuan pada kerusi-kerusi yang dimenangi?

ANWAR: Tidak juga. Kita menang kerusi-kerusi dengan baik. Fuziah, Azmin, Surendran. Cuma, apabila calon-calon dulu yang lompat dan tidak menjalankan tanggungjawab. Prestasi kawasan cukup lemah. Sedangkan sebab dia lompat itu sebab saya bagi isyarat bahawa kamu tidak boleh mempertahankan rekod dan prestasi kawasan itu lemah. Itu kadang-kadang ada menjejaskan. Tapi kalau kehadiran Saifuddin di Kulim, itu lain. Sebab saya tahu, Kulim itu kejiranan saya. Saya tidak fikir boleh kalah.

SINAR HARIAN ONLINE: Di sebalik serangan berterusan oleh musuh selama ini, adakah Datuk Seri mahu memberi mesej kepada penyerang-penyerang supaya berhenti semua itu?

ANWAR: Kita bagi mesej ini, hanya pada orang yang (tidak) tahu batas akhlak dan politik yang sivil. Jadi saya tidak peduli... tengok badan-badan yang Tibai lah, apa... mereka diupah untuk mencerca. Kadang-kadang kerana begitu lucah dan kotornya, dia tahu pimpinan Umno tak sanggup buat begitu, sebab itu akan buat orang tak suka. Dia upah. Saya selalu sebut.

Saya kata, saya boleh pilih nak buat begitu kerana saya pernah pimpin negara ini. Banyak maklumat sampai pada saya. Tapi saya tak sanggup aibkan orang kerana ia melibatkan orang lain. Itu tidak menjamin mereka menghentikan. Dalam ucapan saya sebut, peralihan kuasa ini juga peralihan nilai etika, sistem akhlak. Maknanya, kita tak boleh apabila ada kuasa ia sebagai sijil atau kesempatan untuk menyerang orang tanpa pertimbangan.


Adakah Anwar gagal?





Tiada ulasan: