DUNIACACAMARBA |
- [Video- Wajib Tonton] Jangan Sebak atau Mengalirkan Air Mata Apabila Menonton Video Ini...
- [Video PANAS] Senjata Terbaru BN, Video Sumpah Laknat Saiful Kononnya Dibuat di Hadapan Kaabah, Makkah Mula Disebarkan
- [Gambar] Johor Pasti Jatuh ke Tangan Pakatan Rakyat Jika Orang Melayu Beri Sokongan Padu
- [Gambar & Video] Undilah BN untuk Mewarganegarakan Orang Asing
- Penjawat Awam Kantoi Khalwat Lepas Undi Awal
- [Wajib Baca] 13 JANJI Pakatan Rakyat untuk PENJAWAT AWAM
- [PANAS] Bapa Saiful Bukhari "U Turn" Tarik Permohonan Maaf dan Dakwa Saiful Diliwat, Baca Kenyataan PKR...
- [Gambar] Kalau Mahu Menipu Cerdiklah Sedikit...Ahli PAS Beragama Hindu???
- Anwar Sedia Maafkan Che Det Tetapi Tidak Daim, Mengapa?
[Video- Wajib Tonton] Jangan Sebak atau Mengalirkan Air Mata Apabila Menonton Video Ini... Posted: 02 May 2013 05:30 AM PDT | ||||
Posted: 02 May 2013 01:10 AM PDT Blog pro-UMNO dan media perdana melaporkan bahawa Saiful telah mendedahkan sebuah video yang memaparkan dirinya melakukan sumpah laknat mengaku diliwat oleh DSAI di hadapan Kaabah, Makkah. Video yang saya peroleh dari blog kaki fitnah no satu Malaysia ini kononnya dirakam oleh Saiful menggunakan telefon bimbitnya sendiri pada 9 April 2012. Tontonlah videonya di bawah ini. Cuba tengok video ini dengan teliti, adakah anda perasan sesuatu yang tidak kena? Sesiapa yang pandai melakukan forensik visual mungkin boleh memberikan penjelasan lanjut. Seolah-olah kaki fitnah ini tidak berada di lokasi berkenaan. Video ini disebarkan kepada umum sejurus bapa Saiful membuat "u turn" dan mendakwa kejadian liwat terhadap anaknya benar-benar berlaku. -DCM P/s: Adakah ada skrin hijau di belakangnya? Siapa yang suka bersumpah? | ||||
[Gambar] Johor Pasti Jatuh ke Tangan Pakatan Rakyat Jika Orang Melayu Beri Sokongan Padu Posted: 01 May 2013 11:00 PM PDT Ratusan Ribu Rakyat Sertai Majlis Pakatan di Johor [HD] KUALA LUMPUR: Sambutan yang sangat tidak terduga terhadap semua himpunan Pakatan Rakyat di seluruh Johor bakal menggegar Umno dalam pilihan raya umum kali ini. Ia merebak dengan cepat bagai api dalam skam dan sudah tidak boleh lagi disekat. Sambutan terhadap majlis Pakatan Rakyat mengejutkan banyak pihak. Dari Johor Bahru, Gelang Patah, Segamat, Pontian, Pasir Gudang, Kulai, Bakri bahkan di Simpang renggam semuanya dipenuhi puluhan ribu orang. Malam tadi, himpunan Sutera Mall mencecah 100,000 orang yang menyertai perhimpunan Grand Finale itu. "Bagi saya, bekas MB Johor, Datuk Ghani Othman benar-benar bungkus kali ini di Gelang Patah dan pertandingan ini benar-benar menjadi transisi beliau keluar," kata Tamrin Ghafar yang baru pulang membantu kempen PAS di Johor. Menurut bilik gerakan PAS, PKR dan DAP, sehingga kini mereka yakin sekurang-kurang dapat menafikan kuasa 2/3 dalam DUN Johor sehinggalah memenanginya. Bagi mereka, ia bukan satu yang mustahil dalam pilihan raya ini jika dilihat kepada sambutan terhadap program Pakatan Rakyat. Menurut laporan dari blogger Pakatan Rakyat, sambutan diberikan amat menggerunkan Umno, kerana Johor sudah dilihat bukan lagi negeri selamat dan paling kuat untuk Umno. Mood rakyat ialah Johor sebagai salah satu penyumbang besar kepada kejatuhan kerajaan korup Umno/BN pimpinan Datuk Seri Najib Razak diperingkat pusat. Ramalan para pemimpin UMNO/BN yang UMNO/BN akan menang di Johor dengan penuh bergaya sudah tidak lagi boleh dipercaya.
P/s: Rata-rata hadirin yang membanjiri ceramah PR di Gelang Patah baru-baru ini ialah masyarakat Cina. MK melaporkan ceramah yang diadakan pada cuti Hari Buruh itu berjaya menarik sehingga 70 ribu masyarakat di kawasan itu. Berita HD di atas melaporkan hampir 100 ribu orang membanjiri parkir Sutera Mall. Jika masyarakat Cina bersungguh-sungguh mahu menjatuhkan BN dan UMNO, bagaimana dengan masyarakat Melayu? Berita yang sama melaporkan ceramah yang menyasarkan pengundi Melayu di kawasan parkir Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos di Johor Bahru hanya mampu menarik kehadiran sebanyak 10 000 - ceramah untuk masyarakat Melayu yang paling ramai dihadiri sejak penamaan calon 20 April lalu. Jika mahu pastikan UMNO tumbang di negeri kelahirannya, masyarakat Melayu perlu memberikan sokongan padu!! ` Berkaitan: [HD] Tujuh sebab mengapa rakyat perlu mengundi Pakatan Parti Rakyat, PAS, PKR dan DAP demi untuk pastikan seluruh rakyat Malaysia tidak kira apa bangsa, agama, adat resam dan keturunan mendapat hak mereka sebagai warga negara Malaysia yang selama ini kurang diberikan perhatian atau hampir dipinggirkan. Pertama, kerana sumber pendapatan kebanyakan rakyat di negara ini tidak seimbang dengan harga barangan yang naik mendadak yang sudah tentu boleh membebankan dan terpaksa mengikat perut untuk teruskan hidup. Sebahagian besar rakyat pula hidup dengan berhutang yang kadangkala hutang tidak dapat dilangsaikan hingga keakhir hayat. Sebab kedua, kekayaan negara tidak diagihkan dengan betul. Ramai yang masih di dalam kategori miskin sedangkan orang yang sudah kaya bertambah lagi kaya dengan sumber cara yang tidak betul untuk mendapatkan hasil dan boleh dipertikaikan tetapi disebabkan 'kekebalan' dan keistimewaan' saperti ada yang melindunginya maka mereka ini terselamat daripada apa juga tindakan. Ketiganya ialah pembersihan perasuah dan mereka yang melakukan penyelewengan masih lagi kekal malah mendapat tempat pula dalam pentadbiran. Sedangkan rekod mereka ini boleh dipertikaikan dan ini termasuklah mereka diberikan peluang untuk menjadi calon semula. Iklan basmikan rasuah melalui media massa hanya retorik sahaja yang mana hanya ikan bilis dan anak ikan yang diberkaskan tetapi bapa ikan dan ikan jerung yang besar-besar terlepas begitu sahaja sedangkan bukti yang nyata dan kita nampak kehidupan kemewahannya yang terlampau tidak dapat disorokkan lagi itu terserlah dihadapan mata kita. Sebab keempat - bebanan yang terpaksa ditanggung oleh setiap rakyat adalah apabila keluar sahaja daripada halaman rumah masing-masing iaitu pondok tol sedang menunggu melambai-lambai menanti anda apabila masuk sahaja kelebuhraya. Kalau hendak dikirakan harga perbelanjaan untuk mengisi minyak dengan harga tol yang dikenakan adalah lebih kurang sama banyaknya. Kelima, mengapa dan kenapa rakyat mesti membeli minyak dengan harga yang mahal sedangkan negara kita adalah pengeluar minyak yang bukan sahaja mampu menampung untuk keperluan rakyat tetapi juga dapat menjanakan ekonomi negara. Mengapa harus diberikan alasan yang kurang bijak bahawa harga minyak dinegara jiran berlipat kali ganda apabila dibandingkan harganya dinegara kita sedangkan negara mereka tidak setitik pun hasil buminya adalah minyak dan kita melimpah-limpah minyak dianugerahkan itu. Keenamnya - rakyat tidak berpuas hati dengan terlalu ramainya pendatang asing terutama sekali pendatang haram seolah-olah negara ini saperti negara mereka – ekoran itu berlaku berbagai-bagai masalah sosial serta jenayah yakni di negara mereka sendiri pun mereka tidak berani melakukannya. Sebab ketujuh adalah untuk mencuba yang baru kerana mungkin yang baru boleh menyelesaikan masalah rakyat dengan lebih baik lagi. Hal ini tidak dinafikan apabila melihatkan perkembangan semasa iaitu sambutan rakyat tidak kira yang tua atau pun muda dan apa juga bangsa, miskin atau pun kaya - mereka inginkan perubahan drastik itu telah meluahkan perasaan tidak puas hati mereka dengan berduyun-duyun mendengarkan ceramah pemimpin parti PR yang kini mereka anggapkan sebagai alternatif untuk berubah dan diubah.Terimalah hakikat dan kenalah akur bahawa kita hanya mampu berusaha dan merancang apa juga yang kadangkala tidak mengikut sunnah saperti yang dituntut oleh Islam itu tetapi apa pun jawapannya adalah Allah jugalah akan menentukan segala-galanya. | ||||
[Gambar & Video] Undilah BN untuk Mewarganegarakan Orang Asing Posted: 01 May 2013 10:42 PM PDT Dahulu orang Filipina, orang Indonesia diberi IC, kini orang Bangladesh, Pakistan, Kemboja juga diberi IC oleh pihak tertentu...Undilah BN untuk mewarganegarakan warga asing demi kepentingan politik. Versi Pendek: Versi Panjang: Pemimpin UMNO sebelum Najib:
Berkaitan: Bekas Tahanan ISA Dakwa Bantu Proses IC di Sabah [MK] Seorang bekas tahanan ISA mendakwa kumpulannya pernah membantu memproses beribu-ribu kad pengenalan kepada pendatang tanpa izin di Sabah pada awal 1990-an untuk menjatuhkan kerajaan Parti Bersatu Sabah (PBS) pada masa itu. Siti Aminah Mahmud, 63, yang ditahan bawah ISA pada tahun 1995 mendakwa, beliau ditugaskan untuk mengumpul maklumat dan menyerahkan IC kepada ketua kampung di sekitar Sabah untuk diberi kepada warga asing yang kebanyakannya dari Indonesia dan Filipina. Siti Aminah mendakwa, beliau diminta berbuat demikian bagi membantu Umno bertapak di Sabah dengan memberi IC kepada warga asing di negeri itu. Bercakap dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR hari ini, Siti Aminah mendakwa beliau juga diberitahu supaya membantu Umno untuk menewaskan PBS pada ketika itu. "Masa itu awal tahun 1990. Saya diberitahu supaya tolong parti Umno untuk bertanding di Sabah dan nak kalahkan PBS dengan buat projek IC di Sabah. "Ada lima peranan yang saya perlu buat iaitu membantu kempen, tambah pengundi Melayu, cari orang kampung pendalaman terutama yang tiada IC di sempadan Sabah-Indonesia dan pastikan kemenangan Umno di Sabah dengan tumbangkan PBS," katanya. 'Diketuai Mahathir sendiri' Katanya, beliau bekerja tanpa henti untuk projek tersebut dari tahun 1990 hingga 1994, sebelum beliau ditahan bawah ISA pada 1995 atas kesalahan berhubung kegiatan tersebut. Beliau mendakwa menerima arahan oleh ketua Umno Sabah pada masa itu, Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun yang merupakan bekas pemimpin Parti Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno). Beliau juga mendakwa, Datu Mustapha pada ketika itu memberitahunya bahawa ia merupakan projek yang diketuai perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta timbalan menteri Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub. "Empat tahun setengah berjalan projek itu tanpa henti. Pada 1995 saya sudah berhenti dari projek itu. "Siapa bagi arahan? Setahu saya projek IC ini adalah diketuai Mahathir sendiri dan diberi kepada kuasa kepada Tan Sri Megat Junid dan (setiausaha Mahathir ketika itu) Tan Sri Aziz Shamsuddin. "Saya tahu pun sebab masa itu Datu Mustapha kata jangan takut ditangkap. Dia kata ini projek Mahathir dan Tan Sri Megat. Dan Datu Mustapha kata kalau dia menang Umno, dia akan diangkat sebagai Yang Dipertua Sabah. "Dia beritahu masa itu dalam taklimat beramai-ramai dalam pejabat Umno di Sembulan, Kota Kinabalu pada awal tahun 1990-an," katanya. Mengulas lanjut mengenai proses pemberian kad pengenalan tersebut, Siti Aminah berkata dokumen berkenaan siap dalam tempoh sebulan selepas borang diproses. 'Bukan sikit, berguni-guni' "Kita beri borang, dan serah kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri dan di pejabat Umno Sembulan. Selepas itu, kita bagi kad pengenalan yang dah siap kepada ketua kampung sahaja. "Saya tak kenal. Kita pergi lima orang. Satu tulis, satu ambil cap jari dan saya kadang-kadang menyusun borang. Dalam seminggu, dua kali saya pergi ke Sabah. "Kita cari satu kampung, kita kumpul berapa orang tak ada IC. Motifnya memang macam itu," katanya. Kad pengenalan itu antara lainnya diedarkan kepada sekumpulan warga Indonesia di satu kawasan Felda di Sandakan, dakwanya. "Selepas borang dikutip, kita serah pada JPN dan pejabat Umno. Bukan sikit. Berguni-guni. Proses nak dapat kad pengenalan dalam sebulan atau sebulan lebih. "Lepas kita serah borang, proses itu dalam sebulan kemudian kad pengenalan siap dan serah balik dan hantar ke tempat yang ada nama itu," katanya. Beliau mendakwa kad pengenalan yang diedarkan itu boleh dikenalpasti melalui kod khas yang diterakan di bahagian belakang dokumen terbabit. "Kod IC projek Mahathir ialah 04 dan 05. Itu ada di belakang kad pengenalan. Hanya orang JPN sahaja yang boleh kenal pasti," ujarnya lagi. Setengah juta IC Ditanya mengenai kekerapan kunjungannya ke Sabah dan jumlah kad pengenalan diedarkannya, Siti Aminah berkata: "Kalau di Kota Kinabalu sebulan lima kali atau enam kali saya ulang alik. Saya sampai ada satu beg plastik tiket ulang-alik. Tapi saya dah buang. "Dari tahun 1990 hingga 1994 dan awal 1995, kita bagi IC pada orang Filipina dan Indonesia. Tugas saya masa itu ialah berkempen uruskan projek IC. Kalau sudah siap, hantar ke kawasan berkenaan iaitu ke kawasan kampung. Purata saya rasa tak kurang dalam setengah juta dalam masa lima tahun itu. "Kawasan yang paling banyak ialah di Tawau, Sandakan, Lahad Datu dan Kota Kinabalu dan juga di kawasan sempadan Tawau-Indonesia. Dan satu lagi kawasan Semporna. Situ banyak juga sebab di situ tempat orang Filipina," dakwanya. Katanya, kesemua kira-kira 100 individu yang terlibat dalam kumpulannya merupakan orang awam yang tidak bekerja dengan JPN. Ditanya lanjut sama ada tujuan pemberian IC itu adalah untuk pilihan raya dan bagi memberi sokongan kepada Umno, Siti Aminah berkata: "Memang diarahkan untuk pengundian. Kita akan cakap pada ketua kampung yang dipanggil 'tok' supaya tolong arahkan anak-anak buahnya (yang menerima IC) mengundi Umno. "Tapi sama ada satu ketua kampung ada ambil duit saya tak tahu. Tapi kita pergi ke sana sini memang guna duit. Tapi saya tak tahu dari mana duit itu," katanya lagi. Katanya, beliau menjalankan tugas berkenaan secara sukarela dan tidak mendapat bayaran untuk tempoh berbulan-bulan dan hanya diberikan elaun pengangkutan. "Saya memang sukarela dan saya pergi sebagai memperjuangkan parti Umno sebab saya ahli umno di Johor pada masa itu. Sebab itu saya dipanggil untuk berkempen di Sabah," katanya lagi. Siti Aminah berkata, namanya tidak disenaraikan sebagai saksi di siasatan suruhanjaya diraja (RCI) Sabah namun beliau amat berharap agar dapat hadir dan memberi keterangan. | ||||
Penjawat Awam Kantoi Khalwat Lepas Undi Awal Posted: 01 May 2013 08:59 PM PDT [SH] BATU PAHAT - Seorang penjawat awam wanita ditahan bersama pasangannya di salah sebuah hotel bajet sekitar daerah ini dalam operasi cegah maksiat, awal pagi semalam. Wanita terbabit yang bekerja di utara tanah air merayu kepada Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) Daerah Batu Pahat supaya tidak ditahan dalam serbuan itu. Dia turut mengaku baru sahaja selesai melaksanakan undian awal bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan memberi alasan bimbang untuk pulang sekaligus mendorongnya mendaftar masuk hotel bajet berkenaan bersama teman lelakinya. "Kes ini akan melibatkan kerjaya saya. Tak bolehkah kita 'settle' tepi bang," katanya. Timbalan Penguatkuasa JAIJ Daerah Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, wanita berusia 20an itu didapati berada dalam keadaan yang mencurigakan bersama pasangannya. Menurutnya, anggota dan pegawai penguatkuasa juga terpaksa menunggu beberapa minit sebelum pasangan berkenaan membuka pintu bilik hotel bajet tersebut. "Semasa pintu bilik berkenaan dibuka, kami menemui seorang lelaki hanya memakai tuala, manakala pasangannya memakai pakaian lengkap. "Pemeriksaan lanjut mendapati, mereka ini tidak mempunyai hubungan yang sah dan turut menyatakan baru sahaja berkenalan sekitar enam bulan lalu serta berhasrat untuk bernikah. "Pada awalnya, pelbagai alasan diberikan pasangan itu terutama wanita terbabit kerana bimbang penahanan itu akan memberi kesan kepada kerjayanya sebagai penjawat awam," katanya. Saiful Ariffin berkata, pasangan terbabit ditahan untuk tindakan selanjutnya kerana berada dalam keadaan berkurung di dalam bilik hotel dan melakukan perkara yang mencurigakan. Jelasnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 27 (1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan jika disabitkan kesalahan kedua mereka bakal berdepan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua- duanya sekali. "Pasangan berkenaan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat bagi proses dokumentasi sebelum ditahan bagi siasatan lanjut sebagai pengajaran kepada mereka. "Semua pihak dinasihatkan tidak melakukan maksiat atau berada dalam keadaan mencurigakan bagi mengelak ditahan. JAIJ akan terus mengadakan lebih banyak serbuan dan pemeriksaan bagi memastikan daerah ini bebas daripada maksiat," katanya. | ||||
[Wajib Baca] 13 JANJI Pakatan Rakyat untuk PENJAWAT AWAM Posted: 01 May 2013 08:08 PM PDT [HD] PUTRAJAYA: Sempena Hari Pekerja yang disambut pada hari ini, Pakatan Rakyat memperturunkan Deklarasi Putrajaya 2013 yang mencakupi 13 perkara khusus untuk penjawat awam. Ia bertujuan untuk mewujudkan sebuah perkhidmatan yang benar-benar cekap, berdaya saing, amanah dan menjunjung cita-cita negara Malaysia mencapai 'world class delivery system'. Deklarsi yang disediakan oleh Calon PAS Putrajaya Datuk Husam Musa disampaikan kepada Pengerusi Pakatan Rakyat Datuk Sri Anwar Ibrahim kemudian terus mengisytiharkan deklarasi itu. Antara 13 perkara yang digariskan di dalam deklarsi itu termasuklah: 1) Bayaran gaji berasaskan bilangan minggu (tambah satu bulan pendapatan) 2) Pinjaman rumah tanpa faedah, 3) Pendidikan mesra penjawat awam (khusus di Putrajaya), 4) Pencen pilihan, 5) Belajar semasa tempoh berkhidmat. 6) Menyerap ke jawatan tetap bagi kakitangan perkhidmatan kontrak, sementara dan khidmat singkat perkhidmatan awam 7) Membangunkan Sektor perkhidmatan awam menuju standard kelas dunia (world class standard) 8) Pertukaran dan penempatan penjawat awam berteraskan mesra keluarga 9) Perlindungan insurans bagi penjawat awam di semua agensi peguatkuasaan seperti Kastam, Polis, tentera, dan lain-lain bertujuan memberikan mereka keyakinan bahawa tugas mereka dihargai sepenuhnya oleh kerajaan. 10) Pengecualian cukai pendapatan bagi penjawat awam gred 41 ke bawah bertujuam memberikan pendapatan benar yang lebih besar 11) Menyelaras gaji pegawai dan kakitangan penjara sama seperti anggota polis seperti yang diamalkan sebelum ini. 12) Mengkaji untuk menaikkan imbuhan tetap perumahan (ITP) penjawat awam gred 40 ke bawah dari jumlah minimum RM180 kepada jumlah yang lebih munasabah 13) Elaun kola tidak dipotong (RM150) bagi penjawat awam yang menduduki kuarters kerajaan di Putrajaya. P/s: TUMBANGKAN UMNO & BN! | ||||
Posted: 01 May 2013 06:30 PM PDT [SH] KUALA LUMPUR - Dalam perkembangan mengejutkan menjelang hari mengundi 5 Mei, Azlan Mohd Lazim hari ini meminta maaf kepada anaknya, Saiful Bukhari, yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerana telah mendakwa dia telah dipergunakan oleh pihak tertentu, pada satu sidang media 8 Mac lalu. Azlan berkata permohonan maaf itu dibuat atas kesedaran dan keterlanjuran beliau mengkhianati anaknya, bukannya kerana desakan mana-mana pihak berkepentingan politik. "Kepada seluruh ahli keluarga saya terutamanya ibu saya, adik-beradik saya, keluarga arwah ibu Saiful dan lebih-lebih lagi anak saya yang telah saya khianati, Saiful Bukhari, saya ingin memohon ampun dan maaf yang tidak terhingga kerana tindakan saya telah membuat keputusan yang salah," katanya kepada pemberita pada sidang media tergempar di sebuah hotel di sini, hari ini. Beliau juga menarik balik permohonan maafnya kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim awal Mac lalu, yang menafikan kelakuan jenayah pemimpin itu terhadap anaknya. Sebaliknya beliau mempertahankan pendirian semasa membuat sumpah laknat bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri itu terlibat dalam kejadian liwat dan beliau mengakui ia bukan satu konspirasi politik untuk menjatuhkan pemimpin itu. Dalam pada itu, Azlan juga menarik balik semua kenyataannya termasuk pada majlis ceramah di Pulau Pinang dan Sungai Petani, Kedah pada 23 dan 24 Mac lalu yang menyatakan anaknya dipergunakan oleh pihak tertentu. "Salah seorangnya Khairil Anas Jusoh untuk memfitnah DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dalam kes liwat 2008. "Dengan kenyataan akhabr ini diharap dapat menyelesaikan kekeliruan yang timbul daripada kenyataan saya sebelum ini. "Keutamaan serta tanggungjawab saya pada ketika ini adalah kembali kepada anak saya seperti sedia kala dan hidup dalam keadaan harmoni," jelasnya. Sementara itu, Azlan turut mengumumkan beliau keluar PKR berkuat kuasa serta-merta. "Saya akan mengemukakan notis keluar parti (PKR) selepas ini, masuk keluar parti itu perkara biasa, ramai juga ahli parti pembangkang buat begitu. "Sekarang saya rasa lega lepas keluar parti, dapat tidur lena kerana tindakan sebelum ini telah sulitkan keluarga," katanya sambil menafikan keputusan keluar PKR itu disebabkan kekangan dalam parti itu. Respons PKR: Saya ingin merujuk di sini kepada laporan media oleh En Azlan Mat Lazim, bapa kepada Saiful Bukhari. Laporan media menyebut bahawa beliau menarik balik mohon maaf yang dibuatnya kepada Dato Seri Anwar Ibrahim dan turut mengumumkan dirinya keluar dari Parti Keadilan Rakyat dengan serta merta. Kami ingin menjelaskan di sini bahawa En Azlan Mat Lazim tidak pernah menjadi ahli Parti Keadilan Rakyat. Permohonannya untuk menyertai KEADILAN belum pun diluluskan. Saya juga ingin menjelaskan di sini, bahawa En Azlan Mat Lazim yang meminta untuk bertemu kami dan bukan sebaliknya. Beliau dengan sendiri telah menawarkan untuk membuat pengakuan bahawa segala dakwaan terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim merupakan satu konspirasi politik. Perkembangan sebegini bukanlah sesuatu yang luar biasa terutama di musim pilihanraya. Apa tah lagi modus operandi sebegini sudah sinomim dengan muslihat politik UMNO. Beberapa hari sebelum ini En Azlan Mat Lazim telah menghubungi saya dan menyatakan beliau menghadapi tekanan yang sangat kuat dari UMNO. Tekanan ini turut dikenakan ke atas keluarganya. Saya yakin "penarikan balik" pengakuannya ini adalah natijah dari tekanan ini. Dato' Johari Abdul, Ahli Majlis Pimpinan Pusat, KEADILAN P/s: Berita ini sudah dapat diagak tambah-tambah pula pengakuan bapa Saiful ini dibuat tatkala PRU13 tinggal beberapa hari lagi. Di mana maruah dan pendirian bapa Saiful ini? | ||||
[Gambar] Kalau Mahu Menipu Cerdiklah Sedikit...Ahli PAS Beragama Hindu??? Posted: 01 May 2013 05:47 PM PDT | ||||
Anwar Sedia Maafkan Che Det Tetapi Tidak Daim, Mengapa? Posted: 01 May 2013 05:43 PM PDT [SH] PUTRAJAYA - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, beliau sedia memaafkan Tun Dr Mahathir Mohamad, bukannya bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin. "Tuan Daim kata lapan tahun Anwar jadi Timbalan Menteri Kewangan, hari-hari dia beri nasihat," kata Anwar ketika menyampaikan perutusan Hari Pekerja di sini, hari ini. Kedua-dua Anwar dan Daim merupakan anggota Kabinet era Dr Mahathir." Daim pernah menjadi Menteri Kewangan dua kali. Dalam satu wawancara bersama Berita Harian, Tun Daim memberitahu, sewaktu Anwar menjawat jawatan Timbalan Menteri Kewangan, beliau sering meminta khidmat daripada beliau. Menurut Daim, Anwar hanyalah graduan berkelulusan pengajian Melayu. "Anwar sering ke rumah saya untuk meminta nasihat mengenai perkara berkaitan Kementerian Kewangan. "Beliau juga sering membawa saya ke rumahnya untuk makan tengah hari. Ibu saudaranya memasakkan saya lauk kegemaran saya," katanya ketika diwawancara akhbar itu. Namun menurut Anwar hari ini "kalau aku dengar nasihat hang Tun Daim, aku pun sudah jadi bilionair macam hang," katanya. Menurut Anwar lagi, jika kerajaan Pakatan Rakyat (PR) berjaya menumbangkan parti pemerintah, Daim akan menerima natijah setimpal daripada perbuatannya itu. "Saya hendak beritahu tuan-tuan, kita ambil alih kerajaan, semua harta yang diambil secara haram, harta rakyat, wang rakyat, kita pulangkan semula kepada rakyat. "Tapi Mahathir saya maafkan, ganggu dia buat apa... jangan... jangan. "Saya biasa duduk dalam penjara, siapa hendak jaga dia," ujar Anwar lagi. Namun menurut Anwar, kedua-dua pemimpin itu mula turun berkempen di Putrajaya kerana ketakutan mereka terhadap Pakatan Rakyat. "Bila Datuk Husam turun, Tun Daim terpaksa datang ke Putrajaya. Maknanya begitu pentingnya Husam. "Kalau dia tak bertanding, Mahathir dan Daim tak akan turun," tambah beliau. Walau bagaimanapun katanya, beliau tidak mahu mengambil pendekatan menyerang Dr Mahathir secara peribadi bersangkutan kekayaan yang dimilikinya. "Saya tak nak serang dia (Mahathir) macam mana yang dia buat. Apa lagi yang saya tak buat. "... Yahudi sudah, Amerika sudah, Al-Qaeda sudah, Arab sudah, Turki sudah, Sulu pula sekarang ini. "Jadi kalau kita hendak layan... isunya apa? Isunya saya ulang apa Husam kata, dia takut!," ujar Anwar. Mengambil pendekatan mahu terus melangkah ke hadapan, Anwar berkata kepada Dr Mahathir "tetapi monopoli kontrak Petronas anak kamu mesti ditamatkan serta-merta". |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan