DIALOG RAKYAT |
- UAI selamat nikah kali ketiga
- MIC bincang cadagan bergabung dengan PPP, IPF, Makkal Sakhti
- Mustapa: PRU13 sudah berakhir, kini masa bekerja
- SPRM: Kepimpinan baru TI-M akan bantu perangi rasuah
- Rakyat Bergotong Royong Bersihkan Padang Timur Amcorp Mall
- IRIMM buat laporan polis kenyataan Karpal Singh
- Pas jangka fail 20 petisyen PRU13
- Umno K'tan timbang petisyen untuk parlimen Bachok
- ADUN kata kejadian lampu padam memang berlaku
- Patutlah Najib tak lantik Noh jadi menteri, terhangat
- Umno jangan berlakon, rakyat tolak politik ganas
- Anwar sasar 100,000 laporan polis isu dakwat tanggal
- Shamsul: Siapa makan cili dia terasa pedas
- PAS bersikap terbuka, terima kritikan AMK
- Pakatan mahu 500,000 sukarelawan untuk tindakan anti-SPR
- Jadilah PM, menteri seluruh rakyat Malaysia Jadilah PM, menteri seluruh rakyat Malaysia
- MP BN yang disisih jawatan memberontak?
- MP Lumut: 47 peratus pengundi BN sokong AES
- PR akan turun ke Dataran Merdeka
- KEADILAN sasar 100,000 laporan polis tentang penipuan pilihan raya
- Saiful dan Nik Suryani selamat diijabkabul
- Tanpa ‘CIMB’, BN Sudah Tumbang
- MB Selangor : Rizab Simpanan Selangor Dibelanja Bangunkan Luar Bandar
- MB N9 nasihat MCA, Gerakan pulihkan semangat, berhenti merajuk
- 'Lampu padam bukan lakonan'
Posted: 26 May 2013 02:36 AM PDT SHAH ALAM - Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI hari ini selamat melangsungkan perkahwinannya buat kali ketiga. Menurut sumber yang enggan dikenali berkata, mengakui bahawa penyebaran mengenai berita perkahwinan UIA seperti di laman-laman sosial Facebook (FB) dan blog itu adalah benar. "Ikut apa yang tersebar itu memang benarlah..," jawabnya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian Online, sebentar tadi. UAI yang begitu popular di semua peringkat usia turut dikenali sebagai 'Ustaz Youtube' di samping penyampaiannya yang kreatif dan bersahaja ketika menyampaikan dakwah Beliau bukan sahaja berjaya menarik generasi muda, malah turut menarik orang ramai untuk datang mendengar ceramah yang sering beliau adakan di seluruh negara. Sementara itu, penyanyi nasyid, Hafiz Hamidun memberitahu Sinar Harian Online majlis tersebut telah berlangsung hari ini. "Ya... Betul. Maaf saya sedang dalam majlis, tidak boleh bercakap. "Isteri beliau berasal dari Pagoh dan kini menetap di Keramat," jawabnya melalui pesanan khidmat ringkas (SMS), sebentar tadi. | ||||
MIC bincang cadagan bergabung dengan PPP, IPF, Makkal Sakhti Posted: 26 May 2013 02:33 AM PDT Presiden MIC Datuk Seri G.Palanivel berkata penggabungan tersebut bertujuan membolehkan kerjasama terjalin di antara kesemua parti politik yang terlibat demi kepentingan dan pembangunan masyarakat India di Malaysia bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14). "Cadangan untuk menggabungkan kesemua parti ini dibangkitkan pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC Jumaat lalu. "Cadangan berkenaan akan saya kongsi bersama parti politik mewakili kaum India yang lain dalam waktu terdekat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Penulis Tamil Malaysia Ke-51 di sini, hari ini. Palanivel yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menjelaskan cadangan tersebut perlu dibincangkan dulu bersama parti-parti politik terlibat sebelum sebarang keputusan diambil. Mengenai Persatuan Penulis Tamil Malaysia, Palanivel berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju memberikan peruntukan berjumlah RM100,000 kepada persatuan berkenaan. "Buat masa ini persatuan ini hanya menunggu peruntukan tersebut mendapat kelulusan," katanya. Setiausaha persatuan tersebut A.Gunanathan berkata persatuan akan mengadakan sambutan jubli emas pada tahun ini. Persatuan Penulis Tamil Malaysia mempunyai 1,500 anggota di seluruh negara. – Bernama | ||||
Mustapa: PRU13 sudah berakhir, kini masa bekerja Posted: 26 May 2013 02:28 AM PDT Katanya jika pemimpin masih leka bercakap di pentas politik, program pembangunan dan kebajikan rakyat yang dirancang tidak akan terlaksana. "Ini satu keadaan yang tidak sihat... rakyat sudah buat keputusan dan sekarang tumpu perhatian untuk membina minda masyarakat serta menyatupadukan semula masyarakat, " katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra bersama Kakitangan Pejabat Pelajaran Negeri (JPN) di sini, hari ini. Mustapa berkata ceramah politik yang berterusan boleh menimbulkan kesan buruk terhadap masyarakat di samping menggalakkan berlaku perpecahan dalam masyarakat khususnya sesama umat Islam di negara ini. "Kalau setiap hari kita berpolitik maka ini akan membuang masa dan merugikan negara kita serta boleh memecah belahkan masyarakat," katanya. Sementara itu, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata pemimpin perlu bersama JPN memikirkan cara untuk meningkatkan prestasi pelajar di Kelantan selain mengadakan program dakwah bagi memelihara akhlak pelajar. "Banyak lagi perlu kita lakukan untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar di negeri ini. Di samping kecemerlangan akademik, mereka juga perlu menjaga akhlak dan sahsiah diri," katanya. Mustapa berkata dari segi peratusan kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi (IPT) awam, majoritinya adalah pelajar dari Kelantan, tetapi pendekatan baru perlu diwujudkan bagi meningkatkan kejayaan mereka. Katanya guru Pendidikan Islam perlu bergiat aktif bukan sahaja di sekolah tetapi juga perlu terlibat dalam program di luar sekolah bagi melahirkan masyarakat yang bersatu. "Di Kelantan kita ada lebih kurang 3,000 orang guru Pendidikan Islam yang boleh menjadi nadi bagi menggerakkan program-program dakwah bagi melahirkan masyarakat islam yang kuat kerana inilah sumber kekuatan kita, " katanya. – Bernama | ||||
SPRM: Kepimpinan baru TI-M akan bantu perangi rasuah Posted: 26 May 2013 02:26 AM PDT Jumaat lalu, TI-M telah melantik barisan kepimpinan baru yang diketuai Datuk Akhbar Satar sebagai Presiden, Prof Datuk Mohamad Ali Hasan sebagai Timbalan Presiden, Dr Loi Kheng Min sebagai Setiausaha Agung dan Mohamed Raslan Abdul Rahman sebagai Bendahari. Akhbar merupakan Presiden Persatuan Fraud Bertauliah Malaysia (Association of Certified Fraud Examiners, Malaysia Chapter) dan memegang jawatan Presiden sejak tahun 2003 sehingga kini serta merupakan salah seorang yang terawal dianugerahkan "Certified Fraud Examiner" di Malaysia. "SPRM yakin barisan kepimpinan baharu ini, yang mempunyai pengalaman luas dalam soal membanteras rasuah, akan meneruskan kerjasama erat dengan SPRM dalam merangka pendekatan dan langkah-langkah berkesan bagi memerangi jenayah rasuah di negara ini," kata Abu Kassim dalam satu kenyataan media hari ini. Menurut Abu Kassim lagi, SPRM berharap hubungan baik dengan TI-M semasa dijalin dibawah kepimpinan lama Datuk Paul Low dapat diteruskan terutamanya dalam memastikan merealisasikan harapan kerajaan dan rakyat dalam memerangi rasuah dan melahirkan masyarakat berintegriti. "Inisiatif Integriti Pilihan Raya TI-M yang diperkenalkan ketika kepimpinan Low sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 merupakan antara pendekatan dinamik bagi mewujudkan strategi holistik bagi memerangi rasuah dalam jangka panjang. "Justeru, SPRM yakin barisan kepimpinan baru akan mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama bagi mencari strategi baru memerangi rasuah," tambah Abu Kassim lagi. Bekas presiden TI-M, Low yang meletakkan jawatannya Jumaat lalu telah dilantik sebagai menteri di jabatan perdana menteri dibawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak. Pencapaian Indeks Persepsi Rasuah Malaysia menunjukkan peningkatan pada 2012 dengan berada di tangga ke-54 daripada 176 negara berbanding kedudukan ke-60 daripada 183 negara tahun lalu, menurut tinjauan terbaru TI-M. Kedudukan itu juga menunjukkan skor CPI Malaysia pada kedudukan 49 daripada skala 0 hingga 100 berbanding 43 pada 2011. Malaysia juga kekal menjadi negara ketiga di rantau Asia Tenggara di belakang Brunei (2) dan Singapura (1). Perlantikkan Low dibawah pentadbiran Najib merupakan antara langkah pemerintah untuk menonjolkan imej bersih serta membuktikan ketegasan dalam menangani isu rasuah yang berleluasa, malah keputusan pilihan raya umum ke-13 yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) tewas undi popular buat kali pertama juga berpunca daripada isu rasuah yang terpalit. Sejurus perlantikkan Low, parti pembangkang Pakatan Rakyat (PR) melancarkan serangan ke atas menteri tersebut serta mencabarnya mendedahkan laporan dan penilaian penuh terhadap Ikrar Integriti Pilihan Raya TI-M pada 20 Februari 2013 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, mengadakan tiga Suruhanjaya Inkuiri Diraja (RCI) melibatkan cadangan Perdamaian Kebangsaan, insiden 13 Mei 1969 serta tuduhan rasuah ke atas Tan Sri Taib Mahmud serta Datuk Seri Musa Aman, disamping membuka semula kes Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani. Kedudukan Indeks Persepsi Rasuah Malaysia (CPI) menurun untuk beberapa tahun kebelakangan ini, walaupun Malaysia bertambah baik pada tahun 2012 untuk menjadi negara ke-54, di dunia, indeks antarabangsa masih meletakkan Malaysia di bawah negara-negara Afrika seperti Rwanda (50) dan Botswana (30). | ||||
Rakyat Bergotong Royong Bersihkan Padang Timur Amcorp Mall Posted: 26 May 2013 02:17 AM PDT KELAB GREENBOC Kwasan Padang Timur hadapan Amcorp Mall yang menjadi lokasi Pesta Rakyat semalam menyokong #Black505 yang dihadiri tidak kurang 50,000 orang telah dibersihkan dengan sikap para peserta bergotong royong memungut sampah sarap. Ia menunjukkan tahap disiplin yang tinggi dan sikap bertanggungjawab di kalangan para peserta perhimpunan yang terdiri daripada ahli-ahli Pakatan Rakyat dan NGO dan hal sedemikian tidak terdapat di program-program anjuran parti politik BN. Dan paling indahnya semalam ialah tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku apabila tiada provokasi mana-mana pihak. Sekalung tahniah & syabas kepada mereka yang mengambil inisitif untuk melakukan kerja-kerja secara sukarela ini! | ||||
IRIMM buat laporan polis kenyataan Karpal Singh Posted: 26 May 2013 02:14 AM PDT SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) hari ini membuat laporan polis terhadap Pengerusi DAP Karpal Singh berhubung kenyataannya mencadangkan supaya Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi membolehkan Dewan Negara dimansuhkan. Laporan itu dibuat presiden badan bukan kerajaan itu Amir Amsaa Alla Pitchay di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini hari ini. "Kenyataan yang dibuat oleh Karpal Singh ini menunjukkan keangkuhan dan cuba merosakkan sistem perlembagaan negara yang diamalkan serta diterima oleh rakyat sejak Dewan Negara diwujudkan selama ini. "Kenyataan beliau juga seolah-olah mencabar dan merendahkan dengan memperlekehkan martabat Tan Sri Abu Zahar Ujang selaku Yang Dipertua Dewan Negara dan boleh menimbulkan ketegangan di kalangan rakyat negara ini," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu. Sehubungan itu, beliau menggesa pihak polis menjalankan siasatan segera berhubungan kenyataan itu. Karpal Singh baru-baru ini mencadangkan agar Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi memansuhkan Dewan Negara kerana menurutnya kewujudan institusi itu tidak memberi makna secara menyeluruh serta hanya membazir. - Bernama | ||||
Pas jangka fail 20 petisyen PRU13 Posted: 26 May 2013 02:12 AM PDT SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Pas dijangka memfailkan 20 petisyen dan bantahan berhubung keputusan PRU13 pada 5 Mei lepas. Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali berkata petisyen dan bantahan itu melibatkan beberapa kawasan Parlimen seperti Kuala Selangor di Selangor dan Dewan Undangan Negeri (Dun) di Perak, Terengganu dan negeri lain. "Jawatankuasa khas yang kita tubuhkan sebelum ini telah meneliti maklumat-maklumat yang membawa kepada petisyen dan bantahan itu. Setakat hasil perbincangan kita, itulah (20 petisyen) yang akan kita hantar tidak lama lagi. Mungkin akan meningkat atau menurun (jumlah bantahan). Ini akan dimuktamadkan nanti," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Dilaporkan sekutu Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan memfailkan 27 petisyen melibatkan kawasan Parlimen dan Dun manakala DAP masih mempertimbang sama ada akan memfail petisyen. Pada 22 Mei lepas, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mewartakan keputusan rasmi PRU13 dan berikutan pewartaan keputusan pilihan raya itu, calon dan parti politik yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu mempunyai tempoh 21 hari untuk memfailkan petisyen atau bantahan mulai tarikh pewartaan itu. Petisyen boleh difailkan di Mahkamah Tinggi mengikut negeri masing-masing. Pada pilihan raya lepas, BN memenangi 133 kerusi Parlimen manakala Pas (21), PKR (30) dan DAP (38). - Bernama | ||||
Umno K'tan timbang petisyen untuk parlimen Bachok Posted: 26 May 2013 02:02 AM PDT Badan Perhubungan Umno Kelantan akan mengemukakan petisyen pilihan raya bagi kawasan Parlimen Bachok dan tiga DUN dalam tempoh terdekat. Pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata keutamaan akan diberikan bagi kawasan Parlimen Bachok dan kerusi DUN Jelawat ekoran calon BN kalah dengan majoriti kecil manakala jumlah undi rosak pula terlalu tinggi. "Bagi kawasan lain yang membabitkan kerusi DUN Gaal dan kerusi DUN dalam Parlimen Kuala Krai, kita akan buat (petisyen) selepas mendapat pandangan dari akar umbi secara terperinci," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat di Kampung Bendang di Pasir Puteh, semalam. Turut hadir Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh yang juga ADUN Semerak Zawawi Othman dan ADUN Selising Zulkifli Ali serta lebih 300 penduduk kampung berkenaan. Mustapa berkata demikian bagi mengulas pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa petisyen boleh dikemukakan dalam tempoh 21 hari selepas keputusan pilihan raya umum ke-13 diwartakan pada 22 Mei lepas. Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, calon Parlimen Bachok iaitu Datuk Dr Awang Adek Hussin hanya kalah 201 undi kepada calon PAS Ahmad Marzuk Shaary manakala jumlah undi rosak pula sebanyak 946 undi. Bagi DUN Jelawat, calon BN Datuk Dr Ilias Hussin tewas 102 undi kepada calon PAS Abdul Aziz Kadir manakala jumlah undi rosak pula sebanyak 349 undi. Mustapa berkata BN juga akan melancarkan Gelombang Merah Kedua sebagai persediaan untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14 sebagai kesinambungan Gelombang Merah yang dilancarkan pada 2011. Gelombang Merah berjaya meniup semangat rakyat Kelantan untuk bangkit berubah apabila berjaya menambah daripada dua kerusi Parlimen kepada lima manakala DUN pula daripada enam kepada 12 pada PRU13, 5 Mei lepas, katanya.- Bernama | ||||
ADUN kata kejadian lampu padam memang berlaku Posted: 26 May 2013 02:00 AM PDT MALAYSIA KINI ADUN Seri Serdang Noor Hanim Ismail menuntut timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wan Ahmad Wan Omar memohon maaf kerana mendakwa gambar mengenai kejadian lampu padam di satu pusat pengiraan undi yang tersebar di Internet merupakan satu lakonan.Wakil rakyat PAS itu mendakwa, kejadian tersebut sememangnya sememangnya berlaku pada 5 Mei lalu di Sekolah Kebangsaan Serdang, dan dirakam oleh ejen penjumlahan undi dari parti tersebut. "Gambar tersebut dengan jelas menampakkan logo SPR di tepi kotak kiraan undi yang digunakan. "Sewaktu kejadian itu berlaku, wakil calon kami juga telah berusaha membekalkan lampu suluh ke bilik kiraan undi tersebut bagi memastikan proses kiraan undi berjalan dengan lancar. "Saya menafikan bahawa terdapat wartawan di lokasi kejadian kerana yang ada hanya ketua tempat mengundi, petugas SPR, wakil calon dan anggota polis yang bertugas," katanya. Beliau mengulas kenyataan Wan Ahmad, seperti dilaporkan The Star Online semalam, yang mendakwa gambar berkenaan merupakan satu lakonan yang dibuat sebelum pilihan raya. Wan Ahmad dalam laporan tersebut mendakwa, gambar tersebut disebarkan di Internet untuk menunjukkan bahawa kejadian lampu padam di pusat pengiraan undi itu benar-benar berlaku. Menurut Wan Ahmad, gambar tersebut, menunjukkan kakitangan SPR mengira kertas undi dengan menggunakan lampu suluh, namun tidak kakitangan berkenaan tidak memakai pakaian seragam SPR Noor Hanim bagaimanapun bertegas bahawa kejadian tersebut benar-benar berlaku. "Bagaimana beliau sendiri tidak tahu pakaian rasmi petugas-petugas SPR berwarna kelabu pada hari tersebut. "Saya juga berasa hairan kerana beliau juga tidak kenal kotak bekas kiraan undi yang digunakan oleh pihak SPR sendiri," katanya. Jelasnya, gambar berkenaan juga menunjukkan logo SPR di bekas yang digunakan untuk mengira undi. "Oleh itu, saya menyarankan agar pihak SPR khususnya Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana telah melakukan kesilapan dalam mengeluarkan kenyataan tanpa membuat kajian yang mendalam dan mengambil ringan isu yang dibangkitkan oleh rakyat. "SPR sebagai badan rasmi yang menguruskan pilihanraya ini mesti dilihat profesional, adil dan telus serta tidak berpihak kepada mana-mana parti," katanya. | ||||
Patutlah Najib tak lantik Noh jadi menteri, terhangat Posted: 26 May 2013 01:57 AM PDT
KUALA LUMPUR: Para pembaca Harakahdaily paling meminati artikel bertajuk "Patutlah Najib tak lantik Noh jadi menteri" sebagai artikel terhangat bagi minggu ke-20, 2013. Artikel tersebut memperihalkan sindiran Ahli Parlimen Bukit Gantang Ustaz Idris Ahmad terhadap Ahli Parlimen Tanjong Karang Datuk Seri Noh Omar yang digugurkan dari kabinet sebagai keputusan yang tepat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas beliau menyeru rakyat yang tidak bersetuju dengan proses pilihanraya untuk tinggal di dalam hutan. Di tempat kedua pula ialah artikel bertajuk "Inilah rumah MB Kelantan" tulisan Rossem. Manakala artikel bertajuk "'Jangan bagi satu undipun' akhirnya dia yang tak dapat satupun..." dari blog Greenboc pula menduduki tempat ketiga. Berikut ialah 10 artikel terhangat Harakahdaily bagi minggu 19.5-25.5: | ||||
Umno jangan berlakon, rakyat tolak politik ganas Posted: 26 May 2013 01:54 AM PDT
Malah, katanya, penangkapan demi penangkapan tidak akan dapat meredakan kegelisahan rakyat terhadap perbuatan Umno yang merampas demokrasi dan keadilan. "Apa yang berlaku ialah akibat perbuatan Umno sendiri. "Jangan salahkan rakyat, Umnolah yang memaksa rakyat lebih bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keadilan yang dirampas oleh parti itu," katanya. Ahli Parlimen Pokok Sena itu mengingatkan, operasi penangkapan yang dilakukan atas kehendak pemimpin-pemimpin Umno bukan sahaja tidak akan melemahkan semangat rakyat untuk terus menentang kezaliman malah akan menambahkan lagi kemarahan dan sakit hati mereka terhadap kerajaan minoriti Umno. Selepas aktivis mahasiswa Adam Adli dibebaskan oleh mahkamah dengan ikat jamin, beberapa pemimpin politik dan aktivis yang lain termasuk Ahli Parlimen Batu Tian Chua, aktivis PAS Datuk Tamrin Tun Ghafar dan aktivis sosial Haris Ibrahim pula telah ditangkap di bawah Akta Hasutan. Mahfuz juga menyifatkan perhimpunan rakyat di hadapan dan berdekatan Lokap Berpusat Jinjang sejak Adam ditahan di situ membuktikan komitmen dan keazaman mereka menolak politik ganas Umno. "Kezaliman Umnolah yang memaksa rakyat yang menolak politik ganas mengadakan perhimpunan aman di jalan raya di hadapan dan berdekatan lokap itu," katanya. Mahfuz berkata, rakyat telah membuktikan mereka memang menolak politik ganas dan tidak mahu politik ganas serta lebih sukakan proses demokrasi apabila mereka bersungguh-sungguh mengambil bahagian dalam pilihan raya umum yang lalu. "Malangnya, Umnolah yang menyebabkan mereka hilang keyakinan kepada undang-undang dan merasa sangat tertipu dengan pilihan raya yang tidak adil dan tidak bersih," kata beliau. Beliau mengingatkan. jika undang-undang disalahgunakan oleh Umno untuk kepentingannya sendiri dan pilihan raya pula dicemari sehingga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri pun tidak benar-benar berani mempertahakan integriti pilihan raya umum yang lalu, perkara itu mengakibatkan rakyat tidak ada pilihan lagi. "Rakyat ingin hidup aman damai tetapi Umnolah yang memaksa mereka bangkit menuntut hak asasi mereka dengan lebih tegas akibat tindakan parti itu menyalahgunakan undang-undang dan menafikan keadilan kepada rakyat. "Tidak cukup mengapi-apikan perkauman, undang-undang juga semakin disalahgunakan," katanya. | ||||
Anwar sasar 100,000 laporan polis isu dakwat tanggal Posted: 26 May 2013 01:51 AM PDT
Beliau yang berucap pada himpunan Suara Rakyat 505 di Padang Timur (Amcorp Mall) di hadapan lebih 80 ribu penyokong malam tadi berkata, akan terus bersama rakyat untuk menuntut hak yang telah dicuri melalui undi. "Saya akan membuat laporan polis esok mengenai penipuan dakwat kekal dan berharap agar seluruh rakyat tampil membuat laporan yang sama demi mengambalikan undi kita yang telah dicuri. "Saya mensasarkan lebih 100 ribu laporan akan dibuat berhubung penipuan penggunaan dakwat kekal mulai esok sehingga hari Isnin. "Setiap salinan laporan tersebut diberikan kepada PAS, PKR dan DAP, kita akan kumpul selepas itu kita tunjuk kepada mahkamah serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa itu penipuan SPR," ucap beliau. Anwar yang turut memberitahu tidak ada pemerintah di dalam dunia ini mendapat sokongan minoriti boleh memerintah sesebuah negara. "Kita tidak akan tunggu, kita menuntut hak dan kemenangan yang kita perolehi sebelum ini. "Kita tahu kemenangan Pakatan Rakyat telah dirompak oleh Barisan Nasional (BN) melalui SPR dan atas sebab itu juga kita turut mendesak Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletak jawatan dengan segera, tidak ada dolak dalih lagi sudah cukup untuk mereka menipu kita," sambungnya lagi. Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam ucapan ringkasnya memberitahu kerajaan BN sekarang telah mencuri undi rakyat dengan satu penipuan yang jelas. "BN menipu pilihanraya dengan jelas mereka telah mencuri undi dari rakyat, bagaimana kerajaan minoriti boleh memerintah," jelasnya. Beliau turut melahirkan kekesalah kerana intitusi demokrasi negara telah hancur disebabkan kerakusan pemimpin BN dalam mencari kemenangan sehingga sanggup menghalalkan penipuan. | ||||
Shamsul: Siapa makan cili dia terasa pedas Posted: 25 May 2013 11:04 PM PDT Ketua AMK turut mempertahankan kritikannya terhadap 'parti rakan' itu adalah dakwaan berasas. PETALING JAYA: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin menafikan ucapan dasarnya semasa Kongres PKR ke-9 itu ditujukan kepada mana-mana pihak termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. "Saya tak tujukan kepada sesiapa pun. Tapi sesiapa pun boleh faham apa yang cuba saya sampaikan jadi siapa makan cili dia terasa pedaslah," katanya ketika ditemui pemberita di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini hari ini. Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil, turut mempertahankan kritikannya terhadap 'parti rakan' itu adalah dakwaan berasas, namun tidak bermaksud untuk merengangkan hubungan konsensus antara parti lain dalam Pakatan Rakyat. Katanya, kritikan itu berdasarkan pengakuan PAS yang menyatakan punca kekalahan Pakatan Rakyat di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara dan DUN Sungai Acheh disebabkan kesilapan parti itu sendiri. Beliau turut menyarankan supaya parti terbabit mengambil serius pandangannya itu supaya tindakan tegas diambil termasuk memecat ahli yang mencetuskan kemelut terbabit kerana melanggar arahan pimpinan parti. Ini kerana menurut Shamsul, isu itu hanya merugikan Pakatan untuk terus bergerak kehadapan sedangkan konsensus sudah dipersetujui setiap parti. "Individu seperti ini perlu dikenakan tindakan. Kalau Umno boleh pecat ahlinya yang melanggar arahan parti dan bertanding sebagai calon Bebas, mengapa kita tidak," soalnya. Pakatan Rakyat kalah di tujuh kerusi yang terlibat dalam isu pertindihan kerusi, tiga kerusi di Terengganu (Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera), satu di Selangor (Kota Damansara), satu di Pulau Pinang (Sungai Acheh), satu di Johor (Panti), serta satu kerusi Parlimen Wilayah Persekutuan (Labuan). Di Kota Damansara, calon PAS Ridzuan Ismail semasa PRU13 enggan menarik diri walaupun diarahkan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali supaya berbuat demikian bagi memberikan laluan kepada penyandang kerusi tersebut, Dr Nasir Hashim. Sekaligus menyaksikan pertembungan enam penjuru dengan calon BN Halimaton Saadiah (kini penyandang) serta tiga calon Bebas lain. | ||||
PAS bersikap terbuka, terima kritikan AMK Posted: 25 May 2013 11:02 PM PDT Mereka ada hak untuk buat aduan dan kritikan, kata Khalid Samad. Kongres PKR ke 9 PETALING JAYA: PAS mengambil sikap terbuka dan menerima kritikan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin berhubung isu pertindihan kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara dan Sungai Acheh. "Kenapa nak terasa (dengan AMK) kerana perkara yang tak sepatutnya berlaku sudah berlaku. Mereka ada hak untuk buat aduan dan kritikan. "Kalau PAS bertanding dikerusi sendiri tiba-tiba PKR nak juga sudah tentu PAS sakit hati, begitu juga (jika terjadi dengan) DAP," kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad ketika ditemui di Kongres PKR ke-9 di Majlid Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini hari ini. Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata PAS Selangor sudah selesai membuat siasatan mengenai isu kerusi DUN Kota Damansara dan sudah menyerahkan laporan kepada Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali. "Perlu ada siasatan dan bagi orang yang bertindak salah kalau ada kesalahan maka tindakan perlu diambil. "Apa yang ditimbulkan Shamsul dalam konteks nak jaga setia kawan dalam PAS, PKR, DAP untuk memperkukuh Pakatan dan PAS mampu menerimanya dengan baik," katanya. Shamsul semalam dalam ucapan dasar AMK membidas 'parti rakan' dalam Pakatan Rakyat yang melakukan sabotaj dan mencerca calon parti lain semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 semata-mata demi kepentingan peribadi. "Kita mencela tindakan mencerca calon parti rakan tanpa membawa sebarang bukti kukuh. "Apakah kita mahu membiarkan amalan tuduh menuduh dan fitnah memfitnah menular dalam Pakatan Rakyat? Apakah kita rela makan daging sendiri? "Seharusnya sebarang pertikaian atau dakwaan diselesaikan secara dalaman melalui paltform yang sedia wujud. "Tidak ada kewajaran malah tak masuk akal untuk sebarang pertikaian diluahkan melalui media massa," katanya. Ahli Parlimen Bukit Katil itu turut memberi amaran supaya tindakan mengeluarkan watikah menjadi calon dikawasan yang sudah disepakati untuk ditandingi parti rakan tidak lagi berulang pada masa akan datang. "Kita tidak boleh takut untuk memecat anggota bermasalah. Jika tidak masalah akan menular dan membarah seterusnya merosakkan parti dan Pakatan Rakyat. "Ini sekaligus akan menafikan keinginan rakyat untuk melihat BN ditumbangkan," katanya lagi. | ||||
Pakatan mahu 500,000 sukarelawan untuk tindakan anti-SPR Posted: 25 May 2013 07:49 PM PDT Gabungan itu juga mahukan pengundi membuat laporan polis terhadap SPR kerana dakwat kekal yang boleh dicuci serta merta selepas pilihan raya umum 5 Mei, walaupun tujuan asalnya diperkenalkan untuk mencegah pengundian berulang. "Rakyat akan bergerak ke SPR sehingga SPR dibubarkan. Boleh?" kata calon PKR di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh kepada ribuan hadirin dalam perhimpunan di sini yang dianjurkan oleh 60 pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Sebagai pengerusi majlis perhimpunan untuk membantah penipuan pilihan raya di Dataran Petaling Jaya di Jalan Timur itu, Badrul mengetuai slogan "SPR letak jawatan" dan menamakan pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar. PR menyalahkan penipuan pilihan raya menyebabkan mereka tidak menjadi kerajaan walaupun menang undi popular dalam Pilihan Raya 2013. Mereka menang 89 kerusi Parlimen berbanding Barisan Nasional (BN) yang mendapat 133 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen. Ahli politik lebih dikenali sebagai CheguBard itu menggepalai Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang mendesak SPR dibebaskan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan diletakkan di bawah Parlimen. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berucap paling akhir menolak idea untuk bekerjasama dengan SPR dan menyokong desakan untuk pesuruhjaya SPR meletakkan jawatan serta merta. "Kita tidak akan bekerjasama atau bekerja atau melibatkan diri dengan Suruhanjaya Pilihan Raya yang menipu," kata ketua umum PKR dan menambah "kata dua" akan dikeluarkan jika mereka tidak meletak jawatan. Anwar menggesa orang ramai untuk membuat laporan polis jika mereka mempunyai pengalaman dakwat kekal boleh dibasuh pada hari pilihan raya. Katanya mereka perlu melakukannya bermula hari ini dan Isnin dan menghantarkan salinan laporan kepada pejabat PR. "Ini untuk menunjukkan kuasa dan kekuatan rakyat. Kita akan cabar kamu mengikut proses. Kita juga menghormati undang-undang," kata Anwar. Beliau mengatakan PR mahu menggunakan selonggok laporan polis rakyat untuk dakwaan penipuan SPR di mahkamah. PR akan melakukan petisyen untuk mencabar pelaksanaan pilihan raya dan keputusan di lebih daripada 25 kerusi Parlimen, langkah yang perlu dilakukan dalam 21 hari selepas keputusan pilihan raya digazetkan pada 22 Mei. Anwar juga menggesa rakyat menyokong langkah Bersih untuk mengadakan Tribunal Rakyat, inisiatif yang akan digunakan bagi menyiasat dakwaan orang ramai terdapat penipuan pilihan raya. Walaupun SPR mengatakan Tribunal Rakyat tidak sah disisi undang-undang, Anwar mengatakan ianya mempunyai legitimasi. Anak sulung Anwar, Nurul Izzah Anwar sebelum itu turut mengatakan SPR menipu, mendakwa kegagalan dakwat kekal yang diperkenalkan untuk mencegah pengundian berulang. "Kita akan lawan mereka habis-habisan terutamanya untuk memastikan tiada persempadanan semula tidak adil dilakukan," kata naib presiden PKR itu kepada hadirin, merujuk kepada kajian persempadanan semula SPR yang akan bermula akhir tahun itu. Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menggambil pendekatan berbeza apabila beliau menggesa panyokong PR agar tidak membenci BN. "Mereka mungkin mahu kita membenci mereka. Saya beritahu anda satu perasaan yang harus ada terhadap Umno, Barisan Nasional dan pemimpin mereka adalah kasihan. Tidak perlu membenci kerana kita cintakan Malaysia, kita cintakan masa hadapan," katanya. "Jangan sesekali merendahkan diri anda ke tahap mereka. Kita akan lawan dengan kasih sayang, kita akan lawan secara aman. Kita melawan kerana kita lebih baik daripada mereka," katanya. Terdahulu, beliau mengatakan rakyat seharusnya meninggalkan parti berasaskan etnik dalam BN menamakan Umno, MIC dan MCA yang beliau dakwa sebagai perkauman. Beliau menggesa rakyat ke Putrajaya dan mendesak Menteri Dalam Negeri untuk menggantikan lesen akhbar harian Utusan Malaysia kepada Utusan Rakyat. "Berikan permit kepada kami dan kami akan pastikan kami menulis berita yang benar untuk rakyat dan bukannya berita untuk menanamkan perasaan benci," katanya. Rakyat membanjiri perhimpunan itu bermula 5.00 petang dan sampai ke kemuncaknya pada 9.00 malam dengan jalan sesak dilaporkan berhampiran Lebuhraya Persekutuan. NGO menganjurkan perhimpunan itu sebagai kesinambungan kempen PR yang bermula dua minggu lalu. Disebalik amaran polis, mengatakan perhimpunan digelar "Himpunan SuaraRakyat505" adalah perhimpunan haram, rakyat membanjiri dengan pakaian hitam sebagai simbolik penentangan mereka dan pulang secara aman. | ||||
Jadilah PM, menteri seluruh rakyat Malaysia Jadilah PM, menteri seluruh rakyat Malaysia Posted: 25 May 2013 07:41 PM PDT
Permintaan Khairy untuk menjadi seorang menteri bagi seluruh rakyat Malaysia, mengukuhkan lagi dakwaan bahawa selama ini Perdana Menteri (PM) dan anggota Kabinetnya berkhidmat untuk kepentingan BN . Berdasarkan situasi ini, wujudlah pelbagai masalah dan pihak paling teruk menerima akibatnya adalah rakyat. Ini kerana bukan semua rakyat mendapat perkhimatan sama rata – banyak pihak termasuk kerajaan negeri tersisih semata-mata kerana mereka tidak sealiran politik. Kita melihat keazaman Khairy untuk menjadi menteri bagi semua, adalah satu lonjakan ke arah politik baru yang insya-Allah akan membuka dimensi baru senario politik tanah air. Sekalipun PM dan anggota Kabinet selama ini berkhidmat untuk kepentingan BN, kita tidak mengharapkan politik balas dendam sebaliknya mengesyorkan pemimpin BN bermuhasabah diri; Khairy sudah menunjukkan jalan, mulai sekarang berkhidmatlah sebagai PM dan menteri untuk semua rakyat. Sebagai pemimpin semua rakyat, adalah wajar untuk mereka menghentikan segala amalan kurang sihat seperti menafikan hak kerajaan negeri dalam Persekutuan, hak ahli Parlimen dan Adun pembangkang mendapat peruntukan pembangunan dan mengamalkan politik peras ugut yang berleluasa ke atas agensi dan kakitangan kerajaan. Sewajarnya PM bertindak sebagai seorang negarawan dan bukan pemimpin parti politiknya. PM dan barisan kepimpinannya perlu dapat membezakan antara 'negara', 'kerajaan' dan 'parti politik'. Sesebuah masyarakat bakal mengundang krisis sekiranya gagal membezakan ketiga-tiga identiti ini. Misalnya Umno adalah sebuah parti politik dan jika ia dan gabungannya ditakdirkan diberi mandat oleh rakyat untuk menjadi sebuah kerajaan, maka kerajaan ini perlulah berkhidmat untuk semua rakyat termasuklah mereka yang menyokong dan menentangnya. Sebarang kemudahan termasuk peruntukan disediakan adalah untuk semua rakyat; ini kerana dana awam diperolehi adalah sumber negara yang dimiliki semua rakyat. Penentang Umno tetap membayar cukai seandainya Umno-BN memerintah. Sesiapa sahaja boleh menegur dan menjatuhkan kerajaan sedia ada melalui pilihan raya bebas dan adil, tetapi menentang kerajaan tidak bermaksud antinegara. Rakyat menegur dan mengkritik kerajaan demi kebaikan negara. Namun apa yang berlaku selama ini, rakyat dikelirukan untuk mempercayai bahawa parti politik yang menang pilihan raya (Umno-BN) adalah kerajaan dan negara; justeru itu siapa saja penentang Umno-BN dianggap sebagai pengkianat kepada kedua-dua identiti ini. Akhbar arus perdana, terutamanya mutakhir ini mempromosi seolah-olah Umno-BN itu adalah kerajaan dan kerajaan itu adalah Umno-BN. Sebarang percubaan mengkritik atau langkah untuk menggantikan Umno-BN sekalipun melalui pilihan raya dilabelkan sebagai tindakan pengkhianat sedangkan pihak yang bertindak sedemikian melakukannya dalam kerangka demokrasi berperlembagaan yang menjadi teras sistem pemerintahan negara ini. Kita bimbang dengan menjadi PM BN dan menteri BN telah menyebabkan 'politiking' berterusan sepanjang masa dan ini amat merugikan negara sedangkan di negara maju selepas pilihan raya, semua pihak berusaha keras memantapkan rakyat dan negara termasuk di persada antarabangsa tanpa bercakap lagi mengenai politik sempit parti masing-masing! | ||||
MP BN yang disisih jawatan memberontak? Posted: 25 May 2013 07:32 PM PDT KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang tidak diberikan jawatan kerajaan telah diberitahu mereka akan mendapat jawatan lain atau tempat dalam rombakan Kabinet selepas pemilihan Umno jika mereka berhenti merungut secara terbuka, kata sumber. The Malaysian Insider difahamkan pembantu Dato' Seri Najib Razak dan beberapa menteri memberitahu ahli-ahli Parlimen ini mereka sepatutnya mengelakkan menyiarkan keluhan mereka kerana Kabinet akan dirombak kemudian. "Sesetengah pembantu PM dan menteri telah menghubungi ahli-ahli Parlimen BN ini dan memberitahu mereka agar tidak membuat bising dan menawarkan mereka jawatan tinggi atau jawatan Kabinet pada masa akan datang apabila berlaku rombakan selepas pemilihan Umno," kata sumber BN kepada The Malaysian Insider. Pemilihan Umno dijadualkan pada Oktober ini dengan kebanyakkan pemimpin tertinggi parti dan ahli majlis tertinggi mendapat jawatan kerajaan. Sesetengah yang tercicir daripada senarai Kabinet dikeluarkan Rabu lalu telah secara peribadi merungut ahli Parlimen tanpa jawatan parti telah diberikan ganjaran. Sumber juga mengesahkan perdana menteri telah memberitahu untuk berjumpa dengan menteri Umno yang digugurkan Dato' Seri Shaziman Mansor dan Dato' Seri Noh Omar mengenai masa depan mereka selepas pilihan raya umum 5 Mei. Difahamkan beberapa ahli Parlimen yang menolak jawatan kerajaan juga telah disuruh untuk berjumpa Najib. BN menang 133 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya 2013, dengan 57 ahli Parlimen dijadikan menteri dan timbalan menteri. "Aturan telah dibuat untuk Shaziman, Noh dan ahli-ahli Parlimen ini untuk berjumpa PM secepat mungkin," tambah beliau. Sumber lain mengatakan ahli-ahli Parlimen ini akan diberikan jawatan dalam agensi kerajaan buat masa ini. "Sudah menjadi rutin ahli politik bersara atau penyokong dijadikan pengerusi atau pengarah sesetengah agensi dan syarikat kerajaan. Jadi tunggu beberapa berita tidak lama lagi," tambah sumber tersebut. Ahli Parlimen yang menjadi pengerusi dan pengarah agensi ini telah disuruh meletakkan jawatan sebelum pilihan raya umum, meninggalkan beberapa kekosongan perlu diisi tidak lama lagi, kata sumber itu. Pengkritik dan penganalisis telah mengatakan Kabinet yang diumumkan Rabu lalu dipenuhi dengan penyokong Najib bagi menghalang cabaran dalam pemilihan parti. "Pemilihan parti datang dahulu, kemudian rombakan. Tetapi, jika semua orang presiden menang, akan berlaku hanya rombakan kecil," kata seorang panglima perang Umno. BN juga cuba untuk menenangkan parti Sarawak yang telah merungut' mereka seharusnya mendapat lebih perwakilan dalam sektor relevan sejajar dengan kerusi Parlimen mereka menangi dalam pilihan raya umum. Parti seperti PRS menang enam kerusi Parlimen akan tetapi Dato' Joseph Salang Gandum menolak pelantikan sebagai timbalan menteri sementara rakan partinya Dato' Joseph Entulu Belaun menolak jawatan Kabinet. Satu lagi parti Sarawak SPDP menang empat kerusi Parlimen akan tetapi berakhir dengan tidak mendapat apa-apa jawatan kerajaan. Akan tetapi MIC mendapat dua jawatan menteri Kabinet dan dua timbalan menteri untuk empat kerusi Parlimen yang mereka menangi. Dua lagi parti Borneo SUPP dan PBRS mendapat jawatan menteri penuh walaupun hanya menang satu kerusi Parlimen. Ahli politik Borneo telah juga merungut mereka mahu berada di kementerian yang relevan dengan negeri mereka, terutamanya pertanian dan juga komunikasi untuk merapatkan jurang digital. "Terdapat sesuatu yang salah apabila kedua-dua menteri dan timbalan menteri Komunikasi dan Multimedia dari Terengganu. Siapa yang memikirkan itu," soal seorang ahli politik Sarawak merujuk kepada Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek dan timbalannya Dato' Johari Jailani. Difahamkan perdana menteri akan berjumpa dengan pemimpin-pemimpin parti ini tidak lama lagi untuk mendengar keluhan mereka dan memastikan 13 parti komponen kekal stabil dan bersatu. | ||||
MP Lumut: 47 peratus pengundi BN sokong AES Posted: 25 May 2013 07:26 PM PDT KEADILAN DAILYPETALING JAYA : Laksamana (B) Haji Imran Abdul Hamid menyifatkan 47 peratus pengundi yang memilih Barisan Nasional dalam pilihan raya lalu bertanggungjawab terhadap kezaliman yang dilakukan rejim itu. Katanya, kezaliman dilakukan Umno-BN termasuk menaikkan harga barang dan memperkenalkan saman AES (Sistem Penguatkuasaan Automatik) yang menyusahkan rakyat Kata Imran, kezaliman Umno seolah dipersetujui oleh 47% rakyat yang memilih mereka. "Tuhan bagi saya satu lagi amanah dengan jadikan saya ahli parlimen menewaskan menteri AES. "Siapa yang sokong Umno itu maksudnya mereka mahu AES," kata Imran disambut sorakan dewan. Laksamana (B) Haji Imran Abdul Hamid memenangi kerusi Parlimen Lumut menewaskan Datuk Seri Kong Cho Ha yang bertanggungjawab terhadap pelaksanaan sistem AES. | ||||
PR akan turun ke Dataran Merdeka Posted: 25 May 2013 07:21 PM PDT PETALING JAYA - "Jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membisu, rakyat habis membeku, kita akan turun ke Dataran Merdeka," demikian kata Presiden Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham pada himpunan Blackout 505 di Petaling Jaya, semalam. Beliau turut mendakwa, selagi kedua-dua pentadbir SPR tidak meletak jawatan, rakyat akan terus bersama PR membuat tuntutan tersebut melalui himpunan. Pada 7 Mei lalu, Sinar Harian melaporkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan pilihan raya umum sepatutnya menyebelahi PR tetapi "telah dirompak." Anwar mendakwa, PR sebenarnya adalah pemenang PRU13 namun berlaku unsur penipuan dengan kerjasama SPR sehingga menyumbang kepada kekalahan perikatan itu. "Kita sudah menang tetapi kemenangan itu dirompak oleh BN...," katanya. Sehubungan itu, Anwar yang juga Ketua Pembangkag itu turut menyatakan akan membuat satu laporan polis mengenai dakwat kekal. "Esok (Hari ini) saya juga akan buat laporan polis mengenai dakwat kekal ini," katanya. | ||||
KEADILAN sasar 100,000 laporan polis tentang penipuan pilihan raya Posted: 25 May 2013 07:18 PM PDT Oleh: Masdar Wahid PETALING JAYA : KEADILAN mensasarkan 100,000 laporan polis berhubung penipuan pilihan raya di seluruh negara yang akan dilakukan anggota parti di setiap cabang bermula esok, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail. "Laporan ini penting bagi membantu Pengarah Strategi parti, Mohd Rafizi Ramli yang akan membuat petisyen pilihan raya dalam masa terdekat," katanya disambut laungan oleh perwakilan yang hadir di Kongres Nasional KEADILAN ke 9 hari ini. Saifuddin turut mengisytiharkan menolak rekonsilasi yang diumum Datuk Seri Najib Razak kerana disifatkan tidak ikhlas dan tertekan dengan keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) lalu. "Di kala kamu menghulur tangan konon untuk rekonsilasi, pada masa sama kamu mengeluarkan kenyataan perkauman sempit, kamu kata rekonsilasi tapi meluaskan tangkapan dan pendakwaan terpilih. "Rekonsilasi tidak boleh dilaksana dalam keadaan masih wujud kecurangan sistem pilihanaraya secara berleluasa," tegasnya. Mengenai ugutan Datuk Idris Jusoh mahu menyaman KEADILAN kerana membongkar penipuan pilihan raya dalam Parlimen Besut, parti itu katanya bersedia berdepan pemimpin Umno itu di mahkamah. "Ada dalam milikan kita laporan polis oleh pegawai SPR bahawa kertas undi diambil oleh Calon Umno. See You In Court," katanya. | ||||
Saiful dan Nik Suryani selamat diijabkabul Posted: 25 May 2013 07:10 PM PDT Selepas menjalin perhubungan sejak dua tahun lalu, hari ini Mohd Saiful Bukhari Azlan dan personaliti TV3 Nik Suryani Megat Deraman selamat diijabkabulkan di Masjid Kristal, Pulau Wan Man di Kuala Terengganu. Ketika ditemui pemberita, Mohd Saiful berkata perhubungan mereka bukan satu perjalanan yang mudah, namun tekad untuk mengharungi segala dugaan dan saling menyokong antara satu sama lain menjadi pegangan mereka hingga selamat bergelar suami-isteri. Biarpun terpalit sejarah hitam berhubung kes liwatnya dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful, 28, berkata dia mahu meneruskan kehidupan seperti orang lain dan berharap perkahwinan dengan isterinya itu akan berkekalan hingga ke akhir hayat. "Saya bersyukur doa saya dimakbulkan untuk mendirikan rumahtangga dengan Nik Suryani dan saya berharap kami dapat menempuh segala ujian pada masa depan dan saya yakin perkahwinan ini memberi kekuatan kepada saya dalam apa jua perkara yang saya akan lalui pada masa depan," katanya. Dengan sekali lafaz, Mohd Saiful sah menjadi suami Nik Suryani dan majlis akad nikah pengantin baharu itu disaksikan kira-kira 100 tetamu termasuk ibu bapa kedua-dua pengantin. Pasangan berkenaan dinikahkan oleh bapa Nik Suryani, Megat Deraman Megat Stan pada kira-kira jam 3.30 petang dengan pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak RM41,101 serta sembilan dulang hantaran manakala pihak perempuan membalas dengan 11 dulang. Mohd Saiful yang mengenakan baju Melayu berwarna putih sedondon dengan persalinan Nik Suryani, ilham daripada pereka fesyen terkemuka, Zang Toi, dilihat tenang sepanjang majlis pernikahan itu berlangsung. Ketika ditanya mengenai keadaannya ketika pertama kali berjumpa keluarganya isterinya itu, beliau mengaku agak gementar kerana 'disoal siasat' 10 anggota keluarga mentuanya itu. "Ketika itu, macam-macam soalan yang ada dan saya dengan tenang menjawab soalan mereka sebelum mereka menerima saya," katanya. Nik Suryani,33, pula berkata beliau bersyukur perhubungan mereka berakhir dengan ikatan yang sah dan mengakui keputusan untuk memilih Mohd Saiful sebagai suami adalah tepat kerana sikap lelaki itu yang sangat jujur dan mempunyai semangat yang kental. Jelasnya, beliau amat kagum dan jatuh hati dengan keperibadian suaminya kerana berani untuk mengakui perkara buruk yang berlaku kepadanya yang dianggapnya bukan satu tindakan yang mudah dan mampu dibuat orang lain. "Saya kenal dia ketika membuat liputan tentang kes (perbicaraan) dia dan selepas itu kami menjadi rapat dan sepanjang perhubungan ini, saya langsung tidak terfikir tentang soal kes itu dan saya mengikut apa yang telah ditetapkan olehNya (Allah swt)," katanya. Majlis persandingan pasangan itu akan diadakan pada 8 malam ini pada majlis resepsi pengantin perempuan bertemakan tradisional songket di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man manakala majlis resepsi pengantin lelaki di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay, Kuala Lumpur pada 2 Jun.- Bernama | ||||
Tanpa ‘CIMB’, BN Sudah Tumbang Posted: 25 May 2013 07:07 PM PDT PETALING JAYA : Tanpa bantuan dan sokongan 'CIMB' berkemungkinan besar Barisan Nasional (BN) sudah tumbang dan hanya akan memperolehi 30 peratus sahaja undi popular, tegas kartunis politik Zulkiflee Anwar Haq atau Zunar. "CIMB! ya rakyat perlu tolak C-Cambodia, I-Indonesia, M-Mynamar dan B-Bangladesh," katanya yang diikuti gelak tawa para perwakilan. Beliau berkata demikian dihadapan kira-kira 2,070 perwakilan dan pemerhati dalam Kongres Nasional Keadilan Ke-9 di Dewan Sivik Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) di sini sambil meminta rakyat menolak 'CIMB'. Beliau yang dijemput khas untuk memberi ucapan di dalam kongres pada mulanya membuatkan para hadirin tercengang sebaik menyebut rakyat harus tolak 'CIMB'. Tegasnya dalam sejarah perjuangan tidak ada sebuah kerajaan boleh bertahan tanpa sokongan majoriti rakyatnya. "BN sedang menghadapi barah tahap ke-empat di mana hanya menunggu untuk dibedah dan disemadikan," kata Zunar. Beliau bersama-sama barisan kartunis berjuang secara kreatif melalui kartun untuk menumbangkan kerajaan BN. "Kenapa kita berjuang dengan kartun, sebab kerajaan sekarang adalah kerajaan kartun yang menyamar sebagai manusia. "Kita banyak gunakan karikatur yang gelak berguling-guling sebab lepas gelak kita akan gulingkan kerajaan BN," katanya beliau. | ||||
MB Selangor : Rizab Simpanan Selangor Dibelanja Bangunkan Luar Bandar Posted: 25 May 2013 07:05 PM PDT PETALING JAYA : Simpanan Rizab Selangor yang berjumlah RM 2.6 bilion akan digunakan secara berhemah untuk membangunkan kawasan luar bandar di negeri itu. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau telah mengumbal rancangan tiga tahun untuk membangunkan kawasan desa di negeri terkaya itu supaya rakyat di pendalaman dapat menikmati kualiti hidup yang setaraf dengan mereka di bandar. Beliau juga berkata pelan tiga tahun itu merangkumi usaha untuk mempertingkatkan pendapatan penghuni kawasan pendalaman. Pada masa yang sama, wang rizab yang dibelanjakan akan ditambah dengan mencari sumber pendapatan baru bagi Kerajaan Negeri. "Duit itu akan dijaga dengan baik dan dilihat ke mana wang itu dibelanjakan. "Saya akan mencari mereka yang telah menyalahgunakan duit rakyat dan dikembalikan dalam dana simpanan negeri supaya dapat digunakan untuk rakyat. "Dari masa ke semasa saya akan mengumumkan apa yang dilakukan dan hal yang akan dilakukan," kata Abdul Khalid. Beliau berkata demikian semasa Ucapan Penggulungan Kongres PKR Kali Ke-9 yang diadakan di Dewan Sivik Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) di sini. Sebelum ini, Abdul Khalid dilaporkan berkata bahawa beliau akan menumpukan perhatian kepada pembangunan kawasan pendalaman Selangor di dalam penggal keduanya sebagai Menteri Besar. | ||||
MB N9 nasihat MCA, Gerakan pulihkan semangat, berhenti merajuk Posted: 25 May 2013 06:53 PM PDT SEREMBAN – MCA dan Gerakan perlu bangkit daripada terus 'merajuk' dan segera melakukan transformasi dari segi kepimpinan dan pendekatan agar mampu menarik semula sokongan masyarakat Cina pada Pilihanraya Umum (PRU) akan datang. Itu pandangan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang mahu melihat semula kedua-dua parti komponen itu terus relevan sebagai sebuah parti bagi mewakili suara masyarakat Cina. "Kita tidak perlu terus merajuk apabila mengalami kekalahan. Kalau terus menangis dan merajuk, sampai bila pun tidak boleh. "Seharusnya, kita perlu bekerja lebih kuat bagi memulihkan semula semangat, selain daripada melakukan transformasi, bukannya merajuk. "Merajuk boleh menghancurkan diri sendiri, merajuk kepada orang yang sayang tidak mengapa tetapi ini orang sudah benci. Nanti lagi orang tidak suka," katanya di sini. Mohamad berkata, Umno juga pernah berhadapan dengan situasi sebegitu pada 2008 apabila presiden parti ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengundur diri. "Jadi bukan sesuatu yang mudah dan senang sepertimana yang difikirkan. Sekiranya mahu memulihkan semula imej parti, pelbagai pendekatan perlu dilakukan antaranya brainstorming. "MCA dan Gerakan perlu segera berubah serta melakukan transformasi tersebut dalam usaha memulihkan semangat dan keyakinan masyarakat Cina terhadap kedua-dua parti itu," katanya. Bagaimanapun, Mohamad berkata, ia hanya pendapat peribadi beliau saja dan terpulang kepada kedua-dua parti komponen itu untuk melakukan perubahan. | ||||
Posted: 25 May 2013 06:52 PM PDT PUCHONG – Adun Seri Serdang, Noor Hanim Ismail menyangkal kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mendakwa kejadian lampu padam di pusat pengiraan undi sebagaimana disebarkan menerusi internet adalah fitnah dan lakonan. Noor Hanim berkata, gambar itu sebaliknya dirakam seorang petugasnya di bilik pengiraan undi Saluran 3 Sekolah Kebangsaan Serdang pada jam 7.32 malam 5 Mei lalu. Beliau menafikan ia dirakam sebelum PRU13 seperti didakwa Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar. Menurutnya, hasil siasatan, pihaknya mendapati pengurusan SPR dilihat sekadar ingin menutup kelemahan sistem pilihan raya sedia ada. Noor Hanim berkata, beliau hairan bagaimana Wan Ahmad sendiri seolah-olah tidak tahu pakaian rasmi petugas SPR yang memakai baju T kelabu pada hari berkenaan. Menurutnya, ketika kejadian, wakilnya berusaha membekalkan lampu suluh ke bilik pengiraan undi terbabit bagi memastikan proses kiraan berjalan lancar. Beliau turut menafikan terdapat wartawan di lokasi kejadian kerana yang ada di lokasi hanya Ketua Tempat Mengundi (KTM), petugas SPR, wakil calon dan anggota polis bertugas. "Saya minta SPR terutama Wan Ahmad memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana melakukan kesilapan dalam mengeluarkan kenyataan tanpa membuat kajian mendalam dan mengambil ringan isu dibangkitkan rakyat," katanya. Sinar Harian difahamkan, sekolah itu mempunyai empat saluran mengundi, namun saluran satu, dua dan empat, kiraan undi tamat lebih awal dan tiada gambar di ketiga-tiga saluran itu dirakamkan. Hanya gambar di saluran tiga sempat dirakam kerana kiraan undi lewat tamat dan hanya siap jam 8 malam. Sementara itu, Yang Dipertua Pas Puchong, Mohd Soffiean Ismail meminta SPR lebih teliti dalam membuat siasatan dan mahu tuduhan dibuat diperbetulkan. Beliau berkata, pihaknya akan pertimbang untuk buat laporan polis selepas mendapat nasihat guaman. Semalam, akhbar melaporkan, SPR mendakwa insiden lampu padam semasa pengiraan undi PRU13, 5 Mei lalu adalah fitnah dan lakonan itu dirakamkan sebelum PRU13 lagi. Wan Ahmad dalam kenyataannya berkata, kesimpulan itu dibuat hasil penelitian beliau bersama pegawai-pegawainya. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan