Isnin, 20 Mei 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Fitnah elemen AS dalam KEADILAN, blogger Umno ‘lacur’ kajian akademi

Posted: 20 May 2013 06:31 AM PDT

Oleh Mohd Arif Juhani

KUALA LUMPUR : Blogger Umno BN tidak perlu berselindung dengan nama kajian akademi untuk memfitnah kononnya KEADILAN mempunyai hubungan dengan kuasa asing khususnya Amerika Syarikat yang berpotensi merosakkan kedaulatan Malaysia, kata Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh.

Ahli Parlimen Kuantan itu berkata demikian mengulas tuduhan blogger Kuda Kepang, Ruhanie Ahmad bahawa pilihan raya umum (PRU) lalu menunjukkan KEADILAN menjadi ejen rejim asing yang menguntungkan Amerika.
fuziah
"Tuduhan itu bukan sesuatu yang baru kerana dari zaman Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi pemimpin mahasiswa lagi, blogger Umno BN cuba mencipta teori yang mengaitkan peranan beliau dengan kuasa asing," ujarnya kepada Keadilan Daily.

Tambah Fuziah, tidak hairan sekiranya Anwar mempunyai hubungan dengan mana-mana pemimpin negara luar kerana beliau memang terkenal sebagai seorang ahli politik yang berpengaruh.

"Tetapi hubungan itu lebih kepada bentuk diplomatik seperti hubungan antara Perdana Menteri Malaysia dengan pemimpin luar. Dalam hal ini, sepatutnya tidak timbul isu siapa jadi ejen siapa.

"Rakyat juga sudah faham dan jelak dengan taktik kotor Umno BN yang sedaya upaya memburukkan imej Pakatan Rakyat walaupun keputusan PRU lalu menunjukkan propaganda murahan mereka langsung tidak mempengaruhi minda pengundi," katanya.

Ditanya mengenai latar belakang Ruhanie yang berkelulusan kajian Geopolitik dan Kajian Keselamatan, Fuziah berkata, Umno BN akan menggunakan sesiapa sahaja yang boleh diperalatkan dengan wang ringgit asalkan kajian mereka menyebelahi Umno BN.

"Lihatlah blogger lucah seperti Papagomo pun Umno BN sanggup peralatkan, janji mereka menyerang Pakatan," sinisnya.

Rumah kakak Muhyiddn, adik IGP dirompak

Posted: 20 May 2013 06:22 AM PDT

MALAYSIA KINI


 
Hanya dalam masa lima jam, dua kediaman milik anggota keluarga orang kenamaan negara dirompak dalam dua kejadian berasingan pada hujung minggu lalu.

Laporan China Press menyebut, kejadian pertama berlaku di kediaman milik seorang kakak kepada timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di SS3, Petaling Jaya.

Kediaman tersebut, sebuah rumah banglo, dilaporkan dipecah masuk pada jam 10 malam pada hari Sabtu.

Pada jam 3 pagi selepas itu, satu lagi kejadian rompakan dilaporkan berlaku di Mantin, Negeri Sembilan di sebuah rumah banglo milik seorang adik kepada ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Seramai lima orang dalam keluarga terbabit diikat oleh lima orang perompak, dipercayai warga asing.

Menurut satu kiriman berita Nanyang Siang Pau, perompak berkenaan menghilangkan diri tanpa dikesan manakala mangsa enggan mendedahkan jumlah kerugian.

Pelan GST BN tekan rakyat bawahan

Posted: 20 May 2013 06:20 AM PDT

Muhammad Faizal,


PETALING JAYA: Penurunan cukai korporat dan cukai pendapatan sebagai 'off-set' kepada perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) hanya membantu orang kaya namun pada masa sama memberi tekanan kepada rakyat bawahan.

Ini kerana hanya sekitar 10 peratus daripada rakyat negara ini yang membayar cukai tersebut sedangkan rakyat yang berpendapatan rendah akan menerima kesan paling teruk kerana mereka terpaksa membayar GST sama seperti mereka yang berpendapatan tinggi.

Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen berkata, kelemahan kerajaan BN dalam pentadbiran serta urus tadbir kewangan menyebabkan mereka ingin segera melaksanakan GST.

Menurutnya, BN kini sedang cuba mengatasi krisis fiskal negara akibat kelemahan mereka sendiri khususnya asas cukai yang lemah, pembaziran perbelanjaan dan rasuah yang ketara.

Wong Chen berkata krisis kewangan ini boleh dielakkan dengan menghapuskan projek-projek mega yang tiada manfaat atau mempunyai kos yang berlebihan dan dengan menangani rasuah secara serius.

"Jika kerajaan tidak dapat membuktikan mereka mampu mengurangkan pembaziran dan membanteras rasuah dengan berkesan, kerajaan tidak mempunyai hak untuk memperkenalkan GST," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Sementara itu mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Idris Jala, yang membayangkan kerajaan mungkin melihat kepada kadar 7 peratus, berdasarkan model Singapura, Wong Chen pandangan itu dilihanta sangat membimbangkan.

Katanya, Singapura memperkenalkan GST pada tahun 1994 lagi dengan kadar permulaan yang rendah iaitu 3 peratus sahaja dan ia mengekalkan kadar tersebut selama sembilan tahun sebelum membenarkan peningkatan kepada 4 peratus pada tahun 2003.

Wong Chen mempersoalkan jika kerajaan berminat untuk menjadikan Singapura sebagai model, maka GST perlu dibuat pada kadar 3 peratus untuk tempoh selama sembilan tahun akan datang.

Jangan, jangan dan jangan...

Posted: 20 May 2013 06:18 AM PDT

Majdan Dagang,

1. Jangan fikir kami penyokong Pakatan Rakyat (PR) mahu turunkan Umno-BN kerana anda telah lama memerintah. Bukan sebab itu. Kami mahu anda turun sebab anda tidak lagi amanah dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin. Banyak bukti yang terang lagi jelas sikap tidak amanah anda termasuklah laporan oleh audit negara tentang salah guna dana awam sebanyak RM250 juta dalam kes NFC. Kalau anda amanah, kami benarkan anda terus berkuasa sampai bila-bila. Sebagai Muslim pula, sikap tidak amanah yang paling besar ialah apabila anda menolak hukum Allah dengan pelbagai alasan. Anda mencari dalih untuk tidak melaksanakannya, bukan mencari jalan untuk melaksanakannya.

2. Jangan fikir bumi Malaysia ini milik suatu kaum sahaja. Kita mesti menerima hakikat bahawa orang Melayu, Cina, India, Kadazana, Iban dan lain-lain kini berada di bawah satu bumbung. Hal in kerana, semasa menerima kemerdekaan dahulu Umno telah menerima syarat British bahawa kemerdekaan ini mestilah menerima orang Cina dan India sekali sebagai warganegara. Sebagai imbalannya diwujudkan hak istimewa orang Melayu – untuk melindungi dan membetulkan kedudukan orang Melayu sebagai bangsa terbesar di Tanah Melayu yang terpinggir semasa British berkuasa.

3.  Jangan anggap penyokong PR tidak patriotik semata-mata kerana kami tidak menyokong Umno-BN dalam Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu. Kami juga seperti rakyat Malaysia yang lain rela berkorban jiwa dan raga demi mempertahankan tanah tumpah darah ini – bukan berkorban demi mempertahankan Umno-BN. Takkan tak tahu perbezaan antara berkorban untuk negara dan berkorban untuk parti! Umno-BN hanyalah sebuah parti yang menang pilihan raya dan boleh diturunkan apabila tidak lagi mendapat undi majoriti. Parti yang memerintah boleh ditukar ganti tetapi negara tumpah darah ini tiada duanya.

4. Jangan ingat semua rakyat tidak tahu langsung tentang ilmu kenegaraan, konsep kerajaan pusat, kerajaan negeri dan sebagainya. Sudah ramai yang memahami tentang bidang kuasa kerajaan pusat dan kerajaan negeri, tanggungjawab kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Oleh itu, janganlah mengeluarkan apa-apa kenyataan atau menyalahkan kerajaan negeri yang dikuasai PR kerana tidak berbuat itu atau ini, sedangkan perkara tersebut di bawah bidang kuasa kerajaan pusat.

5. Janganlah menuduh mana-mana penjawat awam yang telah bersara tidak mengenang budi kerajaan kerana mengisytiharkan menyokong PR. Takkan lah anda tak tahu beza antara makan gaji dengan kerajaan dengan makan gaji dengan parti. Kakitangan awam itu bekerja dan makan gaji dengan kerajaan Malaysia bukan makan gaji dengan Umno-BN. Kerajaan Malaysia milik rakyat Malaysia dan bukan milik Umno-BN. Jadi mereka bebas menyatakan pendirian mereka untuk sokong mana-mana parti pun!

6. Jangan diskriminasikan rakyat di mana-mana kawasan yang tidak dimenangi oleh Umno-BN. Ingat! Kami juga pembayar cukai dan berhak menikmati apa-apa pembangunan dan kemudahan. Bukan penyokong Umno-BN sahaja yang bayar cukai. Contohilah kerajaan negeri di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang – bantuan yang diberikan tidak pernah mengira sama ada seseorang itu penyokong PR mahu pun penyokong Umno-BN.

7. Jangan ingat rakyat tak tahu apa-apa pasal negara luar. Contohnya, setiap kali harga minyak dinaikkan, anda memberikan alasan bahawa harga itu lebih murah berbanding negara serantau – dan carta perbandingan akan dikeluarkan untuk mengukuhkan tindakan anda. Tak kanlah setiap kali ada kenaikan alasan yang sama digunakan, sudah kehabisan faktakah? Sepatutnya, anda juga mesti membandingkan juga harga kenderaan, gaji, hartanah, kos pengajian dan sebagainya. Rakyat tidaklah menentang apa-apa kenaikan kos cukai dan sebagainya tetapi biarlah dibuat atas alasan yang betul dan pada masa yang sama pemimpin juga perlu berjimat cermat. Jangan jadi seperti ketam yang menyuruh anaknya berjalan lurus sedangkan dia sendiri berjalan mengiring!

8. Jangan gula-gulakan rakyat dengan BR1M, KR1M, TR1M dan sebagainya. Anda beri sekelompok rakyat sedikit habuan tetapi anda ambil banyak. Contoh yang paling mudah ialah elaun keraian sebulan perdana menteri adalah RM18,865, timbalan perdana menteri (RM15,015), menteri persekutuan (RM12,320) dan timbalan menteri (RM6,000). Itu baru elaun keraian untuk sebulan! Belum dikira gaji dan lain-lain elaun serta pelbagai lagi kemudahan. Anda perlu sedar bahawa duit gaji tu rakyat yang bayar, tol anda rakyat yang bayar dan duit minyak kenderaan rakyat yang bayar. Alih-alih kamu minta rakyat berterima kasih kepada kerajaan kerana beri BR1M RM500 setahun! Apa barang....!

9. Jangan salahkan rakyat apabila semakin ramai yang tidak mengundi Umno-BN. Jangan lah menganggap setiap teguran dan kritikan itu bermakna rakyat tidak suka anda. Bukan semua kritikan itu mahu menjatuhkan anda. Sebenarnya, rakyat mahukan yang terbaik dari anda tetapi apabila setiap kritikan dan teguran dianggap mencabar kuasa, akhirnya rakyat meletakkan bahawa tiada cara lain untuk menegur Umno-BN selain kertas undi.

10. Jangan ingat Umno-BN akan kekal berkuasa selama-lamanya. Jangan ingat anda tidak mati suatu hari nanti. Di dunia ini tiada yang kekal dan kebal. Anda boleh menang dengan cara yang tidak sihat tetapi akhirnya akan menemui titik noktah. Mungkin juga parti anda boleh menang beratus tahun lagi, tetapi anda tidak. Setiap penganiayaan terhadap rakyat dan musuh politik kamu – kami akan tuntut keadilannya diakhirat nanti.

Suara pemuda PAS akan gegar Dun Terengganu

Posted: 20 May 2013 06:11 AM PDT

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Kehadiran ramai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di kalangan orang muda PAS akan menjadikan persidangan Dun Terengganu penggal ini lebih menarik dan panas.
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut menyifatkan kehadiran 'tenaga muda' tersebut akan memberikan 'orang lama' sepertinya sedikit masa untuk berehat kerana lebih banyak ruang berhujah dan berdebat akan diberikan kepada mereka, lapor Buletin Online.

Beliau berharap 'pemikiran orang muda' daripada Adun PAS akan meningkat kualiti perbahasan Dun kepada lebih baik dan mengubah trend politik masa depan kepada 'politik bermaklumat'.

"Insya Allah, kita (PAS) ada ramai suara orang muda yang jadi Adun dan saya boleh berehat sikitlah. Cuma saya harap peluang yang diberikan ini digunakan sebaik mungkin dan mereka perlu berkhidmat dengan baik.

"Mereka mesti jadi Adun yang baik dan wakil rakyat yang baik. Ini tugas mereka sebagai Adun dan peranan mereka dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) nanti. Di kawasan masing-masing, saya harap mereka dapat menjalankan tugas dengan baik dan berkesan," ujarnya ketika berucap pada majlis kesyukuran di Pengkalan Berangan, Marang, kelmarin.

Pada PRU13 baru-baru ini, empat daripada lima calon Dewan Pemuda PAS negeri berjaya memenangi kerusi yang ditandingi.

Mereka terdiri daripada ketuanya, Ustaz Mohd Nor Hamzah selaku Adun Bukit Payong, timbalan, Ustaz Ridzuan Hahim (Teluk Pasu) dan dua exco, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim (Tepoh) dan Ustaz Hilmi Harun (Manir).

Pesta himpunan rakyat tiada kaitan 'Malaysia Spring'

Posted: 20 May 2013 05:58 AM PDT

Hazayani Zakaria,


KUALA LUMPUR: Gabungan NGO yang menamakan kumpulan mereka sebagai Suara Rakyat 505 akan melancarkan Pesta Himpunan Rakyat besar-besaran di Padang Amcorp, Petaling Jaya, 25 Mei ini.

Jurucakap gabungan, Badrul Hisham Shaharin berkata, pesta tersebut bagi menuntut hak demokrasi dikembalikan kepada rakyat.

Dalam acara yang akan bermula pada sebelah petang hingga malam itu, saksi-saksi akan ditampilkan bagi mengemukakan bukti penipuan yang jelas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), 5 Mei lalu.

"Himpunan bantah penipuan PRU13 ini berbentuk pesta rakyat, ramai wakil-wakil NGO yang akan bercakap dan bukti penipuana akan dikemukan secara audio visual," kata beliau pada sidang media gabungan tersebut di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) hari ini.

Beliau turut menolak sekerasnya dakwaan bahawa mereka akan menggulingkan kerajaan dengan cara kekerasan.

"Istilah Malaysian Spring atau menggulingkan kerajaan itu ialah perang saraf untuk menakut-nakutkan rakyat.

"Pesta rakyat ini tiada kena-mengena dengan menggulingkan kerajaan sebaliknya untuk mengembalikan demokrasi," katanya yang juga Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Gabungan tersebut terdiri daripada 48 NGO.

Mahfuz turun dengar luahan PAS kawasan

Posted: 20 May 2013 05:54 AM PDT

Anis Nazri,


KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Kedah yang baru, Datuk Mahfuz Omar akan turun ke setiap kawasan bagi bertemu ahli akar umbi parti itu untuk mendapatkan maklumbalas berhubung keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Menurutnya, biarpun tarikh belum ditetapkan, ia akan dilakukan dalam tempoh terdekat bagi mendengar sendiri segala perjalanan dan masalah parti di kawasan-kawasan itu.

Ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini, Mahfuz berkata pertemuan dengan semua ketua-ketua cawangan di setiap kawasan akan dilakukan, selain mengatur pertemuan dengan setiap dewan-dewan.

"Saya akan aturkan pertemuan di setiap kawasan, dengan menemui setiap cawangan untuk melihat dan mendengar sendiri permasalahan atau apa sahaja luahan mereka.

"Tidak lain dan tidak bukan ia bertujuan untuk meningkatkan lagi kemantapan parti, selain menjadi medium untuk saya lebih mengetahui perkembangan PAS negeri," kata beliau yang juga ahli parlimen Pokok Sena.

Selain itu, tambah Mahfuz, satu pertemuan tertutup antara anggota perhubungan PAS negeri dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang juga akan diadakan pada minggu depan.

Sementara itu, Naib Presiden PAS itu berkata PAS Kedah turut menubuhkan jawatankuasa 'post-mortem' pilihan raya peringkat negeri bagi mengenal pasti punca kekalahan parti itu di Kedah pada PRU13 lalu setelah mentadbirnya selama satu penggal.

Jawatankuasa itu akan dipengerusikan Timbalan YDP PAS Sg. Petani Sobri Osman manakala timbalannya Dr Hayati Othman yang juga Timbalan YDP PAS Pendang.

Jawatankuasa itu diberi tempoh empat bulan untuk melengkapkan laporan sebelum dibentang dan dibahaskan bersama anggota perhubungan PAS negeri.

"Selepas kita terima laporan, dibentang dan dibahaskan, barulah kita akan membuat tindakan selanjutnya bersesuaian dengan hasil post-mortem itu," tegas beliau.

Pemuda PAS puji keberanian Azran Osman

Posted: 20 May 2013 05:51 AM PDT

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah memuji keberanian yang ditunjukkan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Azran Osman Rani yang mengkritik secara terbuka akhbar Utusan Malaysia yang disifatkan sebagai akhbar perkauman.

Azran telah menulis  di dalam Facebook beliau bahawa beliau adalah rakyat Malaysia dan anti perkauman serta meluat dengan pendirian pengarang Utusan.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, kenyataan Azran itu menandakan golongan menengah tidak lagi boleh ditakutkan oleh Umno BN dengan maklumat sebelah pihak.

"Saya menyanjung tinggi keberanian dan keterbukaan Azran. Sebagai pegawai tinggi sebuah syarikat besar negara, beliau sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian, menandakan golongan menengah dan berpendidikan tinggi yang celik maklumat telah berani keluar dari kepompong ketakutan politik yang mencengkam mereka selama ini.

"Beliau adalah ikon golongan koporat yang berani bangkit menyatakan kebenaran. Jika Azran Osman berani mengeluarkan kritikannya, ia bererti ramai lagi golongan korporat, usahawan dan profesional yang menyimpan perasaan yang sama dan meluat dengan tahap media utama negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Persatuan Veteran Umno yang mengarahkan anggotanya supaya memboikot perkhidmatan penerbangan tambang murah AirAsia X berikutan kenyataan Azran yang mengkritik Utusan.

Mengulas lanjut Suhaimi berkata, isu sebenar adalah etika Utusan Malaysia yang sudah hilang wibawanya dan jauh tersasar dari landasan kewartawanan sebenar.

Sebagai akhbar nombor satu di negara ini, Utusan Malaysia telah lama hilang punca kerana hanya mengikut telunjuk kuasa politik pemimpin negara.

"Lihatlah faktanya dan sejumlah saman yang dikenakan terhadap akhbar tersebut. Sampai bilakah media di negara ini terus menjadi 'budak suruhan' pemimpin negara," soalnya.

Apa yang pelik kata Suhaimi, mengapa Persatuan Veteran Umno pula yang terasa hati atau apakah Veteran Umno mempunyai saham atau akhbar Utusan Malaysia sememangnya milik Umno?

"Jika ia milik kerajaan dan rakyat, sepatutnya terimalah kritikan tersebut dengan besar hati. Usah diperbesarkan dan mengugut untuk boikot Air Asia X hanya semata-mata Ketua Pegawai Eksekutif syarikat tersebut mengkritik sesuatu yang diyakini berlaku. Bukan setakat beliau, jutaan rakyat Malaysia boleh mengesahkan perkara tersebut dan bersetuju dengan kenyataan Azran," kata Suhaimi.

"Jika Utusan Malaysia milik Umno, buatlah kenyataan terbuka bahawa ia adalah hak milik Umno dan terhad hanya untuk ahli-ahli sahaja sebagaimana terhadnya Harakah dan Keadilan kepada ahli partinya sahaja," katanya.

Himpunan Black505 Kedah bertukar ke kompleks PAS

Posted: 20 May 2013 05:50 AM PDT

Anis Nazri,


KUALA LUMPUR: Himpunan Black505, peringkat negeri Kedah yang pada awalnya dijadualkan di Stadium Sultan Abdul Halim esok dipindahkan ke Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut.

Himpunan yang diadakan bagi menyatakan bantahan terhadap tahap demokrasi di Malaysia yang tercalar itu, akan dihadiri pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata himpunan itu akan disertai Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Tambah beliau, himpunan itu bermula dengan solat maghrib berjamaah yang kemudiannya disusuli solat hajat.

"Kita bermula dengan solat maghrib. Kemudian solat hajat bagi memohon kesejahteraan dan keamanan negara yang muktahir ini cenderung dengan isu perkauman.

"Ia juga bagi memohon kesejahteraan bagi bekas Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Razak yang kini masih di Unit Rawatan Rapi, Hospital Pulau Pinang," tegas Naib Presiden PAS itu.

Sejurus solat hajat, kata Mahfuz tepat jam 9 malam, kesemua adun dan ahli parlimen Kedah akan berucap pada malam itu, sebelum ucapan utama oleh Mohamad Sabu dan Anwar.

Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai yang berkelapangan untuk turut serta pada himpunan Black 505 malam esok.

Mahkamah pilihan raya lawan Mahkamah rakyat

Posted: 20 May 2013 05:48 AM PDT

 Mohamed Hanipa Maidin,


PENGERUSI Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) boleh memohon semakan supaya pilihan raya diadakan semula dengan mengemukakan petisyen selepas pewartaan keputusan oleh SPR, mengikut undang-undang.

"Selepas diwartakan dalam tempoh 21 hari, mereka boleh buat petisyen, itu yang betul dan kalau bukti-bukti itu jelas serta lengkap dan pihak hakim mengakui wujudnya perlakuan rasuah, penipuan atau menyalahi undang-undang, maka mungkin Hakim Mahkamah Tinggi berkenaan akan memutuskan bahawa keputusan pilihan raya itu tidak sah," kata Aziz.

Sentimen yang sama juga diluahkan oleh Presiden Umno Najib Tun Razak. Najib menyatakan Umno akan terima apa sahaja keputusan mahkamah.

Inilah skrip basi SPR dan Umno. Bagi kedua-dua tokoh ini penyelesaian kepada kepincangan sistem pilihanraya adalah mahkamah. Hujah Najib dan SPR ini hakikatnya satu lagi bentuk penipuan halus pihak berkuasa untuk mengelirukan mereka yang jahil tentang petisyen pilihanraya.

Saya ingin nyatakan dengan tegas petisyen piliharaya dan mahkamah bukan penyelesaian kepada kepincangan pilihanraya. Alasannya cukup mudah. Mahkamah pilihanraya (election court)  beroperasi dalam ruang lingkup undang-undang pilihanraya yang digubal oleh rejim BN yang korup dan penipu. Jadi bagaimanakah undang-undang yang digubal oleh rejim yang penipu dapat menyelesaikan pilihanraya yang sarat dengan penipuan !!!

Ibarat yang mudah adalah bagaimanakah kita boleh mengharap kambing selamat dari serigala jika yang jaga kambing adalah serigala !!!

Dalam undang-undang pilihanraya, alasan pembatalan sesuatu pilihanraya hanya boleh dibuat oleh hakim pilihanraya melalui seksyen 32 Akta Kesalahan Pllihanraya 1954. Seksyen 32 menggariskan lima alasan [ 32 (a) hingga (e)] bagi pembatalan pilihanraya oleh Mahkamah Pilihanraya.

Najib dan SPR arif dan tahu berdasarkan seksyen 32 (a) hingga (e) Akta tersebut hampir mustahil untuk membatalkan sesuatu pilihanraya. Bagi memudahkan faham mari kita lihat bagaimana seksyen 32 (b) Akta tersebut digubal oleh rejim BN.

Berdasarkan seksyen 32 (b) tersebut sesuatu pilihanraya hanya boleh dibatalkan jika mahkamah pilihanraya berpuashati wujudnya perlanggaran undang-undang pilihanraya namun perlanggaran itu mestilah dalam masa yang sama menjejaskan keputusan pilihanraya.

Sebagai peguam yang banyak terlibat dalam petisyen pilihanraya saya ingin nyatakan membuktikan perlanggaran undang-undang atau peraturan pilihanraya bukan suatu yang susah kerana Umno dan SPR  seringkali langgar undang-undang pilihanraya. Malahan banyak kali kami peguam PAS dapat membuktikan hal tersebut.

Yang sukarnya hingga ke tahap hampir mustahil adalah membuktikan perlanggaran undang-undang oleh Umno dan SPR boleh menjejaskan keputusan pilihanraya.

Hakim–hakim di negara ini sehingga sekarang memilih tafsiran kuno tentang maksud menjejaskan keputusan pilihanraya. Di negara maju seperti di England para hakim di sana berpendapat jika berlaku perlanggaran undang-undang secara substantif maka pilihanraya adalah tidak sah tanpa mengira perlanggaran itu menjejaskan atau tidak menjejaskan keputusan pilihanraya.

Tafsiran mahkamah di Malaysia berdasarkan tafsiran matematik. Contohnya jika calon A yang kalah dengan majoriti 1000 undi dapat buktikan wujudnya perlanggaran undang-undang misalnya dakwat tidak kekal di jari pengundi, calon A kena buktikan 1001 pengundi yang dakwat dijari mereka tidak kekal dan kesemua 1001 pengundi itu kena juga dibuktikan telah mengundi dua kali.

Jika tidak dibuktikan meskipun calon A boleh buktikan penggunaan dakwat yang tidak kekal adalah bercanggah dengan undang-undang namun pilihanraya yang langgar undang-undang itu masih dikira sah dan tidak boleh dibatalkan.

Itulah yang hakim-hakim di negara ini akan putuskan. Jika hakim putuskan begitu Najib dan SPR secepat kilat akan berkata "lihatlah mahkamah telah pun memutuskan pilihanraya adalah sah..jadi mengapa Pakatan Rakyat masih tidak puas hati?"

Bagi saya ini satu muslihat licik Umno untuk menggunakan saluran mahkamah untuk menjustifikasi penipuan!!!

Sebab itu saya tegaskan mahkamah atau petisyen bukan jalan penyelesaian kepada kepincangan sistem pilihanraya. Mahkamah rakyat adalah penyelesaiannya.

Bagi rakyat jika SPR atau undang-undang kata dakwat yang digunakan adalah kekal maka SPR kena pastikan dakwat itu benar-benar kekal. Jika tidak kekal maka SPR tipu. Undang-undang juga tipu.

Inilah perbezaan mahkamah pilihanraya dan mahkamah rakyat. Di mahkamah pilihanraya hakim tidak boleh batalkan pilihanraya meskipun SPR tipu kerana hakim terikat dengan undang-undang yang digubal oleh rejim penipu.

Sebaliknya di mahkamah rakyat keadilannya lebih tulen. Jika SPR dan undang-undang tipu maka pilihanraya yang BN menang adalah pilihanraya tipu. Maka PM dan Menteri yang dilantik juga dikira oleh rakyat dikira sebagai PM penipu dan menteri penipu !!!!
* Penulis adalah peguam yang juga anggota Parlimen Sepang

Kakitangan Utusan lempar mihun pada Hata Wahari

Posted: 20 May 2013 05:39 AM PDT

 


 
Kakitangan akhbar Utusan Malaysia hari ini hilang sabar apabila seorang bekas wartawan kanannya, Mohd Hata Wahari muncul di hadapan pejabat mereka untuk menyatakan bantahan ke atas laporan akhbar itu.

Dengan tidak semena-mena, individu tidak dikenalpasti dalam kumpulan seramai kira-kira 40 orang kakitangan Utusan yang berhimpun itu dilihat melemparkan dua bungkusan ke arah Hata.

NONEBungkusan yang gagal mengenai Hata itu kemudiannya didapati berisi mihun goreng.

Ia berlaku selepas Hata, yang muncul seorang diri dalam demonstrasi tersebut, cuba menunjukkan satu kain rentang ke arah pemimpin redaksi akhbar tersebut.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 5 petang itu, beliau turut dihalang oleh seorang kakitangan Utusan yang meluru ke arah Hata dan cuba menarik kain rentang tersebut, sementara kumpulan kakitangan lain bersorak.

Kakitangan berkenaan berkenaan bagaimanapun tidak berjaya merampas kain rentang berkenaan.

NONEKumpulan kakitangan Utusan itu antara lainnya melaungkan  "boo", "balik", "komunis" dan "hidup Utusan" ke arah Hata.

Kain rentang yang cuba ditunjukkan Hata itu antara lainnya menyeru ketua pengarang Utusan agar menghentikan "kewartawanan tidak bertanggungjawab".

"Jadilah wartawan yang menjunjung etika kewartawanan. Jangan gadaikan masa depan Utusan untuk kepentingan diri. Jangan jadi wartawan rasis," kata Hata lagi dalam pesanannya itu.

Kejadian itu diperhatikan seramai kira-kira 60 orang anggota polis, yang seterusnya meminta Hata beredar selepas insiden tersebut.

NONETerdahulu, Hata dalam sidang medianya berkata beliau membantah tindakan Utusan yang didakwanya sering menyalahi etika kewartawanan dengan memaparkan berita berunsur perkauman.

"Kita perlu lakukan sesuatu. Sebab akhir-akhir ini ramai sangat yang kutuk Utusan dan saya cuma nak tunjuk rasa tak puas hati. Lagipun setiap 2 Mei, sejak saya diberhentikan saya memang akan datang sini dan pegang kain rentang.

"Kalau kita lihat, makin teruk polisi dan etika kewartawanan (Utusan). Tajuknya terlampau perkauman. Tapi tak ada tindakan keras di ambil ke atas editor dan wartawan.

NONE"Apa yang berlaku amat menyedihkan. Media sepatutnya memepertahankan masyarakat," katanya sambil menambah, beliau hadir seorang diri kerana tidak mahu melibatkan mana-mana pihak.

Bekas presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) itu berkhidmat di Utusan sejak 1995 dan dipecat pada 2 Mei 2011 selepas panel siasatan dalaman Utusan Melayu (M) Bhd mendapati beliau bersalah atas tuduhan memburuk-burukkan nama syarikat itu melalui laporan yang disiarkan beberapa media.

Setelah itu, menjadi rutin beliau untuk berdiri di hadapan Utusan untuk mengadakan 'protes nasi lemak' pada setiap 2 Mei, yang juga tarikh kelahirannya.

Beliau bagaimanapun memilih untuk berdemo di hadapan Utusan pada hari ini memandangkan tarikh 2 Mei 2013 jatuh pada musim pilihan raya.

Tangkap, Dakwa Pengerusi & Timbalan Pengerusi SPR Isu Penipuan Dakwat Kekal

Posted: 20 May 2013 12:56 AM PDT

 
KELAB GREENBOC
 
Jingga 13 mendesak Ketua Polis Negara yang baru agar menangkap dan mendakwa Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atas jenayah yang tidak boleh dimaafkan iaitu menipu rakyat Malaysia di atas kes DAKWAT KEKAL yang TIDAK KEKAL.

Pelbagai laporan polis dibuat terhadap kes tersebut ternyata sedikit pun tidak memberikan kesan terhadap jenayah yang dilakukan oleh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR yang juga turut melibatkan jutaan Ringgit Malaysia wang rakyat.

Alasan kononnya petugas SPR yang tidak "menggoncangkan" botol dakwat pada proses pengundian awal anggota tentera pada 30 April 2013 adalah satu penipuan dan pembohongan kerana pengundian berlaku pada 5 Mei 2013 juga masih berlaku kes yang sama!

Ternyata dakwat yang dibeli oleh pihak SPR adalah tidak berkualiti dan tidak kekal sepertimana yang diwar-warkan oleh SPR.

Adakah wujud komisyen daripada pembelian dakwat yang tidak berkualiti tersebut sehingga dipertahankannya sedemikian rupa sedangkan ternyata tidak berkualiti dan merugikan wang rakyat??

Jingga 13 mendesak agar satu siasatan secara menyeluruh dilakukan terhadap pembelian dakwat yang tidak berkualiti tersebut. Tangkapan dan pendakwaan wajar dibuat terhadap Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR oleh pihak polis kerana terhadap banyak laporan polis berkaitan isu tersebut.

Tindakan dengan PANTAS terhadap beberapa blogger Milosuam, King Jason dan terbaru terhadap Aktivis Mahasiswa Adam Adli menunjukkan dwi-standard Ketua Polis Negara baru begitu tunduk dengan sang penguasa dengan menggunakan undang-undang tetapi bersikap berbeda terhadap mana-mana pihak yang dilihat bersekongkol dengan Umno BN seperti SPR sedangkan jutaan RM wang rakyat dibazirkan begitu sahaja dari tindakan penipuan mereka.

Fariz Musa
Ketua Koordinator
Jingga 13 Malaysia

Paul Low jangan hanya jadi jurucakap BN, kata DAP

Posted: 20 May 2013 12:48 AM PDT

Oleh Md Izwan

 Paul Low, Presiden Transparency International Malaysia, dilantik jadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri. — Gambar failKUALA LUMPUR, — DAP mengkritik Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang baru, Paul Low, supaya tidak hanya menjadi jurucakap kepada kerajaan pemerintah Barisan Nasional tetapi sebaliknya melaksanakan tanggungjawab yang diberi.

Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng, mendakwa Presiden Transparency International Malaysia (TI-M) tersebut mengamalkan budaya berbohong seperti diamalkan parti pemerintah BN apabila berkata ahli Kabinet tidak perlu mengisytiharkan harta kepada umum.

"Paul Low tidak seharusnya bertukar begitu cepat daripada Presiden Transparency International Malaysia kepada jurucakap BN dengan menggunakan budaya pembohongan BN apabila menerangkan kenapa ahli Kabinet tidak perlu menhisytiharkan harta secara umum," kata Lim dalam satu kenyataan media hari ini.

"Sekarang Paul Low sudah menjadi menteri BN, beliau telah akhirnya menelan semua propaganda BN kononnya pengisytiharan harta akan menggugat keselamatan menteri kabinet," tambahnya lagi.

Ketua menteri Pulau Pinang juga mempersoalkan Low yang tiba-tiba bertukar pendirian sebaik masuk ke dalam Kabinet walaupun sebelum ini menyokong pemimpin kerajaan pentadbiran DAP tersebut yang mengisytiharkan harta.

"Sebaliknya menggunakan pendekatan serupa demi meningkatkan integriti di Kerajaan Persekutuan, kenapa pula beliau memiliki pendirian berlainan sekarang?" soal Lim.

Lim Guan Eng: Timbulkan propaganda BN. — Gambar failLow juga dibidas pemimpin DAP tersebut kerana mengatakan pengisytiharan harta Ketua Menteri Pulau Pinang dan ahli mesyuarat negeri (exco) adalah tidak rasmi kerana tiada tindakan diambil walaupun maklumat yang diberikan adalah tidak benar.

"Pengisytiharan harta Kerajaan Negeri Pulau Pinang disahkan oleh sebuah firma perakaunan antarabangsa dan diakujanji oleh ahli exco bahawa mereka telah memberikan maklumat yang tepat dan benar.

"Semua ahli exco yang gagal mengisytiharkan harta akan dilucutkan jawatan. Bukankah itu hukuman berat yang mencukupi  untuk memastikan semuanya patuh?" ujar Lim lagi.

Penasihat DAP Lim Kit Siang juga turut mempersoalkan kewibawaan dan kemampuan Low berada dalam Kabinet, serta mencabarnya untuk melaksanakan lima perkara bagi membuktikan keupayaannya.

Low digesa untuk mendedahkan laporan dan penilaian penuh terhadap Ikrar Integriti Pilihan Raya TI-M
pada 20 Februari 2013 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, mengadakan tiga Suruhanjaya Inkuiri Diraja (RCI) melibatkan cadangan Perdamaian Kebangsaan, insiden 13 Mei 1969 serta tuduhan rasuah ke atas Tan Sri Taib Mahmud serta Datuk Seri Musa Aman, disamping membuka semula kes Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani.

"Bolehkah Paul Low menyelesaikan kelima-lima kes dalam minggu pertama beliau sebagai Menteri, dengan mendapatkan persetujuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk melaksanakannya?" soal Lim Kit Siang.

Kedudukan Indeks Persepsi Rasuah Malaysia (CPI) menurun untuk beberapa tahun kebelakangan ini, walaupun Malaysia bertambah baik pada tahun 2012 untuk menjadi negara ke-54, di dunia, indeks antarabangsa masih meletakkan Malaysia di bawah negara-negara Afrika seperti Rwanda (50) dan Botswana (30 ).

"Hanyalah apabila kerajaan BN berkomitmen untuk melakukan pengisytiharan harta secara umum dan melaksanakan tender terbuka maka rakyat akan percaya," kata Lim Kit Siang lagi.

"Apa sahaja yang kurang daripada itu hanyalah akan menambahkan curiga bahawa Paul Low hanyalah seorang apologis yang dipergunakan secara kosmetik untuk menunjukkan kononnya UMNO dan BN itu anti rasuah."

Kit Siang: KPN dan Zahid ‘bermain politik’, gesa tangani jenayah

Posted: 20 May 2013 12:44 AM PDT

Oleh Md Izwan

 Lim Kit Siang: Guna Johore Baru sebagai contohnya. — Gambar failGEORGE TOWN, 19 Mei — Ketua polis negara (KPN) baru dan menteri dalam negeri perlu berhenti "bermain politik" dan mula melindungi rakyat Malaysia, pelancong dan pelabur selamat daripada jenayah dan bahaya, kata pemimpin DAP Lim Kit Siang hari ini.

Khalid Abu BakarPenasihat DAP tersebut membidas KPN, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid ekoran kenyataan kedua-dua mereka ke atas perhimpunan Pakatan Rakyat (PR) dan rakyat Malaysia yang tidak gembira dengan keputusan pilihan raya.

"Kedua-dua perlu sedar bahawa mereka dibayar oleh pembayar cukai untuk menjalankan tugas utama mengurangkan jenayah, untuk melindungi keselamatan rakyat Malaysia, pelancong dan pelabur dan untuk menghapuskan perasaan takut terhadap jenayah yang menghantui rakyat Malaysia dalam negara ini , bukan mengabaikan tugas mereka dengan bermain politik dengan menggunakan kedudukan mereka," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Lim kemudiaan mencabar kedua-dua individu supaya menumpukan tanggungjawab mereka serta memberitahu kepada rakyat bagaimana mereka akan mengurangkan kadar jenayah, bukan dengan hanya bersikap sambil lewa dan pandai berpolitik sahaja.

"Kalau mereka banyak masa terluang, apa kata mereka cabar diri sendiri untuk membuang Johor Baru sebagai pusat jenayah dalam tempoh 12 bulan daripada sekarang.

"Adakah Khalid dan Zahid mampu mengumumkan perletakkan jawatan mereka kepada umum jika mereka gagal melakukannya untuk memastikan Johor Baru selamat dan terjaga semula?" kata Lim.

Menurut Lim lagi, kedua-dua mereka hanya sibuk bercakap tentang konspirasi mengguling kerajaan tetapi tidak pula melakukan siasatan terhadap pihak yang mengeluarkan kenyataan berbau perkauman walaupun banyak laporan polis telah dibuat, sebagai contohnya terhadap bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah.

"Mengapa pihak polis tidak mula siasatan ke atas ucapan hasutan dan perkauman yang dibuat kepada orang awam oleh bekas hakim Mahkamah Rayuan Mohd Abdullah pada Ahad lalu walaupun laporan polis telah dibuat?" soal Lim lagi.
Tunku Abdul Aziz: Tidak mempunyai integrity, kata Lim Kit Siang. — Gambar failMalah, akhbar milik Umno Mingguan Malaysia hari ini juga melaporkan bahawa Khalid memandang serius pendedahan bekas paib pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, yang menuduh terdapat konspirasi menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan dan rusuhan dengan nama Malaysia Spring.

"Individu yang membuat dakwaan pun tidak mempunyai integriti atau keberanian untuk membuat laporan polis, bagaimana Ketua Polis Negara boleh berkata akan memulakan siasatan ke atas tuduhan yang keterlaluan dan tidak berasas?" kata Lim lagi merujuk kepada Tunku Abdul Aziz.

Bulan lalu, media melaporkan pembunuhan dan percubaaan merompak terhadap wanita berumur 52 tahun Irene Ong di Bukit Gasing yang menyayat hati dan mendapat tumpuan orang ramai.

Putrajaya telah mengatakan dari 2009 hingga 2012, kadar jenayah kebangsaan menurun sebanyak 27 peratus sementara jenayah jalanan menurun sebanyak 39.7 peratus tetapi ramai pengundi wanita yang berjumlah separuh daripada keseluruhan pengundi.

Polis mengatakan kadar jenayah juga jatuh enam peratus untuk suku tahun pertama 2013 berbanding tempoh yang sama tahun lepas tetapi beberapa kumpulan mempertikaikan angka tersebut, mengatakan ianya telah diubah.

Pengerusi Pemantau jenayah MyWatch R. Sri Sanjeevan mengatakan Putrajaya dan polis hanya memberitahu jenayah adalah satu persepsi dalam tindak balas terhadap kebimbangan awam.

MyWatch menuduh polis Februari lalu mengubah statistik jenayah, mendakwa kes-kes ragut dan samun tanpa senjata api serta kecurian dan pecah rumah, adalah lebih tinggi daripada indeks jenayah diterbitkan dari Januari hingga Oktober 2011.

Zahid jangan campur tangan urusan polis, kata Rafizi

Posted: 20 May 2013 12:39 AM PDT

Oleh Mohd Farhan Darwis

PETALING JAYA— Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi digesa tidak campurtangan dalam urusan professional pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung isu perhimpunan yang dianjurkan Pakatan Rakyat (PR) di seluruh negara bagi membantah keputusan Pilihan Raya 2013.

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli menegaskan, pembangkang telah mempunyai kerjasama erat dengan pasukan keselamatan berkenaan dan Ahmad Zahid seharusnya membiarkan perkara itu diuruskan pasukan polis tanpa campurtangannya.

"Saya tidak merasakan ugutan-ugutan akan beri kesan kepada penganjuran himpunan ... selepas beberapa kenyataan amaran, masih ramai yang sertai himpunan kerana ia isu penipuan dalam pilihan raya, isu nasional," kata Rafizi (gambar) yang juga Pengarah Strategik PKR ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.

"Lebih baik beliau fokus menangani isu penipuan kad pengenalan palsu," kata Rafizi merujuk kepada kes pengundi hantu yang didakwanya wujud dalam Pilihan Raya 2013 pada 5 Mei lalu.

Minggu lalu, Ahmad Zahid dalam satu kenyataan menegaskan kerajaan tidak lagi akan memberi sebarang amaran kepada mana-mana pihak yang bercadang mahu mencetuskan huru-hara sebaliknya akan terus bertindak secara tegas.

Beliau menegaskan, kementeriannya tidak lagi akan berkompromi dengan pihak-pihak tertentu yang sedang menghasut rakyat turun ke jalanan bagi mencetus rusuhan.

RCI: Sabah keluarkan IC 12 kali lebih banyak dari Sarawak sejak 1963

Posted: 20 May 2013 12:37 AM PDT

TERKINI
Oleh Boo Su-Lyn

Sebanyak 5,373 pendatang di Sarawak telah dikeluarkan IC biru sejak 1963 ke 2012, kata Abu Bakar. — Gambar failKOTA KINABALU,— Kira-kira 66,000 pendatang haram di Sabah diberi kad pengenalan (IC) biru sejak 1963, jumlah yang besar 12 kali ganda lebih banyak dari Sarawak, dedah saksi Suruhanjaya Inkuiri Diraja (RCI) hari ini.

Pengarah Jabatan Pendaftaran Negeri Sarawak Datuk Abu Bakar Mat memberi keterangan hari ini seramai 5,373 pendatang di Sarawak telah diberi IC biru daripada 1963 hingga 2012.

"Di Sabah, ia sebanyak 66,000. Perbezaan sangat ketara," kata pengawai penyelaras Manoj Kurup semasa memberi jawapan balas.

"Kedudukan di Sarawak berbeza dari Sabah... geografi adalah punca kebanjiran pendatang. Ini tidak berlaku di Sarawak," kata Abu Bakar.

Beribu-ribu pelarian Filipina melarikan diri ke Sabah pada tahun 1970-an untuk menyelamatkan diri daripada perang saudara Jolo di selatan.

Sempadan laut Sabah juga telah diceroboh pada Februari lalu apabila sekumpulan lelaki bersenjata daripada Sulu menyerang Lahad Datu yang terletak di pantai timur negeri tersebut, dimana masuk disana kurang satu jam menerusi bot dari selatan Filipina.

Sarawak, bagaimanapun, bersempadan dengan wilayah Kalimantan, Indonesia.

Kira-kira 28 peratus daripada 3.2 juta penduduk yang besar di Sabah adalah warga asing, sejumlah besar 889,000 orang.

Kemasukan pendatang asing tanpa izin telah menimbulkan kemarahan masyarakat pribumi Sabah seperti Kadazandusun dan Murut (KDM), ramai daripada mereka merasakan kedaulatan negeri Borneo tersebut  telah dirompak ekoran kebanjiran warga asing dari Filipina dan Indonesia.

Presiden UPKO Tan Sri Bernard Dompok tewas di kerusi Parlimen Penampang, kawasan majoriti KDM, pada pilihan raya 5 Mei baru-baru ini.

Beberapa warga asing Pakistan dan India juga pernah memberi keterangan di RCI bagaimana mereka mendapat kad pengenalan biru dalam tempoh beberapa tahun selepas tiba di Sabah dan kemudiaannya mengundi dalam pilihan raya.

RCI lima orang panel yang berlangsung dipengerusikan oleh bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong, ia bakal bersambung semula lewat petang ini.

GST lebih menghimpit golongan miskin, kata PKR

Posted: 20 May 2013 12:32 AM PDT

Oleh Mohd Farhan Darwis

PETALING JAYA — Pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) hanya akan menekan kumpulan majoriti rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah berbanding kumpulan minoriti orang kaya, kata ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen.

Beliau yang juga merupakan Biro Perdagangan dan Pelaburan PKR menegaskan, Barisan Nasional (BN) seharusnya menghapuskan projek mega yang tidak bermanfaat dan menangani rasuah dengan serius bagi menangani "krisis kewangan" sebelum memperkenalkan GST.


"Melainkan jika dan sehingga BN membuktikan ia boleh mengurangkan pembaziran dan membanters rasuah dengan berkesan, kerajaan tidak mempunyai hak untuk memperkenalkan GST," tegas Wong (gambar) ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.

Beliau yakin BN sedang menghadapi krisis fiskal yang nyata, dan PKR jelasnya percaya punca kepada perkara itu adalah asa cukai yang lemah, pembaziran perbelanjaan dan rasuah yang ketara.

"Sekiranya kesemua perkara itu ditangani, kemudian kami (PKR) akan pertimbangkan untuk laksana GST," katanya.

Beliau yang memenangi kerusi Parlimen Kelana Jaya dalam Pilihan Raya 2013 lalu menegaskan, pendapatan isi rumah majoriti rakyat Malaysia adalah terlalu rendah dan tidak mempunyai pendapatan mencukupi bagi membayar cukai pendapatan.

Asas cukai yang lemah juga jelasnya adalah berpunca darupada perkara itu dan pelan GST BN adalah regresif dan pada dasarnya akan melihat majoriti rakyat membayar lebih cukai daripada orang kaya.

Kenapa pemimpin Umno rasis tidak ditangkap?

Posted: 20 May 2013 12:08 AM PDT

Harakahdaily,


KUALA LUPMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPMM) mempersoal penangkapan yang dibuat oleh pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) terhadap aktivis mahasiswa Adam Adli di bawah Akta Hasutan kelmarin.

Ketua Peneranganya Riduan Mohd Nor berkata, tindakan itu dilihat sebagai zalim dan berat sebelah terhadap rakyat Malaysia yang bersuara menentang kebobrokan perjalanan pilihan raya di Malaysia.

"Mengapa tiada tindakan diambil kepada akhbar Utusan Malaysia yang jelas dan terang membangkitkan sentimen perkauman terhadap bangsa Cina serta pemimpin-pemimpin Umno yang memusuhi komuniti itu ekoran penolakan komuniti Cina terhadap Barisan Nasional dalam PRU ke 13?

"Sebenarnya meniup api perkauman dalam komuniti berbilang bangsa di negara ini lebih berbahaya dari ucapan bersemangat Adam Adli. Malangnya PDRM hanya nampak kesalahan Adam Adli, sedangkan ucapan bersifat rasis yang boleh mengundang berbalahan kaum yang diucapkan oleh pemimpin-pemimpin negara mereka tidak nampak," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Riduan juga mahu Ketua Polis Negera yang baharu Tan Sri Khalid Abu Bakar memastikan polis bertindak profesional dalam menangani masalah keselamatan negara.

Katanya, Khalid perlu mengembalikan kepercayaan rakyat dengan bertindak betul terhadap isu-isu politik negara dan tidak hanya mengikut telunjuk pemimpin politik sehingga melanggar etika serta integriti pasukan keselamatan negara.

"Jika PDRM merasakan itu suatu hasutan dan menjejaskan demokrasi berparlimen, ketahuilah ratusan ribu malah berjuta rakyat Malaysia juga menyatakan perkara yang sama.

"Menangkap seorang Adam Adli tidak akan menghentikan kemarahan rakyat terhadap 'perlanggaran demokrasi' oleh SPR. Tangkaplah Adam Adli hari ini, kerana esok akan bangkit ratusan ribu lagi Adam Adli," katanya.

PRU13: PKR dakwa wujud penipuan terancang

Posted: 20 May 2013 12:04 AM PDT

Muhammad Faizal,


PETALING JAYA: PKR hari ini mendedahkan bukti-bukti bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 didakwa dicemari dengan penipuan dan penyelewengan terancang yang berleluasa di seluruh negara.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang mengetui #siasatpru13 memberitahu penyelewengan yang paling berleluasa adalah kehadiran pengundi hantu yang berpunca dari daftar pengundi yang tidak bersih.

Menurutnya, perkara ini membayangkan kelemahan dan mungkin keterlibatan dua badan yang bertanggungjawab iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Kehadiran pengundi hantu membawa impak yang besar yang meruntuhkan keyakinan rakyat kepada integriti keputusan PRU13.

"Apabila pengundi hantu wujud, segala keputusan daru undi majoriti, peratusan keluar mengundi, pola pengundian mengikut saluran dan lain-lain diragui oleh rakyat," jelas beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PKR.

Rafizi yang turut memberitahu, setakat 17 Mei, lapan orang pengundi telah tampil dengan laporan polis yang dibuat kerana mereka dihalang dari membuang undi apabila orang lain telah pun mengundi menggunakan nama mereka.

Jelasnya, bukti tersebut menjelaskan wujud kad-kad pengenalan palsu yang dikeluarkan oleh JPN yang telah diberikan kepada individu tertentu bagi tujuan menjadi pengundi hantu.

"Seramai lapan orang yang tampil membuat laporan polis dan mereka bukannya penyokong Pakatan Rakyat tetapi mereka merupakan pendukung proses demokrasi.

"Kita dalam proses untuk mendapatkan persetujuan pengundi-pengundi ini untuk membuat Akuan Bersumpah (Statutory Declaration) mengenai kejadian ini untuk mengukuhkan lagi bukti yang ada," jelasnya lagi.

Tambahnya lagi, wujudnya kad pengenalan berlainan untuk membolehkan orang lain mengundi dengan menggunakan identiti seorang rakyat Malaysia yang sah amat membimbangkan.

Ia bukan sahaja mengesahkan kehadiran pengundi hantu di dalam PRU13 tetapi turut membayangkan kegagalan JPN menjamin bahawa kad pengenalan adalah tulen, selamat dan unit kepada setiap rakyat Malaysia, jelasnya.

"Fakta bahawa pengundi hantu wujud kerana identiti rakyat Malaysia digunakan oleh orang yang tidak dikenali untuk mengundi tidak boleh dibafikan oleh sesiapa.

"Saya mencabar SPR dan JPN untuk mengemukakan alasan mereka untuk dihakimi oleh mahkamah rakyat," tambah Ahli Parlimen Pandan itu lagi.

Rafizi yang turut mencabar Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang baru dilantik ke kabinet menjawab mengenai kewujudan pengundi hantu di Parlimen Rembau yang mungkin menyumbangkan kepada kemenangan beliau.

Beliau yang dalam masa yang sama menolak alasan kesilapan teknikal dari pihak SPR kerana badan tersebut telah melaksanakan pilihanraya sebanyak 13 kali.

Antara lapan kawasan Parlimen yang wujud pengundi hantu dan pengundi tampil membuat laporan polis adalah di P105 Sungai Petani, P131 Rembau, P096 Kuala Selangor, P103 Serdang, P040 Kemaman, P019 Tumpat dan P108 Shah Alam.

Bagi Parlimen Serdang terdapat dua laporan polis dibuat.

katanya, #siasatpru13 akan tampil setiap minggu bagi membuat pendedahan penyelewengan yang berlaku di dalam PRU13 dan akan turut membawa saksi-saksi terbabit untuk tampil memberikan keterangan.

PRU13: BN geram apabila ‘duit, tipu, takut’ gagal

Posted: 19 May 2013 11:57 PM PDT

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lalu telah menyebabkan dua kekecewaan, memandangkan kedua-dua perikatan yang bertanding, Pakatan Rakyat (PR) dan BN mempunyai sebab berbeza untuk berasa sedih.
Lim Kit Siang berklata, penyokong PR sewajarnya marah apabila kejayaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat seperti yang digambarkan melalui 51% undi untuk PR berbanding 47% undi untuk BN telah diragut daripada mereka disebabkan oleh pilihan raya umum paling kotor di dalam sejarah negara.

Katanya, pemimpin dan strategis Barisan Nasional pula geram apabila strategi tiga serangkai "Duit Duit Duit", "Tipu Tipu Tipu" dan "Takut Takut Takut" telah gagal untuk mencapai keputusan yang dikehendaki, iaitu mendapatkan semula majoriti dua pertiga parlimen dan mendapatkan semula Selangor.

"Akan tetapi apa yang menjadi kebimbangan besar semua rakyat Malaysia yang berfikir, rasional dan patriotik adalah kebejatan perkauman yang tidak pernah berlaku sebelum ini," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, perkauman dibiarkan muncul ke permukaan dan memperoleh momentum dalam tempoh dua minggu selepas diketahui keputusan PRU13 yang dimulakan oleh Datuk Seri Najib Razak sendiri apabila mengatakan keputusan PRU13 adalah kesan "tsunami Cina" sedangkan ia merupakan tsunami rakyat Malaysia dan tsunami warga bandar.

Beliau berkata, pernyataan buruk Najib itu ialah isyarat untuk memburukkan lagi polarisasi sepanjang dua minggu lalu, seperti tajuk muka depan Utusan Malaysia "Apa Lagi Cina Mahu" yang provokatif dan mengapi-apikan.

Selain itu, ujarnya ucapan yang melaga-lagakan orang Melayu dengan kaum Cina oleh bekas hakim Mahkamah Rayuan Mohd Noor Abdullah, yang beliau gambarkan sebagai ucapan terbuka paling rasis dan menghasut dalam tempoh 44 tahun ini.

Di samping itu, katanya pendedahan Pro-Canselor UiTM, Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arshad bahawa dirinya sebagai "rasis tersembunyi" sewaktu menjadi Ketua Pengarah Pendidikan apabila dia menyeru penghapusan sekolah vernacular Cina dan Tamil.

"Dan paling buruk sekali, seruan sekumpulan pertubuhan Melayu untuk memboikot perniagaan Cina sebagai tanda balas dendam terhadap keputusan PRU13," kata Lim yang juga Penasihat DAP Kebangsaan.

Tambah Lim, tidak dapat lari dari perhatian rakyat Malaysia dan pemerhati bebas, sama ada di dalam atau luar negara, bahawa ketika kempen PRU13 dan selepas itu, pemimpin dan parti-parti Umno BN yang bersalah terlibat di dalam kempen menggunakan isu kaum.

Ini, tambahnya bermula dengan dakwaan tidak bersasas dan berniat jahat bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir, bahawa saya bertanding di Gelang Patah untuk mencetuskan "perbalahan kaum" dan bahawa saya menggesa orang Cina untuk membenci orang Melayu.

Sebaliknya, jelas beliau pemimpin Pakatan Rakyat dari DAP, PKR dan PAS, meminta rakyat Malaysia untuk menolak dan meninggalkan politik perkauman, rasuah dan kronisme serta menyambut politik baru merentas kaum melibatkan identiti rakyat Malaysia, integriti, kebebasan dan tadbir urus yang baik.

"Kita kini masuk minggu ketiga selepas keputusan PRU13, Najib telah membuang banyak masa dan dia sepatutnya menunjukkan daya kepimpinannya untuk menamatkan kebejatan perkauman yang tidak pernah berlaku sebelum ini berpunca daripada pencapaian buruk Umno BN dalam PRU13 atau beliau telah memungkiri janji sebagai Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia," ujarnya.

Exco Selangor: PAS akur perkenan Sultan

Posted: 19 May 2013 11:55 PM PDT

Anis Nazri,


KUALA LUMPUR: PAS Selangor akan menerima apa sahaja keputusan yang diperkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung senarai exco negeri itu.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Abdul Rani Osman, berkata sebelum ini PAS telah mengemukakan dua set senarai exco, yang satu darinya meminta empat jawatan exco untuk perkenan Sultan.

"Jika bukan empat exco, kita senaraikan satu speaker (Dewan Undangan Negeri) dan tiga exco. Apapun, kita tunggu keputusan selepas menteri besar pulang ke tanah air, pagi Jumaat ini," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Bagaimanapun, beliau yang juga Adun Meru berkata, terpulang kepada DAP untuk membuat perbincangan semula dengan menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkaitan senarai exco mereka.

"Pada mesyuarat sebelum ini, masing-masing parti komponen Pakatan Rakyat menyerahkan senarai nama bagi mengisi senarai exco itu. DAP bagi senarai dia, PKR bagi senarai dia. Terpulang kepada mereka jika mahu berbincang semula," kata beliau.

Semalam, menteri besar dalam Twitternya menegaskan agihan kerusi Exco untuk Selangor adalah PAS 4, PKR 3 dan DAP 3.

Senarai nama-nama cadangan exco juga telah dihantar kepada Tuanku DYMM Sultan Selangor pada Jumaat lepas.

Sebelum ini, DAP Selangor dikatakan akan mengadakan perbincangan semula berhubung jumlah komposisi barisan Exco Selangor yang diumumkan Abdul Khalid itu.

Perkara itu ditegaskan Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Khalid Abdul Samad berkata, salah satu opsyen itu menyenaraikan lima exco daripada calon Melayu dan lima daripada bukan Melayu.

Beliau turut menjelaskan opsyen menjadi pilihan baginda mungkin daripada enam calon Melayu dan empat calon bukan Melayu di mana PAS mendapat empat tempat di dalam exco Selangor.

Mengulas lanjut, Khalid yang juga ahli parlimen Shah Alam berkata, PAS juga tidak mengetahui apa yang dibincangkan di antara Sultan Selangor dan Abdul Khalid mengenai perkara tersebut.

"Itu semua keputusan yang dibuat melalui perbincangan menteri besar dengan baginda. Kita kena hormat keputusan itu, lagipun baginda ada kuasa sama ada untuk perkenan atau sebaliknya," katanya lagi.

Azmin: Zahid Hamidi 'bongkak dan bodoh'

Posted: 19 May 2013 05:18 PM PDT


MALAYSIA KINI


Timbalan presiden PKR Azmin Ali menyelar menteri dalam negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mencadangkan agar golongan yang tidak bersetuju dengan sistem pilihan raya supaya berhijrah.

Azmin dalam satu kenyataan hari ini menyebut, kenyataan Ahmad Zahid membuktikan bahawa transformasi yang dianjurkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak itu hanya satu kepura-puraan.

Azmin Ali."Adakah ini cara Najib menunjukkan 'kabinet transformasi baru'?

"Tahniah, Zahid! Dengan mengambil sikap angkuh dan pongah sebagai peristiharan pelantikan sebagai menteri, anda menunjukkan kedua-dua sikap bongkak dan bodoh.

"Kita tidak marah pada negara ini kerana ini tanah air kami, ia juga milik anda tapi janganlah bercakap seperti anda dan Umno yang memilikinya. Kesemua kami anak Malaysia adalah pemiliknya dan kami setia kepada Agong dan negara," kata Azmin.

Azmin berkata rakyat Malaysia berhak untuk menyuarakan kekecewaan dan kemarahan mereka berhubung pilihan raya yang tidak bersih dan bebas.

"Kita tidak bercakap mengenai kecacatan pilihan raya di sana sini. Kita melihat mengenai penipuan sistemik yang dilakukan dalam skala besar," katanya.
NONENaib presiden Umno itu dalam tulisannya di akhbar milik parti tersebut, Utusan Malaysia pada hari Khamis lalu menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia agar meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikut kaedah yang digemari.

Beliau yang baru dilantik mengetuai kementerian dalam negeri mensasarkan perkara itu kepada golongan pengikut parti politik yang berpakaian serba hitam dalam kempen bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13.

"Pemimpin-pemimpin parti pembangkang khususnya PKR dan DAP telah mengelirukan anak-anak muda Cina dan para pengikut yang buta politik untuk berpakaian serba hitam sebagai tanda protes terhadap keputusan PRU-13 yang dianggap memihak kepada mereka mengikut undi popular," katanya.

"Jika golongan ini mahu menerima pakai list system atau single transferable vote seperti mana yang digunakan oleh negara-negara republik, sepatutnya mereka berhijrah ke negara-negara berkenaan untuk mempraktikkan kepercayaan politik mereka," katanya.

Tambahnya, Malaysia tidak mengiktiraf undi popular tetapi majoriti mudah seperti yang diamalkan dalam sistem Westminster.

Khalid tak bimbang jika Azmin jadi exco

Posted: 19 May 2013 05:14 PM PDT

 


 
EKSKLUSIF Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yakin pentadbiran kerajaan negeri Selangor tidak akan pincang kerana yakin dengan kemampuannya untuk mengetuai pentadbiran itu buat penggal kedua selepas mengangkat sumpah minggu lalu.

Bercakap dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini pagi ini, bekas tokoh koporat berusia 66 tahun itu berkata oleh kerana beliau berjuang sewaktu zaman Reformasi, maka beliau perlu jujur dalam pentadbirannya.

khalid ibrahim interview 190513 04"Saya datang dari (zaman) Reformasi dahulu. Apa yang teruk yang boleh berlaku kepada saya? Saya tidak boleh mentadbir? Kalau saya tidak boleh mentadbir, saya tidak akan melakukannya.

"Kamu datang daripada kumpulan ini, yang mahu kamu berkhidmat kepada rakyat. Sekiranya kamu ingin berkhidmat, kamu mesti merendah diri (humility) untuk menerangkan kepaada rakyat Selangor bahawa kamu boleh mentadbir," katanya.

Beliau menjawab soalan berhubung kemungkinan kemasukan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan kumpulannya dalam majlis eksekutif negeri boleh menjejaskan kedudukannya.

"Tidak," tegasnya apabila ditanya sekiranya kehadiran Azmin mungkin boleh memberi kesan kepada gaya pengurusan pentadbiran Khalid.

khalid ibrahim interview 190513 01Mengulas mengenai kemampuan peranannya dalam parti pula, Khalid yang juga ahli parlimen Bandar Tun Razak berkata beliau perlu bijaksana menyatakan sesuatu yang betul dan memberitahu pemimpin parti apa yang dilakukannya adalah tepat.

Sebagai contoh, katanya, terdapat ramai di kalangan pemimpin partinya yang didakwanya mahu  menggunakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), untuk mendapatkan duit bagi tujuan politik.

"Saya perlu bijak. Saya kata, kita dalam gerakan Reformasi. Kita percaya bahawa kita tidak boleh menggunakan wang rakyat, sebarang tindakan untuk mendapat wang, melakukan sesuatu melampaui CSR (tanggungjawab sosial korporat) yang biasa, ia tidak boleh diterima," katanya.

Katanya, beliau akan menganggap cadangan seperti itu sebagai satu perkara yang teruk.

Bagaimanapun, golongan pemimpin parti yang tidak dinamakannya itu akan bertenang selepas beliau memberikan penjelaskan, katanya lagi.

"Tapi kemudiannya selepas ia boleh diterima akal, mereka akan tenang," katanya sewaktu ditemubual di kediamannya di Bukit Damansara.

DAP: Senarai exco S'gor belum muktamad

Posted: 19 May 2013 05:10 PM PDT

MALAYSIA KINI


 
DAP Selangor berharap rundingan bagi pembentukan majlis mesyuarat kerajaan negeri yang sedang berlangsung akan dapat dimuktamadkan dalam tempoh dua hari.

NONETimbalan ketua DAP Selangor Tony Pua berkata tiada lagi isu berbangkit dalam soal tersebut dan ia akan diselesaikan dengan kata sepakat dalam Pakatan Rakyat.

"Tiada komen lanjut sehinggalah agihan kerusi itu dimukmatadkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pua menghadiri satu mesyuarat tergempar bersama menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan juga pengerusi DAP Selangoer Teresa Kok dan anggota exco DAP Selangor Teng Chang Khim.

Pua pagi ini mengadakan sidang media bagi membantah peruntukan tiga kerusi dalam exco Selangor untuk parti tersebut.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini pagi ini, Khalid berkata DAP akan diberi kerusi speaker DUN dan juga kerusi senator.

Pua dalam sidang medianya bagaimanapun berkata DAP Selangor dijanjikan empat kerusi exco dan PAS serta PKR masing-masing tiga kerusi, selain kerusi speaker untuk PAS.

Katanya, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat selama setengah jam di antara ketiga-tiga parti pada hari Khamis lalu.

Haram apikan perkauman

Posted: 19 May 2013 05:04 PM PDT


Oleh DR MOHD ASRI ZAINAL ABIDIN 

TINDAKAN mengapi-apikan isu perkauman kebelakangan ini adalah perbuatan jahiliah yang diharamkan syarak. Ia boleh mengundang kemusnahan masyarakat dan negara terutama negara pelbagai kaum seperti Malaysia ini. Ia akan menimbulkan pelbagai sangkaan dan penilaian yang mungkin tidak berasaskan fakta yang benar.

Lantas, akan menimbulkan ketegangan dan pergaduhan yang tidak berasaskan prinsip kebenaran, sebaliknya atas prejudis perkauman.

Antara perkara yang ditentang oleh Nabi Muhammad s.a.w. ialah sikap fanatik perkauman ataupun asabiyyah yang menilai kebaikan dan keburukan berdasarkan kaum bukan prinsip kebenaran dan keadilan.

Islam adalah agama rentas kaum dan sempadan geografi. Keadilannya Islam itu melebar merentasi perbezaan pemikiran dan agama.

Tiada siapa yang mampu menentukan bangsanya sebelum dia lahir sama ada untuk dia menjadi Arab, Melayu, Cina atau India. Ia adalah ketentuan Allah, bukan atas usaha atau kejayaan seseorang.

Maka hakikat ini mestilah difahami supaya kita tidak menyalahkan atau menghina seseorang atas sebab bangsa atau keturunannya kerana itu bukan pilihan atau kesalahannya.

Sebaliknya kita menilai seseorang berdasarkan perbuatan dan akhlaknya. Inilah sikap yang adil. Dosa keturunan tidak ditanggung oleh anak cucu.

Dosa seseorang tidak boleh dibebankan atas orang lain yang sebangsa dengannya yang tidak terlibat dengan kesalahan itu.

Allah menjelaskan prinsip ini dalam al-Quran (maksudnya): "Dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain.

Dan tiadalah Kami (Allah) mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah)." (Surah al-Isra, ayat 15)

Maka, perjuangan apapun yang mahu ditegakkan, hendaklah menilai setiap insan berdasarkan kepada akhlaknya, bukan titih keturunannya. Keadilan dalam Islam buta warna bangsa dan agama sekalipun. Keadilan untuk semua.

Sabda Nabi s.a.w., maksudnya: "Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam).

Ketahuilah! Tiada kelebihan orang Arab ke atas 'ajam (bukan Arab), atau 'ajam ke atas Arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan." (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh Al-Albani)

Jika hal ini tidak diteliti, perkauman atau rasisme akan berlaku. Akan ada pihak yang teraniaya hanya kerana keturunannya walaupun mungkin dia tidak bersalah.

Firman Allah (maksudnya): "Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenalkenalan. Sesungguhnya semuliamulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuan-Nya." (Surah al-Hujurat: 13) Lihat dalam ayat ini, Allah memanggil "wahai manusia", panggilan yang sangat adil merangkumi setiap bangsa dan puak. Bukan panggil perkauman atau fanatik keturunan.

Kata Sayyid Qutb dalam menafsirkan ayat ini: "Penciptaan manusia berbagai bangsa dan suku puak bukan untuk berperang dan bergaduh, tetapi untuk berkenalan dan bermuafakat. Perbezaan bahasa, warna kulit, tabiat, perangai, kelebihan dan kemampuan adalah kepelbagaian yang bukan bertujuan untuk perbalahan dan perkelahian.

"Sebaliknya, untuk bantu membantu dalam menunaikan tanggungjawab dan keperluan. Tiada bagi warna kulit, jenis bangsa, bahasa, negara segalanya itu nilai dalam timbangan Allah.

"Sebaliknya, di sana hanya satu timbangan yang menentukan nilai dan kelebihan manusia, iaitu – sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu." (Fi Zilal al-Quran 6/3348. Kaherah: Dar al-Syuruq)

Maka, haram bagi seorang Muslim meniupkan api perkauman yang menzalimi pihak yang tidak bersalah hanya kerana warna kulit ataupun keturunannya.

Tiada ulasan: