BRIGED MP SEGAMBUT |
- LAIN KALI PAS INSYA ALLAH AKAN MEMERINTAH SELANGOR
- KHALID MB BARU SELANGOR?
- 120,000 banjiri perhimpunan Pakatan Rakyat
LAIN KALI PAS INSYA ALLAH AKAN MEMERINTAH SELANGOR Posted: 09 May 2013 07:11 AM PDT PAS mahu anggota Dewan Undangan Negeri (DUN)Pelabuhan Klang Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR kekal sebagai Menteri Besar Selangor. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata walaupun PKR hanya menang 14 kerusi DUN berbanding PAS dan DAP (masing-masing 15 kerusi), PAS membuat keputusan Khalid harus terus menjadi Menteri Besar Selangor. "Saya dah berbincang dengan PAS Selangor supaya Menteri Besar dari PKR dikekalkan di Selangor. "Kita mahu tunjukkan bahawa Pakatan Rakyat boleh memerintah negeri secara kolektif," katanya ketika berucap dalam ceramah perdana di Rusila semalam. Abdul Hadi berkata beliau telah menulis serta menandatangani surat persetujuan berhubung perkara itu untuk diserah kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. Mengenai pelantikan wakil rakyat PAS dalam barisan exco negeri Selangor, Abdul Hadi berkata beliau menyerahkan kepada PAS Selangor untuk berbincang dengan parti sekutunya. - Bernama |
Posted: 08 May 2013 11:21 PM PDT Ini adalah hari keempat selepas pilihan raya umum Ahad lalu, dan masih tidak ada tanda-tanda bila menteri besar Selangor yang baru akan mengangkat sumpah. Tidak seperti dua negeri Pakatan negeri yang lain di mana menteri besar masing-masing telah mengangkat sumpah, kelewatan tersebut menguatkan lagi spekulasi bahawa Pakatan sedang menimbang untuk menggantikan penyandang MB, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Spekulasi itu tercetus apabila PKR hanya memenangi 14 kerusi negeri berbanding dengan DAP dan PAS yang masing-masing mendapat 15 kerusi. Sumber-sumber memberitahu Malaysiakini bahawa walaupun beberapa pemimpin akar umbi PAS merasakan jawatan MB perlu diberikan kepada parti mereka, tetapi pucuk pimpinannya tidak berkongsi pandangan tersebut. Malah, Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kedua-duanya telah menyuarakan sokongan kepada Khalid untuk meneruskan perkhidmatanya bagi penggal keduanya sebagai menteri besar. Dengan sokongan yang kuat daripada kedua-dua rakan-rakan Pakatan itu, maka kemungkinannya ialah Khalid akhirnya akan dinamakan untuk jawatan tersebut, walaupun ada puak dalam PKR yang mahukan pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali menjadi MB. Dan walaupun terdapat beberapa aduan mengenai dakwaan gaya fleksibel Khalid bekerja, berbanding dengan Azmin, tetapi sumber-sumber berkata, Khalid mempunyai kelebihan berdasarkan rekod cemerlang kerajaan Selangor dalam tempoh lima tahun yang lalu. Di bawah kepimpinan beliau, Pakatan Rakyat juga telah memenangi majoriti lebih daripada dua pertiga dalam pilihan raya yang sengit, berdepan dengan BN yang bertekad untuk merampas semula negeri itu. Menurut sumber-sumber itu lagi, parti-parti komponen Pakatan Rakyat sedang berunding mengenai kuota barisan exco dan jawatan speaker negeri. Kuota exco sebelumnya ialah masing-masing 4-3-3 bagi PKR-DAP-PAS. Tetapi dengan kejayaan PAS memenangi lebih kerusi daripada PKR, maka kemungkinan PAS mendapat satu lagi jawatan exco, atau PAS diberi jawatan exco kanan, yang disandang oleh Teresa Kok dari DAP. Dengan Khalid dijangka kekal sebagai MB, beliau mungkin berdepan dengan barisan exco baru, dengan ketiga-tiga pihak dijangka menggantikan muka-muka lama. [Baca berita penuh] |
120,000 banjiri perhimpunan Pakatan Rakyat Posted: 08 May 2013 07:43 PM PDT Kesesakan lalulintas bertambah teruk membabitkan mereka yang mahu pulang. Namun ada juga yang masih cuba untuk ke stadium. Wartawan Malaysiakini Aidila Razak tidak dapat sampai ke stadium kerana terperangkap dalam lalulintas selama empat jam.Termasuk mereka yang terperangkap dalam kesesakan lalulintas di seluruh Petaling Jaya, jumlah orang ramai dianggarkan 120,000 - menjadikannya salah satu perhimpunan terbesar sejak kebelakangan ini. |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan