Ahad, 5 Mei 2013

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


KEDAH MEMBIMBANGKAN

Posted: 05 May 2013 08:16 AM PDT

eputusan tidak rasmi setakat ini menunjukkan 15 kerusi DUN dikuasai BN di Kedah. PAS berjaya menguasai 13 kerusi, daripada keseluruhan 36 kerusi.

bn TERUS MENDAHULUI

Posted: 05 May 2013 06:02 AM PDT

Barisan Nasional (BN) telah menang di kerusi Parlimen Igan, Batang Lupar, Betong, Limbang dan Lawas di Sarawak, menyebabkan mereka mendahului dalam Pilihan Raya 2013.
Gabungan pemerintah itu juga menang di kerusi Kapit, Serian dan Kanowit di negeri yang merupakan kubu kuat mereka.
DAP menang di  kesemua 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandinginya di Pulau Pinang, hanya memerlukan dua lagi kerusi sebelum dapat memerintah semula negeri tersebut.
Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan kemenangan awal untuk Pakatan Rakyat (PR) dan memberikan amaran mengenai percubaan untuk menipu keputusan pilihan raya yang masih lagi belum diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Calon perdana menteri PR itu mengumumkan di akaun Twitternya @anwaribrahim pada pukul 7.00 petang.
Pengiraan awal menunjukkan Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Parlimen Putrajaya yang berisiko untuk jatuh ketangan calon PAS Datuk Husam Musa akibat kempen hebat dalam Pilihan Raya 2013.
Di Johor, DAP mendahului di kerusi Parlimen sasaran Gelang Patah dan Kluang sementara PKR mendahului di Segamat. Ketiga-tiga kerusi merupakan kubu kuat BN di negeri tersebut.
PKR membangkitkan keraguan mengenai penipuan pilihan raya berikutan dengan laporan pengiraan undi awal di beberapa kawasan penting – termasuk Lembah Pantai, Lumut dan Teluk Kemang – yang dikatakan sangat rendah dan "tidak menyenangkan".
Dalam satu kenyataan di sini, biro komunikasi parti itu mengatakan, kerusi-kerusi ini mempunyai angka tinggi undi tentera, yang membuang undi mereka semasa undi awal pada 30 April.
"Keputusan awal yang kami terima, mengikut jentera pilihan raya kami, dari pengiraan undi awal telah sangat tidak menyenangkan," kata parti itu dalam satu kenyataan.
Mereka menambah sementara undi tentera untuk parti-parti pembangkang secara tradisinya rendah, keputusan semasa adalah "paling rendah".
"Kertas undi yang ditinggalkan dibalai polis dibawah jagaan polis dengan seliaan dari Suruhanjaya Pilihan Raya (BN)," tambah parti tersebut

BN MENDAHULUI

Posted: 05 May 2013 05:56 AM PDT

PARLIMEN
BNPRLAIN-LAIN
1630

HUSAM KALAH DI PUTRA JAYA?

Posted: 05 May 2013 04:53 AM PDT

7:31pm: TAK RASMI Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (BN) menewaskan Datuk Husam Musa (PAS) di Putrajaya.

BN - 9804
PAS - 4366

ds ANWAR ISTIHARKAN SUDAH MENANG?

Posted: 05 May 2013 04:34 AM PDT

Proses penjumlahan undi bermula seawal jam 6 petang di pusat 8,245 pusat pengundian di seluruh negara dengan diperhatikan oleh ejen calon parti masing-masing.
LAPORAN LANGSUNG
7.24pm: Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan "Pakatan Rakyat telah menang".

Bagaimanapun, belum dapat dipastikan maksud sebenar tulisannya itu, yang dimuatkan di Facebook dan Twitter hari ini.
Kami menggesa Umno dan SPR agar tidak merampas keputusan ini," katanya dalam tulisan tersebut.

Keputusan pilihan raya kini sedang diperolehi sedikit demi sedikit dari pusat penjumlahan.

PKR DIJANGKA MENANG DI SERATOK..TAKBIR

Posted: 05 May 2013 03:45 AM PDT

Proses penjumlahan undi bermula seawal jam 6 petang di pusat 8,245 pusat pengundian di seluruh negara dengan diperhatikan oleh ejen calon parti masing-masing.
LAPORAN LANGSUNG
6.07pm: PKR dijangka merampas kerusi Saratok di Sarawak. Parti itu kini mendahului dengan lebih separuh kerusi yang dijumlahkan.

6.05pm: Wartawan Malaysiakini dihalang daripada memasuki ibu pejabat Umno di PWTC.
Pemimpin tertinggi BN dijangka berkumpul di situ untuk mengikut keputusan pilihan raya.

6pm: Proses penjumlahan bermula.
[Berita penuh menyusul]

BANYAK PENGUNDI MERAGUKAN ?

Posted: 04 May 2013 11:47 PM PDT

Terdapat pengundi yang meragukan muncul di pusat pengundian di Pandan tetapi beredar selepas dibantah oleh agen pengundian Pakatan, dakwa calon PKR Pandan Rafizi Ramli.

Katanya, seorang pemilih di Parlimen itu Seok Leong Yew memaklumkan pasukan petugasnya, terdapat pengundi meragukan didaftarkan menggunakan alamat rumahnya.

NONERafizi berkata, pihaknya telah mengedarkan semua nombor kad pengenalan yang meragukan kepada agen pusat pengundian dan setelah itu mereka membuat bantahan.

"Oleh kerana orang kami bantah (pengundi meragukan), dia tinggalkan tanpa mengundi," kata Rafizi dalam sidang media di hadapan ibu pejabat polis daerah Ampang sebelum masuk dan membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Rafizi ditemani seorang pengundi Sivaprakasam Kuruppiah yang juga mendakwa alamat rumahnya turut didaftarkan pengundi lain.

buka FACBOOK DA TWITER BANYAK BANGLA KENA CEKUP?

Posted: 04 May 2013 11:38 PM PDT

Sesiapa sahaja yang membuka media sosial seperti Facebook dan Twiiter hari ini pasti mendapati ia dipenuhi dengan gambar warga asing dan jari pengundi.

Warga maya nampaknya begitu bimbang dengan kemungkinan warga asing boleh mengundi dalam pilihan raya ke-13 hari ini.

Di samping itu mereka juga sangsi dengan penggunaan dakwat kekal yang pertama kali digunakan di Malaysia hari ini dengan mendakwa ia boleh hilang dengan mudah walaupun ia sepatutnya kekal tujuh hari.

Dua isu ini menggambarkan kebimbangan rakyat Malaysia akhir-akhir ini walaupun pelbagai lagi perkara dituntut sebelum ini melalui perhimpunan proreformasi sistem pilihan raya BERSIH sebelum ini.

Malaysiakini bagaimanapun tidak dapat mengesahkan kesahihan dakwaan-dakwaan yang dibuat itu.

[Berita penuh menyusul]

DAKWAT BOLEH MUDAH TERHAPUS:SAH SPR PENIPU?

Posted: 04 May 2013 06:53 PM PDT


PUSAT PENGUNDIAN TELAH DI BUKA: SELAMAT MENGUNDI

Posted: 04 May 2013 05:18 PM PDT

Pusat pengundian dibuka pada jam 8 pagi ini untuk rakyat Malaysia membuat pilihan antara BN dan Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan bagi tempoh lima tahun akan datang.

Pengundi diminta untuk mengundi awal kerana hujan dan ribut petir dijangka berlaku di banyak tempat di negara ini pada sebelah petang. Pengundian akan berakhir pada jam 5 petang dan pengiraan undi akan bermula selepas itu. Keputusan dijangka mula diumumkan mulai jam 8 malam.

Sebanyak 222 kerusi Parlimen dipertandingkan, dengan BN mewakili 135 kerusi, Pakatan 75 kerusi dan 12 kerusi diwakili Bebas dan tiga parti lain. BN atau Pakatan perlu menang 112 kerusi mendapat majoriti mudah.

Sementara itu, Pakatan Rakyat menguasai empat negeri - Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah -  manakala BN mentadbir di sembilan negeri.

Pilihan raya ini akan melihat sejumlah besar pengundi baru - satu peningkatan sebanyak tiga juta, atau kira-kira 25 peratus -  sejak PRU 2008, menjadikan ia kenaikan terbesar dalam sejarah Malaysia.

Tiada ulasan: