BRIGED MP SEGAMBUT |
- MUSNAHKAN DOKUMEN KERAJAAN? DAN LARI?
- PAKATAN SUDAH DISAHKAN AKAN MERAMPAS PERAK DENGAN LEBIHAN KURSI?
- WANITA UMNO HANYA LAYAK MERAYU UNDI?KASIHAN.....
- PAKATAN RAKYAT AKAN MERAMPAS JOHOR?
MUSNAHKAN DOKUMEN KERAJAAN? DAN LARI? Posted: 04 May 2013 08:30 AM PDT Sehari sebelum pilihan raya, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa 13 juta pengundi di seluruh negara supaya memangkah dengan keyakinan, keberanian dan bervisi. Katanya, keputusan yang dibuat akan membawa Malaysia ke era baru, justeru mengundilah dengan kekuatan dan galakkan anggota keluarga dan sahabat handai terlibat sama. Bercakap dalam sidang media di Kubang Semang hari ini, Anwar juga mengucapkan terima kasih kepada penjawat awam atas dedikasi dan perkhidmatan membantu melancarkan perjalanan kerajaan. Beliau juga menggesa mereka tidak terlibat memusnahkan atau menyorokkan dokumen kerajaan jika Pakatan Rakyat berjaya merampas Putrajaya daripada BN selepas hari pengundian esok. "Tolong jangan bersubahat dengan mana-mana pihak untuk mengganggu kelancaran peralihan kuasa kerana ia bertentangan dengan undang-undang," kata Anwar. |
PAKATAN SUDAH DISAHKAN AKAN MERAMPAS PERAK DENGAN LEBIHAN KURSI? Posted: 04 May 2013 06:37 AM PDT Tidak sampai 24 jam lagi sebelum hari pengundian esok, Pakatan Rakyat dijangka kembali menguasai Perak dengan majoriti muda di samping menambah beberapa kerusi Parlimen. Perak mempunyai 24 kerusi Parlimen dan 59 Dewan Undangan Negeri (DUN). Pada 2008, Pakatan memenangi 11 kerusi Parlimen dan 31kerusi DUN di negeri itu. Bagi kerusi DUN, pemerhati berpendapat, bersandarkan faktor pengundi muda, Pakatan dijangka menambah bilangan kerusi dengan memenangi kawasan yang kalah dengan majoriti tipis dalam pilihan raya umum lalu, iaitu Pengkalan Baru, Rungkup, Sungai Rapat, Manjoi dan Selama. Sementara itu, bagi kerusi yang menang dengan majoriti tipis seperti di Changkat Jering ( 899 undi), Pakatan dilihat akan terus kekal bagi kerusi DUN itu kerana kekuatan calonnya. Di Changkat Jering, bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (lihat gambar, kanan sekali) sebagai mampu memberi kredit kepada Pakatan memandangkan beliau sebelum ini merupakan ahli parlimen Bukit Gantang. Selain itu, bagi kerusi yang sebelum ini mengalami masalah calon lompat iaitu Malim Nawar dan Jelapang, Pakatan juga dijangkakan mengekalkan kemenangan di kawasan itu tetapi tidak di Behrang memandangkan berlakunya pertandingan empat penjuru di kawasan itu. Bagi kerusi Parlimen pula, di Kuala Kangsar, PAS dilihat yakin di kerusi itu memandangkan berlakunya pertandingan tiga penjuru antara Datuk Kamilia Ibrahim (Bebas), Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad (BN) dan Khalil Idham Lim Abdullah (PAS). Di Kuala Kangsar dijangka akan berlakunya perpecahan undi BN memandangkan Kamilia (kiri) yang sebelum ini merupakan naib ketua wanita Umno dan ketua wanita Umno bahagian sebelum bertanding sebagai calon Bebas. Begitu juga di Parlimen Lumut yang sebelum ini dimenangi oleh BN dengan majoriti 298 undi, kawasan yang majoriti penduduknya merupakan askar Tentera Laut Diraja (TLDM) dijangka akan bertukar tangan berdasarkan faktor calon yang bertanding di kawasan itu, iaitu Laksamana Pertama (B) Abdul Imran Abd Hamid - bekas ketua staf logistik Markas Armada TLDM. Untuk kerusi Parlimen Bagan Datok, Padang Rengas, Grik dan Tambun, pemerhati berpendapat ia akan kekal kepada BN memandangkan kawasan itu merupakan kubu kuat Umno. Bagaimanapun, terdapat juga kerusi Parlimen yang "50-50" kerana sukar untuk dijangkakan siapa akan menang seperti di Parlimen Larut dan Sungai Siput berdasarkan persaingan sengit antara BN dan Pakatan. Di Sungai Siput, walaupun PKR menang dengan majoriti sebanyak 1,821 undi pada 2008, ia masih dilihat goyah memandangkan calon BN pada pilihan raya kali ini, SK Devamany mendapat sokongan penuh daripada bekas calon di kawasan itu Datuk Seri S Samy Vellu (kiri Devamany, kanan Samy Vellu) . Penyandang kerusi itu sebelum ini, Dr Micheal Jayakumar Devaraj dari PKR dilihat bekerja keras di Sungai Siput bagi mengekalkan kemenangannya di kawasan itu. Di Larut pula, walaupun PAS meletakkan bekas pengarah siasat jenayah Bukit Aman Datuk Fauzi Shaari, ia masih tidak menjamin kemenangan Pakatan di kawasan 89 peratus pengundi Melayu itu. Fauzi yang akan berdepan dengan penyandang kawasan itu Datuk Hamzah Zainuddin yang sebelum ini menang dengan majoriti 1,911 undi dilihat bersungguh-sungguh bagi memastikan kemenangannya di kawasan itu apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut serta turun padang di kawasan itu pada minggu pertama berkempen |
WANITA UMNO HANYA LAYAK MERAYU UNDI?KASIHAN..... Posted: 04 May 2013 02:30 AM PDT KUALA TERENGGANU: Dengan tidak sampai 20 jam waktu pengundian bermula, PAS yakin Pakatan Rakyat akan berjaya mengambilalih pentadbiran negara dari Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kali ini. (Mustafa penuh keyakinan dalam sidang medianya hari ini) Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, hanya negeri Melaka, Pahang dan Johor sahaja masih lagi bersama BN sedangkan semua negeri lain boleh dikira sudah jatuh ke tangan Pakatan. "Semalam saya umumkan kita dapat 117 kerusi Parlimen dari 222 yang ada. Petang nanti saya akan dapat angka baru yang boleh jadi meningkat lagi kerana trendnya Pakatan sedang meningkat," kata Mustafa dalam sidang medianya hari ini. Dengan kenyataan Mustafa ini bermakna, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Kedah, Negeri Sembilan, Terengganu dan Perlis sudah jatuh kepada Pakatan di Semenanjung ini. Yang menjadi isu sekarang adalah setakat mana kekuatan PAS dalam Parlimen nanti bagi memastikan suara Islam dan Melayu menguasainya. Ekoran itu, ramai bersetuju agar semua pengundi Melayu memberikan undi kepada PAS kali ini, bukan Umno, bagi memastikan perkara itu. Ini kerana, hampir 90 peratus pengundi Cina sudah membuat keputusan untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN) dalam piilihan raya ini. Dengan angka itulah, keyakinan sangat tinggi di kalangan pemimpin Pakatan mereka akan menang kali ini. Di Terengganu, dalam tinjauan Harakahdaily malam tadi mendapati sambutan kepada PAS sangat memberangsangkan. Kenderaan penuh sesak dari Kuantan ke Kuala Terengganu di kedua-dua laluan iaitu jalan pantai atau jalan Jabor - Jerangau. Mereka semua berebut-rebut untuk balik mengundi mulai malam tadi. Di sepanjang jalan ada sahaja 'flashmob' yang dibuat dari penyokong PAS bagi mengalu-alukan kepulangan mereka. "Orang atas pagar sejak hari penamaan calon lagi sudah yakin BN akan jatuh di Terengganu kali ini ekoran ramainya calon bebas yang merupakan ahli Umno yang bertanding," kata seorang guru kanan di sini. Menurut beliau, pendapat begini dikongsi di kalangan kakitangan kerajaan walaupun PAS sendiri tidak mempunyai keyakinan yang setinggi itu. Turut tidak mendapat tempat di Terengganu kali ini adalah ketiga-tiga sayap Umno. Tidak ada calon Pemuda, Wanita dan Puteri Umno di Terengganu dalam pilihan raya kali ini. Ketua Pemuda Umno Terengganu, Saiful Baharudin sepatutnya akan bertanding di DUN Alor Limbat, Marang tetapi di saat akhir nama beliau tertinggal. Ekoran itu ada calon bebas bertanding di DUN Alor Limbat yang dikaitkan dengan beliau. Dalam pilihan raya kali ini tidak ada seorang pun calon wanita bertanding di Terengganu yang membayangkan pengundi wanita tidak penting bagi Umno dalam pilihan raya ini. "Mereka sesuai jadi tukang kempen je," kata seorang pemerhati politik. |
PAKATAN RAKYAT AKAN MERAMPAS JOHOR? Posted: 04 May 2013 12:31 AM PDT Dengan kempen yang hanya berbaki satu hari, kemaraan Pakatan Rakyat di kubu kuat BN di Johor dijangka akan memberi peluang kepada gabungan parti berkenaan untuk merebut beberapa kerusi lagi di negeri itu. Selain mengekalkan Bakri, Pakatan dijangka turut berpeluang merampas empat lagi kerusi parlimen – Gelang Patah, Kulai, Kluang dan Segamat. Namun, sama ada peluang ini akan bertukar menjadi gelombang tsunami yang lebih besar sehingga melibatkan kawasan parlimen Johor Bahru, Pasir Gudang, Pulai, Tebrau, Labis dan Muar bergantung kepada beberapa faktor. Kerusi dikuasai Pakatan:
Kesemua kerusi ini ditandingi oleh pemimpin utama Pakatan, dengan kehadiran bersar dalam perhimpunan yang diadakan di kawasan tersebut. Kesemua kerusi ini mempunyai jumlah pengundi Cina yang besar, kecuali Segamat dengan jumlah penduduk Cina dan Melayu yang hampir sama banyak, selain 10 peratus masyarakat India. Pakatan bagaimanapun berjaya membina momentum di Segamat di saat akhir kempen manakala BN pula diserang oleh Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) yang menjalankan piket di kawasan tersebut. |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan