Rabu, 29 Mei 2013

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


ABD AZIZ BARI HILANG?....

Posted: 29 May 2013 08:00 AM PDT

SHAH ALAM, : Pensyarah Politik, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff menggesa kerajaan menyelesaikan permasalahan Perhimpunan 505 secara baik tanpa perlu ada sebarang bentuk ugutan mahupun kekerasan.
Ini kerana majoriti rakyat menyedari tanggungjawab dan hak mereka untuk berhimpun selaras dengan Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan.
Ulas beliau di laman Facebooknya, perkara berkenaan menyatakan perhimpunan aman adalah hak rakyat: Semua warganegara berhak berhimpun secara aman dan tanpa senjata.
"Bagi kerajaan juga, saya harap sangat isu perhimpunan 505 ini dikendalikan secara baik. Moga tidak ada penggunaan kekerasan, tangkapan yang tidak perlu dan ugutan kepada rakyat.
"Rakyat sedar tentang tanggungjawab dan hak mereka. Berikan mereka peluang untuk mengekspresikan diri dalam ruang yang dibenarkan oleh sistem demokrasi dan undang-undang negara kita," katanya.
Media melaporkan enam lagi pemimpin Pakatan Rakyat didakwa kerana menganjurkan perhimpunan tanpa memaklumkan perkara berkenaan kepada Ketua Polis Daerah masing-masing seperti yang dinyatakan dalam Akta Himpunan Aman 2012.

Bagi menyelesaikan perkara ini beliau menyarankan agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan dialog untuk menyelesaikan kemelut ini.
Tulisnya lagi, berkenaan sistem pilihan raya di negara ini diuruskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) mengikut perlembagaan.
Maka jika didakwa berlaku ketidakpuasan hati dalam pilihan raya, SPR perlu bertanggungjawab untuk menjawabnya.
Tegasnya lagi demokrasi di negara ini tidak boleh subur sendirian sebaliknya memerlukan pembangkang dan kerajaan sama-sama memahami dan meraikannya.

PETI UNDI YG TAK SAMPAI?

Posted: 29 May 2013 06:12 AM PDT

PKR hari ini mendedahkan dua laporan polis berhubung dakwaan penipuan yang berlaku semasa proses pengundian awal bagi pilihan raya umum ke-13 yang lalu.
Pengarah strateginya, Rafizi Ramli berkata, salah satu laporan berkenaan adalah mengenai kejadian di Melaka, berhubung tindakan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwa mengira kertas undi sebelum masa yang ditetapkan.

Laporan kedua adalah berhubung kejadian peti undi yang didakwa lewat tiba di satu pusat pengiraan undi di Gerik, Perak sehingga menyebakn kiraan undi tersebut ditolak.

"Wujud perkara yang meragukan dalam undi awal apabila tidak sampai 8 peratus pun dalam kebanyakan keputusan pilihan raya yang tidak berpihak kepada Pakatan.

"Jadi dalam keadaan kita ada 250,000 undi awal, hari ini kita tampilkan perkara yang meragukan seperti ini," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Dalam kejadian di Melaka itu, ejen pusat mengundi PKR Abu Hussin Tamby mendakwa melihat antara tujuh hingga lapan orang individu yang memakai baju seragam SPR sedang mengira kertas undi di satu lokap polis.

Dakwanya, peti undi bagi pengundian awal tersebut dibawa dari pusat pengundian awal di balai polis Lubok China ke lokap di ibu pejabat polis daerah Alor Gajah pada 30 April lalu.

Sedangkan, peraturan SPR menetapkan agar kertas undi awal tersebut dikira dan peti undi tersebut dimaterai di tempat pengundian awal lagi, katanya dalam laporan polis bertarikh 2 Mei.

"Selepas selesai mengiringi untuk menyimpan peti undi awal di dalam lokap saya sempat lagi melihat petugas-petugas yang memakai baju SPR sedang mengira kertas-kertas undi," kata Abu Hussin, 42 dalam laporannya.

Dalam kejadian di Gerik, Perak pula, ejen tempat mengundi parti tersebut Shairi Md Tajuddin dalam laporannya mendakwa karung undi awal dari satu pusat pengundian di Pengkalan Hulu tidak sampai ke tempat pengiraan undi dalam masa yang ditetapkan pada hari pengundian 5 Mei.

Beliau menyalahkan SPR atas kelewatan perkara berkenaan, yang didakwa menyebabkan undi awal berkenaan ditolak, kata Shairi, 48, dalam laporan bertarikh 15 Mei itu.

"Saya beranggapan ini adalah salah laku yang disengajakan oleh pihak SPR bagi tujuan penyelewengan undi bagi memberi kemenangan kepada Umno/BN di parlimen Gerik dan DUN Pengkalan Hulu," katanya dalam laporan tersebut.

Tiada ulasan: