BRIGED MP SEGAMBUT |
Posted: 13 May 2013 07:00 AM PDT 44 tahun dulu, tanggal 13 Mei 1969, rusuhan pecah. Langit Kuala Lumpur merah. Asap hitam berkepol, rumah-rumah dijarah, tinggal puing, mayat bergelimpangan, rakyat panik. Ketika itu usia belasan tahun, menuntut disebuah institusi pembelajaran di pinggir Kuala Lumpur, tiba-tiba seorang pegawai Polis pangkat tinggi datang "Sesiapa mahu menjadi sukarelawan polis boleh daftar nama sekarang juga" Setelah mendaftar nama bersama ratusan teman-teman pelajar. Esoknya dibekalkan selaras senapang setiap seorang dengan 10 biji peluru penabur. Kartu berwarna kuning dengan lambang polis yang tertera nama pemilik diberikan. "Tugas kamu membantu mengawal pengungsi (pelarian) yang melarikan diri dari kawasan awan ke lokasi selamat yang disediakan pemerintah, iaitu di Stadium Negara dan Stadium Chinwoo yang berdekatan," kata pegawai polis itu kepada komandan sekolah kami belajar. Melihat anak-anak kecil yang menangis, ibu-ibu yang ketakutan, dan orang tua yang uzur dan saling curiga mencurigai tinggal dalam kondisi bersesak -sesak sehelai sepinggang dalam stadium, dengan bekalan air minum tak mencukupi apalagi untuk mandi, tandas tak sampai sepuluh buah untuk menampung ribuan penggusi, lalu pertanyaan pun timbul "Politik apa ini?" Senasib dengan pengungsi ialah petugas seperti kami yang berkerja terus menerus siang malam tanpa ganti, stadium sudah menjadi rumah kami, makan ala kadar dan tanpa gaji atau elaun. Dalam kepenatan itu, sambil baring, kami menolog "Wahai pemuka-pemuka negara yang bijaksana, kenapa kamu memilih politik perkauman seperti ini?" Hari ini, genap 44 tahun tragedi Mei 13 berlalu, kita masih bersedih, ada lagi rupanya parti politik yang mengamalkan sikap perkauman! Lalu teringat ucapan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Seminar Keharmonian Masyarakat Majmuk Pengalaman Kelantan, 8 Oktober 2011, PCB Resort, Kota Bharu. "Perbalahan kaum seperti terjadi di Kuala Lumpur itu tak berlaku di Kelantan yang ketika itu di bawah pemerintahan PAS," ujar Tok Guru. "Ini bukan secara kebetulan, tapi lebih kepada usaha yang dilakukan Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Asri Haji Muda memanggil semua penghulu seluruh Kelantan ke JKR 10, memberitahu mereka; "Kerajaan Kelantan tak mahu melihat walau setitis darah orang Cina tumpah di bumi ini, atau sehelai bulu roma terlerai dari badan," sambung Tok Guru. Khalayak non-Muslim yang hadir pun senyum lebar. Sebuah harapan dari seorang pemimpin yang meletakkan Islam segala-galanya melebihi ras. Sekarang perjuangan itu diteruskan sosok yang baru, Datuk Haji Ahmad Yakob. |
Posted: 13 May 2013 05:22 AM PDT Polis mengesahkan Hatijah Aam, balu kepada pengasas Al-Arqam, Asaari Muhammad, ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 11.30 pagi, hari ini. Bagaimanapun Ketua Polis Daerah Sepang Supt Imran Abdul Rahman berkata peranan polis dalam penahanan itu hanya sebagai membantu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menjalankan siasatan. "Penahanan Hatijah Aam bukan di bawah bidang kuasa polis sepenuhnya tetapi kita hanya membantu (JAIS) sahaja," katanya ketika dihubungi Bernama. Hatijah Aam yang lebih dikenali sebagai Ummu Jah tiba di KLIA dari Jeddah, Arab Saudi dan terus dibawa ibu pejabat JAIS di Shah Alam, Selangor. Usaha Bernama untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada JAIS mengenai siasatan yang dijalankan ke atas Hatijah bagaimanapun gagal. - Bernama |
Posted: 12 May 2013 06:05 PM PDT Bekas hakim mahkamah rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah mencadangkan agar parti yang berjaya menguasai pentadbiran negeri untuk meminda undang-undang tubuh negeri masing-masing bagi memastikan hanya orang Islam-Melayu boleh dilantik menjadi menteri besar. Menurut Mohd Noor, sesebuah parti itu mesti menang dengan majoriti kerusi untuk membolehkan seseorang wakilnya dilantik sebagai menteri besar. Bagi syarat yang kedua, seorang menteri besar atau ketua menteri mestilah orang Melayu dan beragama Islam, katanya. Mengikut peruntukan tersebut, Raja atau Sultan bagaimanapun boleh melonggarkan syarat kedua menurut kuasa budi bicaranya bagi menepati syarat pertama. Oleh itu, kelonggaran itu perlu dihapuskan untuk membolehkan hanya orang Melayu-Islam boleh dilantik ke jawatan tersebut, katanya dalam satu seminar di ibu negara hari ini. "Maknanya, siapa dapat majoriti dalam DUN, maka dia boleh jadi menteri besar. Kalau DAP dapat majoriti, maka orang Cina yang jadi menteri besar. Macam mana?," soal Mohd Noor, yang disambut dengan laungan "tak boleh!" daripada kira-kira 300 orang hadirin. Berucap dalam 'Seminar pasca PRU-13' itu, Mohd Noor berkata mana-mana negeri yang menang dengan majoriti dua pertiga boleh memansuhkan syarat ketiga di dalam peruntukan undang-undang tubuh negeri masing-masing. "Kalau tak boleh, maka pindalah perlembagaan negeri itu dengan sokongan dua pertiga. Beritahu di Melaka yang dapat dua pertiga, di Pahang yang dapat dua pertiga supaya mansuhkan klausa itu. Tak ada syarat yang ketiga itu," katanya. Namun, perlembagaan persekutuan tidak menyatakaan bahawa jawatan perdana menteri perlu diisi oleh seseorang berbangsa Melayu atau Islam, katanya. |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan