. |
Rakyat Bersama Pakatan, UBN Hanya Menang Kerusi Posted: 06 May 2013 08:01 PM PDT ULASAN PRU-13 (1) Hidup ini kerana nyawa dan semangat. Jasad kita bergerak kerana ada nyawa (roh). Jasad pula akan jadi segar sekiranya ada semangat. Bila semangat lemah, maka kita akan sakit-sakitan. Seleasai pilihan raya maka saya jadi tidak sihat. Seluruh tubuh jadi sakit-sakit. Kesan berjaga malam dua minggu memberi ketidakselesaan kepada diri. Tanpa makan teratur dan tidur sudah pasti tidak mencukupi itulah menjadikan badan sakit. Keadaan yang lemah itu ditambah lagi dengan 'kekalahan'. Saya yakin saya akan sihat, bersemangat dan lancar membuat ulasan demi ulasan kalau menang. Maksudnya jasad akan jadi kuat kerana ia di go head oleh kemenangan. Pasti tubuh tidak akan jadi lemah gemulai. Bukan saja saya, semua orang yang cintakan damai dan perubahan terkejut dengan keputusan pilihan raya umum ke-13 yang lalu. Saya percaya hari ini ramai yang sakit dan lemah semangat macam saya. Namun kita tidak boleh ikutkan hati sangat, bertawakuslah. Apapun kita hanya mampu merancang, tetapi Allah juga yang Maha Mentadbir. Semua yang berlaku dalam pilihan raya dua hari lepas di luar jangka kita. Apa yang kita jangkankan tidak menjadi. Dari kalangan penyokong sampai kepada pemimpin atasan tidak menyangka. Bahkan pemerhati dari luar negara juga terperagah menerima keputusan. Masih ada yang termangu panjang di birai jendela memikirkan nasib badan dan keputusan yang telah diumumkan. Jangan begitu, perjuangan masih panjang dan Tuhan tetap memelihara orang yang sabar dan bertaqwa. Bagi saya apa yang berlaku tidak akan berganjak. Bahawa UBN akan membentuk kerajaan untuk lima tahun lagi dalam keadaan yang lemah kerana tidak memperolehi 2/3 di parlimen. Walaupun banyak kecacatan dan ketidaksempurnaan itulah yang harus diterima kini. Apabila Najib Razak dalam kenyataan awalnya meminta Pakatan Rakyat menerima keputusan, sudah dapat dibaca apa yang termaktub di dalam hatinya. Apa yang beliau tahu mengenai pilihan raya berkenaan? Bahawa kecacatan dan penipuan berlaku. Ini realiti yang kita kena terima. Betapa kita membencinya tetapi ia hadir dalam hidup demokrasi kita. Penipuan bukan saja dalam PRU-13 tetap sejak dari PRU-1 lagi. Selepas ini akan ada beberapa petisyen atau bantahan. Anwar Ibrahim sudah membuat kenyataan pihaknya sedang mengkaji untuk membuat bantahan. Ada kawasan yang terdapat bukti jelas berlaku penyelewengan. Misalnya apa yang diterima Lajim Okin di Sabah adalah satu bukti besar. Semua orang tidak mempercaya Lajim akan kalah. Inlah ibu segala kebusukan dalam pilihan raya ini. Anwar meyifatkan kemenangan di pihak pakatan rakyat telah dicuri oleh UBN. Sehubungan itu beliau juga meminta satu badan suruhanjaya pilihan raya lain perlu dibentuk menggantikan SPR yang ada hari ini yang tidak telus. Badan baru itu harus telus dan terbuka. Bagi Anwar peranana SPR hari ini bukan memberikeadilan dan hak sama rata tetapi membela UBN. Kebimbang ini sudah lama bersarangan, beberapa desakan dan tuntutan dilakukan kepada badan itu namun ia tidak juga memberi apa-apa perubahan. Saya menarik dengan satu figure dikeluarkan mengenai undi popular di mana Pakatan Rakyat memperolehi 50.3% undi manakala UBN mendapat 46.8%. Jika angka ini tepat dan benar maka jelas dari sudut angka dan undi popular Pakatan Rakyat yang berhak diumum sebagai pemenang. Ertinya kalau amalan demokrasi sama seperti di Indonesia, Pakatan berhak mendapat anggota kabinet yang lebih ramai berbanding dengan UBN. Sekiranya angka ini sahih rakyat berharap menuntut kemenangan mereka. SPR perlu memberi penjelasan dari semua sudut dengan jelas macam mana mereka boleh mengumumkan UBN menang. Kemunasabahan melampau hak perlu digunakan oleh SPR untuk mempertahankan keputusannya. Oh ya mungkin ia berdasarkan kepada jumlah kerusi diperolehi tetapi bukan peratus undi. Ertinya kalau kemenangan UBN itu berdasarkan kepada jumlah kerusi bukan kepada peratus suara. Ini bermakna kemenangan itu bukan dari atas suara. Saya sudah lama menyarankan agar sistem pilihan raya kita diubah. Dari mengira kerusi kepada mengira suara. Kemenangan berdasarkan siapa yang mendapat kerusi lebih dan bukan kepada suara rakyat tidak relevan lagi. Ini bermakna parti yang kurang mendapat sokongan menjadi kerajaan. Suara rakyat yang mahukan perubahan terus terabai dan dinafikan oleh jumlah kerusi yang mana kemenangannya boleh direka dan diusahakan? Bedasarkan hakiat itu tadi, sokongan rakyat, PRU-13 memang dimenangi oleh rakyat. Suara yang inginkan kepada Pakatan Rakyat lebih tinggi berbanding dengan suara yang inginkan kepada UBN. Perbezaan sebanyak 3.5% adalah besar. Hakikat ini mungkin jarang diketahui oleh orang ramai. Justeru kalau kita memahami ini tidak perlu merasa sedih atau merasa kalah kerana hakikatnya apa yang diterima oleh UBN itu dari segi kelebihan kerusi bukan sokongan. Kelebihan kerusi bukan menggambarkan sokongan sepenuhnya, kalau dikira dari setiap individu. Yang perlu diperkiranya ialah jumlah semua individu yang mengundi pada 5 Mei lalu. Makanya Najib Razak dan pemimpin BN tidak boleh merasa 'manggak' dengan kemenangan itu kerana ia bukan kemenangan mutlak. Sekiranya Najib dan UBN seorang dan sebuah badan berintegriti beliau kena serahkan kemenangan itu kepada Pakatan Rakyat atau dikongsi bersama. Jadi kepada penyokong Pakatan jangan bersedih. Saya pun sudah segar dan bersemangat kembali kini. Sebenarnya tidak ada kekalahan mutlak di sebelah kita. Dari segi punggutan kerusi Pakatan Rakyat berjaya menambah kerusi parlimen dari 83 pada tahun 2008 kepada 89 kerusi bertambah sebanyak enam kerusi. Pecahan DAP 38, PKR 30 dan PAS 21. UBN mengalami kesusutan sebanyak tujuh kerusi. Dulu 140 kini 133 kerusi. Manakala dari segi kedudukan kerusi Negeri pula UBN kehilangan 32 kerusi. Dalam tahun 2008 UBN mendapat 306 kerusi sementara dalam pilihan raya lalu mendapat 274 kerusi. Walaupun parti itu berjaya merampas Kedah namun dari segi hakikatnya parti itu merosot. Lonjakan besar bagi Pakatan Rakyat ialah di negeri Terengganu. PAS hanya kekurangan dua kerusi sahaja untuk membentuk kerajaan di negeri itu. Daripada lapan kerusi dalam tahun 2008 kepada 15 kerusi. Begitu juga di Perak Pakatan Rakyat kekurangan juga dua kerusi saja. Kedudukan menunjukkan sokongan dan kekuatan Pakatan Rakyat masih ada dan diberi kepercayaan oleh rakyat. Kekalahan mengikut bilangan kerusi harus diterima kerana kita memahami apakah peranan SPR didalam menguruskan pilihan raya ini. Dalam keadaan SPR tidak berlaku adil tetapi Pakatan Rakyat terus mendapat sokongan dan melonjakkan diri, jelas bahawa tuntut massa mahukan kepada Pakatan Rakyat. Di sini saya tidak mahu menyebut atau membuat postmortem mengenai kenapa Pakatan Rakyat masih belum boleh membentuk kerajaan. Saya akan mengambil ruang lain. Cuma apa yang hendak ditegaskan ialah agar penyokong Pakatan Rakyat tidak mudah berputus asas. Semua pihak perlu merasakan kita telah melakukan yang terbaik di dalam pilihan raya lalu. Di samping itu dalam menilai kenapa kita 'menang kalah, kalah menang' perlu menyenaraikan kelemahan atau sesuatu tindakan yang kita tidak sempat lakukan menyebabkan berlaku apa yang berlaku. Renung ke dalam diri, di antara kita akan menemui sesuatu kesilapan kecil yang kita lakukan baik sengaja atau tidak. Kalau kita tulus kita akan menemui perkara itu dan itulah yang memungkinkan kita gagal. Apabila menemuinya, kita perbetulkan dan tidak akan mengulangi benda sama di tahun akan datang. Yang dapat saya simpulkan berhubung keputusan semalam ialah, BN menang dari segi jumlah kerusi tetapi kalah dari segi suara dan kehendak rakyat. UBN kena sedar bahawa sebanyak 3.5% adalah rakyat yang tidak bersetuju dengan UBN. Tanpa memikirkan bahawa matlamat kemenangan itu untuk membentuk kerajaan dan mentadbir negara semata-mata, sesungguhnya Pakatan Rakyat telah memenangi pilihan raya ke-13 lalu. Hakikat ini diketahui oleh semua dunia. [wm.kl.10:42 am 07/05/13] |
Kelantan Dapat MB Baru, Ke Mana Husam? Posted: 06 May 2013 06:44 AM PDT PROMO Petang ini bekas Timbalan Mernteri Besar Ahmad Yaacob telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan yang baru dihadapan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke V di istana di Kota Bharu. Perlantikan Ahmad itu secara automatik menamatkan perkhdimatan Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai MB Kelantan. Selama kira-kira 23 tahun Nik Aziz berkhidmat sebagai menteri besar Kelantan. Dalam tempoh itu beliau melalui lima kali pilihan raya umum, 1990, 1995, 1999, 2004 dan 2008 di mana kesemua pilihan raya dimenangi PAS. Dan pilihan raya ke-13 PAS berjaya mengekalkan penguasaan ke atas Kelantan. Apa dicatat Nik Aziz itu satu sejarah yang belum pernah dicatat mana-mana bekas MB Kelantan. Hari ini juga Mohd Amar Nik Abdullah mengangkat sumpah sebagai TMB Kelantan. Mungkin pemilihan Ahmad Yaacob sebagai MB tidak mengejutkan kerana senioritinya dalam parti, tetapi pemilihan dan perlantikan Mohd Amar sebagai TMB sedikit ganjil. Perlantikan Mohd Amar itu tidak mengikut senioriti di dalam parti seperti amalan sebelum ini. Mohd Amar adalah Timbalan Pesuruhjaya III, di mana Ahmad Yaacob adalah timbalan pesuruhjaya I, manakala Husam Musa adalah timbalan pesuruhjaya III. Dari segi kemunasabahan Husam sewajarnya dilantik menjadi TMB. Berdasarkan hirearki ini mungkin perlantikan Mohd Amar itu sedikit mengejutkan. Gabungan Mohd Amar dan Ahmad Yaacob menampakkan PAS cuba meletakkan dua ulamak di tunggak pentadbiran. Ahmad Yaacob adalah timbalan Pengerusi Majlis Syura Ulamak Malaysia. Manakala Mohd Amar seorang ustaz yang berkelulusan sekular. Beliau kelihatan ustaz atau mirip ulamak kerana bapanya dikenali sebagai seorang Ustaz dan bekas pemimpin PAS Kelantan yang juga kawan kepada Nik Aziz. Saya akan ulas perlantikan kedua mereka ini dan menyentuh kenapa Husam Musa tercicir? Apakah kemisterian dan tidak kena dengan perlantikan ini. InysaAllah esok. Izinkan saya istirehat dulu. [wm/ kl/ 9:43 pm 06/05/13] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan