. |
Najib dan Anwar Berlindung di Sebalik Jusof Kala? Posted: 25 May 2013 05:47 PM PDT WACANA MINDA Mungkin kalau tidak ada himpunan Blackout505 kita tidak mengetahui adanya perjanjian sulit di antara Najib Razak dengan Anwar Ibrahim untuk saling hormati menghormati proses pilihan raya dari cara berkempen membawa kepada keputusan yang bakal diterima kedua-dua pihak. Hari ini perjanjian sulit yang 'diorangtengahkan' oleh Jusof Kalla telah terbongkar apabila adanya himpunan Blacout505 yang membantah keputusan pilihan raya lalu. Himpunan yang diadakan di seluruh negara kecuali Perlis dan Kelantan itu mendapat sambutan hangat dan ia membimbangkan pihak UBN. Kebimbangan kepada kehangatan himpunan itulah menyebabkan Najib terpaksa mendedahkan perjanjian sulit kononnya di antara beliau dengan Anwar Ibrahim? Kebangkitan rakyat khasnya golongan muda begitu terserlah sekali di mana kalau kebangkitan ini berterusan ia akan membawa petaka kepada kerajaan UBN. Setidak-tidaknya laungan yang bergema dan sepadu pada setiap himpunan itu akan menganggu tidur Najib dan pemimpin UBN lain. Paling dibimbang kehadiran atau komitmen anak-anak muda Cina dalam himpunan berkenaan begitu ketara sekali. Mereka keluar beramai-ramai seakan-akan mahu memprotes sampai habis. Semacam sudah ada satu perasaan benci oleh orang Cina kepada kerajaan UBN hari ini. Seperti saya duga, tindakan Najib tidak melantik orang Cina (MCA dan Gerakan) dalam kabinet menimbulkan kemarahan. Mereka tidak tahu bahawa keputusan tidak mahu dilantik itu oleh MCA dan Gerakan sendiri. Gara-gara itulah, perjanjian sulit yang dikatakan berlaku pada Arpil 2013 itu akhirnya pecah dan terbongkar apabila Wall Street Journal (WSJ) mengadakan intervieu berhubung perkara itu dengan Jusof Kalla. Jusof Kalla diberi gambaran cuba menyalahkan Anwar kerana tidak menghormati perjanjian berkenaan. Saya yakin kalau tidak ada protes dan bantahan Blackout505 pernjajina rahsia itu tidak akan terdedah. Pendedahan perjanjian itu juga akan memberi konotasi lain kepada pihak tertentu. Kenapa didedahkan kalau ia benar-benar rahsia? Seperti mana termaktub dalam perjanjian itu, kedua-dua pihak; waima Anwar dan Najib hendaklah bersetuju menerima apa sahaja keputusan pilihan raya umum -13. Ertinya kalau Anwar atau Pakatan Rakyat menang maka Naji hendaklah menerimanya dan begitu juga sebaliknya. Malangnya seperti mana kata Jusof dilaporkan Anwar enggan menerimanya keputusan itu. Kata Jusof itu benar, apabila Anwar hadir dan memberi sokongan kepada himpunan Blacout505 yang khasnya membantah keputusan pilihan raya. Penolakan dan pemungkiran janji Anwar itu itu atas alasan BN tidak menghormatui kepada persetujuan semasa kempen pilihan raya. Salah satu ialah Najib tidak melaksanakan akses media yang telus dan adil semasa pilihan raya. Anwar juga menghuraikan berbagai bentuk penipuan lagi yang setengahnya tidak dapat disahkan. Anwar perlu mengesah dan menunjukkan bukti lebih konkrit mengenai bentuk dan bukti penipuan. Kalau Anwar dapat menyediakan bukti kukuh dan syumul pasti penolakan beliau terhadap perjanjian kononnya sulit itu munasabah dan disokong. Berhubung perjanjian sulit itu, sehingga setakat ini rakyat masih kabur dengan matlamat dan tujuan perjanjian itu. Kalau ia benar berlaku secara rasmi maksudnya Najib dan Anwar berdepan di hadapan Jusof Kalla, ia perlu didedahkan kepada umum. Sekurang-kurang gambar mereka bertiga di satu lokasi didedahkan kepada umum sebagai bukti. Peristiwa itu akan menjawab kepada persoalan yang timbul sekarang ini. Ia juga boleh melenyapkan dakwaan Anwar hari ini. Kalau tidak didedahkan orang boleh beranggapan Najib sengaja menggunakan nama Jusof untuk menegakkan benang basah atau memberi gambaran yang Anwar tidak ikhlas. Dalam masa terdekat ini juga Najib mesti mendedahkan apakah kandungan perjanjian selanjutnya. Dengan mengharapkan kepada pendedahan oleh Wall Street Jorunal semata-mata ia tidak memberi keyakinan. Kerana media massa asing boleh diperalatkan dan boleh dibeli lebih dahyat lagi daripada media nasional kita. Sesiapa yang mempunyai sumber kewangan dan kuasa boleh membeli mana-mana media berpengaruh di dunia ini. Sekiranya butir-butir perjanjian dalam pertemuan sulit seperti mana disebut Anwar itu dikhianati, maka ia wajar dilanggar kerana Najib juga melanggar perjanjian itu. Umum perhatikan sejauh manakah berlakunya akses media yang telus dan jujur dalam pilihan raya lalu. Untuk perkara ini sahaja sudah wajar kalau Anwar melanggar dan tidak menghormati perjanjian berkenaan. Jadi di sini Jusof jangan cuba hendak membela mana-mana pihak beliau harus menjadi orang tengah yang adil dan bukannya tiga daripada lima hakim yang disebut oleh Hadith yan khianat dan tidak amanah. Kalau perjanjian itu benar berlaku di antara kedua pemimpin itu, ia juga bukan mutlak bagi rakyat untuk menerimanya. Perjanjian bukan saja boleh dilakukan oleh dua individu yang mewakili jutaan orang tetapi mereka perlulah mendapat mandat rakyat sebagai wakil. Justeru perjanjian itu bukan genuine. Sebaik-baiknya ia didedahkan awal-awal dan menjadi piagam bersama. Dengan hanya menanda tangani sekeping kertas di tempat sulit atau melalui alam siber ia tidak boleh dipegangpercaya oleh rakyat. Rakyat yang mempunyai saham langsung dalam pemilihan (pilihan raya) perlu diberikan maklumat sebenar dan tepat. Kita menggesa kedua-dua pihak mendedahkan maklumat perjanjian sulit itu secara telus bagi memudahkan rakyat mengetahui siapa yang jujur dan siapa yang belut. Apapun perjanjian seperti itu ia tidak akan berlaku atau terpakai sekiranya ia dibuat oleh Anwar dan Najib sahaja, kerana demokrasi dan negara ini adalah hak rakyat semuanya. Perjanjian seperti itu hanya perakuian lisan untuk menyenangkan hati kawan yang mahu melihat dua kawan duduk bersama. Dedahlah isi perjanjian sebenar untuk tidak mengelirukan rakyat. [wm.kl.8:23 am 26/05/13] | ||
Lebih 50 Ribu Rakyat Bangkit di Petaling Jaya Posted: 25 May 2013 08:36 AM PDT TERKINI Himpunan Black Out 505 sebagai membantah dan menyatakan kebencian kepada sikap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang berdolak dalih dan mempertahankan apa didakwa ke atas suruhanjaya itu sebagai penipu dan tidak adil yang diadakan di padang Amcorp Mall Petaling Jaya malam ini dilimpahi lautan manusia.
Mereka yang kebanyakannya golongan muda datang sejak awal senja lagi memenuhi padang berkenaan. Himpunan malam ini merupakan kemuncak kepada himpunan Black Out505 yang diadakan dibeberapa negeri sebelum ini. Himpunan ini bermula di Petaling Jaya didikuti di Perak, Johor, Negeri Sembilan, Melaka kemudian Kedah dan Terengganu sebelum ia berakhir di Petaling Jaya. Hanya Perlis dan Kelantan tidak bersedia mengadakan himpunan berkenaan. Sementara itu difahamkan seperti diumumkan himpunan malam ini tidak akan berakhir di situ tetapi ia akan diteruskan untuk ke Padang Merdeka. Himpunan malam ini berjalan lancar tidak ada apa-apa halangan dan pihak keselamatan tidak perlu bertungkus lumus untuk mengawal keadaan kerana ianya berlangsung dalam penuh berdisiplin. Inysa-Allah saya akan mengulas dan sorot himpunan BlackOut505 - Suara Rakyat ini esok. [pjy.sel.11:29 pm 25/05/13] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan