Ahad, 12 Mei 2013

.

.


Mohd Amar Harus Bijak Membuat Anologi

Posted: 11 May 2013 09:33 PM PDT

ULASAN RASA                                                                                     

Baru enam hari Tokguru Nik Aziz tiada dalam kerajaan sudah ada kenyataan yang cuba menafikan kehebatan dan keagungan Tokguru sebagai pemimpin yang menjadi 'bulan' kepada PAS Kelantan selama ini.

Mohd Amar
Kenyataan atau ulasan Timbalan Menteri Besar Kelantan baru, Mohd Amar Nik Abdullah yang mengatakan kekuatan PAS kerana dasar dan bukan kekuatan individu semacam mahu menolak kelebihan atau sumbangan peribadi yang ada kepada Nik Aziz selama ini serta menyindir orang lain.

Mungkin apa yang beliau katakan adalah hakikat, tetapi dengan begitu cepat mengulas demikian setelah baru enam hari Tok Guru tidak menjadi MB Kelantan ianya agak cangguh dan tsemacam idak menghormati kepada Tokguru.



Dalam edah Nik Aziz baru bersara dan melepaskan jawatan kepada Ahmad Yaacob dan membolehkan beliau mengambil tempat Ahmad, seharus Mohd Amar menyebut-nyebut jasa dan budi Nik Aziz serta kelebihannya sebagai dijadikan azimat kepada ahli.

Kenapa Mohd Amar tidak mencari ayat lain untuk menafikan peranan individu? Dalam keadaan penyokong PAS bersedih atas ketiadaan Husam Musa dalam anggota kabinet Kelantan tidak seharusnya Mohd Amar mengulas demikian, mengatakan kekuatan PAS bukan kerana individu.

Walaupun beliau tidak terniat untuk memperkecilkan pengaruh Husam tetapi para penyokong Husam dan pemerhati politik akan menduga demikian. Politik penuh dengan persepsi dan juga spekulasi. Mohd Amar harus bijak bercakap dan pandai menjaga mulut.

Bukankah isu kenapa Husam tidak dijemput untuk menghadiri mesyuarat Dewan Harian 6 Mei lalu maih hangat dan belum tuntas lagi? Daripada membuat ulasan demikian Mohd Amar patut menjelaskan apakah benar atau tidak Husam tidak dijumput pada mesyuarat berkenaan.

Dalam kenyataan kepada media Mohd Amar mengatakan Husam dijemput tetapi Husam tidak hadir. Husam menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berkenaan. Sehingga kini Mohd Amar atau pihak Dewan Harian gagal memberi jawaban tuntas mengenai perkara ini. Sekiranya benar tiada jemputan kepada Husam Mohd Amar dan dewan harian perlu membuat apologik kepada Husam dan ahli PAS.

Apa salah kalau kita mengakui sesuatu kesalahan yang dibuat. Ia tidak akan dimarah malah akan dianggap sebagai mulia kerana kita gentlemen?

Umum tahu ia soal tidak jemput Husam itu soal teknik, perkara kecil tetapi dari sudut kebenaran dan keikhlasan atau praktikal sebuah parti Islam tidak wajar perkara begitu berlaku. Kalau soal-soal sekecil itu tidak dapat diurus dengan lendik macam mana soal lebih besar di hari muka mampu untuk mengurusnya. Untuk masa akan datang kerajaan negeri akan menghadapi berbagai masalah dan isu lagi yang menuntut kepada perjelasan.

Kenyataan Mohd Amar semasa majlis kesyukuran di Bahcok di rumah Ketua Penyelaras Tugas-tugas Khas Badan Perhubungan PAS Kelantan, Fauzwi Ismail di kampung Pak Mayong di Bachok semalam sepatutnya digunakan cuba untuk menuteralisasikan isu yang berlaku ke atas Husam Musa.

Dakwa Mohd Amar lagi, ahli PAS memang diterbiyah dengan Islam dan beliau memberi contoh macam mana walaupun Asri Muda meninggal PAS tetapi PAS tidak mati, satu jawaban dan kenyataan yang tidak bijak dan relevan saat ini. Dalam saat begini beliau tidak patut memberi anologi demikian kerana ia boleh membangkitkan kemarahan yang sudah mulai mereda.

Kenyataan atau anologi Mohd Amar bersifat 'membidas" orang begitu tidak kondusif dan bukan cara untuk mendamaikan PAS. Saya hendak peringatkan Mohd Amar atau sesiapa saja yang perkecilkan pengaruh seseorang individu, ia adalah perbuatan merbahaya dan tidak baik buat PAS.

Sememangnya hakikat parti lebih perlu diutamakan oleh sesiapa, tetapi individu berpengaruh juga tidak boleh di kesampingkan. Apa lagi kalau mereka mempunyai sumbangan yang signifiken kepada parti. Semoga kenyataan dan sindiran-sindiran sebegitu tidak akan dikeluarkan lagi di masa hadapan.

Kenyatan mengajak, membujuk dan memberi pandangan positif lebih baik daripada mengeluarkan kenyataan beruapa kiasan-kiasan dan sindir dalam Hikayat 1001. Politik 'bergelar' hendaklah dihentikan apabila kita sudah menjadi orang besar. [wm.kl.12:21 pm 12/05/13]

Bila Si Bangang Cuba Membuat Komen

Posted: 11 May 2013 04:11 PM PDT

MARAH PAGI                                                                                                               

Lama saya tidak melayan kerenah-kerenah otak kemetot pembaca blog saya di mana dengan kehadirannya kalau tidak sabar boleh menyebabkan saya tawar hati untuk terus berblong. Tetapi kebetulan pagi ini saya tidak ada apa-apa untuk diulas atau diperkemaskan, maka saya hendak singgung sedikit satu komen yang dihantar oleh penjenguk bernama FAIZAL FEEYCHILL (foto) yang mengupas catatan saya di bawah tajuk "Husam dan Azmin Senasib, Seirama."

Maaf saya panggil penjengok ini sebagai budak saja, (mungkin masih belum khatam dan berkelulut lagi). Saya tahu tidak sepatut saya memberi respon sebegini kerana komennya tidak berasas dan lebih kepada emosi. Membuang masa dan membazir ruang saja.

Tetapi saya tetap juga memberi respon untuk menceritakan masih ada penjengok yang berotak kemetot begini menulis mengikut rasa dan mahu membela seseorang tanpa maklumat yang kemas. Apa saya nak jelas bahawa ada keberanian yang sembrono di kalangan penjenguk blog saya.

Saya turunkan komenter si otak kemetot kelas gaban ini;

Faizal ferrychill has left a new comment on your post "Husam dan Azmin Senasib, Seirama":

dalam banyak2 aetikel dan ulasan MSO..ulasan dan teori yang dirungkaikan dalam artikel ini paling tidak senonoh dan agak keterlaluan terutama tentang Husam ytang saya rasakan sepatutnya MSO berpegang pada pendirian pada artikel MSO sebelum ini yang mana HUSAM DIPINGGIR DAN TERPINGGIR disebab konspirasi terancang oleh Nik Abduh !Percayalah jika Nik Abduh tidak menggunakan kelebihan tangan ghain dan kapisiti sebgai anak kepada Tok Guru Nik Aziz pasti hal ini tidak berlaku.Org seperti Husam pasti akan ramai musuh yang tidak diduga dan menunggu waktu untuk diamkan HUSAM SEKETIKA..PERCAYALAH jika bukan kerana HUSAM yang mengawal ekonomi dan mengawal kopiah putih dari mengambil rasuah dari para pembalak,pelombong dan perompak harta kelantan..pasti RASUAH lebih menjadi2 dan akan dilihat sama dgn rejim UMNO..sudah menjadi bualan dan semakin menjadi lumrah bagii geng kopiah putih kelantan mengambil suapan dan memberi balak sesuka hati mereka namum kerana husam gejala ini masih boleh dibendung dan terkawal...OLEH itu sukacita saya mengambil pendirian tanpa HUSAM dipentadbiran kelantan adalah pemerintahan terakhir Pas di kelantan dan hasrat Nik abduh untuk menjadi MB selepas Ahmad Yaakob hanya tinggal kenangan..

Tentang Azmin,Saya sekadar menghormati kesetiaan beliu sebagai org kanan anwar sejak dari dulu tidak pada kemampuan dan sikap beliu yang 2X5 dengan Nik Abduh (gila nak jadi MB).sejak dari tahun pertama Khalid jadi MB lagi beliu memekak dan memelakukan pelbagai cara bagi menunjukkan betapa bangangnya MB selngor nih namum tidak kesampian dan banyak ditangkis dan dipatahkan oleh Faekah (org kanan Khalid/PA x silap)..apalagi semasa kes pemilihan PKR dahulu sewaktu bertembung dgn Zaid bagi jawatan Timb presiden..Dia hanya pandai berlakon tentang ketokohan dan kewibawaan sama seperti adiknya Azwan Ali dan UMMI yang gila glamor tuh..Azmin better ko diamkan adik ko dahulu dari ko nak cita dan buat sarkis dalam PKR tuh..



Penjengok ini kata tulisan saya mengenai tajuk itu tidak senonoh. Siapakah yang paling tidak senonoh? Bila masa saya ada menulis artikel dibawah tajuk yang beliau nyatakan itu HUSAM DIPINGGIR DAN TERPINGGIR? dan mahu saya tetapkan pendirian dengan artikel itu. Saya rasa inilah inilah paling tidak senonoh sekali. Orang ini tidak berhati-hati dan sudah tersalah petik dan sudah tersalah orang.

Sebelum menulis fikir dan renungnya sedalam-dalam. Pastikan maklumat dan sumber anda tepat dan betul. Kalau tidak kebodohan kita akan terserlah.


Begitu juga lain kalau kalau ingin memberi pandangan atau mengkritik saya biarlah fakta itu tepat dan betul. Sepanjang tulisan saya berhubung isu Husam saya tidak memetik atau memasuk pun di mana-mana nama Nik Abduh. Saya malas untuk mengatakan penjenguk ini bengong atau 'deder' hukum sendirilah. Cuma saya nak tegaskan lain kali kalau nak buat teguran pandangan pastikan maklumat tepat dan jangan pakai pangkah sembarangan sahaja.


Saya nasihatkan kepada penjengok ini belajarlah biar dalam sikit kaedah menulis. Kalau kita masih belum cukup ilmu dan masih mentah, tulislah kritikan atau pandangan politik dalam diary atau coret di dinding rumah dulu jangan lepas kepada umum kerana buruk padahnya. Atau suruh kawan-kawan lain baca. Saya bukan marah kalau orang tidak cukup umur membaca blog saya tetapi itulah dibimbangkan mereka akan jadi mabuk menyebabkan salah tafsir buruk padahnya.


Anda mengatakan orang tidak senonoh tetapi yang lebih tidak senonoh dan meleleh hingusnya ialah anda.


Sekali lagi saya kata, saya tidak perlu layan pandangan sebigini. Tetapi kenapa saya layan juga untuk memberi pengajaran kepada yang lain juga yang berani membuat kritikan tetapi tidak tepat. Yang suka menabur perasaan dan emosi di ruang komenter blog dan bila saya tidak siarkan marahkan saya kononnya pengecut tidak adil dan sebagainya.

Bayangkan wajarkah di sinikan komenter seperti di atas itu yang tidak ada kualiti langsung. Yang kutip maklumat jalan dan bubuh dalam peti komenter blog saya. Membazir sahaja. Kalau boleh arah saya mahu mengarah orang-orang seperti ini tidak payahlah baca blog saya, kerana otak anda tidak layak nak capai apa yang saya cuba kemukakan.


Saya berharap manusia ini akan minta maaf atas ketidak-tepatan petikan sumber kerana ia menjadi fitnah yang beliau lemparkan. Kepada saya tidak perlu, tetapi kepada Nik Abduh yang beliau sebutkan itu. Buatlah kerja senonoh. Dan saya percaya Husam yang cuba hendak dibela itu juga tidak memerlukan budak-budak bangang seperti ini.  [wm.kl.6:57 am 12/05/13]

Tiada ulasan: