Sabtu, 4 Mei 2013

Biaqpila

Biaqpila


GAMBAR MALAM TERAKHIR KEMPEN PAKATAN RAKYAT

Posted: 04 May 2013 02:00 PM PDT




Pakatan Rakyat Grand finale at MPSP,Bukit mertajam.At least 60,000 
people where some came as early as 4pm.




30,000 strong crowd in Seberang Jaya.




Grand Finale of PR in Kuantan !




Crowd of no less than 50,000 people filling up MBPJ Stadium, Kelana Jaya for a grand finale before GE13.




Full house di Segamat. 'Selepas mengundi awal, jangan balik dulu; jadi pemerhati kepada warga asing yang akan turun mengundi. Dan selepas menang, jangan berarak, kerana ada pihak akan ambil kesempatan.' - Dr Chua Jui Meng, calon parlimen Segamat untuk PR.




SAMBUTAN RAKYAT TERHADAP PR DI BENTONG MALAM NI....SEBELUM PRU ESOK




: Belumpun PRU13, Rakyat Lembah Pantai Jelmakan Nurul Izzah Sebagai Bakal MP Mereka Menjelang Hari Pengundian Hari Ini... Puluhan Ribu Rakyat Lembah Pantai Hadir Ceramah Nurul Izzah. Ini Kalilah!!!





Thousands turn up in Kota Raja,Klang for Pakatan Rakyat ceramah.

btmmari

NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

PRU13: TERKINI!!! SUASANA MERIAH DI KUALA LUMPUR

Posted: 04 May 2013 10:14 AM PDT

MAKIN PANAS!!! BAGI RASUAH PUN KENA BERSUMPAH

Posted: 04 May 2013 09:01 AM PDT

PENANG ISYTIHAR CUTI 6 MEI 2013

Posted: 04 May 2013 08:18 AM PDT

VIDEO TRAGEDI FLASHMOB BERDARAH DI IPOH

Posted: 04 May 2013 07:37 AM PDT

BLOG PRO UMNOBN SEBAR KHABAR ANGIN HURU-HARA

Posted: 04 May 2013 05:00 AM PDT


Mamat ni pun gelihati la dengan gelagat blogger umnobn ni.

DEY MACHA!!!
DEPA DAH MULA DAH
HURU-HARA BETOI LA PUAK NI
DARI TAHUN 1974 SAMPAI 2008
PEMBANGKANG TAK PERNAH MENANG
ADA KA BERLAKU HURU-HARA?
KAH! KAH! KAH!

LEBIH LOGIK YANG TAK PERNAH KALAH TU
YANG AKAN BIKIN HURU-HARA
KALAU DEPA KALAH INI KALI
ADA BETOI KA MACHA?
KAH! KAH! KAH!

INI DAH KIRA PENYEBAR KHABAR ANGIN
TAPI PUAK UMNOBN TERLEPAS DARI TINDAKAN
PASAI DEPA TAK TERTAKLUK PADA UNDANG-UNDANG
UNDANG-UNDANG HANYA UNTUK PEMBANGKANG
KAH! KAH! KAH!

NAK TENGOK APA KHABAR ANGIN TU SILA KLIK DI SINI

KASI UBAH... INI KALI LAH!!!

NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

MESTI BACA: MELAYU WAJIB UNDI PAS

Posted: 04 May 2013 03:00 AM PDT



ULAMA tersohor di Kedah, Tuan Guru Salleh Musa berpesan, supaya orang-orang Melayu, khususnya yang beragama Islam, tidak ada pilihan lain, selain menyokong PAS dan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13, 5 Mei depan. Ikuti wawancara lanjut beliau bersama wakil Harakah, WAN NORDIN WAN YAACOB, IZWAN ABDUL HALIM, AZMI YUSOF dan jurufoto WAN ZAHARI WAN SALLEH baru-baru ini.

WARTAWAN: Apa ulasan Tuan Guru melihat Kedah sepanjang 5 tahun diperintah oleh Pakatan Rakyat?

TUAN GURU SALLEH MUSA: Saya ni tiada pegang apa-apa jawatan dalam politik parti, saya cuma mengajar. Ini kena tanya orang politik. Tapi saya tolong, soal kedudukan tu saya tak tahu.

Pandangan Tuan Guru mengenai perbezaan pemerintahan Kedah dalam 5 tahun ini berbanding dahulu?

Alhamdulillah, ada perubahan. Dulu mana ada Kuin sekarang dah ada, itu satu daripadanya. Kedudukan rakyat pun dah selesa elok. Hal agama saya nak bagi tau, masa BN dulu nak buat surau pun tiada peruntukan bantuan. Dulu mengajar, kalau lebih 100 orang, kena ambik permit. Umno tak mahu bagi kembang agama, dia sekat sana sekat sini. Sekarang bila PAS dah ambil alih, kami buat majlis agama panggil Menteri Besar. Alhamdulillah Menteri Besar datang sini, Pegawai Daerah pun datang. Alhamdulillah sekarang dah boleh.

Kalau lihat sekarang Umno cuba gambarkan dia parti yang mesra pada agama. Mereka guna pandangan orang macam Abdullah Saamah. Apa pandangan Tuan Guru?

Tidak, sebenarnya mereka menentang (agama). Dia kata parti PAS haram sebab kawan dengan DAP. Kena baca kitab habis dahulu, ini mengaji tak habis. Tok guru macam ini, dia kata ini haram, itu haram, tapi mari Najib, dia kata nombor 1.

Dalam situasi sekarang perkara ini jadi polimik seolaholah menjadi fatwa apabila tindakan menghukum haram. Adakah golongan ulama wajar berperanan begitu?

Bukan boleh keluar hukum macam itu. Sebab itu Allah kata, hendaklah ada satu golongan yang mengajak buat baik dan menyekat berbuat jahat.

Golongan mana lagi, PASlah. Tidak ada PAS ini tidak adalah seruan berbuat kebaikan, mencegah kemungkaran. Umno dah tentu dia tak buat. Dia nak buat hiburan itu, projek ini, hendak memalukan PAS, bukan setakat memalukan PAS, dahsyat lagipun dia buat. Dia bawa masuk artis penyanyi-menyanyi sana sini.

Bila Umno kata dia nak buat agama, sebenarnya dia tidak mahu buat agama. Mahathir dulu dah kata agama ni menyekat kemajuan. Sana haram sini haram. Tengok Makkah, cukup maju (dengan agama). Ini bukan perkara main-main. Tak sama PAS dengan Umno. Ada yang datang pada saya kata Umno tak betul, PAS pun tak betul. Saya suruh bawa kitab, tunjuk mana yang betul. Saya pun nak mengaji dengan dia, tunjukkan mana yang betul. Kita hendak nyata sesuatu hukum kena ada alasan, jangan hukum sesuka hati.

Bagaimana Tuan Guru melihat Tun Dr Mahathir yang kini turut berkempen?

Islam apa yang dia terima? Islam dia sekat, dia tolak, kena mengucap lain. Kalau kita terima sahaja Islam tapi tak patuh (ajaran) jadi dosa saja, tapi kalau tolak habislah (Islamnya).

Cabaran PRU13, bagaimana Tuan Guru menjangkakan perjalanannya?

Wallahua'alam. Saya tak berani nak kata sebab tak berlaku lagi, tengok dululah, biar berlaku dulu. Tapi tengok keadaan ni insya-Allah, penyokongpenyokong (Pakatan Rakyat) ni ramai. Tanda-tanda banyak perubahan. Bendera tak boleh kira, mereka (BN) duit banyak, mereka letak bendera banyaklah Di Parlimen Sik ini macam mana?

Alhamdulillah, insya-Allah kawasan ni tengah sedaplah (tersenyum).

Sedikit panduan dari Tuan Guru mengenai pemilih pemimpin.

Masalah dalam melantik pemimpin, ada dalam kitab. Wajib atas rakyat melantik pemimpin yang adil, kerana kerajaan di tangan rakyat. Wajib lantik pemimpin yang elok, adil. Adil macam mana? Ada tafsirannya. Akhlak dia elok, agama dia elok, akidah dia elok. Bukan yang (mengajak) tak kenal Tuhan.

Ulama pesan pada kita, tiga perkara, pertama mengenal Tuhan yang menjadikan kita.Kedua perkara kita nak buat, fikir sama ada manfaat atau mudarat.

Ketiga, kita kena faham sesudah mati kita akan dibangkitkan semula. Pertama tadi, kita kena kenal Tuhan, ibadah bagi kenal Tuhan seperti kita kenal raja kita. Kedua, kita nak buat satu perkara, tengok ia manfaat atau mudarat, kalau manfaat buat (laksanakan). Kalau mudarat tinggal. Jangan buat kerana ikut orang.

Kita ada asas. Macam kita bila pilihan raya, Umno pegang tangan kempen kita suruh sokong dia, orang PAS pun kempen minta sokong dia. Fikir dulu hendak ikut mana, mereka nak bawa kita ke mana, fikir dulu. Macam tu baru orang yang bijak. Ada yang ajak sematamata dunia, ada yang ajak dunia dan akhirat. Jadi pilih. Biar kita ada pendirian, ada asas, jangan ditarik orang kita ikut saja. Ketiga kita kena faham, sudah mati kita akan bangkit, dunia kita akan disoal. Hari kiamat mulut dijahit, tangan akan bercakap, kaki jadi saksi.

Jadi jangan terikut-ikut orang, nanti disoal tangan kita pilih yang mana. Kita bukan nak buang Umno, kalau Umno buat baik, buat Islam kita terima, tapi dia buat banyak sangat cacamerba dah. Jadi kita kena tengok nak pilih pemimpin ni mana yang bawa kita kepada kebaikan atau keburukan, yang laksana amar maaruf nahi mungkar.

Taujihat Tuan Guru kepada ahli dan pimpinan PAS.

PAS perjuangan agama, golongan ulama jadi asas, kena sentiasa dengan ulama. Dalam perjuangan Islam tidak harus ada yang pentingkan diri, tempatnya bukan dalam perjuangan Islam.

Tidak mahu juga ada kumpulankumpulan dalam (jemaah) kita. Kalau ada kumpulan, ini kepentingan diri, bukan kerana agama.

Selalu jadi, masa berjalan, kita lupa tujuan kita. Kena ingat balik kita nak tinggi dan majukan agama, nak imarahkan Islam.

Kita nak orang yang boleh buat kerja (untuk Islam). Jangan bagi jawatan pada saya, tapi PAS saya tetap wajib tolong. Jadi pemimpin ini bukan senang, nak pimpin rumah tangga pun payah, tambah hendak pimpin negeri. Sebab itu kita kena cari orang yang boleh buat kerja.

Akhlak kena jaga, ingat sejarah Nabi kita jalan dari pagi sampai petang, lapar tak makan, nak sebar Islam. Nabi minta menumpang rumah ketua kampung, tapi tak diberi, sebab itu kubu kuat mereka. Suruh Nabi balik, kalau tak diserang. Malaikat tahu Nabi dukacita. Malaikat minta dengan Nabi untuk cabut bukit timpa atas rumah mereka yang tak mahu tolong. Tapi Nabi larang, Nabi mahu anak-anak mereka ikut Islam.

Jadi biasalah kalau ada yang 'berkarat' tak mahu ikut kita. Itu akhlak mulia Nabi. Kalau kita macam mana? Jangan suka-suka nak marah orang. Siapa jadi pemimpin, akhlak kena jaga. Rendah diri, jangan sombong. Rasul dulu bagi salam pada kanakkanak.

Memang payah jumpa pemimpin yang cukup syarat semua. Apabila satu-satu negeri jika Tuhan nak jadikan rakyat negeri tu baik, nescaya, Allah bagi pemimpin itu soleh.

Mungkin Tuan Guru boleh bagi amanat kepada pengundi Kedah khususnya dan Malaysia amnya?

Kita umat Islam ini, Islam bukan hanya dengan kata di mulut saja. Islam ini mesti menerima dan patuh. Terima apa?

Terima apa yang Nabi bawa dan kita patuh ikut. Kita orang Islam, bila tak mahu terima Islam, Islam orang itu sudah cacat. Islam kita jangan sekat, jangan halang, walau kita tak boleh amal. Macam sembahyang, puasa dan semua (sunnah) dari Rasul, kalau tak mahu buat dosa. Kalau kata tak sesuai itu kafirun.

Dalam TV baru ni ada Menteri hurai kata PAS (sebagai) Parti Ajaran Sesat. Ambil dari mana semua tu? Masa tubuh PAS ini sudah siap bagi huraian, PAS ini Parti Islam Se-Malaysia tujuannya untuk imarahkan Islam, untuk majukan Malaysia.

Bukan parti sesat! Kalau orang itu iktikad yang Parti Islam ini sesat, perlembagaan yang ada Quran hadis dikatakan sesat, orang ini telah jatuh kafirun, dia kena mengucap balik. Parti yang ikut al-Quran as-Sunnah dikatakan sesat. PAS bukan Parti Ajaran Sesat, PAS (adalah) Parti Islam Se-Malaysia. Sapa kata Parti Quran Hadis ini sesat dia kena mengucap lain. Nabi yang bawa mari Islam. PAS dengan Umno sapa dulu bawa Islam? Tolong jawab. PAS dulu, Islam dulu lagi. Kita tak ada lagi (belum lahir) Islam dah ada. Nabi taja di Makkah pada masyarakat jahiliah. Antara zaman Nabi Isa dengan Nabi kita, 500 tahun dipanggil zaman fitrah. Tiada pemimpin, kemudian Nabi kita diangkat di Makkah. Tapi tak maju di Makkah, mereka kejar Nabi kita ke Madinah. Di situlah berkembang, 17 kali perang berlaku. Perang Hunain, Badar, hingga perang akhir Tabuk. Baru Islam berkembang. Apabila datang pertolongan Allah, Nabi tawan semula Makkah, orang ramai masuk Islam berduyunduyun. Mengalir sampai Eropah, Afrika semua dan akhirnya Islam mengalir sampai kita sini. Kalau tak, kita tak rasa Islam. Bila dah mengalir sampai sini kita kena bertanggungjawab, takkan nak biar macam tu? Maka tubuh PAS untuk sebarkan Islam, jadi tak kan nak harap pada Umno?

Jadi maksudnya umat Melayu Islam ini kena terima PAS?

Wajib! Nabi kata, mereka yang kasihkan aku akan menyertai aku dalam syurga. Kasih pada Nabi baru dapat syafaat. Jika kasih pada nabi, apa perjuangan Nabi, kita kena tolong. Tapi mereka sekat jangan bagi PAS naik, jangan bagi Islam naik, itu khianat pada Nabi. Sebab itu saya kata pangkah PAS wajib, pangkah Umno haram. Buka kitab tengok. Islam tersebar sebab perjuangan Rasulullah. Kalau kita tak mahu sokong Parti Islam ini, anak zuriat di belakang macam mana? Allah telah kata hendaklah ada kamu satu golongan yang suruh orang buat baik, larang buat jahat. Maknanya parti yang suruh buat baik, parti yang menyekat kemungkaran. Kalau tidak ada parti ini, habis. (Hanya) Parti PAS yang buat macam tu.

wartautara


NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

VIDEO MISTERI BOS PUTRAJAYA

Posted: 04 May 2013 12:00 AM PDT

NAK BUNUH ANWAR? SAMSENG BETOI POMPUAN NI...

Posted: 03 May 2013 09:00 PM PDT


Pada 13 Feb 2013 di Padang Bola Pengkalan Pegoh, Ipoh; Pakatan Rakyat telah merancang utk mengadakan ceramah disitu dgn menjemput Anwar Ibrahim.

Hamidah juga nak buat ceramah dengan menjemput Ummi Hafilda di tempat yang sama. PAS mengalah lalu berpindah ke tempat lain yang berdekatan bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.

Dalam rakaman ini , lihatlah betapa brutalnya samseng betina Melayu ini sampai nak bunuh orang!



SUMBER

NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

BOM BUATAN SENDIRI MELETUP DI PEJABAT KEADILAN

Posted: 03 May 2013 06:00 PM PDT


Sebuah bom buatan menggunakan telefon bimbit, bateri dan mercun bebola meletup berhampiran ibu pejabat KEADILAN, kira-kira jam 9.45 malam tadi.

Seorang staf ibu pejabat KEADILAN, S Balakumaran berkata, beliau terdengar bunyi letupan dan tnampak kepulan asap keluar dari kotak fius milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di hadapan sebuah kedai, selang empat premis dari pintu utama pejabat KEADILAN.


"Bila meletup saya nampak asap. Saya pergi ke lokasi dan nampak telefon, bateri dan mercun bola. Kemudian seorang lelaki Cina turun dari pejabat yang berdepan kotak TNB dan bantu padam dengan alat pemadam api," kata Balakumaran kepada Keadilandaily.

Beliau memaklumkan kejadian itu di Balai Polis Tropicana yang terletak tidak jauh dari pejabat KEADILAN yang kemudian mendapatkan bantuan daripada pihak bomba.

Balakumaran memberitahu, beberapa kereta polis dipercayai dari balai polis Petaling Jaya tiba di tempat kejadian untuk melakukan siasatan.

Balakumaran memaklumkan, dia diberitahu oleh juruteknik TNB, bahawa mangga kunci kotak fius TNB telah bertukar, bukan seperti mangga kunci biasa yang digunakan.


"Orang TNB kata, mangga yang biasa itu bukan milik mereka, dah ditukar," kata Balakumaran.

Satu laporan polis telah dibuat berhubung kejadian dan pihak polis telah menutup kawasan kejadian untuk siasatan.

jalanpulang1978

NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

Tiada ulasan: