Isnin, 27 Mei 2013

Biaqpila

Biaqpila


MESTI TENGOK!!! PEJABAT KENTUT

Posted: 27 May 2013 09:55 AM PDT


DEY MACHA!!!
MACAM-MACAM KREATIF
KAH! KAH! KAH!



SPR MAKIN KEPANASAN,PKR DEDAH LAPORAN POLIS

Posted: 27 May 2013 05:26 AM PDT

PKR dedah laporan polis black-out masa kira undi




KUALA LUMPUR: PKR kesal dengan kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang memperlekehkan aduan berlakunya kejadian terputus bekalan elektrik semasa pengiraan undi (black-out).

"Beliau juga mempersendakan aduan-aduan ini, kononnya dilakonkan terlebih dahulu dan mencabar sekiranya benar ada kejadian begini berlaku agar laporan polis dikemukakan kepada SPR," kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dalam satu kenyataan.

Semalam, katanya wakil rakyat Sri Serdang Puan Noor Hanim Ismail telah tampil menjelaskan bahawa gambar di internet yang berlegar benar-benar berlaku di dalam kawasan yang beliau tandingi.

Dengan kenyataan balas Noor Hanim Ismail itu, ujarnya Wan Ahmad wajarlah mengemukakan asas bagaimana beliau boleh mempersendakan satu aduan serius yang dibuat mengenai kepincangan perjalanan pilihanraya, tanpa usul periksa terlebih dahulu.

"Hari ini, saya tampilkan satu lagi bukti untuk menunjukkan bahawa Datuk Wan Ahmad Wan Omar tidak pernah ikhlas untuk menangani aduan kepincangan perjalanan pilihanraya secara ikhlas," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pandan.

Beliau berkata, Wan Ahmad mencabar agar ditunjukkan laporan polis sekiranya benar berlaku black-out di mana-mana tempat pengiraan undi dalam PRU13.

Jelasnya, pihak #siasatpru13 berjaya menjejaki satu lagi insiden black-out di Parlimen Kulim Bandar Baharu yang disertakan dengan laporan polis.

Laporan menyebut:
"Pada 5/5/2013 jam lebih kurang 0715 malam bekalan letrik terputus di dalam kawasan Sekolah Sri Lindungan Raja, Sedim, Karangan, Kedah. Saya sebagai ketua unit peti undi Kampung Tebuan, Sedim bagi PRU13 N35, P18 dan sebagai agen wakil calon PKR ditempat kiraan undi di sekolah tersebut. Kejadian ini mendatangkan kecurigaan kepada pihak saya berdasarkan perkara ini saya mendapat maklumat daripada pihak TNB dan tiada sebarang bekalan elektrik terputus di kawasan Sedim. Perkara ini disahkan oleh pihak TNB. Pada 5/5/2013 jam 0725 malam bekalan elektrik pulih semula berdasarkan perkara ini juga pihak saya merasakan terdapat unsur penyelewengan. Kejadian ini berlaku hanya pada bangunan sekolah sahaja sedangkan saksi-saksi bagi pihak saya melihat kawasan di luar sekolah tiada terputus bekalan elektrik. Sekian repot saya."

"Dengan adanya saksi dan laporan polis sebegini, secara langsung menjawab cabaran Wan Ahmad yang mahu melihat laporan polis yang dibuat," ujarnya.

Kini, kata Rafizi menjadi tanggungjawab Wan Ahmad untuk menerangkan bagaimana kejadian terputus bekalan elektrik hanya di tempat mengira undi pada ketika undi sedang dikira boleh berlaku, sedangkan TNB menyatakan bahawa tiada sebarang gangguan bekalan eletrik.

HD


NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? P-A-N-A-S-S-S!!... Rahsia 'BESAR' Suami Saya...

TUDIA...500,000 SUKARELAWAN DIPERLUKAN

Posted: 26 May 2013 11:04 PM PDT

Asak pimpinan SPR letak jawatan, 500,000 sukarelawan diperlukan



CGB_505PETALING JAYA, 26 MEI: Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard menyeru rakyat Malaysia menjadi sukarelawan 'Suara Rakyat 505′ untuk mengasak pimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan jawatan.

Kata CheguBard, sebaik genap 500,000 sukarelawan, gerakan yang dinamakan #SuaraRakyat505 akan ke ibu pejabat SPR di Putrajaya bagi menuntut peletakan jawatan pimpinan SPR.

"Rakyat akan bergerak ke SPR sehingga SPR dibubarkan. Boleh?" kata Ketua Cabang KEADILAN Rembau itu sambil disambut teriakan 'Boleh' oleh ribuan hadirin yng membanjiri 'Himpunan Suara Rakyat 505′ di Padang Timur, semalam.

CheguBard turut memaklumkan borang pendaftaran sukarelawan #SuaraRakyat505 boleh diperolehi melalui laman facebook yang dibina khusus bagi tujuan tersebut.

Manakala rakyat diingatkan untuk sentiasa mengikuti perkembangan semasa bagi membolehkan tuntutan dibuat secara tersusun.

Rakyat_505Tiga tuntutan utama lebih 60 NGO dan parti politik dalam siri himpunan Black 505 di seluruh negara ialah mendesak pimpinan SPR meletak jawatan, menuntut pilihan raya semula di kawasan disyaki berlaku penipuan dan menyokong tribunal rakyat menyiasat penipuan pilihan raya umum ke-13.
CheguBard turut mengulangi pesanan kepada hadirin untuk segera membuat laporan polis, sebagai langkah awal sebelum petisyen pilihan raya dan saman terhadap SPR difailkan.

Dalam pada itu beliau menegaskan, rakyat Malaysia akan berhimpun di Dataran Merdeka selagi pimpinan SPR tidak meletak jawatan.

"Jika Suruhanjaya Pilihan Raya membisu, rakyat habis membeku, kita akan turun ke Dataran Merdeka," katanya disambut laungan 'Turun' ribuan hadirin.

KD

NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? P-A-N-A-S-S-S!!... Rahsia 'BESAR' Suami Saya...

TIMBALAN PENGERUSI SPR KANTOI

Posted: 26 May 2013 04:27 PM PDT


Noor Hanim (kanan) menunjukkan logo SPR pada kotak kiraan undi dalam gambar yang tersebar di internet.

PUCHONG – Adun Seri Serdang, Noor Hanim Ismail menyangkal kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mendakwa kejadian lampu padam di pusat pengiraan undi sebagaimana disebarkan menerusi internet adalah fitnah dan lakonan.

Noor Hanim berkata, gambar itu sebaliknya dirakam seorang petugasnya di bilik pengiraan undi Saluran 3 Sekolah Kebangsaan Serdang pada jam 7.32 malam 5 Mei lalu.

Beliau menafikan ia dirakam sebelum PRU13 seperti didakwa Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Menurutnya, hasil siasatan, pihaknya mendapati pengurusan SPR dilihat sekadar ingin menutup kelemahan sistem pilihan raya sedia ada.

Noor Hanim berkata, beliau hairan bagaimana Wan Ahmad sendiri seolah-olah tidak tahu pakaian rasmi petugas SPR yang memakai baju T kelabu pada hari berkenaan.

Menurutnya, ketika kejadian, wakilnya berusaha membekalkan lampu suluh ke bilik pengiraan undi terbabit bagi memastikan proses kiraan berjalan lancar.

Beliau turut menafikan terdapat wartawan di lokasi kejadian kerana yang ada di lokasi hanya Ketua Tempat Mengundi (KTM), petugas SPR, wakil calon dan anggota polis bertugas.

"Saya minta SPR terutama Wan Ahmad memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana melakukan kesilapan dalam mengeluarkan kenyataan tanpa membuat kajian mendalam dan mengambil ringan isu dibangkitkan rakyat," katanya.

Sinar Harian difahamkan, sekolah itu mempunyai empat saluran mengundi, namun saluran satu, dua dan empat, kiraan undi tamat lebih awal dan tiada gambar di ketiga-tiga saluran itu dirakamkan.

Hanya gambar di saluran tiga sempat dirakam kerana kiraan undi lewat tamat dan hanya siap jam 8 malam.

Sementara itu, Yang Dipertua Pas Puchong, Mohd Soffiean Ismail meminta SPR lebih teliti dalam membuat siasatan dan mahu tuduhan dibuat diperbetulkan.

Beliau berkata, pihaknya akan pertimbang untuk buat laporan polis selepas mendapat nasihat guaman.

Semalam, akhbar melaporkan, SPR mendakwa insiden lampu padam semasa pengiraan undi PRU13, 5 Mei lalu adalah fitnah dan lakonan itu dirakamkan sebelum PRU13 lagi.

Wan Ahmad dalam kenyataannya berkata, kesimpulan itu dibuat hasil penelitian beliau bersama pegawai-pegawainya.


SH

NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? P-A-N-A-S-S-S!!... Rahsia 'BESAR' Suami Saya...

Tiada ulasan: