Biaqpila |
- Heboh ketuanan Melayu tapi tanah dikebas, hutang menimbun
- TERBAIK!!!! GAMBAR SEKITAR CERAMAH PR PADA 1 ME1 2013
- PEMUDA UMNO SERBU MARKAS PAS DUN KOTA
- KENAPA NAJIB BERTANDING SEDANGKAN DIA MASIH JADI PM?
- SURAT DARI AYAHANDA
- BERAPA LAMA KENA KERJA UNTUK BELI IPOD NANO?
- BUMI AKAN HANCOQ KALAU UNDI PAKATAN
Heboh ketuanan Melayu tapi tanah dikebas, hutang menimbun Posted: 01 May 2013 03:00 PM PDT Oleh ZAID IBRAHIM Saya terbaca sebuah tulisan mengenai tradisi dan cara orang Melayu berpolitik. Penganalisis itu berkata sukar bagi Pakatan Rakyat menembusi kubu kuat Umno kerana orang Melayu mahu mempertahankan dominasi Melayu dan kekuasaan politik Melayu. Orang Melayu, kata penulis itu, kuat semangat kebangsaannya dan maka itu mereka tetap akan bersama UMNO. Saya berpendapat sebaliknya. Oleh sebab orang Melayu kuat semangat kebangsaannya dan mahu tapak politik negara terus diterajui oleh orang Melayu, dan mahu melihat nilai Islam menjadi asas pentadbiran negara, maka mereka tidak ada pilihan lain kecuali menyokong Pakatan Rakyat. Rasuah tidak dapat diatasi dengan mengekalkan BN. Tidak ada satu janji yang kita dengar daripada Perdana Menteri tentang cara hendak mengatasi rasuah. Malah banyak kes mengenai pemimpin tertinggi BN tentang rasuah tidak pun disiasat oleh polis dan MACC. Orang Melayu tidak akan berjaya dalam pentadbiran yang diselubungi dengan rasuah. Mereka tidak ada "cash", tidak ada duit untuk membayar wang pendahuluan. Mereka akan terus bergantung pada orang luar yang ada duit ini untuk mendapat kontrak. Jadi mereka tidak akan berjaya sebagai pengusaha dan peniaga. Orang Melayu telah banyak kehilangan tanah mereka. Di merata-rata tempat kita dengar rungutan dari orang kampung dan orang bandar bahawa permohonan mereka untuk mendapatkan tanah tidak diluluskan. Sering kali kita dengar tanah yang mereka pohon itu telahpun diambil oleh kerajaan. Kenapa? Kerana pemimpin mereka juga mengamalkan rasuah. Justeru, tanah telah menjadi bahan perniagaan orang atasan. Tanah rizab Melayu semakin hari semakin kurang. Itu pun tidak menjadi kebimbangan kepada Umno yang kononnya memperjuangkan nasib orang Melayu. Tanah adat orang Sarawak dan Sabah juga telah habis dikebas oleh tauke-tauke besar dan pemimpin politik Sabah dan Sarawak. Selagi BN kekal memerintah, tanah rakyat akan hilang semuanya. Hari ini 40 peratus daripada rakyat Malaysia mempunyai hutang "household debt" atau hutang isi rumah yang besar yang mereka terpaksa tanggung. Mereka berhutang kerana hendak menampung kos sara hidup keluarga mereka. Harga barangan mahal, harga kereta mahal, harga tol mahal, harga elektrik dan air juga mahal. Tetapi pendapatan mereka tidak berubah setelah sekian lama. Dalam keadaan begini saya hairan bagaimana Orang Melayu boleh terus melaungkan tentang dominasi Melayu dan semangat kebangsaan yang tinggi, seperti yang Umno mahu mereka lakukan. Itu semua adalah laungan kosong yang tidak ada ertinya. Semangat kebangsaan sebenar memaksa orang Melayu, orang Sabah dan Sarawak menghapuskan rasuah daripada muka bumi mereka. Buang pemimpin yang rasuah barulah mereka ada bahagian di tanah bertuah ini. Tidak ada erti bercakap tentang orang Melayu yang dominan sedangkan orang Melayu sendiri miskin dan berhutang di sana sini. Rakyat mesti sedar bahawa pilihan raya inilah peluang mereka membuat perubahan ini. Lupakan saja gula-gula Najib Razak dan tumpukan pada isu sebenar iaitu isu orang miskin yang tidak ada tanah, isu rasuah besar-besaran dan isu pendapatan yang kecil untuk menampung kos sara hidup yang tinggi. Hanya Kerajaan Pusat yang prihatin kepada masalah kebajikan rakyat sahajalah yang dapat menggubal dasar-dasar yang memberikan keuntungan kepada rakyat dalam masa panjang. --------- Tulisan ini dipetik dari zaiduntukrakyat.com DD NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? |
TERBAIK!!!! GAMBAR SEKITAR CERAMAH PR PADA 1 ME1 2013 Posted: 01 May 2013 09:37 AM PDT Solat hajat di Kelab Sultan Sulaiman KL. Ceramah DAP/PR malam ini di Seri Setia, Kuala Lumpur, Parlimen Seputeh. Keadaan di Taman Sri Sentosa Anwar di Kapar siang tadi. Ceramah DAP/PR Jam 6 petang tadi, di Bakri, Johor. Keadaan di Skudai malam tadi. NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? |
PEMUDA UMNO SERBU MARKAS PAS DUN KOTA Posted: 01 May 2013 08:21 AM PDT Rembau 30 Apr 2013 – Tatkala AJK PAS DUN Kota selesai bermesyuarat di Markas PAS DUN Kota malam tadi, tiba-tiba datang beberapa orang pemuda yang muka mereka tidak pernah dikenali sebelum ini. Mereka ini datang selepas menghadiri ceramah Dato Seri Anwar Ibrahim di Chembong. Ada bersama mereka ialah Ketua Bilik Gerakan PAS dari sebuah kampung , berjiran dengan kampung Khairy Jamaluddin di Gadong. Lalu diberitahu bahawa mereka ini adalah merupakan pemuda-pemuda Umno di kampung berkenaan. Salah seorang daripada mereka adalah merupakan Ketua Penerangan Umno cawangan kampung berkenaan. Agak terkejut juga barisan AJK PAS DUN Kota dengan perkembangan terbaru ini, yang tidak pernah terfikir, pemuda-pemuda Umno, lebih-lebih lagi mereka yang berhampiran dengan kampung Khairy Jamaluddin sanggup bersama PAS dan Pakatan Rakyat sekarang ini. Pendekatan kempen PAS dan Pakatan Rakyat dalam PRU-13 kali ini di DUN Kota adalah amat berbeza sekali dengan yang sudah-sudah, di mana para petugas Pakatan Rakyat sering diingatkan bahawa mereka perlu berkempen secara berhemah dengan orang-orang kampung, lebih-lebih lagi orang Umno, kerana mereka ini adalah orang kampung kita, satu suku, satu waris, saudara se Islam. Pada sebelah siangnya tadi telah diadakan ceramah penerangan Umno berhampiran Markas PAS di DUN Kota. Khairy Jamaluddin dalam ceramahnya memberitahu dia amat yakin Umno boleh menang bergaya di DUN Kota, sebab itu dia banyak tertumpu kempen di DUN Paroi. Ezam Mohd Nor juga hadir memberi ceramah, dia mengatakan ada banyak lagi rahsia Anwar akan didedahkan selepas ini bila dia ceramah di Pulau Pinang nanti. PAS Pusat dan PAS Negeri Sembilan tidak meletakkan sasaran untuk memenangi DUN Kota dalam PRU-13 ini. Sekiranya PAS menang di DUN Kota ini dalam PRU-13 ini, insyaAllah, ianya semua adalah kerja Allah, dengan izin Allah semata-mata. pas-n28-kota NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? |
KENAPA NAJIB BERTANDING SEDANGKAN DIA MASIH JADI PM? Posted: 01 May 2013 04:43 AM PDT DEY MACHA!!! GUA BETOI-BETOI KONFIUS LA LU PERDANA MENTERI APAHAL LU NAK SURUH ORANG UNDI LAGI? LU NAK JADI APA PULAK KAH! KAH! KAH! PATUTLA HIMPUNAN BERSAMA NAJIB SENTIASA RAMAI ORANG BUAT HIMPUNAN KENA PAKSA ORANG MAI HABUAN T-SHIRT MESTI MAU ADA MAMPOIHLAH SEMUA DIPERKUDAKAN DEMI UNTUK MENYEDAPKAN HATI KAH! KAH! KAH! NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? |
Posted: 01 May 2013 03:00 AM PDT Wahai anakandaku, Ayahanda ingin memulakan surat ini dengan bertanya soalan ini. Apakah anakanda sedar mengapa manusia sering menelan air liur? Semasa kita mendengar, melihat, makan, bercakap (mengumpat mahupun memuji) dan bersolat, manusia sentiasa menelan air liur? Apa tujuan manusia menelan air liur? Air liur adalah salah satu makhluk Allah yang sentiasa keluar dari rongga tanpa disedari aleh manusia. Ia terdiri dari pelbagai bentuk molekul yang akan berubah sebagaimana air lain. Bilamana kebaikan yang diterima, didengar, dilihat, dibaca atau disentuh, maka molekul air akan berubah membentuk nilai yang baik, demikian sebaliknya. Maka setiap orang sebenarnya membentuk perlakuan ber-asarkan air liur yang ditelannya. Pernahkah terlintas pada minda anakanda mengapa kita diwajibkan untuk menunaikan solat 5 kali sehari? Tujuannya mungkin adalah untuk kita menelan air liur yang baik yang menenangkan untuk 5 kali sehari. Begitu juga ketika kita senyum, orang yang melihat senyuman kita akan berasa riang kerana air liur yang dihasilkan adalah baik. Sebaliknya sekiranya kita mengumpat seseorang, mendengar dan melihat benda yang tidak baik, air liur beracun akan dihasilkan sehingga minda kita terkena racun dengan buruk sangka, takut, dengki dan cemburu. Wahai anakanda, Anakanda sungguh bertuah kerana dilahirkan di zaman internet. Setelah subuh, anakanda membaca berita melalui internet – samada di Facebook atau mana-mana laman lain. Membeli surat khabar sudah dianggap sebagai satu pembaziran. Ekoran itu, anakanda tidak terkena racun yang ditaburkan di media tradisional seperti akhbar tradisional dan TV. Tapi, situasi sungguh berbeza bagi generasi ayahanda. Kami disajikan setiap hari dengan racun melalui surat khabar dan TV media perdana. Terlalu banyak air liur beracun yang telah kami telan untuk berpuluh tahun. Pemikiran kami sudah kaku seolah-olah diracuni. Berita pukul 8pm seolah-olah lebih penting daripada kuliah Maghrib bagi sebahagian besar kita. Generasi ayahanda terkena racun air liur bahawa BN ialah tempat kami bernaung dan mencari makan. Tanpa BN habislah rezeki kami. Kami diracunkan sehingga sebegitu rupa sehingga terlupa bahawa rezeki datangnya dari Allah. Ada antara kita yang menganggap BN lebih besar daripada segalanya. Namun itu sangat berbeza di generasi anakanda. Generasi anakanda tidak terkena racun ini. Air liur beracun yang cuba dihasilkan di mulut anakanda melalui akhbar-akhbar dan TV milik kerajaan gagal berlaku kerana anakanda ada internet sebagai sumber mencari kebenaran. Oleh itu, dakyah kerajaan tidak terkena pada generasi anakanda. Generasi anakanda lebih sedar mengenai situasi negara kerana maklumat di hujung jari. Oleh itu, anakanda perlu menjadi agen perubahan dengan memberikan penawar kepada generasi ayahanda. Generasi ayahanda perlu disembuhkan. Cara paling berkesan untuk menawarkan racun air liur berdekad yang ditelan kami ialah penerangan daripada anakanda menggunakan fakta dan hujah. Generasi ayahanda perlu dididik mendapatkan sumber maklumat kedua melalui teknologi-teknologi terkini. Diharap anakanda dapat memikul tanggungjawab ini. Wahai anakanda, Pulanglah mengundi kali ini. Ajaklah sahabat-sahabat anakanda untuk pulang ke kampung bersama untuk mengundi. Selain mengundi, anakanda boleh meluang masa dengan bonda dan ayahanda. Baliklah awal sehari dua untuk memberikan penawar kepada kedua-dua orang tuamu. Yakni, anakandalah penawar racun air liur terbaik untuk mereka terkena dakyah kerajaan di akhbar-akhbar dan tv perdana. Sekian itu sahaja anakanda untuk kali ini. Ayahandamu. Senyum. Ini KALI-Lah. Nukilan Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official) NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? |
BERAPA LAMA KENA KERJA UNTUK BELI IPOD NANO? Posted: 01 May 2013 12:00 AM PDT Transformasi ekonomi dan perubahan yang sentiasa dicananangkan oleh kerajaan Barisan Nasional tidak mampu mengatasi masalah kemerosotan kuasa membeli di Malaysia. Tidak seperti generasi terdahulu yang mampu untuk membeli rumah dan kereta dalam beberapa tahun pertama setelah bekerja, generasi muda Malaysia hari ini mendapati diri mereka berada dalam longgokan hutang. Mereka kena berhutang selama 20-30 tahun untuk membeli sebuah rumah and berhutang selama 9 tahun untuk membeli sebuah kereta. Satu kajian terhadap golongan muda yang bekerja telah dilakukan oleh The Malaysian Insider menunjukkan bahawa mereka amat bimbang akan jurang antara pendapatan dan kos sara hidup yang telah mencapai tahap kritikal; sama ada mempunyai simpanan yang sangat sedikit atau berhadapan dengan hutang yang melambung tinggi dan berasa tertekan untuk terus hidup tanpa bantuan keluarga. Rakyat di Malaysia perlu bekerja lebih lama daripada rakyat di negara lain untuk membeli sebuah Ipod Nano. Pakar ekonomi berkata, ketidakcekapan, kurangnya persaingan dan mata wang ringgit pada kadar rendah adalah punca kepada harga barangan yang semakin tinggi. Kos barangan seperti rumah dan kereta juga dianggap sebagai membebankan walaupun kepada generasi bekerja yang lebih berumur. Pakatan Rakyat akan mengurangkan beban generasi muda Malaysia dengan memperkenalkan polisi-polisi berikut: 1. Memperkenalkan pengangkutan awam yang lebih efisien dan murah 2. Memansuhkan cukai eksais kepada harga kereta yang lebih murah, supaya generasi muda Malaysia mempunyai lebih banyak wang untuk dibelanjakan setiap bulan selepas membayar hutang kereta mereka. 3. Menghapuskan monopoli dan penswastaan oleh kroni dan memperkenalkan persaingan pasaran yang sihat untuk memastikan keperluan dan perkhidmatan seharian berada pada kadar rendah. 4. Meneruskan amalan tender terbuka untuk projek-projek kerajaan untuk memastikan kerajaan berbelanja secara efisien dan lebihan dana simpanan boleh disalurkan terus kepada rakyat. Pakatan Rakyat akan memastikan masa depan ekonomi yang baik bagi generasi muda Malaysia. Ubah Sekarang, Bersihkan Malaysia! NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? |
BUMI AKAN HANCOQ KALAU UNDI PAKATAN Posted: 30 Apr 2013 07:00 PM PDT DEY MACHA!!! INI BUKAN MAIN-MAIN KALAU BOLEH TAK PAYAH BUAT PILIHANRAYA BIAQ BE END BERKUASA SAMPAI KIAMAT BUAT KARAN JE PERABIH DUIT BUAT PILIHANRAYA TAPI TAK BAGI RAKYAT PILIH KAH! KAH! KAH! NAH SAKSIKAN BUMI AKAN HANCOQ KALAU KITA PILIH PAKATAN EH SILAP...SEBENARNYA BUKAN BUMI HANCOQ TAPI BE END YANG HANCOQ KAH! KAH! KAH! NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan