Khamis, 30 Mei 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Tak mahu bayar upah.. Hartawan yang membantu kempen BN Pulau Pinang larikan diri?

Posted: 30 May 2013 05:00 AM PDT


Menjelang PRU13 yang lalu, Pulau Pinang telah dibanjiri puluhan ribu bendera 1Malaysia yang dipasang hingga menyemak mata memandang..

Oleh kerana bendera tersebut terlalu banyak untuk dipasang ianya telah dipasang secara rapat hingga membuatkannya tidak boleh berkibar malah kucing pun bermasaalah untuk melintasi deretan tiang bendera itu..

Walaupun ianya memaparkan logo 1Malaysia kebanggaan Najib, ianya dinafikan milik Barisan Nasional oleh Ketua Pemuda Barisan Nasional Pulau Pinang.

Ada yang mendakwa kerja-kerja memasang bendera itu telah diserah kepada beberapa kumpulan kongsi gelap yang dibiayai kos nya oleh seorang hartawan yang menyokong Barisan Nasional..

Terjemahan dari laporan oleh Kwong Wah eNews ini membuktikan dakwaan oleh ramai penduduk itu adalah benar rupanya..

Dan sebagaimana yang biasa dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang ada iaitu membayar separuh dulu upah untuk kerja-kerja yang dilakukan, bakinya dijanjikan selepas PRU..

Selepas PRU... maka janji tinggal janji..

Maka begitulah nasib kumpulan-kumpulan Kongsi Gelap yang mengambil upah memasang bendera itu.. dijanjikan separuh lagi upah selepas PRU13..

Tapi oleh kerana Barisan Nasional gagal merampas Pulau Pinang dari Pakatan Rakyat.. towkay pun lari.... kah.. kah.. kah..


Pulau Pinang - Seorang hartawan di sebalik tabir yang membantu Barisan Nasional semasa kempen PRU telah melarikan diri selepas BN Pulau Pinang tewas, menyebabkan kumpulan sindiket perjudian dan kumpulan kongsi gelap yang menjalankan kegiatan menerima wang pertaruhan dan mengikat bendera tidak dapat baki ganjaran yang sepatut mereka terima , ini menyebabkan kumpulan berkenaan mula melaksanakan pencarian dan berikrar akan mencari hingga dapat hartawan berkenaan.

Selepas Najib mengistiharkan pembubaran parlimen bulan Mac yang lalu , Pulau Pinang telah muncul satu kumpulan kewangan yang "membantu secara rahsia" untuk merampas kuasa pemerintahan Pulau Pinang.

Menurut sumber, hartawan berkenaan telah menghubungkan kumpulan kewangan berkenaan dengan kumpulan-kumpulan sindiket perjudian dan ketua-ketua kongsi gelap.

Tambah sumber itu lagi, hartawan berkenaan pada masa itu meminta kumpulan sindiket perjudian meningkatkan kadar kemenangan pertaruhan sebanyak 18 hingga 20 kali ganda , ini membolehkan mereka menggunakan taktik "kalah duit pertaruhan" untuk meningkatkan perluang kemenangan BN di Pulau Pinang, pada masa yang sama kumpulan berkenaan "membiayai" ahli kongsi gelap untuk memasang bendera 1 Malaysia di setiap jalan.

Dari maklumat yang diberikan , hartawan berkenaan menyatakan bahawa kumpulan kewangan tersebut bersetuju membayar separuh ganjaran terlebih dahulu dan baki akan dibayar selepas PRU kepada kumpulan-kumpulan sindiket perjudian dan geng-geng kongsi gelap, memandangkan ganjaran yang ditawarkan agak menarik , apatah lagi separuh ganjaran akan dibayar terlebih dahulu , maka ketua kumpulan dan geng-geng berkenaan menerima syarat-syarat yang dikemukakan oleh hartawan berkenaan .

Namun pada hari pengundian , kemenangan telah memihak kepada Pakatan Rakyat , kumpulan kewangan berkenaan telah memungkiri janji, tidak mahu memberi baki ganjaran kepada hartawan tersebut untuk diagihkan kepada kumpulan-kumpulan sindiket perjudian dan kongsi gelap.

Bimbang drirnya akan dikenakan tindakan oleh kumpulan sindiket perjudian dan kongsi gelap itu, hartawan berkenaan telah melarikan diri keluar dari Pulau Pinang sebelum keputusan diumumkan.

Menurut maklumat , kini kumpulan sindiket perjudian dan kongsi gelap sedang giat mengesan hartawan berkenaan , tetapi sehingga kini mereka masih gagal menemuinya.

Diterjemahkan dari Kwong Wah eNews oleh ini kalilah!

Khalid Samad hentam 'Din Ayam' dan konco-konconya?

Posted: 30 May 2013 02:39 AM PDT


Timbalan Pesuruhjaya PAS III Selangor Khalid Samad menyalahkan kumpulan 'pembodek' pemimpin PAS yang membolehkan calon parti itu bertanding di DUN Kota Damansara sehingga Pakatan Rakyat gagal mempertahankan kerusi itu dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Mengemukakan empat kesan "tidak baik" sebagai bukti kesilapan PAS bertanding di situ, Khalid yang juga ahli parlimen Shah Alam menegaskan perkara itu perlu diakui oleh semua pihak khususnya pemimpin PAS. 

Menulis dalam blognya hari ini, Khalid menggariskan empat akibat tindakan ahli PAS itu, antaranya hubungan PKR dan PAS menjadi tegang, hubungan sesama ahli parti terjejas dan komitmen PAS dalam Pakatan dipersoal masyarakat.

Ini apa yang ditulisnya..

Oleh kerana banyaknya tulisan yang membincangkan isu Kota Damansara (KD) sedang tersebar melalui blog, komuniti online, laman sosial dan sebagainya; dan sebahagian besar darinya diselitkan fakta dogengan dari penglipur-lara, maka saya rasa terpanggil untuk menulis respon terhadapnya. Ini adalah untuk menyelamatkan sahabat-sahabat yang bersifat lurus dari tertipu dengan fakta-fakta dogengan sehingga memanjang-manjangkan fakta tersebut dan dengan itu mendapat dosa kering. 
Saya menulis respon oleh kerana mengambil kira dosa yang mungkin akan ditanggung mereka yang lurus ini dan bukan untuk membela diri semata-mata kerana seperti selalu, saya amat berterima kasih atas 'pahala subsidi' yang dihasilkan untuk saya oleh golongan-golongan penglipur-lara ini. 
Dulu ini juga yang saya alami apabila berhadapan dengan bekas Pesuruh Jaya PAS Selangor yang ingin gagalkan PR. Terdapat orang sama juga yang terlibat dan perkara yang sama seolah berulang kembali. Walaubagaimanapun, kesudahan kepada kisah penglipur-lara ini masih belum tamat dan insyaAllah akan dapat kita saksikan bersama. 
Saya akan keluarkan respon saya secara berperingkat. Pertama berhubung strategi, kedua dari sudut akhlak jamaah Islam; ketiga berhubung 2 kawasan contoh dan keempat kisah dogeng berhubung KD. Harap tunggu semua tersiar, baca kesemuanya, baru respon sekiranya mahu. 
Pada bahagian keempat penulisan ini saya akan cuba senaraikan fakta dogengan penglipur-lara rekaan golongan ini. Amatlah mendukacitakan apabila dilihat sebahagian dari mereka terdiri dari golongan yang berlatarbelakangkan Agama Islam. Sepatutnya mereka inilah yang menasihati golongan pereka cerita untuk berhenti dari menabur fitnah. 
1) BERTANDING DI KOTA DAMANSARA DARI SUDUT STRATEGI 
Ketepatan dan kebijaksanaan di sebalik sesuatu keputusan atau strategi biasanya akan dapat dibaca sebaik sahaja ianya dilaksanakan dari kesan dan natijah yang terhasil. Sebagai contoh mudah, keadaan seorang pemandu yang apabila tiba di simpang tiga tidak tahu hendak ke kiri atau ke kanan. 
Beliau membuat keputusan untuk ke kanan dan selepas setengah jam memandu mendapati keputusannya tersilap! Dari Kajang nak ke KL tiba-tiba baru disedari menuju ke Seremban! Beliau bukan berada di tempat yang ditujui, malahan semakin jauh. Natijahnya adalah bukti keputusannya silap. 
Berdasarkan natijah yang tercapai, hakikat bahawa pertandingan tiga penjuru di Kota Damansara adalah satu kesilapan pasti diakui oleh semua yang bersikap objektif dan terbuka, yang melihatnya dari sudut yang tepat, terpisah dari sebarang perkiraan peribadi. 
Hakikatnya, hasil dari tindakan ahli PAS di Kota Damansara bertanding setelah PKR menurunkan Dr Nasir sebagai calonnya, natijahnya tiada satu pun yang baik. Kecuali, dapat memuaskan nafsu golongan yang teringin sangat bertanding. 
Mari kita lihat pada natijahnya secara objektif dan jawab sendiri samada tindakan tersebut lebih maslahahnya atau mafsadahnya bagi PAS. Maka apakah natijah-natijahnya? 
Ianya seperti berikut: 
i) Kerusi Kota Damansara jatuh pada UMNO/BN.Rakyat ingin menolak UMNO/BN tetapi tindakan PAS menyebabkan pengundi-pengundi Kota Damasara terpaksa menerima UMNO/BN sebagai yang mewakili mereka. Dari sudut ini kita telah khianati kehendak rakyat dan kehendak Pakatan Rakyat sendiri. Sedangkan UMNO adalah saingan utama PAS dan memenangkan UMNO merugikan PAS. 
ii) Hubungan PKR dan PAS menjadi tegang dengan tersiarnya kenyataan tegur-menegur yang dieksploitasi akhbar. Hubungan di Kota Damansara sendiri sudah pasti rosak dan isu ini mampu juga merosakkan PR sehingga diperingkat seluruh Negara apabila dilihat tindakan PAS menyebabkan PKR kehilangan satu kerusi. 
iii) Hubungan PAS dengan PAS juga terjejas apabila ahli yang tidak setuju dengan tindakan 'melanggar janji' oleh PAS KD dituduh pula sebagai terlalu pro-PKR atau pro PSM! Saya diberitahu Cikgu Pa (SUA) sendiri telah diserahkan borang keahlian PSM oleh ahli-ahli PAS KD pada malam beliau turun ke KD untuk mengesahkan calon PKR sebagai calon PR yang rasmi. 
iv) Komitmen PAS terhadap PR dipersoalkan masyarakat apabila dilihat PAS sanggup memenangkan calon UMNO di KD. Sepertimana PSM dituduh agen UMNO/BN di Semenyih, kerana sanggup memecahkan undi PR, begitu juga tuduhan sama dilemparkan terhadap PAS hasil tindakan PAS KD. Maka hantu UG dihidupkan kembali oleh musuh musuh PAS yang ingin masyarakat sangsi terhadap PAS! 
Amat jelas bahawa kesemua 4 natijah di atas yang dihasilkan adalah tidak baik. Lainlah kalau memang terbuku dihati ingin UMNO menang, supaya hubungan PAS/PKR tegang, PAS/PAS bergaduh dan masyarakat sangsi akan komitmen PAS terhadap PR! 
Oleh itu, amat jelas juga bahawa bertanding di KD tidak berbaloi! Sekiranya tindakan sebaliknya diambil pada masa itu (persimpangan untuk membuat pilihan), kesemua natijah buruk di atas insyaAllah dapat dielakkan. UMNO tersungkur di Kota Damansara, hubungan PAS/PKR dan PAS/PAS serta imej PAS tidak terjejas. 
Oleh itu dari sudut strategi ianya perlu diakui sebagai satu kesilapan dan ditolak. 
Apabila diakui sebagai kesilapan dan ditolak, tidak bererti ditolak orang-orang tertentu. Kita semua faham keputusan berhubung strategi itu adalah ijtihad. Dan pemimpin berhak membuat ijtihad. Tetapi sepertimana kita juga tahu, ijtihad itu boleh betul atau tersilap. Ijtihad silap oleh pemimpin atau hakim tetap mendapat satu hasanah selagi ianya dibuat secara ikhlas. 
Walaupun mendapat satu hasanah, tidak bererti ianya perlu dipertahankan setelah kesilapannya jelas kelihatan. Mempertahankan ijtihad yang salah, setelah sudah jelas kesilapannya adalah kerja-kerja membodek pemimpin yang dikutuk Allah! 
Ringkaskan cerita, saya di sini ingin isytiharkan, sekiranya tiada siapa yang lain sanggup memberitahu pimpinan bahawa mereka tersilap, biarlah saya seorang menyatakannya!

Dahulu semasa menyanggah Hassan Ali pun saya seorang diri, maka biarlah kali ini juga saya seorang diri. Yang lain boleh teruskan menyatakan 'sayang' mereka terhadap pimpinan dan terus 'membodek' mereka. 
Sedangkan sayang pimpinan bukan isunya di sini. Dan sekiranya benar sayang sekalipun, betulkan mereka apabila mereka tersilap bukan terus membodek mereka. Itu sayang yang sebenar. 
"AsSidduku amaanah wal kadzibu khiyaanah", kata-kata Saidina Abu Bakar (RA) kepada ummat Islam sebaik sahaja beliau dipilih menjadi khalifah. Cakap benar (iaitu menegur apabila berlaku kesilapan) adalah amanah dan berdusta (iaitu membodek dan menafikan kesilapan pemimpin) adalah khianat! 
Saya tidak sanggup khianat.

Bertandingnya PAS di Kota Damansara merupakan satu kesilapan dan natijahnya adalah bukti dan dalil akan kesilapan itu! 
Saksikan wahai Allah bahawa saya telah memenuhi tanggung jawab saya pada pimpinan saya! 
Bersambung... 
 
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Kan aku dah kata.. ada PENGKHIANAT bersama kita.. kalau nak tahu siapa 'Din Ayam' sila baca di SINI

Itu baru di Selangor.. di Perak, Kedah dan Pulau Pinang pula bagaimana?

Yusni Mat Piah pulak siapa dalam pimpinan PAS Pulau Pinang nak tegur dia?.. atau dia memang sangat berpengaruh dan hebat dalam PAS Pulau Pinang hinggakan Pesuruhjaya PAS negeri pun takut nak tegur apa yang dia dah buat di Sungai Acheh..

Apa yang dia dah buat di Sungai Acheh sila baca di SINI

Menentang Kerajaan dianggap Penderhaka.. Dr. Maza tanya fatwa ni berapa harganya Harussani ?

Posted: 30 May 2013 12:30 AM PDT


Sabtu lalu, penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard menyeru rakyat Malaysia menjadi sukarelawan 'Suara Rakyat 505' untuk menggesa pimpinan SPR meletakkan jawatan.

Mengulas mengenai pekara itu.. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, mereka yang tidak berpuas hati sepatutnya guna saluran betul iaitu mahkamah dan bukan melakukan demonstrasi di jalan raya.

"Sebarang usaha untuk menentang kerajaan yang sah, itu namanya penderhaka. Menentang secara aman pun dianggap sebagai penderhakaan kepada negara.

"Apatah lagi, jika ada yang mahu melakukannya dengan keganasan. Kalau tidak puas hati, failkan petisyen ke mahkamah. Mengapa mahu tunjuk perasaan?"

"Kalau sampai mengancam nyawa orang lain, itu sudah tergolong dalam dosa besar. Mereka perlu bertaubat segera," katanya semalam.

Menentang secara aman pun dianggap sebagai penderhakaan kepada negara??.. hmmm... fatwa apa pulak ni?? Fatwa demi UMNO ke?

Tak apa.. kita lihat apa pula ulasan Dr. Maza mengenai fatwa terbaru Tan Sri Harussani ini..


Berapa harga fatwa tu?.. kah.. kah.. kah..

TV3 Kantoi lapor berita bohong lagi.. kali ini insiden bot karam pula..

Posted: 29 May 2013 10:18 PM PDT


Bila kebanyakkan media menyiarkan laporan mengenai insiden bot karam ini.. mula-mula aku tak peduli sangat, sebab aku hanya melihat gambar diatas yang disiarkan oleh kebanyakkan media tu..

Aku tak berminat untuk membaca berita yang disiarkan itu, kerana dari gambar aku menyangka tak ada di Malaysia yang dah merdeka lebih 55 tahun ni orang naik bot sampai kena duduk atas bumbung..

Bila TV3 siarkan laporan mengenainya baru aku berminat nak ambil tahu.. rupa-rupanya insiden ini telah berlaku di Sarawak yang dikatakan sebagai kubu kuat Barisan Nasional bukannya Bangladesh seperti mana yang aku sangka..

Maka timbullah persoalan.. kenapa negeri yang kaya dengan hasil sumber semula jadi ini dan Ketua Menterinya dibayar paling mahal gajinya (lihat di SINI), sungai masih dijadikan sebagai jalan utama?

Sepatutnya sebagai kubu kuat.. kemudahan yang ada sudah pasti memuaskan hati rakyat untuk membolehkan mereka kekal menyokong Barisan Nasional..

Kemana menghilang kekayaan negeri?

Apa yang TV3 laporkan.. seolah-olah negeri yang menjadi Kubu Kuat atau Fixed Deposit Barisan Nasional itu mempunyai kemudahan jalan darat yang baik.

Dan tambang yang dikenakan adalah murah hingga menyebabkan penduduk sanggup merisikokan nyawa mereka untuk menggunakan perkhidmatan feri itu.

Semata-mata untuk mengambarkan kepada keseluruhan rakyat Malaysia kononnya Sarawak telah ditadbir dengan baik oleh Barisan Nasional ini..

Tetapi laporan oleh TV3 itu tenyata bohong sama sekali bila ada individu dari Sarawak mempertikaikan laporan itu dan memohon TV3 meminta maaf atas laporan yang bersifat bohong itu..

Sumber SINI

Dan pembohongan oleh TV3 itu telah disahkan secara tidak langsung oleh Utusan yang juga merupakan lidah rasmi UMNO dengan menyiarkan laporan di bawah ini..

"Jalan darat yang ada terlalu teruk keadaannya dan kami tiada pilihan selain menaiki bot ekspres."

Demikian jawapan penduduk di daerah ini semasa ditanya mengapa perkhidmatan bot ekspres menjadi pilihan utama mereka untuk keluar ke bandar terdekat walaupun tambangnya agak tinggi.

Rata-rata penduduk yang ditemui Utusan Malaysia berkata, tambang perkhidmatan pengangkutan air itu tidak semurah yang disangka, sebaliknya agak membebankan terutama kepada mereka yang mempunyai keluarga besar.

Seorang surirumah yang hanya ingin dikenali sebagai Sonia, 31, memberitahu, tambang bot ekspres dari Belaga ke Kapit dan Sibu masing-masing mencecah RM35 dan RM55 bagi setiap penumpang dan adakalanya lebih mahal pada musim perayaan.

Beliau berkata, dia dan suami perlu mengeluarkan belanja besar untuk menampung kos mereka dan tiga anak setiap kali mahu pulang ke kampung halamannya yang terletak di Kapit.

"Tiada jalan darat ke Kapit dan jalan sedia ada cuma menghubungkan Belaga dengan Bintulu dan itu pun sekadar jalan balak yang kerap terputus hubungan akibat tanah runtuh terutama jika hujan.

"Sebuah lagi jalan darat berturap yang turut menghubungkan Belaga dengan Bintulu sudah siap dibina pihak tentera namun tiada jambatan. Jadi kami menggunakan bot ekspres walaupun mahal dan mengambil masa sehingga empat atau lima jam," katanya.

Kakitangan awam, Katijah Abdullah, 33, pula berkata, perkhidmatan bot ekspres yang melalui daerah tersebut hanya dua kali sehari, iaitu laluan Bakun-Belaga-Kapit-Sibu pada sebelah pagi serta laluan Sibu-Kapit-Belaga-Bakun pada sebelah petang.

Jika terlepas perkhidmatan tersebut, katanya, mereka terpaksa menunggu keesokan hari atau memilih pengangkutan darat menggunakan kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang dipanggil 'prebet' dengan bayaran RM50 setiap penumpang.

Sampai bila TV3 nak perbodohkan rakyat Malaysia ni agaknya??

Bagaimanapun tentang insiden yang berlaku di Sarawak itu.. sebagai rakyat Malaysia selain bersimpati dengan mangsa dan keluarga mangsa, kita juga perlu hormati pilihan mereka..

Mereka telah memilih untuk terus hidup mundur begitu di bawah pentadbiran yang korup.. itu hak mereka.. jadi raikanlah!!

Tiada ulasan: