Ahad, 26 Mei 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Ustaz Azhar Idrus (UAI) Kahwin seorang lagi... Selamat pengantin baru dan Tahniah diucapkan..

Posted: 26 May 2013 12:47 AM PDT


Ni tak ada kena mengena dengan politik.. tapi kalau korang nak politikkan pun ikut suka korangla..

Kira-kira dua jam yang lalu Admin PemudaGombak.Com telah melaporkan bahawa penceramah popular tanah air Ustaz Azhar Idrus (UAI)telah selamat diijabkabulkan dengan anak saudara Tuan Haji Omar bin Tahar, Ketua PAS Cawangan Keramat Permai AU 1, Hulu Klang, Gombak.

Rentetan itu Ketua Pemuda PAS Gombak, Syarhan Humaizi Abdul Halim mengucapkan Selamat pengantin baru buat Ustaz Azhar Idrus serta mengucapkan Selamat datang ke Gombak buat Ustaz Azhar.

"Mudah-mudahan kedatangan UAI ke Gombak dapat menyebarluaskan lagi dakwah Islamiyah di bumi bertuah Gombak."

"Selamat datang ke Gombak dan menyertai kami di Gombak! Kami bertuah menerima ahli baru"..

Yang menarik pada majlis perkahwinanan Ustaz Azhar Idrus pada kali ini ialah semua madu madu sama meraikan majlis itu.

Berikut adalah beberapa keping gambar dari majlis perkahwinan itu..


Ni khas buat Ustaz Azhar Idrus


Sumber Info PemudaGombak.com dan Akakdisebalikpintu

Lagi gambar sila lihat di SINI

Ketua Pemuda PAS Gombak pula belasah Shamsul Iskandar..

Posted: 26 May 2013 12:05 AM PDT


PAS mengambil sikap terbuka dan menerima kritikan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin berhubung isu pertindihan kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara dan Sungai Acheh.

"Kenapa nak terasa (dengan AMK) kerana perkara yang tak sepatutnya berlaku sudah berlaku. Mereka ada hak untuk buat aduan dan kritikan.

"Kalau PAS bertanding dikerusi sendiri tiba-tiba PKR nak juga sudah tentu PAS sakit hati, begitu juga (jika terjadi dengan) DAP," kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad ketika ditemui di Kongres PKR ke-9 di Majlid Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata PAS Selangor sudah selesai membuat siasatan mengenai isu kerusi DUN Kota Damansara dan sudah menyerahkan laporan kepada Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

"Perlu ada siasatan dan bagi orang yang bertindak salah kalau ada kesalahan maka tindakan perlu diambil.

"Apa yang ditimbulkan Shamsul dalam konteks nak jaga setia kawan dalam PAS, PKR, DAP untuk memperkukuh Pakatan dan PAS mampu menerimanya dengan baik," katanya lapor Free Malaysia Today.

Tapi lain pula pendapat Ketua Pemuda PAS Gombak..

Merujuk kepada laporan media Malaysian Insider yang bertajuk "AMK Selar Presiden PAS kerana mencerca calon PKR semasa kempen PRU13", kami menyelar sikap Ketua AMK Shamsul Iskandar Mat Akin memburuk-burukkan Presiden PAS di hadapan media. Jika seminggu dua lalu Timbalan Presiden PKR mengkritik Presiden PAS rentetan ketidakpuasan hati prestasi PKR Selangor yang ada kena mengena dengan jawatan MB Selangor, hari ini Ketua AMKnya pula mencontohi sikap tersebut.

Kami tidak kisah untuk AMK mengkritik mana-mana pimpinan PAS, tapi kita ada saluran dalaman yang menjadi amalan kita selama ini. Jika tidak, media Umno/BN akan melaga-lagakannya.

Jika ia datang dari macai dan media Umno/BN, kami langsung tidak hiraukan namun kali ini AMK pula menjadi penyambung lidah macai Umno/BN yang menghentam Presiden PAS secara terbuka.
Sahabat Pemuda AMK!
AMK patut mencelikkan mata untuk membuat penilain terhadap sebahagian calon-calon pilihanraya dan YB-YB PKR supaya tragedi Perak tidak berulang lagi. Inilah perkara yang ditegaskan oleh Tuan Guru Presiden PAS kepada semua rakan-rakan PR sepanjang perundingan kerusi PRU.

Namun, PKR sambil lewa sahaja mengambil nasihat ini di beberapa kerusi. Presiden PAS tidak mencerca secara spesifik mana-mana calon walapun mempunyai maklumat.Sebagai ingatan, mungkin AMK lupa, sejarah telah menyaksikan sebahagian YB-YB PKR yang diambil secara serkap jarang semata-mata untuk menghadapi pilihanraya sehingga menyebabkan kejatuhan kerajaan PR Perak pada 2008.Bukan itu sahaja, malah sejak PRU 2008 PR dimalukan dengan insiden-insiden YB-YB PKR keluar parti seperti spt di Parlimen Bayan Baru, Parlimen Nibong Tebal, Parlimen Wangsa Maju, Parlimen Bagan Serai dan Parlimen Kulim-Bandar Baru.

Ini bukan sahaja pengkhianatan kepada rakan-rakan Pakatan Rakyat, malah pengkhianatan besar terhadap mandat rakyat. Perkara ini disentuh dan ditegur oleh pimpinan PAS dalam pertemuan tertutup tanpa melibatkan media seperti yang dilakukan oleh Ketua AMK kali ini.Puncanya tidak lain tidak bukan kerana PKR mengambil sebahagian calon tangkap muat dan berpotensi untuk lompat parti jika menang PRU dengan hanya diumpan dengan wang ringgit.Inilah pengkhianatan yang teramat besar iaitu mereka gagal memilih dan menapis calon yang berwibawa dan berkredibliti untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat.

Inilah yang PAS dan DAP tidak mahu, kemenangan yang separuh jalan sebagaimana berlaku di Perak tempohhari. Tidak cukup dengan itu, PKR bermain kayu tiga membuat rundingan dengan PSM yang tidak pernah menjadi rakan sekutu PR dan perkara ini didedahkan sendiri oleh Setiausaha Agung PSM S Arutchelvan yg juga calon PSM di Semenyih.Ini satu lagi bentuk pengkhianatan yang tidak boleh dimaafkan oleh rakyat.Sahabat Pemuda AMK!AMK sepatutnya sedar dan insaf tentang kekangan serta ketandusan petugas pilihanraya mereka. Ini bukan kata-kata angkuh tetapi sekadar peringatan bersama serta realiti yang berlaku.

Buktinya, lihatlah di mana-mana sebahagian besar kawasan pilihanraya, petugas-petugas AMK dan PKR hanya pandai bercakap dan tidak cukup untuk menghadapi pilihanraya dan akhirnya ia dibantu oleh jentera Pemuda PAS.Ini suatu hakikat. Ia dilihat oleh rakyat, yang akhirnya menyaksikan ada beberapa calon PKR ditolak di peringkat parlimen sedangkan calon PAS di peringkat DUN menang besar.

PAS berusaha melahirkan jentera dan petugas yang istiqamah,namun kami bukan macai calon-calon PKR yang hanya nampak muka sehari dua dalam keadaan tiada petugas sendiri.Buat sahabat AMK dan ketuanya, jika ada sebarang ketidakpuasan hati, eloklah dibawa ke perbincangan dalaman PR bukan di media.Jika di media, tambahan pula menghentam Presiden kami maka kami selaku Pemuda Pas sukar menerima kenyataan tersebut dan tidak akan berdiam diri.

Sedang kami Pemuda Pas boleh menghormati DSAI selaku Ketua PKR sekalipun ada banyak perkara yg mungkin kami tidak bersetuju, jadi molek kiranya AMK pun belajar beradab sebelum kemungkinan ada pula pimpinan yang lain mencerca DSAI di khalayak ramai disebabkan perbuatan tidak beradab itu.Sahabat Pemuda AMK!Ini adalah teguran dan peringatan pada semua sebagai pemuda PR yang ada akhlak dan adabnya.


Syarhan Humaizi Abdul Halim,
Ketua Pemuda PAS Gombak.

Berbeza pendapat tu tak salah.. tapi kalau boleh gunakanlah saluran yang sesuai..kalau berterusan macam ni.. UMNO tentu gembira..

Siapa yang kurang cerdik dalam hal ini?.. Seorang mengkritik secara terbuka.. manakala seorang lagi pula membalas kritikan itu tanpa usul periksa nampaknya...

BN Perak akan tumbang dalam masa 6 bulan?

Posted: 25 May 2013 07:00 PM PDT


KEMENANGAN BN di Perak dengan 31 kerusi Dun daripada 56 bukanlah kejayaan yang boleh dibanggakan, malah kemenangan itu cukup tidak selesa bagi Menteri Besar Perak, Dato' Zambry Abdul Kadir.

BN cuma menang dengan kelebihan 3 kerusi Dun sahaja, sama seperti Pakatan Rakyat menang pada PRU12 lalu.

Pakatan Rakyat memperolehi 31 kerusi manakala BN 28, sekarang terbalik, BN 31, Pakatan Rakyat 28. Hakikatnya cukup tidak menyenangkan bagi BN walaupun mustahil Adun BN "melompat" ke Pakatan Rakyat.

Pada 2008, walaupun kemenangan berpihak kepada Pakatan, tetapi ia terlepas kuasa apabila apabila wakil rakyatnya di Jelapang, Changkat Jering dan Behrang "melompat" parti menjadi Adun bebas.

Pada PRU13, Pakatan Rakyat berjaya menawan Dun Changkat Jering, dan Jelapang tetapi gagal mengambil Dun Behrang.

Pilihan raya umum kali ini BN menang tipis di beberapa Dun, seperti Lubok Merbau (majoriti 53 undi), Manjoi (132), Pasir Panjang (304) dan Selama (619).

Apa yang menjadi kebimbangan kerajaan BN Perak apabila baru-baru ini Pakatan Rakyat Perak bertekat untuk mengemukakan petisyen di mahkamah terhadap keputusan di enam kawasan pilihan raya di negeri itu.

Kawasan-kawasan tersebut adalah Dewan Undangan Negeri (Dun) Manjoi, Manong, Lubuk Merbau, Kamunting, Pasir Panjang dan Selama.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, petisyen tersebut akan dibuat berikutan terdapat bukti berlakunya penipuan pilihan raya.

Antara penipuan yang dikesan termasuk warga asing boleh mengundi, orang lain sudah mengundi untuk pengundi yang sah, dan keraguan peratus undi rosak yang lebih tinggi berbanding undi majoriti.

Sekiranya kesemua petisyen tersebut, atau tiga daripada pitesyen itu berjaya, pastilah pilihan raya akan diadakan semula di kawasan berkenaan.

Memandangkan "mood" rakyat yang kian bergelora dengan slogan Pakatan Rakyat "Ini kali lah" pastinya BN cukup sengsara untuk memenangi semula Dun tersebut, sekali gus membolehkan Pakatan Rakyat menerajui semula negeri ini.

Inilah yang dinantinantikan oleh Pakatan Rakyat.

Mungkinkah kerajaan BN Perak kali ini cuma bertahan enam bulan sahaja? Segalanya ditentukan oleh Allah.

Jika diteliti pada pilihan raya umum kali ini terdapat perubahan pola pengundian serta pertambahan pengundi di beberapa buah kawasan yang dimenangi BN berbanding 2008, lebih-lebih lagi di kerusi yang mempunyai 70 peratus pengundi Melayu.

Perkembangan yang berlaku menyaksikan berlakuknya pertambahan pengundi yang mendadak di Dun Manjoi dan Pasir Panjang dalam masa lima tahun ini.

Di Manjoi, pertambahan pengundinya naik sehingga 36 peratus. Begitu juga Pasir Panjang, hampir 35 peratus pengundi baru bertambah - purata luar biasa bagi sebuah kawasan kampung.

Ini yang menjadi tanda-tanda bagaimana boleh peningkatan pengundi baru yang naik mendadak. Pada pilihan raya 2008, di Manjoi pertambahan pengundi hanya tujuh peratus sahaja, begitu juga di Pasir Panjang hanya lapan peratus. Purata biasa pertambahan pengundi baru bagi sesebuah negeri ialah sebanyak 19.6 peratus.

Oleh demikian dengan pertambahan pengundi baru yang mendadak menimbulkan satu persoalan dan inilah yang menjadi punca dua kawasan itu dimenangi BN dengan majoriti tipis.

Pada pilihan raya umum sebelum ini Dun Changkat Jong dimiliki oleh PAS, tetapi kali ini PAS tidak mampu mempertahankan kemenangan di kawasan itu.

Jika dianalisis faktor kekalahan PAS di Dun berkenaan, antara punca kekalahan PAS di kerusi itu pertambahan pengundi baru sebanyak 5,463. Calon PAS Anuar Sudin memperolehi 10,947, sementara calon BN Mohd Azhar Jamaludin mendapat 12,065. Calon PAS tewas dengan majoriti 1,718, berbanding 2008 lalu Anuar Sudin menang dengan majoriti 899.

Pada pilihan raya umum kali ini menyaksikan hampir separuh daripada jumlah undi pengundi baru itu memberi undi kepada calon BN iaitu Mohd Azhar Jamaluddin.

Inilah yang perlu dimuhasabah oleh PAS sekiranya mahu kembali menawan kerusi Dun ini pada PRU14 nanti.


~WARTA UTARA ONLINE

Timbalan Pengerusi SPR Menipu.. Gambar Blackout ini dirakam di Sek. Keb. Serdang di Saluran 3, 5 Mei lalu..

Posted: 25 May 2013 09:23 AM PDT


Adun Seri Serdang yang baru dipilih, Noor Hanim Ismail mengecam Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar kerana membuat kenyataan palsu dan menipu.

Ini ekoran kenyataan Wan Ahmad yang mendakwa bahawa kejadian Blackout 505 yang tersebar di internet dan akhbar adalah fitnah dan lakonan yang dirakam sebelum PRU 13.

"Mereka telah melakonkan perkara ini sebelum pilihan raya lagi untuk disebarkan di internet sebagai helah bagi menunjukkan kononnya berlaku kejadian lampu padam, sedangkan ini semua cerita karut.

"Pada gambar tersebut ditunjukkan kononnya petugas SPR sedang mengira kertas undi dan terpaksa menggunakan lampu bantuan kerana lampu padam sedangkan petugas itu langsung tidak memakai baju SPR," kata Wan Ahmad kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.

Noor Hanim, calon PAS dalam pilihan raya ini menang dengan majoriti 16,251 undi dalam pilihan raya ini un tuk kerusi Seri Serdang. Beliau mendapat 39,373 undi mengalahkan calon BN Mohamed Yusof Mohamed Yassin yang mendapat 23, 486 undi.

Menurut Noor Hanim , gambar itu adalah asli yang berlaku di Sekolah Kebangsaan Serdang, di bilik pengiraan undi Saluran 3.

"Counting Agent kami telah mengambil beberapa gambar sebelum dan selepas kejadian blackout tersebut itu berlaku," kata Noor Hanim dalam kenyataannya.

"Saya menyarankan agar pihak SPR khususnya Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana telah melakukan kesilapan dalam mengeluarkan kenyataan tanpa membuat kajian yang mendalam dan mengambil ringan isu yang dibangkitkan oleh rakyat.

"SPR sebagai badan rasmi yang menguruskan pilihanraya ini mesti dilihat profesional, adil dan telus serta tidak berpihak kepada mana-mana parti," kata Noor Hanim dalam kenyataannya.

Berikut adalah kenyataan medianya..

GAMBAR LAKONAN BLACKOUT 505: MENYANGKAL DAKWAAN SPR 

Saya mengecam kenyataan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) melalui Timbalan Pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang menyatakan bahawa kejadian Blackout 505 yang tersebar di internet dan akhbar adalah fitnah dan lakonan yang dirakam sebelum PRU 13.

Ternyata hasil penelitian dan siasatan awal yang dilakukan beliau bersama pegawai-pegawainya adalah sangat lemah dan hanya sekadar ingin menutup kelemahan sistem pilihanraya yang ada dan menafikan kejadian blackout yang benar-benar berlaku.

Saya ingin menyatakan bahawa gambar yang tersebar tersebut adalah benar dan kejadian itu berlaku di SEKOLAH KEBANGSAAN SERDANG, di bilik pengiraan undi Saluran 3.

"Counting Agent" kami telah mengambil beberapa gambar sebelum dan selepas kejadian blackout tersebut itu berlaku.

Saya juga melihat beberapa kelemahan Timbalan Pengerusi SPR dalam menilai beberapa aspek dikatakan Prosedur Operasi Standard (SOP) SPR sewaktu hari mengundi pada 5 Mei 2013 yang lalu.

Bagaimana beliau sendiri tidak tahu pakaian rasmi petugas-petugas SPR berwarna kelabu pada hari tersebut.

Saya juga berasa hairan kerana beliau juga tidak kenal kotak bekas kiraan undi yang digunakan oleh pihak SPR sendiri.

Gambar tersebut dengan jelas menampakkan logo SPR di tepi kotak kiraan undi yang digunakan.

Sewaktu kejadian itu berlaku, wakil calon kami juga telah berusaha membekalkan lampu suluh ke bilik kiraan undi tersebut bagi memastikan proses kiraan undi berjalan dengan lancar.

Saya menafikan bahawa terdapat wartawan di lokasi kejadian kerana yang ada hanya Ketua Tempat Mengundi (KTM), petugas SPR, wakil calon dan anggota polis yang bertugas.

Oleh itu, saya menyarankan agar pihak SPR khususnya Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana telah melakukan kesilapan dalam mengeluarkan kenyataan tanpa membuat kajian yang mendalam dan mengambil ringan isu yang dibangkitkan oleh rakyat.

SPR sebagai badan rasmi yang menguruskan pilihanraya ini mesti dilihat profesional, adil dan telus serta tidak berpihak kepada mana-mana parti.


YB NOOR HANIM ISMAIL
ADUN SERI SERDANG.
25 Mei 2013 / 15 REJAB 1434

Masih nak menegakkan benang yang basah ke Wan Ahmad?

Tiada ulasan: