Anak Sungai Derhaka |
Gambar dan Video dari sekitar Himpunan Pesta Rakyat Di Amcorp Mall Petaling Jaya.. Posted: 25 May 2013 05:52 AM PDT Ribuan peserta mula memenuhi Padang Timur, Petaling Jaya bagi menyertai Perhimpunan Suara Rakyat 505 yang bermula sejak jam 5 petang tadi. Himpunan anjuran 54 gabungan NGO itu diadakan bagi membantah penipuan dilakukan oleh Barisan Nasional dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada pilihan raya umum lalu. Ia adalah siri ke 9 sejak himpunan yang sama diadakan di Kelana Jaya, 8 Mei lalu yang berjaya menarik kehadiran lebih 120,000 rakyat. Meskipun diberi amaran keras oleh polis, ia tidak menghalang ribuan Peserta untuk tiba ke lokasi seawal jam 3 petang tadi. Mereka yang terdiri daripada pelbagai kaum, dilihat berpakaian hitam sebagai simbolik kepada bantahan dan warna tema bagi himpunan tersebut. Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali antara pemimpin Pakatan Rakyat yang dilihat paling awal muncul di Dataran berkenaan kira-kira jam 6 petang. Pimpinan Pakatan Rakyat dijangka akan memberikan ucapan pada malam ini dan kemuncak acara adalah ucapan dari Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Orang ramai yang berada di sekitar Petaling Jaya masih boleh menyertai himpunan tersebut, namun dinasihatkan supaya menggunakan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. |
Dewan Ulama PAS tegah Ahlinya sertai perhimpunan 'Suara Rakyat 505 '?.. Betul ke nih?.. Posted: 24 May 2013 09:30 AM PDT Ini adalah apa yang telah dilaporkan oleh Berita Harian mengenai pandangan Ketua Dewan Ulama PAS tentang perhimpunan aman Himpunan Suara Rakyat 505 yang bakal diadakan hari ini 25Mei, jam 4.30ptg, di Padang Timur (depan Amcorp Mall),Petaling Jaya.. Laporan telah ditulis oleh wakil wartawan akhbar tersebut yang menghubungi Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib baru-baru ini. Kuala Lumpur: Dewan Ulama PAS menasihatkan ahlinya supaya tidak menyertai perhimpunan haram membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang akan diadakan esok, kerana ia tidak memberi keuntungan serta kekuatan kepada parti itu. Bagaimanapun portal rasmi Parti Islam SeMalaysia telah mengeluarkan kenyataan balas mengenai laporan oleh Berita Harian ini .. Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Tuan Guru Dato' Hj Harun Taib kesal dengan tajuk yang diletakkan oleh Berita Harian yang bertarikh 24hb Mei 2013 ( Hari Jumaat) yang bertajuk : "Ahli PAS ditegah sertai perhimpunan" yang tidak menepati maksud asal ketika wakil wartawan akhbar tersebut menghubungi beliau baru-baru ini. Aku tertarik dengan apa yang dinyatakan oleh Dato Husam di perhimpunan blackout 505 di Kuala Ibai, Terengganu baru-baru ini, dimana katanya.. "Kalau ada mana-mana pimpinan pakatan rakyat bersuara seperti umno, berminat untuk menjadi jurucakap umno, mengkhianati amanah rakyat dengan menjadi ejen umno, saya ajak saudara saudari sekelian untuk menentang mereka sehingga mereka tumbang ditangan rakyat... jangan cuba khianat amanah rakyat dengan menjadi ejen pemerintah zalim umno barisan nasional"Nanti ada pulak yang belasah aku lagi sebab siarkan laporan yang macam ni.. tapi orang kata.. "Lieutenant, sometimes you have to stand your ground and pick your ditch to die in." this words meant that you have to stand up for what you believe in even if faced with overwhelming condemnation... |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan