Khamis, 23 Mei 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


PAS sedia bantu polis siasat konspirasi gulingkan kerajaan..

Posted: 23 May 2013 01:59 AM PDT


Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, parti itu bersedia untuk bekerjasama dengan polis sekiranya diminta membantu dalam siasatan berhubung dakwaan konspirasi menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan.

Menurutnya, Pas mengulangi pendirian bahawa parti itu tidak menyokong mana-mana pihak yang mahu menggunakan kekerasan dalam perjuangan kerana ia boleh menimbulkan huru-hara dan ketidakstabilan kepada negara.

Katanya, Pas akan terus menegakkan keadilan, tetapi dengan cara demokratik mengikut apa yang termaktub dalam perlembagaan.

"Pas sama sekali menolak pendekatan untuk menggulingkan kerajaan menggunakan kekerasan kerana pendekatan itu amat serius. Malah kita sedia memberikan kerjasama dengan pihak polis.

"Perjuangan dalam Pas tiada keganasan sebab itu kita tolak sekeras-kerasnya," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan pengasas Asal Bukan Umno (ABU) baru-baru ini yang mahu menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) menggunakan kekerasan atas alasan proses PRU13 baru-baru ini tidak telus.

"Kami (DAP) tidak akan melakukan perkara yang membuang masa seperti ini. DAP sudah 47 tahun ditubuhkan dan telah melalui 10 pilihan raya umum negara.

"Sepanjang tempoh berkenaan, DAP hanya menunjukkan ketidakpuasan hati terhadap sistem pilihan raya negara sahaja. Kami tidak takut menerima keputusan. Saya sendiri pernah kalah pilihan raya," kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mengadakan lawatan ke Segamat, semalam.


Pada 24 dan 25 Mei ini Parti Keadilan Rakyat pula akan mengadakan Kongres Nasional PKR kali ke-9 di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Menggunakan slogan 'Suara Rakyat, Suara Keramat' sebagai simbol kebangkitan rakyat bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil..

Jadi.. siapa sebenarnya yang menganjurkan Pesta Himpunan Suara Rakyat 505, Sabtu ini??

Sila baca di SINI

Tamrin juga ditahan selain Tian Chua dan Haris Ibrahim..

Posted: 23 May 2013 12:20 AM PDT


Polis menahan Tamrin Tun Ghafar sekejap tadi di sebuah restoran dekat Bangsar dan dibawa ke Balai Polis Jinjang.

"Saya ditahan oleh Polis Bukit Aman. Polis sedang menunggu saya menghabiskan makan tengahari di Chawan (Restoran), Bangsar," kata Tamrin dalam sms kepada rakan-rakannya.

Dengan penangkapan Tamrin, polis kini telah menahan empat orang iaitu aktivis pelajar Adam Adli, anggota Parlimen Batu Tian Chua dan akhtivis Asal Bukan Umno, peguam Haris Ibrahim.

Laporan sebelumnya...

Ahli Parlimen Batu Tian Chua serta aktivis NGO Asal Bukan Umno (ABU) Haris M Ibrahim hari ini ditahan polis dipercayai ada kaitan dengan program himpunan SuaraRakyat505 Sabtu ini.

Pembantu Tian, Rozan Azin Mat Rasip ketika dihubungi Harakahdaily berkata, bosnya itu ditahan di lapangan terbang LCCT tengahari ini sebelum melepasi pemeriksaan keselamatan untuk ke Kelantan.

"20 minit lalu saya menelefonnya dan beliau memaklumkan dibawa ke Balai Polis Jinjang. "Mungkin ada kaitan sama ada dengan ucapan pada forum 13 Mei di Dewan Himpunan Cina sebelum ini atau himpunan Black505," katanya.

Tian melalui Twitternya dalam pada itu turut menyebut polis menahannya berhubung siasatan mengikut Akta Hasutan.

Sementara itu, setiausaha agung PSM S Arutchelvan dalam satu tulisan di Facebook pula berkata Haris, yang mengetuai NGO Asalkan Bukan Umno, ditahan oleh lima orang anggota polis ketika sedang makan tengahari di Segambut.

Haris pagi ini hadir di bangunan kompleks mahkamah Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan ke atas aktivis siswa Adam Adli yang dituduh mengikut Akta Hasutan hari ini.

~ Harakahdaily

Video Samseng UMNO? menganggu 'Candlelight Vigil' untuk Adam Adli di Penang tersebar!!.. Saksikan!!

Posted: 22 May 2013 10:21 PM PDT


Satu kumpulan pemuda yang bertindak ganas menyerang para aktivis NGO hak asasi Suaram yang menyertai perhimpunan sebagai tanda sokongan ke atas aktivis siswa, Adam Adli di Penang Esplanade pada malam tadi.

Kumpulan pemuda tersebut, ada di antaranya yang menaiki motosikal, mengejar para aktivis berkenaan dan menuduh para aktivis tersebut membawa senjata.

Seorang wartawan Oriental Daily, Ooi Choon Nam juga diserang dalam serangan tersebut, yang menyebabkan kerosakan pada kaca matanya dan kecederaan ringan di bahagian tangan.


Kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 9.30 pagi semasa kira-kira 100 orang peserta acara nyalaan lilin tersebut, termasuk koordinator Suaram Pulau Pinang Sean Ho dan anggota jawatankuasa pusat PSM Soh Sook Hwa, sedang bersurai.

Ho dan So dihalang oleh kumpulan berkenaan apabila mereka sedang meninggalkan padang berkenaan. Keadaan itu bertambah tegang apabila kedua-dua aktivis tersebut dihambat oleh kumpulan pemuda berkenaan sehingga ke kawasan Fort Cornwallis.

Menurut Ho, individu bermotosikal berkenaan juga cuba melanggarnya, dan salah satu kenderaan tersebut mengenai kakinya.

Wartawan Ooi yang bertugas pada malam itu juga cuba masuk campur namun diserang di bahagian muka yang menyebabkan kaca matanya melayang ke tanah.

Kumpulan pemuda berkenaan kemudiannya terus mengekori Ho dan Soh, manakala salah seorang dari anggota kumpulan tersebut berteriak melalui satu pembesar suara dan menuduh Ho dan Soh membawa senjata ~ Malaysiakini

Berikut adalah rakaman video yang menunjukkan seorang macai UMNO menganggu peserta nyalaan lilin Isnin lalu di hadapan USM..



 Depa ingat Penang ni Mak Bapak depa yang punya ka?.. tak pasai-pasai nak halau orang..

Adam Adli mengaku tak bersalah tuduhan hasutan

Posted: 22 May 2013 08:17 PM PDT


Aktivis siswa Adam Adli Abdul Halim mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengeluarkan kata-kata hasutan melalui satu ucapan pada 13 Mei lalu.

Anak muda berusia 24 tahun itu mengaku tidak bersalah apabila tuduhan berkenaan dibacakan ke atasnya di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Norsharidah Awang. 

Beliau didakwa mengeluarkan kata-kata hasutan dengan menyeru rakyat turun ke jalan raya untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Umno dan BN.

Mahkamah menetapkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan kes berkenaan akan disebut semula pada 2 Julai.

Tuduhan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 itu memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang tiga tahun dan denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya.


Adam Adli diwakili peguam S Ambiga ~ Malaysiakini

18 ditahan sewaktu nyalaan lilin untuk Adam Adli.. (Video Inside)

Posted: 22 May 2013 09:29 AM PDT


Malaysiakini melaporkan.. Polis menahan 18 orang daripada mereka yang telah berkumpul di hadapan balai polis Jinjang malam ini untuk menyatakan sokongan terhadap aktivis pelajar Adam Adli.

Dipercayai 18 orang yang ditangkap sewaktu program nyalaan lilin malam ini terdiri daripada 14 lelaki, termasuk Peter Chong yang merupakan pembantu Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa serta empat orang wanita.

Adam ditahan Sabtu lalu ekoran kenyataan yang dibuatnya dalam satu forum selepas pilihan raya yang dianjurkan oleh Suara Anak Muda Malaysia (SAMM), pada 13 Mei, dan dijangka didakwa atas tuduhan hasutan esok ~ Malaysiakini


Difahamkan tangkapan telah bermula jam 10:50 malam 22.5.2013, menurut sumber pihak Polis dan FRU telah memberi amaran kepada semua di himpunan aman #BebaskanAdamAdli untuk beredar.. sejenak selepas itu tangkapan mula dilakukan..

Sementara itu The Star melaporkan..

At least 18 people were arrested after failing to disperse following a candlelight vigil outside the Jinjang police station in support for Adam Adli Abd Halim, 24.

At least 1,000 had gathered outside the police station since 8pm.

Roads leading to the police station were barricaded since evening as police stood watch to keep the protesters away from the entrance of the police station.

It is learnt when Puchong MP Gobind Singh Deo was giving his speech to the crowd at 9.45pm, he was told by a senior police officer that the crowd was given 10minutes to disperse.

However when the crowd failed to leave in the stipulated time, the police moved in towards the crowd and began arrests.

It is learnt among the 18 arrested were four women. This was the fifth night that crowds of protesters held candlelight vigils outside the police station in support of the release of the activist.

Video sebelum tangkapan bermula..


Tiada ulasan: