Anak Sungai Derhaka |
- Adam Adli dijangka didakwa esok..
- Jangan terpengaruh e-mel guna nama Rosmah Mansor
- Bijaknya Najib.. Hulur BR1M RM1,200.. ambil balik RM5,000 melalui GST..
- GST baik untuk semua sebenarnya...
- Asalkan menguntungkan BN.. Warga asing hutang Kerajaan RM21.67 juta kos perubatan pun tak apa..
Adam Adli dijangka didakwa esok.. Posted: 22 May 2013 05:03 AM PDT Aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim dijangka didakwa esok bawah Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur. Menurut peguamnya, N Surendran, perkara itu disahkan oleh pegawai penyiasat hari ini. Adam, 24, kini disiasat kerana ucapannya pada satu forum pada 13 Mei lalu. PETALING JAYA: Student activist Adam Adli, whose five-day remand expires tomorrow, will be charged with sedition at the Jalan Duta Sessions Court tomorrow morning. |
Jangan terpengaruh e-mel guna nama Rosmah Mansor Posted: 22 May 2013 04:02 AM PDT Orang ramai diingatkan supaya tidak terpengaruh dengan sebaran e-mel palsu menggunakan nama isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor. Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan bahawa e-mel itu menggunakan akaun palsu dan berniat jahat. "Pejabat Perdana Menteri telah dimaklumkan mengenai sebaran e-mel yang menggunakan nama Datin Seri Rosmah Mansor sedang beredar di internet. "Diharapkan orang ramai tidak mudah terpengaruh dengan agenda untuk memperdaya masyarakat dan mencemar nama baik isteri Perdana Menteri," kata kenyataan itu. Pejabat Perdana Menteri juga menyatakan bahawa satu laporan polis telah dibuat berhubung perkara tersebut.- Bernama |
Bijaknya Najib.. Hulur BR1M RM1,200.. ambil balik RM5,000 melalui GST.. Posted: 22 May 2013 01:00 AM PDT Dengan mengenakan kadar 7 peratus Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), ianya akan membolehkan kerajaan persekutuan memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM1,200 setahun seperti yang telah dijanjikannya. Dengan kos tambahan ke atas rakyat Malaysia sebanyak RM27 bilion setahun, maka setiap rakyat Malaysia tanpa kira dewasa atau kanak-kanak akan dibebankan sebanyak RM 1,000 seorang setiap setahun. Dengan lain ayat, sebuah keluarga 5 orang terpaksa membayar RM5,000 setahun… jadi tak hairanlah kalau Najib menjanjikan BR1M sebanyak RM1,200 setahun.. sebab Kerajaan dah ambil balik RM5,000 setahun… Itu jika sebuah keluarga yang isirumahnya 5 orang.. kalau lebih kiralah sendiri.. Ini adalah kenyataan media Seteiausaha-Agung Dan Ahli Parlimen Kawasan Bagan, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, mengenai GST.. BN boleh memberikan RM1,200 BR1M setahun kerana dapat balik daripada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), yang akan membebankan setiap keluarga RM 5,000 setahun.Dan berikut pula adalah kenyataan media oleh Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan, DAPSY Steven Sim Chee Keong yang juga merupakan Ahli Parlimen, Bukit Mertajam.. juga mengenai GST. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Idris Jala, perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Goods and Services Tax - GST) akan meningkat pendapatan negara sehingga RM 27 billion. HIDUP MELAYU!!.. HIDUP MELAYU!!.. kah.. kah..kah.. mudahnya bangsaku diperbodohkan! nak dapat RM1,200 punya pasal terus bermati-matian menyokong UMNO/BN.. tapi akhirnya rugi lebih banyak.. |
GST baik untuk semua sebenarnya... Posted: 21 May 2013 10:21 PM PDT Dengan jangkaan perolehan sebanyak RM27Billion dari GST yang akan dilaksanakan oleh pentadbiran Najib ianya menjadikan setiap rakyat Malaysia tak kira kaya atau miskin terpaksa membelanjakan sekurang-kurangnya RM1000 setiap tahun untuk GST sahaja.. Meskipun ianya kelihatan membebankan namun ianya adalah baik untuk keadilan seluruh rakyat Malaysia.. Ini kerana difahamkan sekitar 40% rakyat Malaysia berpendapatan di bawah RM1,500 sebulan dan perlaksanaan GST akan melibatkan mereka secara langsung. Dan majoriti dari 40% rakyat Malaysia yang berpendapatan dibawah RM1,500 sebulan itu adalah penyokong UMNO/BN.. Mereka kekal menyokong UMNO/BN kerana kemiskinan menghalang mereka dari mendapatkan maklumat selain dari TV3 dan Utusan Malaysia. Secara tidak langsung keperitan hidup yang disebabkan oleh GST akan membuatkan mereka berfikir adakah wajar mereka meneruskan sokongan terhadap UMNO/BN pada PRU akan datang.. itupun kalau mereka masih mampu berfikir.. Jadi.. tak salah rasanya kalau aku kata GST baik untuk semua.. biar depa pulak rasa macam mana sakitnya hati aku bila nak kena bayar income tax setiap tahun.. GST: Rakyat miskin pun kena bayar cukai Kumpulan Kewangan Antarabangsa (IMF) mahu semua negara di dunia melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP - Goods and Services Tax) dengan alasan supaya sistem pencukaian menjadi seragam di seluruh dunia "to create a more level playing field amongst trading nations." IMF mendakwa bahawa sistem cukai langsung yang masih diamalkan oleh banyak negara sedang membangun telah digunakan untuk "menyorokkan" dasar perlindungan perdagangan yang mereka amalkan. Ia memberi contoh cukai yang tinggi dikenakan oleh sesetengah negara sedang membangun ke atas otomobil import telah menghalang pertandingan sihat di dalam industri otomobil dunia dan memaksa penduduk sesebuah negara sedang membangun menggunakan kereta keluaran dalam negara sendiri yang bermutu rendah berbanding kereta import dari negara maju. IMF berpendirian bahawa CBP pro-perdagangan bebas dan setiap negara – miskin atau kaya - hendaklah melaksanakannya. Penulis menghidu maksud tersirat dari dasar ini tidak lain ialah untuk mengekalkan penguasaan blok Barat ke atas ekonomi dunia. IMF sudah menggesa Malaysia supaya segera melaksanakan CBP dan kerajaan sudah bersedia untuk tunduk kepada gesaan itu seawal tahun 2005 lagi. Ketika membentang Belanjawan 2005, Menteri Kewangan mengumumkan CBP bakal dilaksanakan di Malaysia berkuatkuasa 1 Januari 2007, menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang sedia ada. Walau bagaimanapun, berikutan penentangan kuat rakyat, maka pada 22 Februari 2006, kerajaan mengumumkan penangguhan. Selepas lebih tiga tahun dibekukan, kerajaan menghidupkan semula rancangan untuk melaksanakan CBP bila mana pada Disember 2009, Bil CBP dibentangkan untuk pembacaan kali pertama di parlimen diikuti pembacaan kali kedua pada April 2010. Namun, sehingga sekarang ia belum dilaksanakan, mungkin kerana kerajaan kurang yakin pelaksanaannya akan diterima baik oleh rakyat. Sejak akhir-akhir ini, selepas memenangi Pilihan Raya Umum Ke tiga belas yang berlangsung pada 5 Mei 2013, sudah ada bayangan bahawa CBP bakal dilaksanakan dalam masa yang terdekat ini kerana dengan berbekalkan 133 kerusi parlimen yang dimenangi, kerajaan merasa cukup yakin bahawa ia sudah mendapat sokongan rakyat terbanyak untuk melaksanakannya. Sebelum PRU13, kerajaan ini tidak berani untuk melaksanakan CBP kerana penentangan kuat rakyat boleh diterjemahkan kepada kekalahan pilihan raya. Seperti yang bayangkan oleh Idris Jala, Menteri di Jabatan Perdan Menteri (lihat Business Times, 18 Mei 2013 – "GST can generate RM27b in revenue"), kadar CBP bakal ditetapkan pada 7 peratus, iaitu, 3 poin peratusan lebih tinggi dari kadar yang pernah disebut sebelum ini. Pada kadar 7 peratus, dianggarkan Malaysia akan menjana hasil tambahan sebanyak RM27 bilion. Pernah disebut oleh Perdana Menteri bahawa hasil yang dijana dari pelaksanaan CBP akan digunakan untuk menaikkan gaji kakitangan awam dan membina infrastruktur. Di bawah sistem CBP semua rakyat - ada pendapatan mahupun tiada pendapatan - kena membayar cukai, tiada kecuali, kerana tiada siapa pun di dalam sesebuah ekonomi yang tidak menggunakan barangan dan perkhidmatan. Orang termiskin di dalam ekonomi membayar cukai ke atas barangan yang mereka gunakan sama seperti orang yang terkaya kerana tiada siapa pun yang terlepas dari menggunakan sesuatu di dalam sesebuah ekonomi. Dalam sistem pencukaian yang diamalkan sekarang, hanya individu yang pendapatannya melebihi "threshold income" yang ditentukan yang membayar cukai. Atas asas ini dikatakan hanya 1.5 rakyat Malaysia yang membayar cukai kerana berpendapatan melebihi "threshold income" yang ditentukan. Di bawah CBP, tiada "threshold income" bermakna, 29 juta rakyat Malaysia kena menanggung beban cukai. Lagipun, cukai korporat dan cukai pendapatan individu akan di kurangkan bermakna beban golongan yang membayar cukai selama ini akan menjadi ringan. Beban itu dipindahkan kepada rakyat Malaysia yang selama ini tidak pernah membayar cukai. Golongan yang tidak membayar cukai sekarang akan membayar cukai bila CBP dilaksanakan. Kira-kira 32 peratus dari jumlah isi rumah (household) di Malaysia berpendapatan di bawah RM2,000 sebulan yang tidak membayar cukai pendapatan. Mereka ini akan menjadi pembayar cukai apabila CBP dilaksanakan. Mereka membayar cukai atas barang yang tiada dalam senarai barang dikecualikan di bawah CBP seperti pakaian, permainan kanak-kanak, makanan yang diproses, makanan dalam tin dan sebagainya yang mereka gunakkan. Ini bermakna, golongan berpendapatan rendah dan golongan yang "economically vulnerable" dalam masyarakat terpaksa menanggung beban cukai. Walau wujud "credit offset mechanism" di bawah CBP, namun, pada perkiraan mutakhirnya, penggunalah yang menanggung beban cukai. Misalnya, apabila cukai 7 peratus dikenakan ke atas perkhidmatan pengangkutan, kos pengangkutan akan naik dan ini akan membawa kenaikan kepada harga seluruh barangan dan perkhidmatan di dalam ekonomi termasuk barangan dan perkhidmatan yang dikecualikan cukai. Akhir, rakyat terbanyak akan menanggung beban kembar "kena bayar cukai dan kena tanggung inflasi." Lagi sekali, beban ini mengena lebih teruk kepada golongan miskin berbanding golongan kaya. Apakah gunanya membina stadium yang mahal tetapi runtuh atapnya? Perkara yang meruncing di dalam ekonomi Malaysia sekarang ia menghasilkan pulangan maksimum ke atas setiap ringgit wang rakyat yang dibelanjakan, bukan memaksa rakyat yang tidak mampu membayar cukai untuk membayar cukai. Sesungguhnya, CBP adalah cukai yang menzalimi rakyat berpendapatan rendah dan miskin. Yang beruntung besar adalah orang kaya dan syarikat multinasional kerana cukai korporat dan cukai pendapatan direndahkan. |
Asalkan menguntungkan BN.. Warga asing hutang Kerajaan RM21.67 juta kos perubatan pun tak apa.. Posted: 21 May 2013 06:58 PM PDT Warganegara asing berhutang RM21.67 juta bagi kos rawatan perubatan di Sabah sejak 2007 hingga 2012, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) diberitahu hari ini. Ketua Penolong Pengarah Kesihatan (Kawalan Penyakit Berjangkit) Jabatan Kesihatan Sabah, Dr Maria Suleiman berkata jumlah hutang itu membabitkan kos rawatan perubatan kepada 42,092 warga asing daripada beberapa negara yang majoritinya dari Filipina dan Indonesia dalam tempoh lima tahun. Dr Maria berkata jumlah RM21.67 juta itu sepatutnya dibayar oleh warga asing itu selepas mereka selesai menjalani rawatan perubatan di hospital dan klinik kesihatan di negeri ini. "Kutipan memang sepatutnya dilakukan oleh Jabatan Kesihatan Sabah, bagaimanapun ketika diminta bayaran mereka tidak membayar. Apabila pihak Jabatan Kesihatan merujuk bayaran itu kepada alamat yang diberi oleh pesakit ketika mendaftar, mereka tiada di alamat tersebut, bila telefon, nombor yang diberikan tidak dapat dihubungi," katanya. Saksi ke-75 itu berkata jumlah kos rawatan itu memang banyak berbanding jumlah RM7,723,839.23 yang sepatutnya dibayar rakyat tempatan di negeri ini dalam tempoh yang sama. Dr Maria berkata jabatan itu juga membelanjakan RM200,000 pada 2011 bagi mengawal penyakit berjangkit di dua petempatan sementara di Kinabatangan dan Beluran bagi warga Filipina. Ketika ditanya pegawai pengendali Datuk Azmi Arifin, saksi itu berkata antara tahun 2000 hingga 2011 seramai 1.3 juta iaitu 53.41 peratus warga asing mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di hospital di Sabah. Dr Maria juga berkata sejumlah 295,053 orang warga asing dalam tempoh 10 tahun itu mendapat rawatan sebagai pesakit dalam iaitu pesakit yang dimasukkan ke dalam wad. Membacakan statistik dari Jabatan Kesihatan Sabah itu, Dr Maria berkata di klinik kesihatan di seluruh negeri ini pula seramai 327,302 orang pesakit luar warga asing mendapat rawatan manakala ibu mengandung pula seramai 491,071 dan kanak-kanak berumur 0 hingga enam tahun seramai 472,452 dari 2000 hingga 2011. Dr Maria yang berkhidmat di jabatan itu selama 22 tahun juga berkata seramai 122,882 kelahiran warga asing direkodkan jabatan itu pada tempoh sama. Beliau berkata warga Indonesia yang paling ramai mendapatkan rawatan pesakit luar dan dalam di hospital antara 2010 dan 2011 iaitu 54,283 berbanding warga Filipina 45,790 orang. Kepada soalan Azmi, saksi itu berkata jumlah pesakit warga asing yang ramai ini amat membimbangkan dan mendatangkan pelbagai masalah kepada Jabatan Kesihatan Sabah. "Jumlah pesakit yang ramai ini amat membimbangkan selain membebankan kami (Jabatan Kesihatan Sabah). Kos rawatan juga meningkat. Ia juga membebankan kami kerana kami kekurangan doktor dan jururawat bagi merawat mereka," katanya Beliau berkata jumlah katil juga tidak mencukupi untuk menampung jumlah pesakit sehingga pihak hospital terpaksa memasang katil sementara. Selain itu katanya kebanjiran warga asing ini juga mengundang pelbagai jenis penyakit berjangkit antaranya campak, taun dan hepititis B. - Bernama Hmmm... RM21.67 juta kos rawatan perubatan tak dibayar warga asing?.. tak apalah.. asalkan ianya menguntungkan Barisan Nasional, negara bankrap pun tak apa.. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan