Selasa, 21 Mei 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


LIVE! Himpunan Black 505 di Kota Sarang Semut, Kedah..

Posted: 21 May 2013 06:53 AM PDT


Himpunan Black 505, peringkat negeri Kedah malam ini yang pada awalnya dijadualkan di Stadium Sultan Abdul Halim dipindahkan ke Kompleks PAS Kedah, Batu 9, Kota Sarang Semut.

Himpunan yang diadakan bagi menyatakan bantahan terhadap tahap demokrasi di Malaysia yang tercalar itu, akan dihadiri pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat.

Ia akan disertai Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; Ketua Menteri Pulau Pinang; Lim Guan Eng; Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar.

Turut serta, seluruh Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kedah dan Perlis.



Kalau tak boleh tengok.. sila lihat di Media Kedah.. klik di ( SINI )

Taib Mahmud naikkan gajinya dari RM13,000 kepada RM39,000..

Posted: 21 May 2013 05:16 AM PDT


Nampaknya slogan kebanggaan Najib 'Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan' langsung tak terpakai oleh Ketua Menteri Sarawak yang dikaitkan dengan rasuah oleh Global Witness ini..

'Rakyat susah atau senang, makan atau tidak, ada kemudahan atau tidak.. mampuih pi kat hang' mungkin itu slogan yang digunapakai oleh Taib Mahmud..

22 April yang lalu, Kerajaan negeri Sarawak mengumumkan kenaikan gaji ketua masyarakat dan ketua kaum serta elaun mesyuarat kaunselor berkuat kuasa awal tahun ini.

Dimana elaun Ketua Kaum dinaikkan kepada RM800 sebulan berbanding RM450 sebelum ini manakala elaun penghulu dinaikkan daripada RM600 kepada RM1,000.

Jawatan Pemanca pula elaun mereka dinaikkan kepada RM1,200 berbanding RM700 ketika ini dan elaun Temenggong dinaikkan kepada RM1,500 daripada RM850.

"Bagi memastikan semua pihak dapat menikmati faedah ini, kerajaan turut meningkatkan elaun mesyuarat kaunselor iaitu daripada RM50 kepada RM100," kata Taib Mahmud ketika merasmikan Simposium Kebudayaan Sarawak di Kuching.

Hari ini.. tengok berapa dia naikkan gaji dia dan kroninya..

KUCHING, 21 Mei — Gaji bulanan ketua menteri, timbalan ketua menteri, menteri, pembantu menteri dan anggota dewan undangan negeri Sarawak akan naik sebanyak kira-kira tiga kali ganda di bawah rang undang-undang yang diluluskan hari ini oleh Dewan Undangan Negeri (DUN).

Rang Undang-undang Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Gaji, Pencen dan Gratuiti) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji untuk Speaker DUN, timbalan speaker dan setiausaha-setiausaha politik.

Gaji untuk Ketua Menteri akan naik daripada RM13,000 kepada RM39,000; Timbalan Ketua Menteri, RM11,500 kepada RM35,000; menteri kanan dan speaker DUN RM9,000 kepada RM30,000;

Menteri, RM9,000 kepada RM27,000; pembantu menteri dan timbalan speaker, RM7,000 kepada RM21,000; anggota dewan undangan negeri, RM4,500 kepada RM15,000 dan setiausaha politik, RM3,000 kepada RM9,000.

Rang undang-undang itu juga menetapkan kenaikan gaji itu berkuat kuasa dari 1 Jan tahun lepas. Kali terakhir pindaan gaji dibuat ialah pada 1992.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Wong Soon Koh berkata semakan gaji itu dibuat berikutan peningkatan jangkaan daripada rakyat.

"Sarawak adalah sebesar Semenanjung dan banyak Anggota Dewan Undangan Negeri perlu menjaga kawasan yang luas terutama mereka yang berkhidmat di kawasan luar bandar," katanya.

Wong berkata rang undang-undang baharu itu akan berkuat kuasa minggu depan dan kenaikan gaji itu dijangka membabitkan RM17 juta daripada dana negeri, termasuk bayaran tunggakan dari tahun lepas. — Bernama

AirAsia nafi laporan Utusan kononnya mereka halang penumpang..

Posted: 20 May 2013 08:49 PM PDT


Kisah malang kedua-dua beranak ini menjadi tumpuan ramai sejurus selepas artikel berkenaannya disiarkan wartawan TV3, Mazidul Akmal Sidek yang pernah menyiarkan satu laporan berbentuk fitnah terhadap penunggang-penunggang motorsikal berkuasa tinggi suatu masa lalu, dalam blognya..

Berikutan laporannya itu penerbit Majalah 3 dan TV3 mengambil tindakan memohon maaf secara umum berkaitan isu lakonan aksi pelesit jalanan oleh penunggang Superbike dalam Majalah 3 minggu seperti yang dilapor Mazidul itu. (Laporan dan video sila lihat di SINI )
Berikut adalah apa yang disiarkan oleh Utusan..
Seorang ibu, Izan Suhaila Mohd. Ali, 36, bernasib baik selepas kesukaran yang dihadapinya di lapangan terbang Ho Chi Minh, Vietnam mendapat pembelaan syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) dan Tourism Malaysia.

Segala-galanya bermula selepas ibu malang itu tidak dibenarkan menaiki pesawat tambang murah AirAsia, AK 1455 untuk pulang ke negara ini pukul 9 malam semalam dengan alasan anaknya, Maryam Sofea Mohd. Reza, 14 bulan, menghidap demam campak.

Paling memilukan, kakitangan syarikat penerbangan itu tidak menghiraukan penjelasan Izan Suhaila anaknya sudah pulih daripada demam campak dan kesan tompokan hitam yang kelihatan merupakan parut akibat penyakit tersebut.

Mengulas kejadian itu, kakak Izan Suhaila, Norhamiza berkata, walaupun sudah dirujuk kepada jururawat warga tempatan dan disahkan seorang penumpang Malaysia yang merupakan doktor, namun kakitangan AirAsia tetap bertegas penyakit Maryam Sofea yang merupakan kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) membahayakan penumpang lain.

Sambil meluahkan rasa kecewanya, Norhamiza mempersoal kewajaran AirAsia memaksa adiknya tinggal selama lima hari di negara itu sedangkan mereka langsung tidak memantau tahap kesihatan Maryam Sofea apatah lagi membawa anak saudaranya ke hospital tempatan untuk rawatan lanjut.

"Kami membayar tiket menaiki pesawat AirAsia. Apalah salahnya kakitangan mereka di Vietnam menghantar adik saya dan anaknya ke hospital malam itu. Sekurang-kurangnya kami tahu keadaan Izan Suhaila selamat.

"Bayangkan bagaimana perasaan 10 ahli keluarga kami termasuk ibu selepas terpaksa pulang ke Malaysia tanpa Izan Suhaila? Paling menyedihkan, kakitangan AirAsia langsung tidak membantu Izan Suhaila dan hanya menghantar adik saya ke terminal teksi," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ini adalah laporan dari The Malaysian Insider yang melaporkan penafian oleh Air Asia mengenai insiden yang telah dilaporkan oleh Mazidul Akmal Sidek itu..


Syarikat penerbangan AirAsia menafikan laporan akhbar berbahasa Melayu Utusan Malaysia yang mengatakan mereka menghalang seorang ibu dan bayi daripada menaiki pesawat dengan sengaja hari ini, langkah yang dilihat bakal menambah ketegangan antara kedua-dua pihak.

Utusan baru-baru ini secara terbuka mengkritik ketua pegawai eksekutif anak syarikatnya, AirAsiaX, Azran Osman Rani ekoran komennya menerusi akaun Twitter yang meluahkan rasa jengkelnya terhadap isu perkauman yang dimainkan akhbar Umno tersebut.

"Kami ingin menjelaskan bahawa mereka tidak dibenarkan menaiki pesawat kerana salah seorang daripada mereka, iaitu seorang bayi, telah didapati dijangkiti dengan virus cacar air," kata AirAsia dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

"Ini telah disahkan oleh doktor yang bertugas di lapangan terbang, yang juga mengisytiharkan bahawa bayi tersebut tidak berada di tahap kesihatan yang dibenarkan untuk menaiki penerbangan," kata kenyataan itu lagi.

Akhbar tersebut melaporkan seorang wanita Izan Suhaila Mohd Ali, 36, bersama anaknya Maryam Sofea Mohd Reza, 14 bulan, tidak dibenarkan menaiki pesawatAirAsia, AK 1455 dari Ho Chi Minh, Vietnam untuk pulang ke Malaysia sebaliknya syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) dan Tourism Malaysia yang tampil membela mereka.

Utusan juga melaporkan kakitangan AirAsia tidak menghiraukan penjelasan Izan Suhaila anaknya sudah pulih daripada demam campak dan kesan tompokan hitam yang kelihatan merupakan parut akibat penyakit tersebut.

"Dalam kes ini, laporan perubatan menunjukkan bahawa kanak-kanak itu telah dibawa untuk perjalanan hanya 3 hari selepas simptom pertama muncul dan didapati menghidapi demam, mata berair, hidung berair dan ruam pada kebanyakan bahagian badan. Berdasarkan penemuan ini, doktor mengisytiharkan bahawa kanak-kanak itu tidak berada di tahap kesihatan yang sesuai untuk terbang," kata AirAsia lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad Aireen Omar juga menafikan dakwaan mengatakan pihaknya tidak memberikan bantuan kepada penumpang terbabit, sebaliknya berkata tawaran bantuan oleh AirAsia telah ditolak.

"Pada hari tersebut, wakil kami telah menyediakan bantuan yang diperlukan kepada kedua ibu dan anak tersebut, dan kami telah membuat persediaan untuk menerbangkan mereka kembali ke tanahair serta 2 orang dewasa yang menemani mereka secara percuma, sebaik sahaja anak kecil itu didapati sihat sepenuhnya oleh pakar perubatan.

"Kami juga ada menawarkan untuk menguruskan penginapan hotel dan pengangkutan, namun mereka mengesahkan bahawa sudah mempunyai apa yang perlu untuk berada di Ho Chi Minh City," kata Aireen.

Semalam, The Malaysian Insider melaporkan akhbar tersebut menggesa Azran meminta maaf kepada Utusan Malaysia serta kolumnis Awang Selamat juga mencadangan iklan AirAsia tidak diterima oleh akhbar tersebut.

"Tanpa Air Asia, Utusan tidak akan hadapi sebarang masalah. Lagipun nilai iklan yang diberi sangat kecil, lebih rendah daripada iklan jamu dan rawatan rambut," kata Awang Selamat yang dipetik menulis semalam. Azran sebelum ini dilaporkan mengkritik pendirian pengarang akhbar yang memainkan isu perkauman serta turut mengkritik Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) sebagai pertubuhan tidak relevan yang menyebabkan orang Melayu berfikiran sempit.

Dalam reaksi balas, akhbar milik Umno itu kemudiaan menyiarkan kenyataan dari pemimpin Perkasa, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan juga kenyataan aktivis anti-PKR yang antara lainnya menyelar Azran sebagai "bongkak" dan "lupa diri".

Berang dengan tulisan Azran, pemangku presiden Perkasa, Datuk Abdul Rahman Bakar dalam laporan Utusan berkata eksekutif tersebut "angkuh" kerana lupa bahawa beliau mungkin tidak mampu berada di kedudukan tersebut tanpa "kuasa Melayu yang diperjuang Utusan Malaysia".

"Tidakkah Azran terfikir lesen yang dikeluarkan kerajaan kepada Air Asia adalah kerana pada peringkat awalnya syarikat penerbangan itu dimiliki orang Melayu?," Abdul Rahman dilaporkan berkata.

Lebih 2,000 berhimpun depan Balai Polis Jinjang..

Posted: 20 May 2013 07:07 PM PDT


Pelbagai pihak dari pelbagai kaum dan keturunan berhimpun di depan Balai Polis Jinjang malam tadi bagi membantah penahanan Adam Adli.

Mereka berkumpul secara aman sambil menyalakan lilin tanda sokongan moral untuk aktivis pelajar yang ditahan di Seksyen 4 Akta Hasutan dan Seksyen 124(b) Kanun Keseksaan itu.

Tidak kurang 2,500 rakyat dari pelbagai keturunan, tua dan muda serta lelaki dan wanita telah berkampung sebagai menunjukkan sokongan padu kepada beliau yang dikini sedang ditahan di lokap Balai Polis Jinjang setelah mendapat perintah reman selama 5 hari.

Kebanyakan mereka memakai baju hitam lambang sokongan kepada perjuangan Black 505 iaitu hari hitam pilihan raya Malaysia.

Antara yang kelihatan adalah Nurul Izzah, Datuk Ambiga Srevanasan serta kedua ibu bapa Adam Adli sendiri.

Penahanan Adam Adli Abdul Halim mengikut Seksyen 124(b) Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 4 Akta Hasutan dikecam Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan sebelum ini.

Beliau menyifatkan tindakan menahan Adam sebagai lambang ketakutan pemerintah dan mempertikaikan apa salah Adam yang ingin menyuarakan keinginan rakyat Malaysia kepada pemerintah.

"Saya mewakili seluruh warga Dewan Pemuda PAS Malaysia, mendoakan agar Adam Adli tidak patah semangat mendepani ujian getir perjuangan ini.

"Serentak itu kami mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bertamadun yang dilakukan oleh pihak berkuasa ke atas saudara Adam Adli," katanya pada satu kenyataan media.

Pada 18 Mei lalu, Adam Adli dilaporkan ditahan di lokap Balai Polis Jinjang bersabit dengan satu siatan di bawah seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, pada jam 3.15 petang Sabtu lalu.

Berikutan itu, semalam dipetik daripada satu portal berita, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh mengesahkan bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu ditahan reman sehingga Khamis ini.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan seorang Majistret di Balai Polis Jinjang, tengah hari semalam.

"Adam Adli ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya yang menghasut orang ramai menggulingkan kerajaan menerusi demonstrasi jalanan yang dibuatnya baru-baru ini," katanya.

Dalam pada itu, Nasrudin yang merupakan Ahli Parlimen Temerloh berkata ramai pemimpin politik daripada BN dan akhbar yang pro-kerajaan turut mengeluarkan kenyataan secara terang-terangan berbaur hasutan namun tidak diambil tindakan.


Tiada ulasan: