Ahad, 19 Mei 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Rafizi Dedahkan Mengapa Pakatan Rakyat Dakwa Menang PRU13.. (Video Inside)

Posted: 19 May 2013 07:44 AM PDT


Ini adalah rakaman video forum "Fakta Sebenar Pakatan Rakyat Menang PRU13″ yang telah berlangsung di Dome, Komtar, Pulau Pinang pada 16 Mei 2013 yang lalu dan ianya telah dilancarkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Forum ini yang menampilkan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli, beliau telah membentangkan statistik dan hujah-hujah yang menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat telah pun memenangi PRU13 baru-baru ini.

Sebelum itu lihat dulu apa cerita Guan Eng mengenai rasuah pembelian undi DUN Ayer Putih yang dilakukan secara terang-terang oleh ejen-ejen BN..


Dan ini adalah video pendedahan oleh Rafizi Ramli.. 


Najib langgar perlembagaan?

Posted: 19 May 2013 06:36 AM PDT


Kabinet baru dan legitimasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diragui bukan saja kerana Barisan Nasional (BN) mendapat 47% undi popular berbanding 51% undi diperolehi Pakatan Rakyat (PR), tetapi kerana Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) adalah paling tidak adil dan kotor di dalam sejarah negara.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata sekiranya PRU-13 bersih, bebas dan adil, dengan padang sama rata untuk kedua-dua perikatan, bukan saja undi popular PR akan meningkat sebanyak 60 peratus atau melebihi 65 peratus, tetapi juga memenangi majoriti daripada 222 kerusi Parlimen.

Katanya, sekarang ini, Kabinet pasca-PRU-13 Najib juga menjadi sandiwara malah jenaka kerana mempunyai dua Menteri dan tiga Timbalan Menteri tidak sah walaupun mereka melalui upacara mengangkat sumpah yang tidak sah di hadapan Yang Dipertuan Agong, semalam.

"Amat sedih dan mengejutkan apabila Jabatan Perdana Menteri dan pelbagai jabatan kerajaan lain yang terbabit begitu cuai dan lalai sehingga diabai, malahan dilanggar pematuhan terhadap undang-undang, peraturan, adat dan protokol yang tidak sepatutnya berlaku di dalam demokrasi berparlimen berusia 56 tahun di bawah enam Perdana Menteri.

"Semalam, selepas upacara mengangkat sumpah Menteri dan Timbalan Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara, Najib menjalankan sesi Kabinet selama dua jam di Bilik Kabinet Putrajaya.

"Bagaimanapun, timbul masalah membabitkan kedua-dua prosiding – kerana sehingga waktu ini, Datuk Paul Low dan Datuk Seri Abdul Wahid Omar (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) bukanlah Menteri yang sah dan Waytha Moorthy (Pejabat PM), Dr J Loga Bala Mohan (Wilayah Persekutuan) dan Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) bukanlah Timbalan Menteri yang sah kerana mereka belum lagi mengangkat sumpah sebagai Senator," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, ini bermakna mesyuarat Kabinet selama dua jam semalam dicemari dengan penyalahan undang-undang kerana dihadiri dua Menteri tidak sah, Paul Low dan Abdul Wahid.

Tambahan, katanya, Paul Low sudah pun diwawancara sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, yang mana dia tidak berhak, memandangkan pelantikan Kementeriannya hanya boleh berjalan apabila dia mengangkat sumpah sebagai Senator, jelas di dalam Perkara 43 (1)(b) dalam kes Menteri dan Perkara 43A(1) dalam kes Timbalan Menteri.

"Saya difahamkan sehingga sekarang, kelima-lima mereka belum mengangkat sumpah untuk menyandang dua jawatan Menteri dan tiga jawatan Timbalan Menteri.

Apakah akan ada upacara angkat sumpah "tergesa-gesa" tengah malam buat kelima-lima mereka sebagai Senator?" ujarnya.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, Najib sepatutnya menjelaskan bagaimana boleh berlaku pelanggaran Perlembagaan dan undang-undang yang turut memalukan Yang di-Pertuan Agong dengan penghasilan satu sandiwara pelantikan Kabinet.

"Malah Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International-Malaysia yang ditandatangani Najib Razak pada 20 Februari lalu untuk mematuhi dan memerhati empat prinsip tadbir urus baik diabaikan iaitu: Kebenaran, integriti, tatalaku beretika dan akauntabiliti, termasuk tidak menerima atau memberi rasuah atau terlibat dengan amalan rasuah dalam apa jua cara; Mendukung dan memberi keutamaan kepada kepentingan rakyat secara keseluruhan; Tadbir urus yang baik serta ketelusan; dan Mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan Malaysia. - Roketkini

Semalam di majlis kesyukuran Pakatan di P. Pinang.. 60,000 hadir.. (Video Inside)

Posted: 19 May 2013 01:32 AM PDT


Walaupun polis memberi amaran bahawa ia adalah perhimpunan haram, namun puluhan ribu membanjiri majlis 'kesyukuran' kerajaan negeri di Esplanade di Pulau Pinang malam tadi.

Orang ramai, kebanyakannya para belia yang berpakaian Baju-T hitam bersama vuvuzela plastik, penuh dengan semangat Blackout 505 Pakatan menentang dakwaan penipuan dalam pilihan raya umum pada pada 5 Mei.

Penceramah terakhir di majlis tersebut, pemimpin Pakatan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata di kebanyakan negara jika berlaku penipuan seperti itu, maka akan berlaku mogok awam yang besar.

Oleh itu, katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak patut berterima kasih kepada Pakatan kerana mengekalkan keamanan dan tenang dalam semua bantahan yang diadakan.


"Di semua negeri, dari Pulau Pinang ke Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Pahang, kita mengadakan perhimpunan yang aman tetapi Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi berkata ianya haram," katanya.

"Saya ingin memberitahu mereka (bahawa), mereka boleh cuba untuk mengisytiharkan perhimpunan kita haram tetapi mereka tidak boleh menghalang kuasa rakyat kerana Suara rakyat Suara keramat," katanya disambut tepukan gemuruh hadirin.

Anwar berkata, adalah mustahil untuk menerima keputusan pilihan raya umum apabila terdapat hampir 30 kerusi yang meragukan, dengan BN mengekalkan Putrajaya walaupun ia hanya mendapatkan 48 peratus undi popular.

Beliau yang juga ahli parlimen Permatang Pauh berkata, walau apa cara sekali pun, rakyat Malaysia tidak boleh menerima penipuan tersebut.

"Jika terdapat mana-mana kerusi yang Umno atau BN telah menang, dan tidak ada bukti penipuan, kita akan terima keputusannya, " katanya.

"Tetapi jika terdapat 30 kerusi yang kita kalah, kita ada bukti penipuan pilihan raya dan kita akan mencabar keputusan ini," ikrarnya ~ Malaysiakini


Buat yang tertanya-tanya kenapa tak banyak gambar seperti biasa.. maaflah.. sebab semalam bermula dari tengahhari hingga ke tengah malam aku dapat jemputan ke kenduri kesyukuran kemenangan PKR di Permatang Pauh.. semuanya 10 kenduri.. he..he..

Tiada ulasan: