Sabtu, 18 Mei 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Ustaz Kazim buat lawak ke ni?

Posted: 17 May 2013 10:07 PM PDT


Cerita Ustaz UMNO nak berhenti ceramah ni rasanya aku dah dengar satu atau dua tahun lalu.. dah banyak kali dah dia kata nak berhenti dari memberikan ceramah, tapi tak berhenti jugak..

Kali ni dia kata nak berhenti ceramah sekali lagi dengan alasan kononnya sejak di memberikan ceramah berbagai ugutan yang dia terima

Katanya "Saya terpaksa berhenti berceramah kerana bimbang sesuatu buruk menimpa keluarga. Selain dimaki hamun dalam blog dan Facebook, ada yang datang ke rumah dan pusat pengajian memberi ugutan (mahu) memukul dan membunuh saya.

"Ya, saya akan berhenti berceramah 28 November depan kerana saya kecewa difitnah dan dicerca bukan-bukan oleh pihak tidak bertanggungjawab," kata penceramah bebas, Mohd Kazim Elias Al-Hafiz, 41, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim.

Yang lawaknya ialah kata dia.. dia menerima ugutan bunuh.. walaupun dah menerima ugutan bunuh tiada laporan Polis yang dibuatnya malah dia nak tunggu hingga bulan November ini untuk berhenti ceramah..


Kuala Lumpur: "Saya terpaksa berhenti berceramah kerana bimbang sesuatu buruk menimpa keluarga. Selain dimaki hamun dalam blog dan Facebook, ada yang datang ke rumah dan pusat pengajian memberi ugutan (mahu) memukul dan membunuh saya.

"Ya, saya akan berhenti berceramah 28 November depan kerana saya kecewa difitnah dan dicerca bukan-bukan oleh pihak tidak bertanggungjawab," kata penceramah bebas, Mohd Kazim Elias Al-Hafiz, 41, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim.

Beliau yang juga pengasas Pusat Pendidikan Al-Barakah bertekad tidak mahu lagi menerima undangan ceramah kerana kecewa dituduh 'Ustaz Politik'.

Katanya, kesal dengan tuduhan yang dilemparkan beberapa pihak tertentu, beliau yang hampir 23 tahun berceramah di seluruh Malaysia memberi tumpuan terhadap pusat pengajiannya di Kampung Manjoi, Perak. 

Selain itu, menurutnya, keputusan berhenti berceramah dibuat kerana ketika ini beliau tidak berapa sihat, selain baru-baru ini berlaku satu insiden rumahnya di Ipoh, Perak apabila ada pihak cuba menyimbah cuka ~ Harian Metro

Hmmm... masuk akal ke cerita dia ni?.. nampak macam cari publisiti murahan saja...

Malaysia akan peroleh Perdana Menteri baru Oktober ini?

Posted: 17 May 2013 06:00 PM PDT


Adakah Najib Razak akan kekal sebagai Presiden UMNO pada perhimpunan agong UMNO yang di jangka pada bulan oktober ini?

Persoalan ini pasti bermain di dalam otak jutaan rakyat malaysia, kerana berdasarkan hiraki turun temurun bagi UMNO, jika prestasi presiden teruk dan memalukan, maka presiden WAJIB di ganti Timbalannya!

1999 - jumlah kerusi 192 - Mahathir - menang 148 dengan 56% undi BN
- prestasi buruk,
- hilang 21 kerusi parlimen,
- terpaksa bersara kerana tekanan dari dalam umno

2004 - jumlah kerusi 219 - Abdullah - menang 198 dengan 64% undi BN
- ganti Abdullah,
- terus menang besar dengan kemenangan pertama dalam sejarah PRU.
- sebab sudah tukar dari PM di benci rakyat kepada PM baru.

2008 - jumlah kerusi 222 - Abdullah - menang 140 dengan 50.3% undi BN
- prestasi buruk,
- hilang 58 kerusi parlimen,
- terpaksa bersara awal kerana tekanan dari dalam umno

2013 - jumlah kerusi 222 - Najib - menang 133 dengan 46% undi BN
- prestasi terburuk dalam sejarah Barisan Nasional,
- hilang 7 kerusi parlimen lagi, bakal di HENYAK dan di HENTAK dari dalam umno,
- Muhyiddin Yassin sedang senyum sampai telinga untuk menunggu perhimpunan agung umno atau PAU pada bulan oktober ini.

Sejarah membuktikan bahawa mana mana perdana menteri dengan PRESTASI BURUK dalam pilihanraya umum akan di TENDANG keluar sebagai Perdana menteri,

Bagaimana abdul razak menggantikan tunku abdul rahman?
Bagaimana hussien onn menggantikan abdul razak?
Bagaimana mahathir menggantikan hussien onn?
Bagaimana abdullah menggantikan mahathir?

Bagaimana najib menggantikan abdullah? begitulah MUHYIDDIN YASSIN akan dapat jawatan PERDANA MENTERI tidak lama lagi!


TENGOK BETUL BETUL MUKA MUHYIDDIN.. SENYUM SAJA SEPANJANG MALAM PILIHANRAYA UMUM KE 13, DAN NAJIB MASAM MENCUKA, APA YANG NAJIB SEDANG FIKIRKAN? ADAKAH MASALAH PERHIMPUNAN AGUNG UMNO PADA BULAN OKTOBER INI?

Sumber dari SINI

Tiada ulasan: