Anak Sungai Derhaka |
- PANAS!! Idris Jala dedahkan sumber dana bagi merealisasikan Manifesto Barisan Nasional..
- 81 Peratus mahu Anwar Bersara.. Poll dah kena hijacked rupanya..
- Ini kementerian belia, bukan kementerian belia Barisan Nasional kata Khairy..
- Jika beginilah caranya Mukhriz.. Mampukah PAS merampas kembali Kedah?
PANAS!! Idris Jala dedahkan sumber dana bagi merealisasikan Manifesto Barisan Nasional.. Posted: 17 May 2013 05:30 AM PDT Malaysia akan dapat meraih pendapatan tambahan sehingga RM27 bilion jika cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dicadangkan dilaksanakan pada tujuh peratus, sama dengan negara jiran Singapura. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala berkata mekanisme cukai yang baru boleh menjamin pendapatan tambahan sebanyak RM20 bilion kepada RM27 bilion, pada tempoh matang. "Pada tempoh matang, apabila, setiap rakyat Malaysia mula menyumbang kepada GST. Ia mesti dilaksanakan secepat mungkin apabila rakyat Malaysia bersedia untuk menerima mekanisme tersebut," katanya. Bercakap dalam forum, "GE13 - Apakah ia bermakna untuk perniagaan?" di sini hari ini, Idris Jala berkata pendidikan atau penerangan mengenai apa itu GST dan bagaimana ia memberi manfaat kepada ekonomi negara adalah sangat penting, bagi membolehkan rakyat Malaysia untuk memahami dan menerima mekanisme cukai serta maju kehadapan.. Beliau juga berkata GST akan menyediakan dana tambahan bagi kerajaan untuk berbelanja pada kesejahteraan rakyat Malaysia, menurut apa yang telah dijanjikan dalam manifesto Barisan Nasional, sebelum Pilihan Raya Umum ke-13. Nampak tak dari mana datangnya dana untuk menjayakan Manifesto Barisan Nasional itu??.. 7% GST.. Apa yang akan dikenakan GST itu?... Pada dasarnya, GST akan dikenakan ke atas semua jenis barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam negara termasuk yang diimport.Oleh itu bersedialah untuk membayarnya…walaupun kita tidak redha, namun kerana pengkhianatan teman-teman seperjuangan kita yang berfikiran sempit dan mengutamakan kepentingan diri serta beberapa individu hingga tergamak sabotaj teman seperjuangan yang bertanding seterusnya mengagalkan usaha Pakatan Rakyat untuk ke Putrajaya.. bayar sajalah… Ini laporan asal... GST implementation to add up to RM27b to Malaysia's income | ||
81 Peratus mahu Anwar Bersara.. Poll dah kena hijacked rupanya.. Posted: 17 May 2013 02:51 AM PDT Kajian laman web The Edge yang menunjukkan 81 peratus pembacanya bersetuju bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim harus bersara daripada politik rupa-rupanya palsu. Mengikut laporan The Edge, editor laman webnya Ho Wah Foon mendapati kajian yang berusia seminggu itu telah menarik 12,736 reaksi yang berat sebelah. Ini menyebabkan beliau menghentikan kajian tersebut pada 14 Mei yang lalu. Setelah disemak, jabatan IT The Edge telah mendapati 6,354 reaksi datang daripada satu alamat IP yang sama, dan 1,700 datang daripada beberapa alamat IP yang lain dari bangunan yang sama. "Manakala 2,000 lagi datang daripada tujuh alamat IP berlainan. Daripada ini, ia adalah jelas kajian telah digodam dan keputusannya tidak boleh diambil sebagai satu yang objektif dan boleh dipercayai," kata The Edge. Difahamkan keadaan itu berlaku akibat telah digodam cybertroopers.
| ||
Ini kementerian belia, bukan kementerian belia Barisan Nasional kata Khairy.. Posted: 17 May 2013 12:37 AM PDT Walaupun aku tak sokong dia sebab dia bersama UMNO.. Tahniah aku ucapkan buat YB Khairy kerana kenyataannya ini amat proffesional.. Ianya sepatutnya diamalkan sedari dulu lagi oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang telah menjawat jawatan Menteri.. Jadilah Menteri kepada rakyat Malaysia bukannya Menteri kepada Barisan Nasional.. Malangnya.. UMNO ketandusan pemimpin dari golongan muda, maka idea yang sama terus dipraktikkan sejak dari negara merdeka lagi.. gagal membawa pembaharuan kerana kebanyakkan yang ada adalah pemimpin re-cycle... Bayangkan bagaimana agaknya jika pemimpin-pemimpin muda yang berada dalam Pakatan Rakyat menerajui pentadbiran negara.. sudah tentu lebih baik jadinya.. Tapi apakan daya.. oleh kerana Allah memberikan kemenangan kepada orang yang berjuang atas dasar kebenaran dan keikhlasan... khianat sesama kita menghalang segalanya.. Kerajaan perlu membuka pintu kepada semua pihak untuk terlibat dengan agenda kerukunan nasional selepas pilihan raya dan tidak membalas dendam kepada mana-mana pihak, kata Khairy Jamaluddin. | ||
Jika beginilah caranya Mukhriz.. Mampukah PAS merampas kembali Kedah? Posted: 16 May 2013 08:50 PM PDT Selain dari keperibadiannya yang terserlah berbeza dengan bapanya Tun Mahathir ini, Mukhriz juga menurut seorang sahabat sanggup membayar RM4.5 Juta untuk meredakan kemarahan penduduk.. Beliau dilaporkan telah membeli semula sebidang tanah yang hendak dijadikan tanah perkuburan Cina di negeri Kedah. Menurut penduduk disitu tentangan terhadap cadangan tersebut telah lama dikemukakan tetapi tiada siapa memperdulikannya.. dan mereka juga mempersoalkan bagaimana tanah milik kerajaan negeri itu boleh dimiliki oleh Persatuan Tiong Hua.. Penduduk juga mempersoalkan bagaimana cadangan persatuan tersebut untuk menjadikan tanah itu sebagai tanah perkuburan Cina mendapat kelulusan tanpa mengambil kira majoriti kaum atau bangsa yang berada disekeliling kawasan itu... Jika Mukhriz berterusan begini, sanggup menghabiskan duitnya demi rakyat dan mempamirkan akhlak seperti di bawah.. Mampukah PAS/PR menawan kembali Kedah? Semalam di masjid Zahir Alor Setar, Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir menunaikan solat hajat dan bacaan Yasin berjemaah bersama jemaah memanjatkan doa untuk kesejahteraan dan kesihatan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Mukhriz anak Mahathir ini kadang kala mengimami solat. Ada kala bersama dengan jamaah masjid. Ada sikit kelainan dengan bapak dia!! Saya bukan nak puji Mukhriz, pasal dia pun ada kaitan dengan syarikat arak. Saya tunjukkan beberapa gambar daripada banyak gambar di atas ada dua sebab:- 1. PAS - UMNO 'bergaduh' untuk berebut memerintah bukan kerana nak tunjukkan siapa boleh bagi air subsidi paling banyak. Atau siapa yang boleh bagi rakyat senang. Tapi soal Islam dan negara Islam. kalau PAS memerintah sama dengan UMNO, arak di Langkawi pun macam biasa aje... rasanya kalau Mukhriz tukar songkok hitam tinggi kepada lebai (kupiah) UMNO akan lebih disenangi oleh rakyat!! 2. Mukhriz boleh doakan kesejahteraan Ustaz Azizan.. Mukhriz tu siapa? Ada syarikat terbabit dengan arak... Tapi ada kepimpinan PAS yang sama-sama makan setalam.. qiamullail dan solat hajat bersama. Tamrin dan Usrah... tak payah cakap nak kata 1000 x saya rasa lebih.. Tapi bila 'bergaduh' pasal uslud, kaedah dan cara pentadbiran sampai sekarang Tak ada hajat nak jenguk si Ustaz Azizan. Kalau mati pun saya rasa nak lalu sebelah kubur pun tak mahu!! Kalau macam ni sikap kepimpinan.. PAS mungkin 10 atau 20 tahun lagi baru boleh ambil alih. Itu pun belum tentu kerana mungkin belum mati lagi spesis yang 'menanam titik hitam' dalam perjuangan Islam. ~ Addin Hmmm.. mungkin ada kebenarannya cerita SetPol Ustaz Azizan yang mengatakan Ustaz Azizan berasa lega sebab PAS kalah di Kedah... baca di ( SINI ) |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan