Khamis, 16 Mei 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Benarkah PKR dibiayai oleh AS seperti yang didakwa Kuda Kepang itu?.. Baca ni..

Posted: 16 May 2013 08:44 AM PDT


Bercakap depan dewan kuliah yang padat di di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Ruhanie, penulis blog Kuda Kepang berkata PRU13 mempunyai unsur-unsur yang sesuai dengan hipotesis yang menyebut bahawa Pakatan Rakyat, atau PKR lebih tepat, menjadi ejen pertukaran rejim bagi menguntungkan Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, sama ada PKR memang didanai AS untuk tujuan itu hanya boleh dipastikan oleh parti itu sendiri, kata penulis blog Ruhanie Ahmad dalam forum membincangkan masa depan BN dan Pakatan selepas pilihan raya.

Katanya lagi, bacaan secara geopolitik tidak menjadikan dakwaan campur tangan AS itu mengejutkan, ini ekoran AS tidak senang dengan kawalan Malaysia terhadap Selat Melaka.

"Jika mereka dapat kawal (Selat Melaka), mereka dapat salurkan tenaga daripada Timur Tengah ke Asia Timur.

"Kawalan terhadap tenaga dan laluan pengangkutan akan menjadikan AS kuasa besar dunia," kata Ruhanie, calon doktor falsafah dalam bidang geopolitik dan kajian keselamatan. ~ Malaysiakini

Satu kenyataan kurang bijak dari individu yang merasakan dirinya bijak dalam menilai sesebuah parti politik.

Meskipun Selat Melaka itu menggunakan nama Melaka, sebuah negeri yang terdapat dalam Malaysia namun ianya bukanlah dikuasai oleh Malaysia sahaja.

Indonesia dan juga Singapura turut terlibat dalam pengawalan Selat tersebut..

Jika PKR dibiayai oleh dana dari AS.. mengapa perlu Obama menalipon Najib ( baca di SINI ) mengucapkan tahniah kononnya kerana sekali lagi diberikan mandat oleh rakyat Malaysia untuk memimpin negara?

Baca apa ulasan oleh MSO mengenai tuduhan tak berasas oleh Kuda Kepang ini..

Hipotesis atau teori yang dibuat berdasarkan pengamatan dan maklumat-maklumat di internet tidak tepat untuk membuat tuduhan atau memberi pesepsi demikin. Ia memburukkan keadaan dan merupakan fitnah dan tidak wajar dikeluarkan oleh seorang yang tahu bagaimana parti lain (Umno) banyak menggunakan wang.

Sebagai seorang bekas ahli parlimen (Batu Pahat) Ruhanie perlu turun sendiri ke lapangan untuk melihat apa yang berlaku bagi membenarkan hipotesis yang beliau buat. Apa yang dilakukan oleh Pengarah UMCEDEL Prof Redhuan Othman wajar diteladai. Beliau turun sendiri ke lapangan untuk mengetahui perkembangan politik dan tidak hanya membuat rumusan dan hipotesis dari dalam bilik kerja.

Tuduhan Amerika mendanai PKR kerana kuasa dunia itu ada kepentingan di Selat Melaka tidak tepat dan boleh dipertikaikan. Apakah PR sahaja yang boleh digunakan Amerika tetapi tidak dengan UBN? Atau apakh terlalu kerdil untuk Amerika menguasai Selat Melaka bagi membawa kuasanya di Timur sehinggakan terpaksa menggunakan saluran pilihan raya?

Ruhanie sepatutnya membuat kajian dan analisa parti mana yang banyak menggunakan wang untuk pilihan raya berkenaan. Pasti yang menggunakan wang berguni-guni sudah pasti menyalah peraturan dan mereka sudah pasti dibekal oleh mana-mana pihak. Ruhanie tidak perlu pergi jauh lihat sahaja kepada pemasangan poster dan penggunaan berbagai bentuk poster dan logistik yang lainnya. Bandingkan berapa jenis poster atau papan iklan PKR dengan UBN. Saya rasa Ruhanie tidak buta mengenai perkara ini.

Bukankah pemasangan iklan di berbagai media itu memerlukan peruntukan wang yang banyak? Rasanya perbandingan ini sahaja sudah menemui jawaban parti mana yang kemungkinan didanai oleh kuasa asing atau mereka cari sendiri.

Selain itu Ruhanie juga perlu turun ke lapangan untuk melihat sendiri bagaimana wang digunakan bagaikan air dalam tempoh 14 hari kempen terutamanya menjelang tiga hari mengundi. Pemberian dan rasuah wang kepada pengundi berlaku di hadapan mata.

Sebagai seorang yang mahu jadi pemerhati politik berkelas antarabangsa, dan dihormati semua pihak biarlah adil dan jangan berpihak kepada parti anda - Umno. Tanya juga SPR, khasnya kepada pegawai yang telus bagaimana mereka mengejar perasuah pada malam menjelang pengundian. Ia bagaikan menghambat ayam dilesung. Siapa yang rancak memberi rasuah dan berpotensi untuk merasuah?

Apakah Ruhanie tahu dan sedar bahawa setiap calon UBN diperuntukan wang perbelanjaan lebih dari had yang ditetapkan. Apa yang saya ketahui untuk calon state bagi calon UBN mereka diberikan RM2.5 juta manakala untuk parlimen RM5 juta. Siapa atau dari mana UBN mendapat sumber kewangan ini. Ruhanie sendiri yang pernah bertanding tentu tahu puncanya.

Saya ingin maklumkan kepada Ruhanie bahawa ada calon PKR yang terpaksa jual tanah untuk belanja pilihan raya. Tidak mungkin wang yang diberi Amerika seperti diagak oleh Ruhanie itu tidak sampai kepada calon berkenaan kerana PR (PKR) sudah pasti mahukan mereka menang seberapa banyak untuk membentuk kerajaan. Adalah bodoh kalau PKR tidak membelanjakan wang sedangkan mereka mengharap kemenangan.

Ruhanie boleh menuduh dan membuat hipotesis tetapi sumbernya biarlah benar. Orang Islam diajar berkata yang haq.

Ruhanie dalam satu ceramahnya di sebuah universiti memberi gambaran yang Pakatan Rakyat sebagai sesuai menjadi agen pertukaran regim yang menguntungkan Amerika Syarikat. Lanjutan itu beliau cuba membuat fitnah mengatakan Amerika memdanai Pakatan Rakyat.

Kepada Ruhanie jadilah seorang penganalisa yang adil dan jangan cuba menmbayangi emosi politik anda untuk kepentingan Umno. Jika anda tidak dapat membebaskan diri dan berkata benar, sesungguhanya anda lebih dahsyat dari kuasa kuffar itu.
Apakah anda mahu menjadi salah seorang anggota kuffar? Membohongi diri sendiri satu perbuatan yang keji dan antara kerja-kerja ahli Neraka.

Sepenuhnya sila baca di SINI

Wan Azizah wajar lepaskan jawatan?

Posted: 16 May 2013 05:00 AM PDT

Kata mamat yang rambut cacak dan berkacamata di atas tu.. Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail wajar melepaskan jawatannya pada pemilihan parti akan datang

Sebabnya kata mamat yang bernama Mohd. Fareez Kamal Intidzam yang juga merupakan bekas Setiausaha Politik Ahli Parlimen Ampang ialah kerana Pakatan Rakyat berjaya mempertahankan Selangor dalam PRU13 lalu..

Ini kerana kata mamat itu lagi.. kejayaan jentera Pakatan Rakyat  mempertahankan Selangor dalam PRU-13 lalu selepas dipimpin oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Oleh itu Wan Azizah disaran mengakui kegagalannya di peringkat nasional dan dalam masa sama sedia mengiktiraf kepimpinan Azmin selaku Pengerusi PKR Selangor sehingga membawa kepada kejayaan tersebut...

Berikut kenyataan penuh Mohd. Fareez:

Ekoran kejayaan jentera pakatan pembangkang dan PKR Selangor yang dipimpin Azmin mempertahankan Selangor, maka adalah amat wajar agar Wan Azizah berjiwa besar dengan tidak mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti yang akan datang.

Beliau juga disaran agar mengakui kegagalannya di peringkat nasional secara terbuka, bertindak profesional dan sedia mengiktiraf ketinggian kepimpinan Azmin selaku Pengerusi PKR Selangor sehingga membawa kepada kejayaan ini.

Walaupun secara dasarnya Azmin hanya timbalan presiden, namun beliau telah berjaya memenangi kedua-dua kerusi yang ditandinginya - DUN Bukit Antarabangsa dan Parlimen Gombak.

Malah, beliau juga berjaya memimpin jentera pakatan dan PKR Selangor sehingga berjaya memenangi dua pertiga kerusi DUN Selangor.

Sebaliknya, Wan Azizah selaku presiden pula gagal kerana tidak berani bertanding sebarang kerusi walaupun hanya kerusi DUN.

Beliau harus segera berhenti mengaibkan dan membebankan parti. Adalah sesuatu yang amat memalukan kepada organisasi parti politik mana sekalipun apabila presidennya bukan seorang Ahli Parlimen atau ADUN.

Hakikatnya, cara berpolitik Wan Azizah kini tidak lagi relevan untuk menarik anak muda dan mahasiswa kepada perjuangan PKR. Sifat hipokrit, cemburu dan busuk hati yang sebati dalam dirinya tidak digemari dan disenangi oleh mereka.

PKR memerlukan seorang pemimpin lengkap seperti Azmin sebagai presiden untuk memimpin hala tuju dan masa depan perjuangan parti.

Branding rakyat bahawa PKR sebagai sebuah parti keluarga haruslah dielakkan. Ini kerana imej sesebuah parti yang berteraskan legasi kekeluargaan dan nepotisme telah dianggap sesuatu yang tidak bermoral di kaca mata dunia dan negara-negara Barat.

Maka, saya menyeru kepada setiap ahli dan pimpinan yang masih terus istiqamah dan setia bersama perjuangan ini agar bersedia memberi sokongan penuh kepada Azmin selaku presiden baharu.

Malanglah siapa yang lantik dan dapat Setiausaha Politik macam ni...

Aku kata dia bodoh nanti ada pulak yang marah.. tapi hakikatnya memang bodohpun.. sebab aku tak nampak langsung apa yang menyebabkan Wan Azizah perlu meletak jawatan dalam hal ini..

Sebabnya ialah PKR/PR telah menang di Selangor.. takkan sebab PKR/PR menang di Selangor, Wan Azizah perlu letak jawatan pulak kot?.. Habis tu kalau kalah nak buat apa?.. Bunuh diri?

Lagipun sebagai Pengerusi PKR Selangor memang menjadi tanggungjawab Azmin untuk memastikan jentera Pilihanraya Pakatan Rakyat Selangor beroleh kemenangan..

Nampak sangat cuba nak melaga-lagakan pimpinan dalam PKR budak ni..

Zahid Hamidi kata Pemimpin PR yang tak puas hati dengan PRU13 boleh keluar dari negara ini?

Posted: 16 May 2013 02:23 AM PDT


Jika Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat khususnya PKR dan DAP mahu menerima pakai list system atau single transferable vote seperti mana yang digunakan oleh negara-negara republik, sepatutnya mereka berhijrah ke negara-negara berkenaan untuk mempraktikkan kepercayaan politik mereka...

Itu adalah kata-kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang baru dilantik oleh Najib Tun Razak semalam..

Selain itu beliau turut menterjemahkan perhimpunan-perhimpunan yang dikenali sebagai Perhimpunan Blackout 505 yang telah diadakan dibeberapa buah negeri sebagai cubaan menutup kegagalan Pakatan Rakyat untuk menguasai Pusat Pentadbiran Putrajaya..

Berikut adalah sepenuhnya apa yang beliau nyatakan dalam Lidah Rasmi UMNO...

DAKWAAN pembangkang yang menyatakan bahawa Barisan Nasional (BN) begitu terpukul dengan pencapaian Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) harus disanggah.

Pembangkang mendakwa BN hanya memperolehi 133 kerusi di Dewan Rakyat dan tidak dapat menguasai dua pertiga suara majoriti. Sedangkan BN hanya memerlukan 15 kerusi sahaja untuk memperolehinya.

Hakikatnya, pakatan pembangkang amat kecewa kerana kegagalan mereka untuk menguasai Pusat Pentadbiran Putrajaya. Pembangkang hanya memperolehi 89 kerusi Dewan Rakyat, biarpun mereka mencanangkan di seluruh dunia seolah-olah Putrajaya telah menjadi milik mereka sejak 5 Mei yang lalu.

Bagi menutupi kegagalan mereka, pembangkang mengadakan perhimpunan haram untuk menolak keputusan PRU-13 di peringkat pusat. Amat menghairankan, mereka tidak pula mempertikaikan keputusan pilihan raya untuk Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.

Pengiktirafan dwi standard ini, malangnya diyakini secara membabi buta oleh pengikut tegar mereka. Mereka menggunakan alasan telah memperolehi undi popular sebanyak 51.78 peratus berbanding dengan pencapaian BN 48.22 peratus.

Mengikut laporan awal, daripada sejumlah 10,861,683 pengundi yang keluar membuang undi, pembangkang telah memperolehi 5,623,984 undi, manakala BN memperolehi 5,237,699 undi.

Jika pun benar pembangkang memperolehi kelebihan suara majoriti, namun ukuran yang digunakan pembangkang telah dimanipulasikan mengikut acuan list system atau single transferable vote.

Kaedah yang ditafsirkan oleh pembangkang hanya terpakai bagi negara-negara yang memilih ketua negara dan parti pemerintah secara sistem pilihan raya perwakilan bernisbah yang memperuntukkan kerusi berasaskan undi yang diterima.

Malaysia mewarisi sistem politik daripada United Kingdom dan kebanyakan negara Komanwel juga menggunakan sistem first past the post yang mana parti-parti politik yang bertanding di kawasan pilihan raya memilih hanya seorang wakil bagi setiap kawasan pengundian yang mengambil kira prinsip undi majoriti mudah.

Pemimpin-pemimpin parti pembangkang khususnya PKR dan DAP telah mengelirukan anak-anak muda Cina dan para pengikut yang buta politik untuk berpakaian serba hitam sebagai tanda protes terhadap keputusan PRU-13 yang dianggap memihak kepada mereka mengikut undi popular.

Jika golongan ini mahu menerima pakai list system atau single transferable vote seperti mana yang digunakan oleh negara-negara republik, sepatutnya mereka berhijrah ke negara-negara berkenaan untuk mempraktikkan kepercayaan politik mereka.

Malaysia bukan negara untuk menterjemahkan kepercayaan politik mereka, malah jika mereka benar-benar rakyat yang setia kepada negara ini, mereka hendaklah menerima sistem politik dan sistem membentuk kerajaan sedia ada seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Mereka juga hendaklah mengakui hakikat kekalahan dan penolakan rakyat se bagaimana yang terdapat dalam sistem first past the post yang terpakai buat sekian lama di negara ini.

Perhimpunan haram yang dianjurkan secara road show hanya merupakan escapism untuk lari daripada menerima hakikat kegagalan pembangkang untuk menguasai Putrajaya.

Sebenarnya pembangkang terlalu yakin (over confident) dengan sokongan pengundi dan memanipulasikan pelbagai isu serta menabur janji palsu dalam manifesto yang mereka sendiri tahu tidak akan termampu untuk mereka laksanakan.

Pas pula sebaliknya, melalui kenyataan Presidennya, Abdul Hadi Awang telah mengakui keputusan PRU-13 dan menerima kenyataan atas keputusan yang dibuat oleh rakyat. Malah Pas tidak bersetuju dengan perhimpunan haram yang diadakan.

Rakyat semakin muak dengan gelagat beberapa pemimpin utama pembangkang yang mengheret anak-anak muda, terutamanya daripada keturunan Cina dengan penuh rasa kebencian dan menyemarakkan api perkauman dalam masyarakat majmuk yang selama ini dijalin rasa keharmonian.

Pembangkang turut mempertikaikan kewibawaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang kononnya memanipulasi undian. Ia merupakan tuduhan yang keterlaluan, sedangkan SPR telah menuruti sebahagian besar tuntutan mereka termasuk menggunakan dakwat kekal yang hanya digunakan oleh negara-negara dunia ketiga.

Malah di setiap pusat pengundian, setiap calon meletakkan wakil masing-masing sebagai polling agents untuk memantau proses pembuangan undi dan meletakkan counting agents semasa pengiraan undi dilakukan.

Pelbagai tuduhan yang tidak munasabah terus dilemparkan kepada SPR kerana pembangkang tidak mengakui hakikat kekalahan mereka, termasuk kononnya lampu terpadam ketika pengiraan undi dijalankan.

Jika tidak pandai menari, janganlah menuduh tanah tinggi rendah!

DATUK SERI DR. AHMAD ZAHID HAMIDI,
Naib Presiden UMNO

Mak Aih!! garang betul Menteri Dalam Negeri yang baru ni.. tapi kalau boleh dalam mengeluarkan kenyataan tu biarlah rasional jangan emosional..

Kat atas tu.. Zahid dah tunjukkan sebab utama yang menyumbang kegagalan Pakatan Rakyat ke Putrajaya..

Datuk Seri Anwar Ibrahim pun dah tekankan tentang perkara itu berulang kali sebelum PRU13 lagi.. Tapi ramai mana yang ambil peduli??

Oooo... Patutlah PAS kalah di Kedah..

Posted: 16 May 2013 12:35 AM PDT



Apa yang dinyatakan dalam kajian oleh Umcedel ini hanyalah sebahagian dari beberapa faktor yang menyebabkan PAS tumbang di Kedah..

Bukan sahaja gagal mengurus kritikan tetapi memandang sepi teguran dan peringatan dari penyokong juga antara faktornya..

Malah ada sahabat pernah menyatakan apabila diberitahu kepada pimpinan Pakatan Rakyat Kedah bahawa akan berlangsung dua perjumpaan antara Ahli Majlis Ketua-Ketua Kampung Kedah dan Mukhriz yang mahukan sokongan mereka dalam PRU13 yang lalu, di Parit Buntar November 2012..

Jawapan yang diterimanya... "Allah.. Orang-orang PAS bukannya serupa dengan orang PKR yang boleh dibeli tu..."

Jawapan yang sama juga diterima bila diberitahu.. berhati-hati bila memilih 'Polling And Counting Agent (PACA)' terutama sekali Counting Agent..

Malas nak cakap apa yang BN dah buat.. tapi seawal jam 2.00 tengahari lagi ada sumber dari BN dengan yakin boleh bagitahu.. "Bro.. padan muka hangpa.. Kedah kami punya dah...."

Lain-lain faktor orang PAS Kedah boleh dapatkan info dari PAS Baling..
Dan kesalahan tidak seharusnya diletakkan dibahu Ustaz Azizan semata-mata malah semua pimpinan Pakatan Rakyat Kedah khususnya PAS harus dipersalahkan..

Menurut Umcedel.. Selain dari gagal urus kritikan.. EGO antara penyumbangnya..

Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) Prof Mohd Redzuan Othman berpendapat PAS gagal mengekalkan pentadbiran di Kedah kerana tidak mampu menguruskan kritikan dan juga prestasi yang ditunjukkan menteri besar negeri itu.

Katanya, perkara ini amat menonjol jika dibandingkan dengan negeri Kelantan, di mana PAS berjaya mengekalkan pentadbiran.

"Untuk menang, anda tidak boleh cuma katakan bahawa kami parti kuat yang telah bekerja keras untuk tempoh yang lama.

"PAS di Kedah bukan seperti PAS di Kelantan. Di Kelantan, di antara lapan orang yang ditinjau, empat akan sokong PAS, tiga BN, tapi kesemua lapan orang akan sokong (bekas MB) Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Saya tidak mahu mengulas terlalu panjang memandangkan (bekas MB Kedah) Datuk Seri Azizan Abdul Razak kini berada di hospital, tapi kita semua tahu keputusannya (pilihan raya)," katanya.

Berucap dalam satu forum untuk membincangkan mengenai kesan pilihan raya tersebut, beliau berkata trend sama dilihat di Selangor, di mana Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjadi faktor utama kemenangan Pakatan di negeri itu.

Jelasnya, tinjauan menunjukkan sokongan setinggi 60 peratus di seluruh negeri itu, yang kebanyakannya merupakan penjawat awam dan kakitangan syarikat berkaitan kerajaan, katanya.

Kegagalan BN untuk menamakan calon MB juga menyumbang kepada faktor kekalahan di negeri tersebut, katanya ~ Malaysiakini

Ahli Parlimen Julau, Datuk Joseph Salang buat Najib menggigit jari..

Posted: 15 May 2013 08:17 PM PDT


Ahli Parlimen Julau, Datuk Joseph Salang sudah menolak pelantikannya sebagai Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan dalam barisan baharu Kabinet Persekutuan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Salang, yang juga Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), ketika dihubungi berkata jika beliau perlu memilih antara menjadi timbalan menteri dan keluarganya, maka "saya memilih keluarga saya".

Katanya, beliau mungkin mempertimbangkan jika ianya adalah jawatan yang lebih tinggi atau jawatan menteri penuh.

"Saya fikir adalah lebih baik memberi laluan kepada orang lain untuk jawatan timbalan menteri," katanya yang menjadi timbalan menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei lalu.

Pada PRU13, Salang mempertahankan kerusinya dengan menewaskan calon Parti Pekerja Sarawak, Wong anak Judat dan Andy Wong Hong Yu dari PKR dengan majoriti 5,955 undi.

Sementara itu, penyokong Salang di Julau kecewa apabila wakil rakyatnya itu tidak diberi jawatan menteri penuh walaupun berkhidmat sebagai timbalan menteri di tiga portfolio berlainan sebelum ini. 

"Memandangkan pengalaman luas, komitmen, dedikasi dan keikhlasan beliau, kita jangka beliau dinaikkan pangkat tetapi beliau telah diberi jawatan yang agak rendah, " kata Desmond Sunok, seorang jurucakap kumpulan itu.

Beliau berkata, Salang juga sudah menghubunginya atas keputusan untuk tidak menerima jawatan baharu itu. - BERNAMA

Tiada ulasan: