Rabu, 1 Mei 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Video Macai BN potong dan buang bendera PKR ke dalam tong sampah tersebar!!.. Saksikan!

Posted: 01 May 2013 04:49 AM PDT


Kejadian dilaporkan telah berlaku pada awal pagi 27 April yang lalu di Flat Alor Akar, Blok A, Kuantan, Pahang.

Penyokong tegar Barisan Nasional yang kelihatan telah berusia ini dirakamkan mencabut dan membuang bendera-bendera PKR yang telah dipasang di flat tersebut.

Macai tua itu  kemudiannya kelihatan telah mengutip semua bendera yang telah dilontarkannya ke bawah flat tersebut lalu membuangnya ke dalam tong sampah..

 

Muhyiddin seru Jihad untuk tawan Kelantan..

Posted: 01 May 2013 03:40 AM PDT


Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak rakyat Kelantan supaya berjihad dengan menolak PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kerana selama ini parti itu menyebabkan kemunduran kepada rakyat negeri ini.

Beliau berkata kerajaan Kelantan pimpinan PAS itu adalah kerajaan yang sangat lemah dan tidak berupaya sama sekali untuk membawa pembangunan di Kelantan walaupun telah diberi mandat memerintah sejak 23 tahun lalu.

"Inilah masanya untuk Barisan Nasional (BN) menang di Kelantan. Ini adalah perkara jihad yang perlu dilakukan oleh rakyat Kelantan demi menolak kemunduran dan segala kelemahan yang telah dilakukan. 

"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu jika rakyat sendiri terutama rakyat Kelantan tidak membuat perubahan itu," katanya pada majlis perasmian jambatan baharu Manek Urai di sini, hari ini.

Turut hadir isterinya, Puan Sri Norainee Abdul Rahman, Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan semua calon BN kawasan Parlimen Kuala Krai iaitu Tuan Aziz Tuan Mat (Parlimen Kuala Krai), Azizzuddin Hussein (DUN Mengkebang), Datuk Nik Sapeia Nik Yusof (DUN Guchil), Che Jalal Muda (DUN Manek Urai) dan Datuk Ramzi Abdul Rahman (DUN Dabong).

Lebih 7,000 penduduk hadir pada majlis perasmian jambatan baharu berharga RM17 juta itu. Muhyiddin berkata jika BN menang pada PRU13, Ahad ini, Mustapa adalah calon terbaik untuk dipilih sebagai Menteri Besar Kelantan yang baru dan beliau mampu membawa Kelantan ke era yang lebih cemerlang.

"Saya berjanji akan berhubung dengan Tok Pa (Datuk Seri Mustapa Mohamed) pada setiap minggu untuk bertanyakan khabar mengenai Kelantan. Kita akan tolong menyelesaikan segala masalah rakyat Kelantan. 

"Ini bukan janji palsu dan ini janji yang akan kita buat kerana ini merupakan amanah kerana setiap apa yang akan kita buat nanti akan dipersoalkan oleh Allah S.W.T," katanya.

Beliau berkata rakyat Kelantan mempunyai masa beberapa hari lagi bagi membuat keputusan dan Ahad ini merupakan hari yang terbaik buat rakyat mengubah kerajaan PAS sedia ada itu.

"Kita mahu memilih kerajaan bagi tempoh lima tahun lagi dan percayalah hanya kerajaan BN yang mampu mengubah keadaan yang tidak mampu dilakukan oleh kerajaan PAS itu," katanya.

Muhyiddin berkata rakyat Kelantan perlu memikir dengan mendalam dan menilai siapakah sebenarnya Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sama ada benarkah Mursyidul Am PAS itu seorang ulama. 

"Kalau sokong PAS masuk syurga itu tidak betul. Nik Aziz kata ibadat orang Umno tidak dapat pahala dan saya ingin bertanya balik, tok guru kah dia, ulama kah dia. Ayahanda saya ada pondok di Johor tidak pernah beritahu pun kata masuk Umno ini kafir. Apa beza tok guru Nik Aziz dengan Mat Yassin (bapa Muhyiddin). 

"Saya hairan, ini bukan main-main, ini sesuatu perkara yang mungkar. Kalau tok guru dah menyimpang, kalau salah baca dalam solat pun kita kena tegur dan kalau sudah lama tidak betul logiknya kita kena tolak tok guru ini," katanya.

Beliau berkata adalah sesuatu yang menghairankan pemimpin PAS banyak membuat janji seperti mahu mengadakan lebuh raya yang sudah tentu tidak mungkin mampu dilaksanakan PAS.

Katanya soal membina lebuh raya itulah yang akan diperjuangkan BN apabila berjaya menguasai Kelantan dan Pusat pada PRU ini.

Mengulas mengenai jambatan baharu itu, Muhyiddin berkata ia merupakan contoh Janji Ditepati apabila kerajaan BN berjanji membinanya pada pilihan raya kecil DUN Manek Urai pada 2009.

"Alhamdulillah janji itu telah dapat kita tunaikan yang bukan sahaja kita mahu menumpukan projek pembangunan di bandar-bandar tetapi juga di kawasan luar bandar seperti ini," katanya.

Muhyiddin berkata, Kelantan perlu berada dalam kelompok negeri maju seiring kemajuan arus perdana dan sebab itu walaupun diperintah pembangkang, kerajaan BN tidak pernah menganaktirikan Kelantan selama ini.

"Saya sedih ada yang fitnah saya kononnya janji membina jambatan ini tidak akan terlaksana tetapi akhirnya ia menolak fitnah itu dengan siap terbinanya pada hari ini," katanya.

Jambatan sepanjang 200 meter merentangi Sungai Lebir itu mula dibina pada 2010 dan digunakan sejak seminggu lalu bagi menggantikan jambatan lama yang sempit.

Pembinaan jambatan yang mempunyai laluan dua lorong itu memberi manfaat kepada lebih 4,000 penduduk dari Kampung Manek Urai Baru dan Kampung Manek Urai Lama. 

Selain jambatan itu yang dijanjikan pada pilihan raya kecil berkenaan, kerajaan Pusat juga turut menaiktaraf Masjid Kampung Temalir yang berharga RM600,000 dan Kompleks Sukan di Kampung Manjor juga dengan kos RM600,000. – Bernama

Bapa Saiful Keluar PKR dan kata Kes Liwat anaknya adalah benar pulakdah...

Posted: 01 May 2013 12:01 AM PDT


11 Mac 2013 yang lalu Bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim secara rasmi menyerahkan borang menyertai PKR, serta mempertahankan kenyataannya "konspirasi politik jahat" melibatkan anaknya dalam kes liwat kedua.

Dalam satu sidang media pada hari itu, Azlan Mohd Lazim, 60, menyatakan keputusan yang dibuatnya tidak didorong oleh mana-mana pihak sebaliknya menegaskan sekali lagi anaknya terperangkap dalam rancangan oleh seorang pegawai di Pejabat Perdana Menteri.

"Hari ini, secara rasminya saya menyerahkan borang untuk menyertai PKR," kata Azlan yang mengaku telah menyokong perjuangan Anwar sejak tahun 1998.

"Saya sebagai rakyat Malaysia, berhak membuat keputusan sendiri... Ini masa yang tepat untuk saya sertai PKR bagi membuat perubahan."

Azlan juga berharap anaknya Saiful supaya menghormati keputusan yang dibuatnya hari ini dan menegaskan segala yang terjadi tidak akan menjejaskan hubungan mereka sekeluarga.

"Saya ingin minta maaf kepada Saiful atas apa yang berlaku ini," ujar beliau.

Bagaimanapun dalam masa yang kurang dari dua bulan, pendiriannya sekali lagi berubah Bapa kepada Saiful Bukhari hari ini membuat keputusan mengejut apabila menarik balik permohonan maafnya yang dibuat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mac lalu, mendakwa beliau telah dipengaruhi pihak tertentu untuk bertindak sedemikian.

Pada 8 Mac lalu, Azlan Mohd Lazim dalam satu sidang media tertutup telah meminta maaf kepada Anwar dan sekeluarga, mengakui kes liwat melibatkan anaknya adalah satu konspirasi politik.

"Saya hari ini ingin menarik balik permohonan maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ingin menegaskan kes liwat anak saya adalah benar. "Ia bukan satu konspirasi politik," kata Azlan dalam satu sidang media di Ibis Styles Hotel disini.

Katanya dalam sidang media itu.. "Secara rasmi ingin keluar jadi ahli PKR serta merta dan tak mahu jadi ahli mana mana parti. Mohon maaf kepada anak Saiful Bahri. Sedar saya khianati anak sendiri. Sebagai bapa tak boleh khianati anak dan langgar sumpah. Saya hanya takut kepada Tuhan bukan manusia. Saya sedar sendiri dan telah lakukan kesilapan besar khianati anak sendiri."

"Sebagai manusia biasa, saya terpengaruh dengan beberapa pihak. Buat keputusan sebegitu rupa pada 8 Mac. Tidak tiimbul soal ganjaran. Tak terlajak. Hubungan baik dengan anak. Tak bawa Saiful hari ini. Terpulang kepada Saiful untuk buat sidang akhbar lain. Saiful tahu saya buat sidang akhbar hari ini."

"Kebetulan nak pilihan raya saya tampil buat keterangan. Saya ada buat solat istikharah mohon petunjuk dan pedoman. Bersedia hadapi tohmahan orabg sekeliling."

"Kenyataan saya adalah atas keinsafan diri saya. Saya lega dan tidak terkongkong dengan mana mana pihak"  tambahnya.

Menurutnya lagi "Terserah pada Allah tidak fikir soal keselamatan diri dan tak perlu buat laporan polis untuk perlindungan. Saya tidak emosional. Bertindak cara rasional".

Mengakhiri sidang medianya hari ini Azlan mengaskan apa yang dilakukannya hari ini adalah atas kehendaknya sendiri tanpa sebarang desakan dan tekanan dari mana-mana pihak..

"Setakat ini sahaja kenyataan saya pada hari ini. Sekali lagi saya menegaskan keputusan saya mengadakan sidang akhbar ini adalah atas kesedaran sendiri, keinsafan dan bukan disuruh oleh sesiapa atau dipengaruhi mahupun di pujuk oleh sesiapa."

Tiada ulasan: