ALHUSSEYN |
- Anwar tidak melanggar perjanjian PRU sebaliknya Najib berkempen tanpa beretika
- Laporan Polis Mengenai Dakwat Tidak KekaL
- Amaran Mat Sabu : Jutaan rakyat di Dataran Merdeka
- Cerita anak VIP Umno mengamuk ....
Anwar tidak melanggar perjanjian PRU sebaliknya Najib berkempen tanpa beretika Posted: 28 May 2013 09:03 AM PDT Bila aku baca entri sahabat saya yang antara lain beliau menulis :
Saya pun hantar komen dan sahabat saya tu pun jawab.Lihat printscreen berikut: Ikhlas, bahawa saya nak tahu apa ke bendanya yang dikatakan perjanjian antara Anwar dan Najib tu. Sebagai berpegang dengan tuntutan ajaran Islam sebagaimana ayat 6, al-Hujrat : Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya ..., maka berkewajipanlah bagi saya untuk bertanya. Pertanyaan saya ringkas tetapi menuntut kepada 3 persoalan : 1) Apa isi perjanjian tersebut 2) Adakah ianya akan memudaratkan Pakatan? 3) Korang boleh percayakah mengenainya? Tetapi sayang, sahabat saya ini, memilih untuk menjawab secara sinis.Korang tengoklah sendiri dia menjawab. Dalam entrinya itu antara yang beliau tulis ialah : Apabila ada pimpinan PAS yang berjumpa umNo maka hangpa kata UG... Nak khianat PR... biarpun ulama telah menjelaskan tujuan tersebut...maka hujah popularnya ialah... MENGAPA SULIT... MENGAPA SECARA BERSEMBUNYI???Nampaknya sahabat saya ini, terlalu percaya dengan laporan Wall Street Journal (WSJ),Sabtu lalu yang melaporkan Jusuf mendakwa Anwar telah melanggar perjanjian PRU itu. Seperti lagak ikan haruan yang kelaparan, dia telan terus umpan anak katak yang ada didepanya tanpa mahu merujuk kepada peringatan Allah ayat 6 al-Hujarat. Allah perli kita ~ Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri ....44 : al-Baqarah Menurut Anwar, "Saya tidak pernah adakan perjumpaan bersama Najib walaupun ada berhubung melalui telefon. Pertemuan antara saya, Jusuf dan Najib diadakan pada waktu yang berlainan." Jauh benar sebagaimana UG yang cuba menafikan pertemuan sulit antara PAS dan Umno bila ada blog mendedahkan mengenainya. Mahfuz Omar sendiri cuba menafikannya di sini Sudah-sudahnya Mahfuz terkantoi dan tak tahu nak kata apa....Mahfus terpaksa pula minta maaf kepada ahli parti... Beberapa pemimpin kanan PAS juga turut menghadapi kesukaran menjelaskan kepada ahli dan penyokong parti apabila Abdullah Badawi mendedahkan beliau sendiri terlibat dalam tiga pertemuan dengan PAS. Sila baca di sini Majlis Syura Ulama terpaksa mengadakan satu pertemuan khas di kediaman rasmi menteri besar Kelantan melibatkan tujuh daripada 13 anggota anggota majlis itu, termasuk Abdul Hadi dan Nasharuddin. Pertemuan itu bertujuan membincangkan kekeliruan berhubung pertemuan sulit antara pemimpin tertinggi PAS dengan Umno yang diwakili presidennya sendiri dan perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo. Perlu diingat bahawa pertemuan sehingga tiga kali antara pemimpin PAS dan Abdullah hanya membincangkan tentang pengagihan jawatan dan usaha memecahkan Pakatan Rakyat ia tidak layak dipanggil 'muzakarah' mahu pun 'muqabalah' Janganlah nak dinafikan tentang adanya komplot ini.Hingga ke hari ini kita boleh lihat kelaku Nasharudin dan Hasan Ali yang masih memperjuang agenda UG. Kembali kepada kenyataan Anwar yang mengulas mengenai perjanjian dengan Najib, dengan tidak semena-mena, Anwar telah tolong menjawab 3 persoalan saya di atas tadi. Menurut Anwar, beliau bersedia untuk menandatangani perjanjian itu kerana syarat yang dibincangkan bertepatan dengan apa yang diperjuangkan PR selama ini. 1) Bersetuju mematuhi etika berkempen oleh kedua-dua parti lawan, ruang media yang bebas tiada serangan peribadi atau kecaman di media (milik Umno).Apa masalahnya? Adakah perjanjian tersebut boleh memudaratkan Pakatan? Namun Najib tidak pernah menandatangani perjanjian tersebut dan jauh sekali meniti diatas garis-garis yang dipersetujui. Ternyata Anwar tidak melanggar perjanjian PRU itu sebagaimana dakwaan Wall Street Journal (WSJ) Sabtu lalu.Sebaliknya lihatlah apa yang Najib lakukan selama berkempen tanpa beretika langsung. Adalah sangat dikesali kerana ada pula yang mengaku memperjuangkan Islam boleh bersubahat dengan putar belit media dalam isu ini.Baca dari sumbernya di sini |
Laporan Polis Mengenai Dakwat Tidak KekaL Posted: 28 May 2013 04:56 AM PDT Petang kelmarin aku dan seorang rakan bernama Khairul telah pergi ke Balai Polis Kampung Rapat untuk buat report mengenai penipuan SPR mengenai dakwat kekal. Di sebelah malamnya, beberapa lagi sahabat, telah membuat aduan yang sama.Nampak sibuklah sikit balai polis Kampung Rapat malam tadi. Walau bagaimana pun polis yang bertugas ucapkan terima kasih kepada kami kerana kami dah siapkan report kami siap bertaip.Mereka hanya perlu sken sahaja. "Kalau tidak jenuhlah kami kena taip, encik... ," kata salah sorang polis kat kaunter tu.Kih!3 Ramai juga yang aku SMS untuk diajak berbuat demikian, tapi tidaklah berapa ramai yang memberikan respon yang positif. Ada pula yang memberikan respon yang aku anggap agak lucu.Mamat ni, kira-kira adalah 'berjawatan' juga diperinkat kawasan aku ni.Dia jawap SMS aku : "Itu kena tanya Pengarah MTD, Cikgu .....". "Mangkuk betul!" bisik hati ku, "Ko tanyalah sendiri sepatutnya....ni nak suruh aku pula tanyakan?" Aku merungut sendirian.Sengal betullah! Seharusnya setiap kita punyai sikap yang pro-aktif.Apa salahnya ramai-ramai buat laporan polis mengenai penipuan dakwat SPR itu? Kita marajkan macam nak rak sembang dengan semua orang pasal itu tapi nak meluangkan sedikit masa tak sanggup untuk membuat laporan polis mengenainya. Aku sebagai blogger agak ada sedikit pengalaman mengenai buat laporan polis ini sebab selalu cover bila orang kita buat laporan polis.Biasanya ramai-ramai pergi buat, siapa panggil wartawan dan blogger untuk nak cover cerita.Tapi, dari ramai-ramai yang pergi, hanya seorang sahaja yang buat report. Aku sering merungut pada kawan-kawan mengenai perkara ini.Kenapa mereka yang pergi sama ke balai polis tu tak buat report yang sama? Tidakkah mereka belajar bagaimana pihak lawan mengeksploitasikan perkara sedemikian sebagaimana mereka buat keatas Mat Sabu dalam isu Mat Indera sedikit masa dahulu? Mereka buat sampai 2,000 lebih report dan isu tersebut menjadi cukup hangat seketika. Aku dan beberapa kerat rakan berasa bangga kerana dapat melakukan sedikit usaha bagi menjayakan Kempen Laporan Polis Seluruh Negara membantah dakwat kekal:
Mungkin akan ada yang beranggapan sinis.Berlambak macam mana pun laporan dibuat, polis tidak akan siasat, buang masa mike ajer... Kepada mereka yang kata macam tu, meh renungkan bersama ~ Kita mengadu dan meminta kepada Allah selama ini, adakah Allah tunaikan segala hajat dan permintaan kita itu serta merta itu juga? Adakah kita pernah berasa jemu untuk terus berdoa dan bermunajat kepada Allah? Kita terus mengadu dan memohon kepada Allah dengan harapan dan keyakinan yang Allah akan tunaikan juga segala hajat kita itu. Itu pun sudah dikira melakukan tanggung jawab sebagai seorang hamba. Samalah seperti kita mengadu , buat laporan kepada polis, setidak-tidaknya dengan berbuat demikian, kita telah melakukan satu tanggung jawab dan amanah sebagai seorang warga. Demikianlah usaha kita, bukan sekadar mengadu kepada Allah, yang amat mengasihi kita, malah kita mengadu juga kepada pihak polis yang tidak berapa mengasihi kita kerana pihak polis lah yang patut bertanggung jawab. |
Amaran Mat Sabu : Jutaan rakyat di Dataran Merdeka Posted: 28 May 2013 01:00 AM PDT Oleh Amin Iskandar TAPAH, 27 Mei — Pakatan Rakyat (PR) akan menghimpunkan jutaan rakyat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur jika tuntutan mereka agar pengerusi, timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan jawatan tidak ditunaikan, kata Mohamad Sabu. Menurut timbalan presiden PAS itu, jika desakan tidak ditunaikan, PR akan menganjurkan lebih banyak perhimpunan sehingga kerajaan Datuk Seri Najib Razak turun takhta. "Jutaan rakyat akan memenuhi Kuala Lumpur jika tuntutan kita tidak ditunaikan tidak lama lagi," kata Mohamad dalam perhimpunan #Black505 di sini malam tadi. "Jika SPR tidak letak jawatan, kita akan terus mengadakan perhimpunan sehingga kerajaan Najib gugur," tambah beliau lagi. Perhimpunan #Black505 di Tapah ini adalah yang kesepuluh bagi membantah keputusan Pilihan Raya 2013 dan julung kalinya dianjurkan oleh PAS. Turut hadir dalam perhimpunan itu adalah pemimpin PR Perak seperti Datuk Seri Nizar Jamaluddin, V Sivakumar dan ramai lagi. Menurut Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu itu, penipuan pilihan raya telah menggugat kepercayaan rakyat Malaysia terhadap sistem demokrasi. "Kita kena ingat, rakyat memilih pilihan raya, rakyat memilih jalan demokrasi. Kenapa rakyat memilih jalan raya di Tunisia? Mesir? Jakarta? "Kerana mereka sudah tidak yakin dengan jalan demokrasi," katanya disambut dengan sorakan daripada ribuan hadirin berpakaian hitam. Mohamad turut mengingatkan pasukan keselamatan, polis dan tentera agar bersikap profesional dan menjaga keselamatan rakyat. "Polis dan tentera saya ingatkan. Jaga keselamatan rakyat, jika gugur sebutir peluru kepada rakyat yang tidak bersenjata, bererti kamu sudah kalah. "Jangan usik rakyat yang memilih cara demokrasi ini," katanya. PR menyalahkan penipuan pilihan raya menyebabkan mereka tidak menjadi kerajaan walaupun menang undi popular pada Pilihan Raya 2013. PR menang 89 kerusi Parlimen berbanding Barisan Nasional (BN) yang mendapat 133 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen. Walau bagaimanapun, buat pertama kali semenjak 1969, BN kehilangan undi popular apabila hanya mendapat 47 peratus undi keseluruhan berbanding PR yang mendapat 51 peratus. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perhimpunan #Black505 pada Sabtu di Padang Timur, Petaling Jaya turut menegaskan beliau menolak idea untuk bekerjasama dengan SPR dan menyokong desakan untuk pesuruhjaya SPR meletakkan jawatan serta merta. "Kita tidak akan bekerjasama atau bekerja atau melibatkan diri dengan Suruhanjaya Pilihan Raya yang menipu," kata ketua umum PKR dan menambah "kata dua" akan dikeluarkan jika mereka tidak meletak jawatan.~ Malaysianinsider |
Cerita anak VIP Umno mengamuk .... Posted: 27 May 2013 08:13 PM PDT Selepas aku dan beberapa rakan membuat laporan polis mengenai penipuan dakwat kekal yang tidak kekal itu, Kami telah pergi ke Pusat Rawatan Ipoh Specialist kat Jalan Tambun tu.Aku akan cerita pasal buat laporan polis tu petang nanti.....insya'Allah.Korang tunggulah, jangan pergi kemana....(pesanan penaja tuh!) Malam dah agak lewat.Jam menunjukan 10.00 malam.Aku cakap kat kawan-kawan, mana boleh masuk! Tapi dia orang tu degil, cakap boleh! O.K lah ~ kami pun naik lift sampai tingkat 3 dan terus menuju ke ward 3B.Kebetulan ada pelawat dari dalam yang nak keluar, maka pintu pun terbukalah. Kami pun cpat-cepat meluru masuk ke dalam, tetapi adalah misi sorang tu cakap kat kami, "Encik, masa melawat dah habis, tak boleh masuk..." Dia beritahu kami dan kemudian dia cakap sesuatu dengan sekuriti yang ada kat situ. Ada ramai pakgad dalam tu.Ada lebih kurang 10 kalau tak silap.Aku pun tak hitung satu persatu, cumanya ruang tu penuh dengan pak gad berbaju biru macam warna PKR tu! Seorang pakgad mendapatkan aku dan cakap baik-baik dengan aku."Masa dah habis encik.Waktu melawat antara jam 4.00 ptg ke 8.00 malam," terangnya dengan baik dan lembut. "Aku cuba merayu dengan mengatakan, ada sahabat yang datang jauh dari Bangla datang nak jumpa kawan...." "Maaf, tak boleh encik...." pakgad tu tetap bertegas. OK! OK" kitaorang pun angkat kaki sebab tak mahu nak mengeras.Kalau begitu peraturannya di situ, kenalah kita ikut. Kami bercadang akan datang lagi pada keesokan harinya sahaja. "Aku dah cakap tadi, tapi korang degil!" Aku mengingatkan sahabat-sahabat akan kata-kata aku awal tadi...Diaorang berjalan tunduk tak angkat muka dan aku terasa seronok kerana apa yang aku cakap itu benar-benar terjadi! "Tulah, degil lagi cakap ketua! Tak nak wala'! Kih!3 Aku ketawakan mereka. Tiba-tiba tercegat dihadapan kami seorang sahabat. Engko kerja ker malam ni? Aku tanya. "On duty malam ni, nak buat macam man dah kerja..." jawabnya sambil bersalam. "Datang buat apa?" Tanyanya. "Nak tengok si Fadhil tu, tapi diaorang tak bagi kami masuk!" masing-masing kami buka cerita dan mengadu kepadanya. Dia melihat jam dilengannya, "Eh , boleh....jom saya bawa...." tiba-tiba sahabat ni menawarkan peluang kedua kepada kami. Apa lagi suka sangatlah kami.Aku pun ikut jauh-jauh dari belakang.Dalam hati aku, kalau kena halau lagi, taklah menebal muka aku ni! Anak-anak si Fadhil ~ setia menunggu bersama ayahnya yang sedang terlantar di hospital "Maafkan kami, encik, kami silap faham tadi...." "Tak apa, tak apa.." balas ku sambil melangkah cepat-cepat masuk. Kawan-kawan tadi dah berada dalam bilik 174. Bila aku masuk,rakan-rakan semua pakat suka.Barulah kami tahu, kenapa kami dilarang masuk sebelum ini." Diaorang ingat Cikgu tu wartawan, sebab itu diaorang takut dan tak bagi masuk!" terang sahabat yang 'on duty' malam tu sambil tersenyum. "Diaorang tengok Cikgu dengan kamera, menggelabahlah diaorang semua...." Sahabat tu bercerita. Menurut sahabat itu, ada seorang anak VIP Umno yang sedang menerima rawatan di situ.Budak muda itu baru balik ngaji di Mesir. Budak tu terlalu stress dan tak dapat mengawal emosinya. Tapi selalu juga keluarkan ayat-ayat ...katanya lagi. "Mungkin budak ni dah mengaji dan mengerti agama. Dia menyedari cara hidup ayahnya itu bertentangan dengan agama , maka dia menerima tekanan dalaman kerana tidak sehaluan dengan jiwanya yang terdidik dengan agama" aku cuba menjelaskan kepada rakan-rakan ku. Terlintas dibenak fikiranku, agaknya bilalah pula giliran calon Umno yang menang kat Manjoi tu akan singgah berehat di sini......takkanlah dia boleh tenteram dengan keadaan yang begitu bertentangan dengan ilmu dan aliran tarbiyyah haraki yang ada pada dirinya itu? Tuhan sahaja yang akan menentukannya. Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik melainkan balasan yang baik juga?~ Ar-Rahman: 60. Maka begitu jugalah bagi amalan yang jahat....pasti Allah yang Maha Berkuasa akan membalas dengan kejahata yang setimpal juga.... Tiba-tiba kami dengar jeritan yang kuat di luar bilik.Agak kelam kabut berlaku di luar bilik. "Dialah tu...dia tengah mengamuk... Jangan keluar," sahabat itu memberitahu kami, tapi dia pula yang pergi keluar...adalah tugas dia tu. Barulah kami tahu kenapa begitu ramai pakgad berada kat ward 3b ni tadi...dan pasal apa kami tidak dibenarkan masuk tadi. Rupa-rupanya mereka takut cerita pasal anak VIP Umno yang dirawat kat situ terkeluar....Aku sangkut kamera pun depa sangka aku ni wartawan! Kik!3 VIP tu tak keluar bilik pun.Kalau dia keluar, tentu dia kenal aku sebab dia pun asal dari Sungai Rokam dan biasa juga lepak-lepak kat Manjoi di rumah kosong dulu.... Tatkala kami menuju ke parkir kereta, kami terserempak lagi dengan pakgad tadi. "Maaf kami ya encik diatas kekeliruan kami tadi..." dia menyatakan rasa kesalnya. "Tak apa...saya jawab....biasalah..." dan kami pun pergi melunsur pergi mencari kedai makan kerana perut kami dah keroncongan... |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan