Selasa, 7 Mei 2013

Addin

Addin


Taktik Kotor SPR Untuk Memenangkan BN Perak Terbongkar?

Posted: 07 May 2013 10:01 AM PDT


Menuntut hak keadilan dalam perlembagaan negara terbukti menghampakan bagi calon parlimen Tapah, K Vasantha Kumar sewaktu di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Merdeka, Tapah .

Beliau telah ditolak keluar dari Pusat Penjumlahan Undi itu oleh sepasukan Tindakan Ringan Polis jam 11mlm Ahad.

Vasantha Kumar berkata, lapan anggota polis menolaknya keluar setelah beliau bertanyakan pegawai SPR mengenai keganjilan adanya undi bercampur dalam kotak undid an ketiadaan beberapa kotak peti undi .

Kotak –kotak peti undi yang hilang itu tidak sampai di Pusat Pengiraan waima jam sudah 11 mlm. Dikatakan , undian Pos telah dicampur dengan Undian Parlimen dan Dun dalam kotak undi bercampur.

"Saya meminta pengiraan semula kerana kertas undi Parlimen dan Dun telah bercampur dalam satu peti undi parlimen.

Tambahan pula terdapat sejumlah kertas undi diletatakan di luar peti undi. "Saya meminta pengiraan semula kerana empat peti undi daripada Chenderiang dan lima peti undi dari Ayer Kuning tidak ada dalam dewan pengiraan di Dewan Merdaka.

Berikutan permintaan tersebut, pegawai SPR telah membawa masuk 2 peti undi dari Ayer Kuning. Tujuh peti undi yang lain masih belum sampai.

" Di masa yang sama saya telah meminta 91 borang 14 daripada 91 saluran mengundi tetapi pegawai SPR enggan memberikan., Vasantha Kumar memberitahu, "Sesetengah borang 14 tidak ditandatangani sempurna oleh pegawai SPR.

"Pada ketika inilah, muncul calon BN, M Saravanan, lalu meninggikan suaranya dan mengugut saya." "Saya memberitahunya jangan masuk campur kerana pertelingkahan adalah antara beliau dan SPR.


Pertelingkahan adalah mengenai kertas undi dari Dun Chenderiang dan Dun Ayer Kuning. "Pada ketika itu, keputusan untuk Perak ialah 29 untuk BN and 28 bagi Pakatan.

Saya bertegas mahukan pengiraan semula kerana keputusan dari dua Dun tersebut ( Chenderiang dan Ayer Kuning) merupakan faktor penentu dalam pembentukan kerajaan negeri Perak.

"Apabila saya desak agar dokumen tersebut dikeluarkan sebelum keputusan diisytiharkan, pegawai SPR telah mengarahkan polis supaya menolak polling agents dan saya, keluar dari dewan tersebut.

Pada ketika ini, Vasantha Kumar berkata, "Saravanan membaling kerusi kepada saya semasa saya sedang ditolak keluar."

"Saya terkedu bila polis menolak saya 50 meter keluar dari Pusat Pengiraan tersebut, sedangkan Saravanan dan pembantunya cuba menyerang saya. Bagaimana pun polis menahan mereka."

Vasantha Kumar mendakwa dirinya dan counting agents nya telah ditolak keluar oleh polis hingga ke main road di luar dewan tersebut.

Tiada wakil untuk memantau peti-peti undi

" Polis kemudiannya mengepung dewan itu dan tidak membenarkan saya masuk. Pada ketika itu, saya tidak mempunyai wakil didalam dewan itu untuk mempastikan peti-peti undi itu tidak di cerobohi."

Beliau mendakwa pada ketika itu, Saravanan dan dua calon BN bagi dua kerusi Dun (Chenderiang dan Ayer Kuning) telah dibenarkan berada dalam dewan tersebut sewaktu keputusan sedang di buat.

Vasantha Kumar berkata, pegawai-pegawai SPR telah mengarahkan polis supaya menahannya diluar dewan hampir satu jam lamanya.

"Selepas satu jam, saya sebagai calon Tapah, saya berhak untuk masuk ke dewan."

Setelah memasuki dewan tersebut, Vasantha Kumar berjalan keaarah pegawai SPR dan meminta 91 pengesahan borang 14 dari kesemua 91 saluran peti undi. "Pegawai tersebut gagal menunaikan permintaan tersebut.


Dia memberitahu saya supaya mengambil tindakan mahkamah jika ada pertelingkahan. " Saya tidak bersetuju dengan keputusan yang akan mereka isytiharkan kerana boring 14 tidak disertakan dan tidak ada pengiraan semula undi pos dan undian biasa yang sahih.

Tidak lama kemudian, lebih kurang jam 1.00 pagi, keputusan diumumkan – bahawa calon BN, Saravanan dan dua kerusi Dun tersebut telah menang.

Kemenangan dua kerusi Dun tersebut menjadikan BN berjaya merebut Negeri Perak melalui 31 kerusi ke atas Pakatan Rakyat dengan 28 kerusi.

Vasantha Kumar membuat aduan polis dibalai polis Tapah pada jam 1.30pagi kelmarin.







Iklan C (ii)

 



Penjelasan PAS Terengganu Berkenaan Petisyen PRU13 Terjawab

Posted: 07 May 2013 07:50 AM PDT


Ramai yang bertanya saya kononnya ada partisyen di Terengganu yang mana PR sepatutnya menang dengan keputusan 17 kerusi dan BN 15. Dalam hebahan itu TG Haji ABdul Hadi meminta untuk solat hajat dan Sultan tangguh perlantikan MB.

Saya kata semuanya tak benar, tapi masih ada lagi yang tak percaya, malah ada blog menyiarkan kenyataan berkenaan hebahan berkenaan.

Kenyataan yang rasmi yang saya petik daripada facebook Timbalan Persuruhjaya PAS Terengganu 1 adalah seperti berikut:
Sidang Akhbar Badan perhubungn Pas Trg kali pertama slps Pru 13. Ucapn timakasih kpd rakyat ats sokongn yg mningkat kpd 100% bbanding Pru lalu. Pihak Pas sdg mkumpul maklumat utk petisyen. Tq - Ustaz Saitiful Bahri Mamat, Timbalan Persuruhjaya PAS Terengganu 1.
Tak ada apa-apa, sekadar sedang mengumpul maklumat untuk petisyen. Jangan sebar berita yang membuatkan kita syok sendiri akhirnya "frust tunggeng" dengan harapan yang tak akan berlaku!

Satu lagi yang hebahan tak betul berkenaan ada gabungan antara PAS-UMNO di Terengganu. Ini lagi karut. Tak payah bodoh sangat nak hidupkan isu "UG". Itu semua kerja bodoh dan tak ada faedah... 

Penangguhan MB di Terengganu macam dulu jugalah.. Dia orang (UMNO) bercakaran sesama sendiri sehingga ada ugut nak keluar UMNO masuk PAS (Itu pun acah aje..)

Kita doakan 'perkelahian' mereka berlarutan sehingga ada yang 'luka, patah dan sebaiknya mampus' terus!!! ~tranungkite



Iklan C (ii)

 




Kedudukan Najib Terjejas Menjelang Perhimpunan Agong Umno

Posted: 07 May 2013 06:14 AM PDT

PETALING JAYA : Barisan Nasional walaupun kembali berkuasa tetapi merupakan kemenangan terburuk dalam sejarahnya. 

Mendapat 133 kerusi parlimen adalah di luar sasaran Pakatan Rakyat dengan 89 kerusi mencatatkan sedikit peningkatan tetapi juga tidak mencapat sasaran iaitu menjadi kerajaan puasat, lantas menuduh adanya penipuan.

Namun dilaporkan golongan perniagaan menyambut baik kemenangan Barisan Nasional, indeks harga saham di bursa Kuala Lumpur naik hampir 8 % semalam.

Barisan Nasional mahukan kemenangan mutlak dengan menguasai majoriti dua pertiga yang mereka gagal pada 2008.
Jatuh bangun Barisan Nasional nampaknya kini bergantung kepada Umno setelah komponen dari orang Cina dan India `menolak' dalam diam Datuk Seri Najib Tun Razak.

Malah Pengerusi Barisan Nasional itu mengakui berlaku tsunami politik di kalangan pengundi Cina. MCA dan Gerakan kalah teruk – lebih teruk berbanding pilihan raya umum 2008. Seolah-olah orang Cina tidak mahu lagi kepada BN.

MIC hanya menang 4 kerusi

Nasib yang lebih kurang sama dialami oleh MIC, parti terbesar orang India itu hanya memberikan empat kerusi parlimen kepada BN.

Tetapi orang Melayu juga bukan semuanya menyokong Umno, pengundi bandar dan separuh elit menolak parti itu dan mengundi PAS dan PKR.

Kekalahan beberapa tokoh Umno seperti Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Husin, Dr Puad Zarkashi, Datuk Ghani Othman dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam menunjukkan Umno tidak semestinya menjadi pilihan mereka.

Hanya pengundi tradisi Melayu di kawasan tertentu masih menyakini Umno. Meskipun merampas semula Kedah, tetapi Umno hampir tumbang di Perak dan Terengganu, BN selamat dengan majoriti yang kecil.

Parti Islam itu merampas tiga kerusi parlimen di Terengganu – Kuala Terengganu, Dungun dan Kuala Nerus, yang sebelum ini milik Umno.

Pengundi Melayu memang bersimpang siur, otak mereka sukar dibaca, apa yang dizahirkan tidak semestinya itu yang dimahunya.

Najib mungkin bakal mengikut jejak Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dipaksa berundur ekoran kegagalan Barisan Nasional pada pilihan raya umum 2008. Mantan perdana menteri itu berundur selepas pemilihan parti pada bulan Mac 2009.

Pembelot akan minta Najib berundur

Umno, gabungan terbesar dalam BN akan mengadakan perhimpunan bagi memilih pucuk pimpinan baru pada Oktober atau November ini.

Barangkali akan muncul pembelot yang meminta Najib berundur sebagaimana yang berlaku kepada Abdullah sebelum ini.

Mungkin juga pembelot ini akan bergabung dengan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendesak Najib berundur.

Dr Mahathir yang masih mempunyai pengaruh besar dalam Umno pernah bersuara bahawa Najib mesti menang lebih besar dalam pilihan raya umum ke 13 iaitu lebih dari 140 kerusi dan jika gagal kedudukan Najib akan tidak stabil.

Kegagalan paling nyata ialah, apabila Najib gagal merampas semula Selangor yang beliau laung-laungkannya. Najib sendiri menjadi pengerusi BN Selangor.

Najib kini memimpin satu gabungan yang gagal mendapat undi popular. Seolah hala tuju baru yang dibawa untuk negara dan parti ditolak.

Justeru beliau wajar merasa bimbang menjelang perhimpunan agung Umno kelak kerana nasib malang boleh berlaku tanpa mengira siapa. ~free malaysia today




Iklan C (ii)

 



Protes Penyokong PR, Nyalakan Lampu Kenderaan Sekarang

Posted: 07 May 2013 03:47 AM PDT

KENYATAAN MEDIA PENGARAH JABATAN PILIHANRAYA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

PENGGUNAAN DAKWAT KEKAL : AYUH NYATAKAN BANTAHAN , NYALAKAN LAMPU KENDERAAN TANDA PROTES.

Jabatan Pilihanraya PAS Wilayah Persekutuan amat kesal dengan insiden penggunaan "dakwat tidak kekal" dalam pilihanraya umum ke 13 yang berakhir 5 petang pada 5 Mei lalu. Lebih 100 aduan berhubung penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya umum ke-13, telah diterima oleh Jabatan Peguam Negara, seperti yang dilaporkan oleh En Abdul Wahab Mohamed, Ketua Bahagian Pendakwaan jabatan tersebut. Dakwat kekal boleh hilang dalam masa kurang satu ke dua jam.

Ini merupakan kali kedua kontroversi dakwat kekal melanda PRU di Malaysia. Kali pertama adalah semasa PRU12, tahun 2008, di mana SPR telah mengumumkan pembatalan penggunaan dakwat kekal 3 hari belum berlangsungnya pengundian pada 8 Mac 2013 setelah berbelanja sebanyak kira-kira RM2.9 juta untuk membeli 48,000 botol dakwat.

Tindakan SPR ini seolah membodohkan rakyat yang mahukan perjalanan PRU yang lebih telus dan adil. Ini adalah kerana tujuan utama penggunaan dakwat kekal bagi mengelakkan pengundian melebihi satu kali sudah tidak dapat dicapai sepenuhnya. Kredibiliti dan integriti SPR amat diragui seolah-olah kelihatan bersubahat dalam penipuan pilihan raya paling buruk dalam sejarah negara

SPR perlu bertanggungjawab sepenuhnya kerana tindakan sebegini telah membuka ruang kepada penipuan dalam sistem pengundian yang mampu menjejaskan ketelusan badan ini sendiri.

Rakyat mahukan penjelasan lanjut mengenai insiden memalukan ini. Jangan benarkan rakyat terus sangsi dengan keupayaan SPR mengendalikan perjalanan pilihanraya ini atau apakah memang insiden ini sengaja dirancang ?

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mendakwa, dakwat kekal melekat di kuku antara 7 hari hingga 2 minggu . Jabatan Pilihanraya PAS Wilayah ingin mengingatkan SPR agar jangan asyik tegakkan benang basah kerana ternyata ianya tak seperti yang digembar gemburkan,. Terbukti dakwat tersebut sangat mudah tertanggal selepas dibasuh dengan sabun atau pencuci pinggan.

Sebagai langkah permulaan kepada tanda protes ini, Jabatan Pilihanraya PAS Wilayah Persekutuan mengajak seluruh rakyat Malaysia menyertai kempen bantahan secara senyap dengan MENYALAKAN LAMPU KENDERAAN ANDA DI SIANG HARI. Tindakan protes kepada kepincangan ini kita lakukan selama 3 hari bermula 7 Mei 2013 sehingga 9 Mei 2013 diseluruh negara.

Sekian, wassalam.

Haji Abdul Halim Bin Hassan
Pengarah Jabatan Pilihanraya
PAS Wilayah Persekutuan.


06 Mei 2013



Iklan C (ii)

 



Bongkar!! Pakatan Rakyat Dedah Penyelewengan PRU13

Posted: 07 May 2013 01:02 AM PDT


Anwar mahu selesai isu penipuan p'raya dulu 

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan menimbangkan mengenai persaraannya daripada politik selepas menyelesaikan isu penipuan dan penyelewengan yang didakwa berlaku dalam pilihan raya umum ke-13. 

Katanya, beliau memutuskan demikian kerana beranggapan bahawa perjalanan pilihan raya kali ini telah "dicuri" daripada rakyat melalui proses penipuan. 

"Pendirian saya sama. Saya ada mendapat tawaran untuk mengajar di beberapa universiti utama. Saya masih fikir. Tapi saya nak selesaikan penipuan ini. (Ia) belum selesai. Saya dah menang. Pilihan raya ini sudah dimenangi oleh Pakatan Rakyat. 


"Saya rasa apa yang perlu diperjelaskan sekarang ini ialah, pilihan raya ini telah dicuri melalui proses penipuan. Kerana mengikut proses yang biasa dan yang adil, kita sudah menang. Hampir mustahil (kalah) kalau dilihat dari sambutan yang ada. 

Beliau yakin bahawa kemenangan pilihan raya kali ini telah dicuri memandangkan momentum yang berlaku dibeberapa kawasan yang beliau kunjungi. 

"Orang yang hadir bertepuk tangan bukan dapat bayaran atau dapat BR1M. Mereka datang dan beri sokongan dengan penuh perasaan," katanya. 

Anwar yang berpakaian serba hitam sebagai tanda 'perkabungan' ke atas demokrasi hari ini berkata beliau dapat merasakan bahawa rakyat kecewa dengan keputusan pilihan raya kali ini. 

"Saya tahu tentang sentimen kerana saya telah berkempen dengan bersungguh-sungguh. 

"Saya rasa sedih (dengan keputusan pilihan raya). Saya boleh gambarkan kekecewaan rakyat berdasarkan ceramah yang saya pergi di seluruh negara," katanya. 

Anwar sebelum ini pernah menyuarakan hasrat untuk meninggalkan dunia politik dan kembali mengajar sekiranya Pakatan gagal menguasai Putrajaya. 

Pada 2006, Anwar pernah menjadi pensyarah jemputan di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat. 

mengakui bahawa beliau sangat menghargai masa bersama keluarga semasa beliau mengajar di Amerika Syarikat. 

"Apabila saya mengajar di Amerika Syarikat, mereka (keluarga) adalah masa yang terbaik untuk saya bersama Wan Azizah (Wan Ismail) dan keluarga," katanya. 

Dalam temubual itu lagi, Anwar yang kelihatan letih juga berkata PKR mungkin akan mengemukakan petisyen pilihan raya berdasarkan keputusan yang mencurigakan di beberapa kerusi. 

Katanya, beliau percaya calon PKR di kerusi Beaufort Datuk Lajim Ukin tewas akibat terdapat sogokan terhadap pengundi di kawasan itu. 

"Saya telah tegaskan ada isu kesahihan dalam keputusan pilihan raya. Terdapat bukti penipuan yang jelas. Terdapat kawasan-kawasan yang kita ada bukti. Kita tidak akan menerima keputusan ini. Kita akan berbuat sesuatu. 

"Saya tak percaya Lajim kalah. Tetapi saya faham tentang Wilfred Bumburing (Tuaran) yang terdapat perselisihan isu dalaman. Lajim saya percaya ada sogokan dan kami akan terus mengkaji tentang perkara itu dan akan lihat sama ada ada keperluan untuk memfailkan petisyen. 

"Kita tidak boleh terima proses ini. Penipuan dah begitu berleluasa. Mungkin salah satu pilihan raya yang paling teruk pernah kita jalankan," katanya lagi. ~mkini







Iklan C (ii)

 

Fakta Yang Menakutkan Umno BN.. Saksikanlah!!

Posted: 06 May 2013 10:31 PM PDT




Fakta yang menakutkan Umno BN..




Iklan C (ii)

 

Kantoi!! 2 Kotak Peti Undi Turun Dari Langit Di Tahan

Posted: 06 May 2013 06:29 PM PDT


Di saat kaum melayu terpinga2 bagaimana nak halang penipuan SPR,kaum cina dan india kehadapan dan menghalang penipuan dari berlaku. Sebab tu kerusi DAP banyak selamat..

Jam       : 3:50pm

Lokasi  : Sungai siput (u), . Sungai Buloh, Perak

Tempat : Padang bola sepak.

Sebuah helikopter dengan logo MCA di lihat menrunkan 2 pakej kertas undi SPR dipercayai mengandungi kertas yang telah di undi undi di dalamnya.

Ini penipaun!! jelas SPR adalah badan yang amat meragukan ketelusannya... jika macam ni lah kerja SPR.. sampai kiamat dan habis negara tergadai baru lah BN kalah atas jalanraya...sebab dengan cara undi dah tak boleh harap dah! 


Lihat video di sini.

~king of goblok


                                               


Iklan C (ii)

 

Tiada ulasan: