Sabtu, 4 Mei 2013

Addin

Addin


Wajah Samseng Umno Yang Serang Flashmob Pakatan Rakyat Di Kenal Pasti

Posted: 04 May 2013 04:00 PM PDT

IPOH – Peserta flashmob Pakatan Rakyat (PR) di Pengkalan Pegoh cedera apabila mendakwa dipukul oleh sekumpulan lelaki dipercayai penyokong parti lawan petang tadi. 

Jurucakap penganjur, Shahari Anuar Ibrahim berkata, dalam kejadian pukul 4 petang itu, kumpulan lelaki seramai kira-kira 300 orang yang datang menaiki motosikal secara berkonvoi telah bertindak ganas sambil melakukan provokasi terhadap peserta flashmob.

Beliau mendakwa, keadaan tidak terkawal apabila peserta konvoi sebuah parti politik turut melalui jalan berkenaan dan melanggar lampu isyarat hingga mengakibatkan kesesakan trafik.

"Mereka tidak hiraukan lampu isyarat dan peserta kami menasihati agar mereka beredar segera serta mematuhi undang-undang dan ia mencetuskan kemarahan peserta konvoi berkenaan.

"Berikutan itu berlaku pertelingkahan dan pertikaman lidah di antara kedua-dua pihak sebelum mereka (peserta konvoi) bertindak agresif dengan menyerang dan memukul peserta kami," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di tempat kejadian.

Dakwanya lagi, sebahagian daripada peserta konvoi kemudian bertindak memukul dan mengejar peserta flashmob.

"Mereka menggunakan kayu dan mengejar peserta kami malah keadaan semakin tegang apabila ada di antara kami yang dipukul beramai-ramai.

"Ekoran kejadian itu tiga mangsa dan salah seorang peserta mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan dan kini menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB)," katanya.

Tambah beliau, lebih mendukacitakan apabila selepas kejadian tersebut, peserta konvoi motosikal berkenaan datang semula ke kawasan terbabit.

"Mereka datang semula ke situ seolah-olah cuba cetuskan provokasi hingga mengakibatkan suasana menjadi tegang semula.

"Mujurlah keadaan dapat dikawal dan tiada pertembungan antara kedua-dua pihak," katanya.

Seorang mangsa, Muhammad Rahmat, 28, berkata, program flashmob pada mulanya berlangsung dengan aman namun setelah kehadiran sekumpulan individu menyebabkan keadaan menjadi huru-hara.

"Mereka berpakaian logo BN dan I Love PM seolah-olah sengaja inginkan kejadian itu berlaku apabila bertembung dengan kami dan mereka telah memukul peserta termasuk saya dengan kayu, batu dan topi keledar.

"Saya dihentak dengan topi keledar dan terpaksa melarikan diri daripada kawasan berkenaan," katanya.

Jelasnya lagi, kumpulan terbabit turut menyerang secara rambang kepada peserta flashmob terutama yang merakam insiden itu. ~sinar harian













Iklan C (ii)

 

Bukti Terbaru PR Akan Menang Bergaya Malam Esok

Posted: 04 May 2013 07:25 AM PDT

KUALA TERENGGANU:Dengan tidak sampai 20 jam waktu pengundian bermula, PAS yakin Pakatan Rakyat akan berjaya mengambilalih pentadbiran negara dari Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kali ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, hanya negeri Melaka, Pahang dan Johor sahaja masih lagi bersama BN sedangkan semua negeri lain boleh dikira sudah jatuh ke tangan Pakatan.

"Semalam saya umumkan kita dapat 117 kerusi Parlimen dari 222 yang ada. Petang nanti saya akan dapat angka baru yang boleh jadi meningkat lagi kerana trendnya Pakatan sedang meningkat," kata Mustafa dalam sidang medianya hari ini.

Dengan kenyataan Mustafa ini bermakna, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Kedah, Negeri Sembilan, Terengganu dan Perlis sudah jatuh kepada Pakatan di Semenanjung ini.

Yang menjadi isu sekarang adalah setakat mana kekuatan PAS dalam Parlimen nanti bagi memastikan suara Islam dan Melayu menguasainya. Ekoran itu, ramai bersetuju agar semua pengundi Melayu memberikan undi kepada PAS kali ini, bukan Umno, bagi memastikan perkara itu.

Ini kerana, hampir 90 peratus pengundi Cina sudah membuat keputusan untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN) dalam piilihan raya ini. Dengan angka itulah, keyakinan sangat tinggi di kalangan pemimpin Pakatan mereka akan menang kali ini.

Di Terengganu, dalam tinjauan Harakahdaily malam tadi mendapati sambutan kepada PAS sangat memberangsangkan.

Kenderaan penuh sesak dari Kuantan ke Kuala Terengganu di kedua-dua laluan iaitu jalan pantai atau jalan Jabor - Jerangau. Mereka semua berebut-rebut untuk balik mengundi mulai malam tadi.

Di sepanjang jalan ada sahaja 'flashmob' yang dibuat dari penyokong PAS bagi mengalu-alukan kepulangan mereka.

"Orang atas pagar sejak hari penamaan calon lagi sudah yakin BN akan jatuh di Terengganu kali ini ekoran ramainya calon bebas yang merupakan ahli Umno yang bertanding," kata seorang guru kanan di sini.

Menurut beliau, pendapat begini dikongsi di kalangan kakitangan kerajaan walaupun PAS sendiri tidak mempunyai keyakinan yang setinggi itu.

Turut tidak mendapat tempat di Terengganu kali ini adalah ketiga-tiga sayap Umno.

Tidak ada calon Pemuda, Wanita dan Puteri Umno di Terengganu dalam pilihan raya kali ini.

Ketua Pemuda Umno Terengganu, Saiful Baharudin sepatutnya akan bertanding di DUN Alor Limbat, Marang tetapi di saat akhir nama beliau tertinggal.

Ekoran itu ada calon bebas bertanding di DUN Alor Limbat yang dikaitkan dengan beliau.

Dalam pilihan raya kali ini tidak ada seorang pun calon wanita bertanding di Terengganu yang membayangkan pengundi wanita tidak penting bagi Umno dalam pilihan raya ini.

"Mereka sesuai jadi tukang kempen je," kata seorang pemerhati politik. ~harakahdaily



Iklan C (ii)

 


Zizan Belasah Umno BN Pulak..

Posted: 04 May 2013 12:13 AM PDT


Rakyat sudah semakin menyampah dan muak dengan gerak geri BN yang makin hari makin melampau. Jadi tak hairanlah, sokongan terhadap BN makin hari makin merosot menjelang pembuangan undi pada esok. 

Terbaru komen Zizan Raja Lawak yang terang-terang kondem salahguna kuasa Nn terhadap media arus perdana.. saksikanlah!!





Iklan C (ii)

 

Kejam!! Mejar Zaidi Hanya Ditukarkan Kerana Buat Laporan Polis Tentang Dakwat Tak Kekal

Posted: 03 May 2013 07:21 PM PDT

Pegawai Pemerintah Skuadron No 12 Pengkalan Udara DiRaja Malaysia (TUDM) Butterworth, Mejar Zaidi Ahmad ditukarkan serta merta ke Kuala Lumpur bermula hari ini kerana membuat laporan polis isu dakwat kekal yang tidak kekal.

Bagaimanapun, beliau memohon perpindahan itu ditangguhkan sehingga Isnin, 6 Mei minggu depan ekoran beliau sedang disiasat oleh Lembaga Siasatan TUDM di sini."Surat arahan telah dikeluarkan oleh TUDM di mana saya ditukarkan ke Kuala Lumpur hari ini.

Tetapi saya minta tangguh ke Isnin kerana di sini pun sedang diadakan satu Lembaga Siasatan berhubung kes saya," katanya dipetik Harakah Daily.

Kata Zaidi lagi, bukan sahaja pertukaran dibuat akibat arahan tersebut, malahan secara rasminya telah dilucutkan dari jawatan Pegawai Pemerintah No 12 Skuadron Pengkalan Udara Butterworth dan terlepas peluang dinaikan pangkat ke Leftenan Kolonel TUDM.

Dua hari lepas, Zaidi, isterinya Shafinah Abdul Hamid dan Juruteknik TUDM, Jamal Ibrahim membuat lapuran polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara di Kepala Batas.

Laporan ini dibuat kerana dakwat kekal yang dicalit di jari telunjuk tangan kirinya semasa pembuangan undi awal luntur apabila dibasuh dengan sabun dan pencuci tangan.

Mereka antara pengundi awal yang menyangkal kenyataan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) kononnya dakwat yang digunakan boleh bertahan seminggu. ~harakahdaily



Iklan C (ii)

 


Berita Dari Media Pencacai Umno Yang Menyakitkan Hati..

Posted: 03 May 2013 06:48 PM PDT

PETALING JAYA - Polis mengesahkan letupan kecil berdekatan peti stesen TNB, berhampiran Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini hanya melibatkan bahan letupan berkualiti rendah.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata letupan pada 9.35 malam tidak berbahaya tetapi lebih kepada untuk menimbulkan kegusaran kepada orang ramai.

"Setelah dimaklumkan, unit forensik dari IPD Petaling Jaya dihantar ke lokasi kejadian dan pemeriksaan menemui sebuah telefon bimbit, sebiji bateri kecil dan satu mercun berhampiran peti stesen TNB.

"Walaupun ada saksi mendengar bunyi letupan tetapi kita dapati ia bukan letupan dari sebuah bom," katanya ketika dihubungi dan menambah kes disiasat mengikut Akta Bahan Letupan.  ~bernama

Addin:

Jikalau kem umno letupan kecil di besar-besarkan. Jikalau kem pr, letupan besar di kecil-kecilkan.Inilah standard berita yang di laporkan media pencacai umno.



Iklan C (ii)

 

Tiada ulasan: