Jumaat, 3 Mei 2013

Addin

Addin


Bukti Terbaru Johor Bakal Jatuh Ke Pakatan Rakyat

Posted: 03 May 2013 09:34 AM PDT

JOHOR BAHRU 3 Mei: Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Johor, Dr Faidhi Saidi berkata, sokongan orang Melayu di Johor  kepada Pakatan berada pada tahap 50 peratus, bermaksud separuh daripada pengundi Melayu kini cenderung memilih gabungan parti itu.

Sokongan itu ternyata sangat berbeza dalam pilihan raya umum sebelum ini di negeri yang dikatakan terkenal dengan gelaran 'kubu kuat Umno'.

Menurut Faidhi, kempen menarik sokongan pengundi Melayu terus diperhebatkan menerusi pecutan di saat akhir menjelang hari pengundian 5 Mei ini.Manakala sokongan pengundi Cina terhadap Pakatan pula berada dalam keadaan terbaik iaitu pada tahap 80 peratus, katanya."Isu yang dibangkitkan pengundi Cina adalah seperti rasuah dan keselamatan kerana ia beri kesan kepada mereka yang kebanyakannya berniaga."Manakala orang Melayu lebih tertumpu kepada peluang pekerjaan, taraf gaji dan isu perumahan. Paling sensitif (bagi orang Melayu) adalah isu mengenai tanah," ujarnya yang juga calon parlimen KEADILAN Pasir Gudang.

Pasir Gudang memiliki dua DUN iaitu Permas Jaya dan Johor Jaya yang sebelum ini dimenangi Barisan Nasional.Kata Faidhi, beban BN kini terarah di DUN Permas yang ditandingi Datuk Seri Khaled Nordin- calon BN yang diuar-uarkan sebagai Menteri Besar Johor.

Menurutnya, antara isu yang menjadi tumpuan ialah isu tanah dan pengusiran yang berlaku di Felda Cahaya Baru Masai dan Kampung Plentong Tengah, melibatkan puluhan peserta Felda dan keluarga bandar peneroka."Sejak 18 tahun lalu penduduk kampung duduk di atas tanah TOL ( Lesen Menduduki Sementara). Janji Umno-BN untuk meluluskan permohonan geran tanah tak diselesaikan," tambahnya.

Ekoran itu 9 cawangan Umno dalam parlimen Pasir Gudang ditutup Januari lalu kerana protes geran tanah yang tidak diberi kepada penduduk.Pengundi MudaMenurut Faidhi, pengundi muda di Johor berumur dalam lingkungan 25 hingga 40 peratus lebih cenderung menyokong Pakatan dan melihat manifesto lebih realistik untuk dilaksanakan.

"Mereka melihat peluang pekerjaan diambil orang lain. Ketika Gaji Minima dilaksana pekerja asing untung. Pekerja tempatan tak dapat apa-apa kenaikan, sedangkan mereka terbeban banyak cukai," kata Faidhi.

Justeru itu katanya, golongan muda ini secara tidak langsung menjadi agen perubahan yang mampu mempengaruhi pengundi berumur yang berjumlah 30 hingga 40 peratus.Selain itu katanya, golongan elit Malayu yang sebelum ini mengambil sikap tunggu dan lihat selepas tsunami 2008, juga cenderung menyokong Pakatan."Walaupun mereka tidak muncul dan berkempen secara terbuka, tetapi mereka beri pandangan dan strategi selain bantuan kewangan dan peralatan. Bagi saya, ini satu perubahan drastik," katanya. ~keadilandaily



Iklan C (ii)

 

Panas!! Rating Najib Terus Jatuh Merudum

Posted: 03 May 2013 06:43 AM PDT

Ketika negara semakin menghampiri hari pengundian Ahad ini, kajiselidik terbaru Merdeka Centre mendapati rating Pengerusi BN, Najib Razak menjunam lagi tiga peratus berbanding tinjauan terakhirnya sebelum ini.

Rating Najib menjunam dari 64 kepada hanya 61 peratus, kurang 11 peratus ketika BEKAS perdana menteri, Abdullah Ahmad Badawi membubarkan parlimen dan hilang lima negeri serta majoriti dua pertiga di parlimen pada 2008.


Kajiselidik di kalangan pengundi di Semenanjung antara 28 April hingga 2 Mei itu juga meletakkan Pakatan Rakyat mendahului BN dari segi parti pilihan untuk membentuk kerajaan.

Menurut keputusan kajiselidik itu yang dikeluarkan hari ini, 42 peratus bersetuju dengan pilihan "Pakatan Rakyat patut diberi peluang mentadbir negara" berbanding dengan 41 peratus yang berpendapat "Hanya BN boleh memerintah negara".

Bagaimanapun, 4 peratus enggan memberi respon manakala 13 peratus menjawab mereka "tidak tahu". Kajian itu juga menunjukkan Pakatan Rakyat mendahului BN dengan jumlah kerusi 89 berbalas 85 dengan 46 kerusi lain masih belum dipastikan kerana margin perbezaaan terlalu rendah, iaitu kurang dari TIGA peratus.

Di Semenanjung, Pakatan Rakyat jauh mendahului BN dengan 81 kerusi berbanding BN cuma 50 tetapi diselamatkan dengan kerusi dari Sabah dan Sarawak.Sabah dijangka menyumbang 16 kerusi buat BN manakala Pakatan Rakyat cuma menang dua kerusi, meninggalkan ENAM lagi kerusi menjadi rebutan.

Di Sarawak, keadaannya lebih kurang serupa iaitu BN dijangka menguasai 19 kerusi parlimen berbanding lima untuk Pakatan manakala ENAM kerusi juga masih belum dapat ditentukan. ~mpr





Iklan C (ii)

 

Rupanya Teknik Ini Di Gunakan Dalam Video Sumpah Saiful Bukhari

Posted: 03 May 2013 03:09 AM PDT

KUALA LUMPUR: Belumpun sampai 24 jam video sumpah laknat kedua Muhd Saiful Bukhari Azlan tersebar di internet, perbagai persoalan berhubung kesahihannya mula ditimbulkan.Video sumpah yang berlatarbelakangkan suasana tawaf di Kaabah itu dipersoal sama ada benar atau hanya sekadar rakaman dalam studio menggunakan teknik 'Chroma Key' (latar belakang hijau).Ini kerana, beberapa kecacatan dikesan pada video tersebut khususnya berkaitan beberapa subjek utama di sekitar Kaabah yang salah kedudukan dalam video tersebut.

Bagi masyarakat biasa yang tidak pernah sampai ke Mekah mungkin tidak dapat mengesan kejanggalan video tersebut, mamun bagi mereka yang pernah pergi menunaikan haji atau umrah, atau pembimbing orang mengerjakan haji dan umrah (mutawif), kesilapan jelas kelihatan.

Kejanggalan pertama yang ditimbulkan, adalah mustahil bagi Saiful untuk berdiri tegak di sisi kaabah dalam suasana orang sedang tawaf apa lagi berada berhampiran dengan Multazam.Kejanggalan kedua pula, dipersoalkan kenapa ketika berada di Hijr Ismail, tiba-tiba timbul gambar Maqam Ibrahim di sebelah belakang dan kiri bahu Saiful.

"Kalau betul dia berdiri di hadapan Multazam, sepatutnya Maqam Ibrahim berada di sebelah kanan bahu si Saiful dan kamera pula di sebelah kiri bahu dia."Perhatikan betul-betul Maqam Ibrahim pula bergerak, mengesahkan lagi gambar super imposed, " kata seorang pengguna facebook yang juga seorang mutawif.

Selain itu turut dipersoalkan berhubung kualiti audio suara Saiful yang didakwa mustahil untuk mendapatkan audio sejelas itu dengan keadaan orang ramai sedang tawaf dan berzikir serta berdoa.Ada juga yang mempersoal tentang imej seorang lelaki yang dikatakan seolah-olah bertindih dengan tubuh Saiful sedangkan beliau tidak bergerak.

"Adakah ini hanya video menggunakan skrin hijau macam filem Cicakman dan Merong Mahawangsa."Aku tak mahu tuduh sape yang buat video ini, tapi aku rasa ini satu penipuan," kata seorang lagi pengguna.





Iklan C (ii)

 

Bongkar!! Video Saiful Bukhari Depan Kaabah Amat Meragukan.. Ini Buktinya

Posted: 02 May 2013 08:03 PM PDT

Assalamualaikum w.b.t.Dah tengok video Saiful Bukhari mengangkat sumpah laknat di depan Kaabah. Video tersebut pada 9 April 2012 tetapi baru dipublish di youtube sempena lagi 3 hari akan mengundi. Firstly aku tengok, wahh biar betul. Kalau betul Saiful Bukhari betul, harap kebenaran akan menjelma bagi pihak beliau. Tetapi kalau tidak benar, aku harap ALLAH melaknat dia kerana mempersendakan kekuasaan ALLAH S.W.T. Aku tak sure sama ada aku akan ditangkap atau tidak kalau aku buat pendedahan yang aku rasa aku betul.

First aku tengok, memang aku percaya video nie benar sebab video bewarna dan mempunya suara. Tak macam video-video UMNO/ BN buat yang video lucah. 

So aku pon tengok berulang-ulang kali untuk trace wajah muka Saiful samaada terdapat perbezaan tone. Ada sedikit. Oh it tdak boleh dijadikan bukti. Then ada something aku rasa tak kena. 

Cuba perhatikan pada minit 1.03 saat. Cuba perhatikan di saat ada seorang hamba ALLAH berbaju putih melalui di belakang badan Saiful. Seperti bertindih dengan Saiful walhal badan Saiful tidak sama sekali bergerak mahupun tersentuh. Aku pon jadi tanda tanya. 

Adakah ini hanya video menggunakan skrin hijau macam filem Cicakman dan Merong Mahawangsa. Aku tak mahu tuduh siapa yang create video ini. Tapi aku rasa ini satu penipuan. 

Mereka dah mula belajar edit video bewarna dan bersuara, tapi hampa perasan tak,di kalangan ramai-ramai, suara Saiful amat jelas sekali berbanding background belakang. Itu mustahil. Cuba pergi market, rakam, background sangatlah bising.

Allahuakbar. Sampai begini sekali politik Malaysia. Sedih ooii. P/S : Ya Allah Ya Tuhanku, tunjukkan lah kebenaran kepada semua rakyat Malaysia. Amin. ~fizgraphic.com




Iklan C (ii)

 

Tiada ulasan: