Rabu, 29 Mei 2013

Addin

Addin


Zambry Kadir Akan Bubarkan DUN Dalam Tempoh 6 Bulan Lagi?

Posted: 29 May 2013 10:07 AM PDT


Beberapa ADUN UMNO didakwa akan melompat dan juga petisyen dari PR Perak yang peluang cerah untuk menang 2 atau 3 kerusi, DS Zambry Kadir mungkin menghadap DYMM Sultan Perak untuk membubarkan DUN Perak.

UMNO kemungkinan besar tidak akan membenarkan keputusan mahkamah menentukan kerajaan rakyat Pakatan Rakyat.

Bagi UMNO mereka tidak akan serah ,kuasa dengan begitu mudah. Pilihan baik DS Zambry Kadir membubarkan DUN Perak ,lantas mengadakan Pilihanraya Negeri Perak sekali lagi.

UMNO sekali mengharapkan undi orang Melayu untuk menyelamatkan kerajaan mereka.




Iklan C (ii)
  



Inilah Ilmu Anak Kunci Gedung Khazanah Langit Dan Bumi

Posted: 29 May 2013 08:45 AM PDT

Iklan Advertorial
BENGKEL REZEKI AGUNG KUBRA

Anak Kunci Gedung Khazanah Langit Dan Bumi

Hadirlah Ke Bengkel Ini: Bagi Anda Yang Memang Perlukan Kewangan, Perniagaan Yang Maju, Rezeki Yang Berlimpah Ruah, Tiada Halangan, Hambatan Dan Rintangan Dalam Urusan Kerezekian, Menjadi Kaya Dunia Dan Akhirat. Jika Anda Ingin Menjadi Jutawan Islam....Jom Ikutilah Bengkel Ini. 

Adalah dikhabarkan bahawa Saidina Uthman Ibn Affan r.a telah meminta penjelasan lanjut tentang Firman Allah SWT berkaitan dengan Kunci Pembuka Khazanah Langit Dan Bumi (yang ada disebut beberapa kali dalam Al Quran), Rasulullah SAW bersabda kepadanya dengan maksud: "kamu bertanya kepada saya apa yang orang lain belum pernah bertanya. Kunci Pembuka Khazanah Langit Dan Bumi itu adalah yang berikut.........."

Seterusnya Rasulullah SAW bersabda dengan maksud: 'Wahai Uthman! Barangsiapa membacanya 100x sehari, akan dikurniakan 10 faedah:
  • Segala dosanya yang lalu akan diampuni.
  • Terlepas dari siksaan Neraka
  • 2 orang malaikat dilantik untuk memeliharanya siang dan malam daripada penyakit dan kesiksaan
  • Dikurniakan PERBENDAHARAAN Rahmat dan Berkat
  • Dia mendapat pahala seperti membesakan 100 orang hamba abdi daripada keturunan Nabi ismail as
  • Diberi pahala seperti membaca seluruh Al Quran, Zabur, Taurat dan Injil 
  • Sebuah rumah akan didirikan untuknya disyurga
  • Dia akan berkahwin dengan bidadari syurga
  • Dia akan dipermuliakan dengan mahkota kemuliaan
  • Permohonan keampunannya bagi 70 orang saudaranya akan dimakbulkan. Wahai Uthman! Kalau kamu mampu, janganlah lupa membacanya setiap hari. kamu akan termasuk dalam golongan orang-orang yang berjaya dan melampaui orang-orang yang sebelum kamu dan selepas kamu"
Antara kelebihan tambahan bagi Amalan Rezeki Agung Kubra ini ialah:
1) Yang mengamalkannya akan mendapat rezeki yang berlimpah ruah dan tanpa diduga-duga.
2) Dapat merawat orang rabun atau buta dan beberapa penyakit lain.

Dalam keilmuan ini, ada Asma pendek yang perlu dihafalkan kerana ianya mengandungi kekuatan Rohaniah yang luar biasa bila di bacanya. 


Sekiranya anda ikhlas dan benar-benar beramal dengan kaedah yang diajarkan, maka terjadilah suatu hal yang luarbiasa, tiba-tiba aktif kuasanya, terserlah berbagai kemampuan yang luar biasa, meningkat kepekaannya, selalu memperoleh petunjuk, jalan keluar terbaik dari setiap permasalahannya, rezeki mengalir lancar, dalam beberapa waktu sahaja sudah mencapai keberhasilan dan kejayaan di jalan yang diredhai Allah.


RAHSIANYA AKAN ANDA TEMUI DI DALAM BENGKEL INI!

Masa Untuk Berubah! Dengan 3 Langkah
LANGKAH 1
Daftar
Langkah pertama, anda hanya perlu daftar secara percuma di bahagian pendaftaran. Atau anda boleh klik sini untuk ke laman tersebut. Selepas pendaftaran, kami akan menghubungi anda melalui panggilan atau SMS. Pastikan maklumat anda tepat.

LANGKAH 2
Hadir Ke Bengkel
Anda akan hadir ke bengkel pada tarikh yang dipilih, di sana segala keilmuan akan dikongsikan kepada anda. Anda akan merasa perubahan pada diri anda sewaktu bengkel ini berjalan, pandangan anda akan berubah terhadap kehidupan, kerana anda sebenarnya menuju kepada keajaiban yang akan berlaku pada diri anda.

LANGKAH 3
Lihat Dengan Mata Sendiri Perubahan Hidup Anda
Pada tahap ini, anda biasanya akan melihat akan perubahan yang berlaku pada diri anda. Dari segi kewangan, rezeki, keuntungan jualan, peningkatan kerjaya dan sebagainya yang berkaitan dengan hidup anda. Di sini, anda akan menjadi seorang manusia yang lain dari yang sebelumnya. Banyak masalah peribadi akan selesai, malah mampu pula membantu keluarga dan orang lain.

AMALAN 100% TERBUKTI BERKESAN

Peluang yang bakal mengubah hidup anda selamanya

Tempat Terhad! Dan Kami Memberi Jaminan Peribadi Bahawa Ini Adalah bengkel Yang Amat Berbaloi! Jaminan 100% Puas Hati Diberikan Oleh Kami! 

Prof.Dr.Hj Shahrin Abd. Rahman (Moderator)

TESTIMONI (Klik Sini)

"Saya telah berjaya menjual 300kg hingga 1.2 tan SEHARI!"


SAYA TELAH BERJAYA MENJUAL 300KG HINGGA 1.2 TAN SEHARI, ini amat mengejutkan kerana sebelum ini nak jual 70kg pun susah.  En.Darul Ridzuan Peniaga


TARIKH: 23 JUN 2013 (Ahad)
YURAN: RM180
WAKTU: 8.00pg - 1.00ptg
LOKASI: Bilik Latihan Khas MKFAI - Ulu Klang, KUALA LUMPUR

UNTUK KETERANGAN LANJUT LAYARI:
ads

Senarai Exco Baru Kerajaan Negeri Selangor Tersebar..

Posted: 29 May 2013 07:58 AM PDT

Dr. Daroyah, antara Exco baru yang di lantik 

Berikut adalah senarai Exco Kerajaan Negeri Selangor yang di jangka mengangkat sumpah pada 30 Mei 2013 di di Istana Alam Shah Klang jam 9.00 pagi.

Speaker: YB Hannah Yeo (DAP)

Exco: (1)YB Ust. Sallehen Mukhyi (PAS)
(2)YB Iskandar Samad (PAS)
(3)YB Dr Ahmad Yunus (PAS)
(4)YB Dr Halimah Ali (PAS)
(5)YB Rodziah (PKR)
(6)YB Elizabeth Wong (PKR)
(7)YB Dr Daroyah Alwi (PKR)
(8)YB Dato Teng Chang Khim (DAP)
(9)YB Ean Yong Hian Wah (DAP)
(10)YB Ganabathirau (DAP)

Upacara Mengangkat Sumpah serta Akujanji akan berlangsung di Istana Alam Shah Klang 9.00 pagi esok 30hb Mei 2013.




Iklan C (ii)
  


Veteran Umno Bantai Najib Seorang Hipokrit

Posted: 29 May 2013 07:51 AM PDT

Dalam tulisan di blognya, zamkata.blogspot.com semalam, beliau berkata usaha Najib untuk menonjolkan diri sebagai pemimpin popular menyebabkan perdana menteri itu dilihat sebagai seorang yang meniru orang lain dan bukannya seorang pemimpin.

Katanya, beliau juga melihat Umno dalam keadaan "panik" apabila timbul cadangan untuk menjadikan BN sebagai sebuah parti tunggal.

"Sesuatu cadangan yang serius patut dikemukakan dalam keadaan tenang bukan dalam keadaan masih ribut. Tidakkah ini menunjukan pemimpin-pemimpin UMNO berada dalam keadaan panik."Jika mahu uji pandangan akar umbi pun bukanlah masa sekarang ini," tulis Zainuddin yang juga pernah bertugas sebagai wartawan Utusan Melayu.

Beliau mengkritik pengedaran kain rentang 'I love PM' pada kempen pilihan raya umum ke-13 yang menurutnya mungkin diilhamkan oleh penasihat Najib.Katanya, tindakan tersebut hanyalah untuk menunjukkan kepada Najib bahawa pengerusi BN itu telah mendapat sokongan khususnya daripada masyarakat Cina di Malaysia.

Sikap yang ditunjukkan oleh golongan pengundi berkenaan dalam pilihan raya umum lalu adalah sebaliknya.Dalam tulisan itu, Zainuddin berkata Najib ditonjolkan sebagai pemimpin yang hidup seperti rakyat biasaa dan sanggup makan dan minum bersama rakyat antaranya di gerai, kafe dan gerai mamak."Penasihatnya berfikir bahawa gambar ini akan menunjukan Najib yang elitis dari keluarga bangsawan hidup seperti rakyat biasa tetapi kepada rakyat adalah 'luar biasa' kerana tidak pernah mereka terserempak dengan Najib di tempat-tempat begini.

"Lebih luar biasa apabila diiringi oleh pengawal dan pembantu peribadi. Nampaklah kepura-puraan," kata Zainuddin."Kata mantan Menteri Kewangan Daim Zainuddin, Anwar Ibrahim adalah clown (lebih tepat dipanggil Raja Lawak). Kata saya, Najib adalah imitator. Penasihatnya berkepala di awan tanpa kaki mencecah daratan.

Inilah penasihat yang patut disingkirkan."Zainuddin berkata beliau menerima kiriman SMS daripada seorang kawan dalam dunia korporat yang mendakwa tindakan menunjukkan kain rentang 'I Love PM' adalah "menjijikan" dan meminta Najib berhenti bersikap seperti pemimpin mahasiswa.Zam yang juga karyawan tamu Universiti Utara Malaysia berkata sepatutnya Najib sedar negara ini masih belum keluar dari keruncingan politik dengan cabaran daripada "raja lawak dan kepala cauvanisme Cina" yang tidak dinamakannya.

"Negara belum keluar dari keruncingan politik; keselamatan diancam oleh communist surrogate, tiap hari ada tunjuk perasaan cina baju hitam cemarkan pilihan raya yang sah, berbagai laporan palsu polis dibuat; blackout, dakwat padam," katanya. ~malaysiakini



Iklan C (ii)
  



Berita Gembira Ni Pasti Tak Di Siarkan Media Pencacai Umno

Posted: 29 May 2013 06:00 AM PDT

SYARiKAT Zubicon Sdn. Bhd. dipilih untuk memajukan 1,900 unit rumah mampu milik dekat Jalan SP Chelliah yang akan dikenali sebagai Chelliah Park City.Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng berkata, pemaju itu dipilih kerana menawarkan jaminan sumbangan kewangan (GMC) tertinggi, iaitu RM60 juta, selain, menambah 580 unit lagi rumah kos sederhana rendah yang berharga di bawah RM200,000 seunit."Kerajaan Negeri menyedari bahawa keperlun perumahan berharga RM200,000 adalah tinggi, maka, penambahan sebanyak 580 unit dalam kelas ini ke dalam projek ini adalah sesuatu yang akan memberi faedah kepada rakyat kelak.

"Dengan pertambahan itu, (bermakna) peningkatan 91.4 peratus (rumah kos sederhana rendah) daripada jumlah asal 303 unit yang disyaratkan," ujar beliau di Komtar, di sini baru-baru ini.Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) Datuk Rosli Jaafar turut hadir pada sidang media tersebut.Dari jumlah keseluruhan 883 unit rumah kos rendah dalam kelas yang sama, Guan Eng berkata, 332 unit akan dijual secara khusus untuk Bumiputera.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih itu berkata, dalam syarat terbaru yang dipersetujui pemaju, sebanyak 770 unit rumah kos rendah dengan keluasan lantai 700 kaki persegi akan dibina dan dijual dengan berharga RM72,500 seunit.883 unit rumah kos sederhana rendah dengan keluasan lantai 800 kaki persegi akan dibina dan dijual dengan harga RM200,000 seunit.165 unit lain dalam kelas yang sama dengan keluasan lantai 900 kaki persegi akan dibina dan dijual dengan harga RM300,000 seunit.

Manakala 82 unit lagi dalam kelas yang sama dengan keluasan lantai 1,000 kaki persegi akan dijual di bawah harga RM400,000.Guan Eng berkata, hanya empat unit sahaja dijual dengan harga RM400,000, bukan kesemua rumah mampu milik dijual semahal itu sebagaimana yang digambarkan oleh pembangkang Pulau Pinang sebelum ini.

Justeru, katanya lagi, kos keseluruhan projek tersebut berjumlah RM85 juta, iaitu GMC berjumlah RM60 juta dan RM25 juta baki adalah tambahan tawaran bagi kemudahan awam.Dalam cadangan Zubicon, difahamkan, Chelliah Park City akan dilengkapkan dengan 'linear park', kawasan hijau, terminal bas awam, laluan basikal dan pejalan kaki serta rekaan bentuk fizikal kediaman memenuhi spesifikasi Green Building Index (GBI) berkelas "Gold" seperti penyediaan pusat kitar semula.

Itu, tidak termasuk bangunan tunggal yang akan dijadikan surau untuk umat Islam setempat.Terdahulu, Kerajaan Negeri bercadang untuk menjual 1.2 ekar tanah dekat Taman Manggis dakat Jalan Zainal Abidin, di sini kepada pihak swasta untuk pembinaan bangunan 30 tingkat yang terdiri oleh 19 tingkat hotel, enam tingkat hospital swasta dan lima tingkat parkir.

Projek komersial itu menerima tentangan kuat daripada pembangkang Pulau Pinang atas dalih kerajaan Negeri wajar membina rumah kos sederhana rendah terlebih dahulu untuk keperluan rakyat di negeri berkenaan.Oleh kerana tanah tersebut tidak muat untuk pemajuan flat rumah kos rendah, Kerajaan Negeri mencadangkan sebidang tanah lain yang berdekat Taman Manggis, iaitu di Jalan SP Chelliah.

Wong Hon Wai semasa masih menjadi Exco Perancangan Bandar & Desa, Perumahan dan Kesenian pada 7 Ogos tahun lepas telah menulis surat kepada Datuk Chor Chee Heung (kini bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan) bagi menuntut peruntukan Kerajaan Pusat berjumlah kira-kira RM52.5 juta bagi membina 27 tingkat rumah kos rendah dengan keluasan setiap unit adalah 750 kaki persegi, namun, langsung tidak dilayan.

Serentak itu, Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri tidak boleh menunggu lebih lama serta akan tetap meneruskan projek perumahan mampu milik rakyat di 11.04 ekar tanah milik Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) di Jalan SP Chelliah.Pada 17 Januari lepas, Kerajaan Negeri melalui PDC mengiklan surat penyataan hasrat (RFP) bagi projek tersebut.

Dalam RFP itu, antara lain mensyaratkan pembinaan 1320 unit rumah mampu milik sahaja, termasuk 303 rumah kos sederhana rendah dengan keluasan lantai 800 kaki persegi dan dijual dengan harga RM200,000 seunit.Sebanyak lapan syarikat pemaju mengambil bahagian sebelum Zubicon dipilih melalui proses tender terbuka.Perkembangan terbaru ini sekaligus menyerlahkan komitmen pentadbiran Guan Eng dalam menyediakan rumah mampu milik, termasuk di kawasan pulau demi kepentingan rakyat terbanyak. 



Iklan C (ii)
  



Safwan Anang Rela Di Penjara Dari Di Ikat Jamin

Posted: 29 May 2013 04:02 AM PDT

PETALING JAYA: Salah seorang aktivis yang ditahan di bawah Akta Hasutan semalam, Safwan Anang dari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) enggan diikat jamin.

Menurut Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) Mohammed Bukhairy Mohammed Sofian, semasa pendengaran perbicaraan, Safwan menyatakan bahawa beliau tetap menjunjung sistem raja berperlembagaan serta menghormati undang-undang dan keputusan mahkamah.

Namun apa yang mendukacitakannya ialah seluruh sistem di negara ini telah menjadi tunggangan untuk kepentingan politik Umno-Barisan Nasional (BN), kata Bukhairy dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Bukhairy, Safwan sempat menyampaikan tiga pesanan penting untuk disampaikan kepada seluruh rakyat Malaysia:
  1. Penahanan dan dakwaan ini bermotifkan politik. Tindakan saya ini sebagai protes dan memberi signal penolakan terhadap salah guna kuasa untuk kepentingan hayat Umno-BN.
  2. Tindakan saya juga demi sayangkan negara dan ingin memulihkan demokrasi yang makin tenat.
  3. Ini juga mesej jelas kepada anak muda bahawa kita benar-benar serius perjuangkan hak kita. Saya di dalam tetapi saya yakin kalian di luar sana tetap akan terus bangkit berjuang lawan penipuan!
  4. Menurut Bukhairy, demi menyelamatkan demokrasi yang kian nazak di Malaysia, Safwan rela untuk terus dikurung di lokap. Safwan juga rela berhadapan dengan polis dan SB sepanjang di dalam lokap nanti.

Tiga lagi aktivis yang ditahan semalam ialah pemimpin ABU (Asal Bukan Umno) Haris Ibrahim, Naib Presiden PKR Tian Chua dan bekas Ahli Parlimen Batu Berendam Mohd Tamrin Abdul Ghafar.

Mereka telah ditangkap untuk siasatan dibawah Akta Hasutan berhubung dakwaan ucapan mereka pada program Malam Anak Bangsa Malaysia pada 13 Mei lalu.

Hari ini kesemua mereka telah dibawa ke mahkamah untuk dibaca pertuduhan. Mereka semua tidak mengaku bersalah dan masing-masing dikenakan ikat jamin sebanyak RM5,000. ~free malaysia today





Iklan C (ii)
  



Kos Bina KLIA 2 Naik Dari RM1.7 Bilion Ke RM5 Bilion

Posted: 29 May 2013 01:13 AM PDT

PETALING JAYA, 27 MEI: Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein digesa menubuhkan satu jawatankuasa audit bebas bagi menyiasat perkembangan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

Gesaan ini dibuat oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dalam satu sidang media hari ini.

Menurut Tony, penjelasan berhubung kelewatan dan peningkatan kos dalam menyiapkan projek ini perlu dimaklumkan kepada umum selain menjawab segala persoalan berbangkit sebelum ini.

Pada 14 Mei Pengurus Besar Eraman, Fawzy Ahmad mengadakan satu mesyuarat tertutup berhubung kelewatan penyiapan KLIA2, kata Tony. Eraman adalah anak syarikat Malaysian Airports Holdings Berhad, yang mengendalikan semua lapangan terbang di Malaysia.

Menurut Tony, kelewatan penyiapan projek ini akan mengakibatkan pertambahan kos daripada RM 1.7 bilion sehingga RM 5 bilion.

Katanya lagi, perkara ini dibangkitkan kerana projek ini bukan melibatkan kelewatan hampir dua minggu atau dua bulan sebaliknya enam bulan.

Mengikut laporan sebelum ini, KLIA2 sepatutnya siap pada September 2011 seperti yang diumumkan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abd Rahim Bakri.

Namun mengikut kenyataan yang dibuat pada 14 Mei lalu oleh Fawzy Ahmad, projek ini dijangka siap pada suku keempat tahun 2013.

Dari segi kos projek KLIA2, jumlah awal yang diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat pada 22 Julai 2007 adalah RM 1.7 bilion.

Namun dalam kenyataan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abd Rahim Bakri pada 10 Oktober, kos projek berkenaan telah meningkat kepada RM 4 billion.

Secara peribadi Tony menyatakan, beliau tidak terkejut sekiranya projek ini disiapkan pada Jun 2014.

Katanya, pihak menteri perlu mengumumkan tarikh baru projek ini bakal disiapkan.

"Saya tidak terkejut projek ini disiapkan pada 28 Jun 2014 bersempena dengan ulangtahun ke-16 KLIA," katanya lagi. ~selangorku





Iklan C (ii)
  

Sejarah!! Rupanya Umno Berlindung Di Bawah Ketiak British Dalam Tragedi Natrah

Posted: 29 May 2013 01:02 AM PDT

Orang-orang Melayu dari UMNO didapati tidak bersama rakyat berbangsa Melayu dalam mempertahankan akidah Natrah, walaupun parti perkauman Melayu itu ditubuhkan sejak 1946.

Sebaliknya, sejarah Natrah menyaksikan rakyat Melayu bersatu atas beberapa pertubuhan berhaluan kiri seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM), Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS). "Waktu isu Natrah berlaku pada tahun 1950, Umno diam membisu, yang ke depan adalah API, KMM (dan) AWAS,"

Dr. Burhanuddin al-Helmi, iaitu salah seorang pemimpin KMM yang kemudiannya menyertai PAS sebagai Presiden Pertama PAS turut dipenjarakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas hasutan UMNO terhadap pihak British kerana dilihat mengepalai beberapa siri demontrasi dan mogok di Malaya dan Singapura

Dr. Burhanuddin al-Helmi sendiri pernah berdepan dgn Tunku Abdul Rahman secara face to face dalam mencari penyelesaian bagi menyelamatkan Akidah Natrah..

" Hang dengan aku kena turun bersama-sama dengan rakyat bagi mempertahankan akidah anak kecil tu... kalau hang masih dok sembunyi kat belakang British, hang jawablah depan Allah di Padang Mahsyar nanti... bagi aku hang ni cuma takat jadi tukang sarung sepatu Inggeris ja.. Hina sungguh orang macam hang ni..." - ujar Dr. Burhanuddin al- Helmy..

18 org muslim mati syahid ditembak oleh askar Ingeris yg berbangsa melayu ketika kes perhimpunan menyelamatkan akidah Natrah...

"Yang ditahan adalah Dr. Burhanuddin al-Helmi yang ditahan oleh penjajah (dan) pemimpin Umno tidak ada yang ke depan. kerana UMNO adalah Anjing perlihartaan British...

"Maka, (dakwaan Muhyiddin) itu mitos dan kata orang Melayu bersatu bersama UMNO juga adalah tidak berasas sama sekali," ~TEUKU ZACHARYAH BIN TEUKU NYAK KHAIRY ISKANDAR..

Sedikit maklumat tambahan tentang Natrah
Natrah menjadi isu di Singapura pada 1950 akibat perebutan terhadapnya antara ibu angkatnya, Che Aminah dengan keluarga asal beliau yang berketurunan Belanda.
Natrah ketika itu berumur 13 tahun dan telah memeluk Islam dan bernikah gantung dengan seorang guru berusia 22 tahun bernama Mansor Adabi.
Namun undang-undang British/Belanda tidak membenarkan wanita di bawah umur 18 tahun daripada berkahwin dan Natrah akhirnya diperintahkan supaya dipulangkan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda.
Keputusan mahkamah itu menimbulkan kemarahan masyarakat Islam di Singapura sehingga berlaku rusuhan yang dikenali sebagai Rusuhan Natrah.
Dilaporkan seramai 18 orang terbunuh dan kira-kira 200 orang cedera dalam tragedi itu ketika mereka bertempur dengan tentera dan polis British, sehingga Singapura diletakkan di bawah perintah berkurung selama dua hari dua malam.
Natrah meninggal dunia pada 9 Julai 2009 pada umur 72 tahun di Huijbergen, Belanda



Iklan C (ii)
  


'Tiada Penyatuan PAS Dan Umno Selagi Saya Masih Hidup' - TGNA

Posted: 28 May 2013 10:14 PM PDT

Menurut bekas Menteri Besar Kelantan itu, PAS adalah milik semua ahlinya dan sebarang tindakan atau keputusan yang dibuat perlu mendapat persetujuan daripada semua ahli khususnya melalui muktamar.

"Tidak boleh sesiapapun mengatur usaha untuk mengadakan kerjasama antara PAS dan Umno apa lagi secara senyap-senyap, parti ini terbuka kepada orang ramai dan milik ahli.

"Saya tidak bagi, selagi saya masih hidup saya tidak akan benarkan usaha untuk menjalin kerjasama PAS dan Umno dilakukan," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Harakahdaily semalam.

Tuan Guru berkata Umno sejak awal lagi menolak dasar Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh PAS.

Tambahnya, selain persoalan dasar parti, banyak lagi perkara yang perlu dikaji terhadap kesilapan Umno dalam perjuangan mereka.

"Untuk itu tidak ada sebab kita ingin bersama mereka dan saya peringatkan pada yang lain jangan ada usaha ini," ujarnya lagi. ~harakahdaily




Iklan C (ii)
  



Sekiranya Insiden Ni Berlaku Di Kelantan Pasti...

Posted: 28 May 2013 08:26 PM PDT


Yang pastinya kalau insiden kekecohan atau rusuhan ini berlaku di negeri Kelantan, sudah pasti macai-macai UMNO dan juga media tunganggan UMNO akan cuba mengaitkannya dengan penyokong PAS..

Tetapi oleh kerana ianya tidak berlaku di negeri Kelantan tetapi di negeri Pahang tak adalah cerita macam tu..

Kekecohan berlaku di Stadium Darul Makmur pada perlawanan separuh akhir Piala FA antara Pahang bertemu Johor Darul Takzim malam tadi apabila sebahagian penyokong Johor bertindak memasuki padang kerana tidak berpuas hati perlawanan ditunda.

Kejadian itu menyebabkan beberapa penyokong Johor cedera kerana terkena balingan objek keras yang dipercayai dari luar stadium.

Polis bertindak cepat dengan mengawal keadaan supaya tiada kejadian tidak diingini berlaku. Tindakan berkenaan dipercayai akibat tidak berpuas hati kerana pasukan Johor Darul Takzim enggan meneruskan perlawanan walaupun polis sudah memaklumkan keadaan terkawal dan selamat kira-kira jam 10.15 malam.

Terdahulu perlawanan sepatutnya bermula kira-kira jam 8.45 malam namun ditangguhkan apabila penonton melimpahi ke kawasan trek dan padang sebelum pasukan keselamatan mengarahkan mereka berundur dan memasuki kawasan tempat duduk.

Keadaan itu memaksa Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah terpaksa turun ke kawasan trek dan padang untuk memujuk penonton beransur-ansur meninggalkan kawasan berkenaan supaya perlawanan dapat dimulakan.






~anak sungai derhaka



Iklan C (ii)
  


Gambar Tamrin Ghaffar Baba Di Tahan Di Balai Polis Tersebar

Posted: 28 May 2013 06:30 PM PDT


Aktivis PAS Datuk Tamrin Abdul Ghafar dan pemimpin NGO Asalkan Bukan Umno Haris Ibrahim ditahan semula hari ini, empat hari selepas dibebaskan.

"Ya... Polis berada di rumah saya di Ampang sekarang," kata Tamrin yang menambah pasukan polis itu tiba pada kira-kira jam 7.15 petang."Mereka ada waran tangkap berhubung isu sama dan membawa saya ke ibu pejabat polis Dang Wangi," katanya lagi kepadaMalaysiakiniketika dihubungi.



Peguam Gobind Singh Deo juga mengesahkan bahawa Haris ditahan semula pada jam 7 petang ini dan turut dibawa ke ibu pejabat polis Dang Wangi."Kami boleh sahkan bahawa mereka berdua (Haris dan Tamrin) ditahan semula mengikut Akta Hasutan," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi.





Iklan C (ii)
  

Tiada ulasan: