Isnin, 27 Mei 2013

Addin

Addin


SPR Sahkan Wujud Pengundi Hantu?

Posted: 27 May 2013 07:59 AM PDT

PETALING JAYA, 27 MEI: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan, borang 10A telah dikeluarkan di Alor Setar, Kedah mengesahkan kewujudan pengundi hantu.

Seorang pengundi, Lim Tiek Hong diserahkan borang 10A yang ditandatangani pegawaii SPR, Mohd Azahar Zakaria.Menurut peraturan perjalanan pilihan raya 1981, Borang 10A adalah borang yang diserahkan kepada pengundi yang hilang kelayakan mengundi. 

Lim yang sepatutnya mengundi di SK Peremba, Alor Setar pada 5 Mei lalu dinafikan hak kerana ada pihak telah mengundi bagi dirinya."Borang 10A hanya dikeluarkan atas empat sebab.

Pertama pengundi enggan menunjukkan jari telunjuk untuk pastikan tidak ada kesan dakwat kekal. Kedua pengundi enggan telunjuknya ditandakan dakwat kekal," kata Rafizi.

"Ketiga, jari telunjuk telah ditandakan dakwat kekal tetapi tidak ada kertas undi yang dikeluarkan dengan namanya. Keempat, jari telunjuk tidak ada dakwat kekal, tetapi kertas undinya telah dikeluarkan."Ini yang dikenakan kepada Lim menyebabkannya hilang hak mengundi," kata Rafizi.

Tambahnya, jika Lim telah mengundi dan tiada kesan calit di jari, bermakna peraturan SPR berkaitan dakwat kekal adalah penipuan."Hari ini kita tuntut SPR jelaskan. 

Jika tiada masalah pengundi hantu, kenapa masih ada borang 10 A yang dikeluarkan?"Kita minta (SPR) sahkan, berapa banyak borang 10A yang dikeluarkan di seluruh negara," soal Rafizi.

Katanya, SPR ada lebih sepuluh sumber untuk melakukan siasatan, namun mereka tidak menggunakannya dengan baik, malah memperlekehkan aduan rakyat."SPR patut malu kerana kegagalan mereka menyelesaikan aduan rakyat berkaitan kegagalan sistem mereka," kata Rafizi. ~keadilandaily




Iklan C (ii)
  

Panas!!Warga Pakistan Dakwa Undi 2 Kali

Posted: 27 May 2013 04:23 AM PDT

Seorang warga Pakitstan yang memperolehi kad pengenalan Malaysia dengan cara yang diragui mendakwa beliau pernah mengundi sebanyak dua kali dalam pilihan raya umum dan namanya masih kekal dalam daftar pemilih.

Abdul Latif Jumaani, yang menerima kad pengenalan pada 1992 di sebuah restoran di Kota Kinabalu, mendakwa beliau pernah mengundi pada kali pertama di Ampang, Selangor dan kemudiannya di Bahau, Negeri Sembilan.

Saya mahu mengundi sekali lagi dalam pilihan raya umum (ke-13) memandangkan nama saya masih wujud dalam daftar pemilih, namun saya tiada dokumen untuk pergi ke semenanjung," katanya dalam siasatan suruhanjaya diraja mengenai pendatang asing Sabah.

Katanya, beliau dimaklumkan empat atau lima bulan lalu oleh Jabatan Pendaftaran Negara bahawa kad pengenalannya telah dibatalkan. - mkini



Iklan C (ii)
  

Identiti Pembunuh Dhamendran Di Kenalpasti

Posted: 27 May 2013 01:40 AM PDT

KUALA LUMPUR, 27 MEI: Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, identiti 'pembunuh' Dharmendran, 32, yang mati dalam tahanan polis Kuala Lumpur sudah diketahui.

Justeru, beliau menuntut penahanan dibuat ke atas pegawai polis yang terlibat dan peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail melakukan pendakwaan ke atas individu berkenaan atas kesalahan membunuh.Keluarga mangsa dan rakan-rakan mendesak pihak bertanggungjawab atas kematian Dhamendran didakwa atas tuduhan membunuh"Dalam kes ini, identiti pembunuh sudah pun diketahui. 

Polis hanya perlu mencari semua pegawai polis yang terlibat menyoalsiasat dan menyeksa Dharmendran," lapor Malaysiakini."Ahli patologi sudah pun mengesahkan bahawa Dharmendran terbunuh semasa dalam tahanan polis. Mengapa tiada pegawai polis yang ditahan sehingga kini?, soal Surendran.

Perunding patologi Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Siew Sheue Feng pada 22 Mei lalu mengesahkan Dharmendran meninggal dunia akibat 'kegagalan fungsi kecederaan tisu lembut akibat pukulan ke badan'.Bagaimanapun, tiada tindakan dikenakan ke atas individu yang terlibat dalam kes kematian Dharmendran yang meninggal dunia di ibu pejabat polis Kuala Lumpur 21 Mei lalu.

Peguam N Surendran di Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur bersama keluarga mangsa pembunuhan polis DharmendranJusteru kata Surendran, sekiranya tiada sebarang tindakan tegas diambil, KEADILAN akan mengadakan bantahan besar-besaran di hadapan ibu pejabat polis Bukit Aman.Semalam balu mangsa, Marry Mariay Susay, 26, membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi berhubung kematian suaminya akibat dipukul sehingga mati ketika dalam tahananDharmendran, 32, meninggal dunia selepas ditahan di ibu pejabat polis Kuala Lumpur berikutan satu kejadian tembakan di Bandar Tun Razak pada 11 Mei. ~keadilandaily


Iklan C (ii)
  




Lagi Tahanan Polis Mati Dalam Lokap

Posted: 26 May 2013 07:10 PM PDT

GEORGE TOWN: Seorang lelaki dalam tahanan polis ditemui mati dalam lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, di sini Ahad.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, ACP Nasir Mohd Salleh berkata, R. Jamesh Ramesh, 40, ditemui mati oleh anggota polis pada sebelah pagi.

"Pada pukul 10.30 pagi tadi anggota polis memanggil suspek untuk dibawa ke mahkamah bagi tujuan reman. 

Pada masa itu didapati mangsa sudah tidak sedarkan diri."Polis memanggil pihak ambulans Hospital Pulau Pinang dan pegawai perubatan telah mengesahkan kematian suspek," katanya pada sidang akhbar di sini.

Beliau berkata, suspek yang dipercayai penagih dadah tegar itu ditahan polis dari cawangan narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut pada Sabtu di hadapan Balai Raya, Jalan Patani di sini selepas ujian air kencing mendapatinya positif dadah jenis morfin.

Nasir berkata, lelaki penganggur itu pernah ditahan atas kesalahan dadah dan mempunyai beberapa rekod jenayah lampau melibatkan kesalahan samun.Kes itu diklasifikasi sebagai kematian mengejut dan mayat lelaki terbabit dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat, katanya. ~bernama





Iklan C (ii)
  




500,000 Sukarelawan Di Perlukan Untuk Asak Pimpinan SPR Letak Jawatan

Posted: 26 May 2013 05:48 PM PDT

PETALING JAYA, 26 MEI: Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard menyeru rakyat Malaysia menjadi sukarelawan 'Suara Rakyat 505′ untuk mengasak pimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan jawatan.

Kata CheguBard, sebaik genap 500,000 sukarelawan, gerakan yang dinamakan #SuaraRakyat505 akan ke ibu pejabat SPR di Putrajaya bagi menuntut peletakan jawatan pimpinan SPR.

"Rakyat akan bergerak ke SPR sehingga SPR dibubarkan. Boleh?" kata Ketua Cabang KEADILAN Rembau itu sambil disambut teriakan 'Boleh' oleh ribuan hadirin yng membanjiri 'Himpunan Suara Rakyat 505′ di Padang Timur, semalam.

CheguBard turut memaklumkan borang pendaftaran sukarelawan #SuaraRakyat505 boleh diperolehi melalui laman facebook yang dibina khusus bagi tujuan tersebut.

Manakala rakyat diingatkan untuk sentiasa mengikuti perkembangan semasa bagi membolehkan tuntutan dibuat secara tersusun.Tiga tuntutan utama lebih 60 NGO dan parti politik dalam siri himpunan Black 505 di seluruh negara ialah mendesak pimpinan SPR meletak jawatan, menuntut pilihan raya semula di kawasan disyaki berlaku penipuan dan menyokong tribunal rakyat menyiasat penipuan pilihan raya umum ke-13.

CheguBard turut mengulangi pesanan kepada hadirin untuk segera membuat laporan polis, sebagai langkah awal sebelum petisyen pilihan raya dan saman terhadap SPR difailkan.

Dalam pada itu beliau menegaskan, rakyat Malaysia akan berhimpun di Dataran Merdeka selagi pimpinan SPR tidak meletak jawatan."Jika Suruhanjaya Pilihan Raya membisu, rakyat habis membeku, kita akan turun ke Dataran Merdeka," katanya disambut laungan 'Turun' ribuan hadirin. ~keadilandaily




Iklan C (ii)
  




Tiada ulasan: