Addin |
- Rupanya Individu Hina Sultan T'ganu Penyokong Tegar Umno
- Cyber Troopers Pakatan Rakyat Berpendidikan Tinggi - Zahid Hamidi
- Giliran Ketua AMK Kena Belasah Dengan Pemuda PAS
- Kantoi!! SPR Dakwa Gambar Fitnah, Tapi Bukti Menceritakan Sebaliknya...
Rupanya Individu Hina Sultan T'ganu Penyokong Tegar Umno Posted: 26 May 2013 10:26 AM PDT Pemilik akaun FB, Cucu Nabi berjaya ditahan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama polis kerana menghina Sultan Terengganu, Sultan Mizan. Jika didapati bersalah dia boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau satu tahun penjara atau kedua-duanya sekali.Membaca apa yang ditulis oleh Cucu Nabi dari Kemaman Terengganu ini rupa-rupanya peminat Umno. Dia begitu marah sehingga menghina Sultan Mizan seperti di atas kerana tidak bersuara tentang perhimpunan Blackout 505 di Terengganu sebelum ini.Ini juga bukti dia peminat tegar Umno… ~lagi.my Baca pendedahan selanjutnya di SINI. |
Cyber Troopers Pakatan Rakyat Berpendidikan Tinggi - Zahid Hamidi Posted: 26 May 2013 05:33 AM PDT BAGAN DATOH- Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta Cyber Security Malaysia untuk mengambil langkah segera membanteras penyaluran kandungan menyalahi undang-undang dalam media sosial oleh kumpulan 'tentera siber' tertentu. Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah segera itu bagi memastikan maklumat yang disampaikan oleh individu atau kumpulan siber menerusi pelbagai media sosial seperti Facebook, Twitter serta blog adalah telus dan benar. "Apa yang menjadi rungutan adalah kandungan laman sosial dan blog termasuk oleh kumpulan Red Bean Army adalah kerana kandungan itu menyentuh perkara yang termaktub dalam Akta Hasutan dan (isu) perkauman yang sensitif serta bersifat fitnah (iaitu) terkeluar daripada prinsip undang-undang," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau mengulas laporan akhbar hari ini mengenai tindakan pelbagai pihak menggesa kerajaan bertindak tegas memerangi anasir jahat di laman siber seperti 'Red Bean Army' yang menggugat keharmonian rakyat berbilang kaum di negara ini.Pihak berkenaan turut mendesak pihak berwajib meminda Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi menyekat fitnah dan hasutan yang cuba dipromosikan kumpulan siber berkenaan. Ahmad Zahid berkata dasar mengenai media sosial yang dicetuskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah untuk memberi kebebasan dan pendapat termasuk penubuhan 'cyber troopers' oleh parti politik dan pihak tertentu. Bagaimanapun beliau berkata prinsip dan dasar itu sewajarnya dihormati berlandaskan tanggungjawab kepada negara serta undang-undang dan ia tidak sepatutnya disalahguna."Ini yang cuba kita elakkan. Kita mahu SKMM dan Cyber Security Malaysia dapat mengambil tindakan, bukan kerana kewujudan kumpulan 'cyber trooper' seperti 'Red Bean Army' tetapi disebabkan oleh kandungan di dalam media social berkenaan yang dikendalikan mereka," katanya. Beliau berkata 85 peratus pengendali media baharu di negara ini dikendalikan pihak pembangkang media sosial negara ini tanpa sekatan dibuat oleh pihak kerajaan.Apa yang menghairankan bahan-bahan yang dipaparkan kumpulan seperti Red Bean Army ini dipercayai oleh golongan profesional, teknokrat dan mereka yang berpendidikan tinggi, katanya. ~bernama |
Giliran Ketua AMK Kena Belasah Dengan Pemuda PAS Posted: 26 May 2013 12:20 AM PDT Aku Juga Bukan Balaci PKR Merujuk kepada laporan media Malaysian Insider yang bertajuk "AMK Selar Presiden PAS kerana mencerca calon PKR semasa kempen PRU13", kami menyelar sikap Ketua AMK Shamsul Iskandar Mat Akin memburuk-burukkan Presiden PAS di hadapan media. Jika seminggu dua lalu Timbalan Presiden PKR mengkritik Presiden PAS rentetan ketidakpuasan hati prestasi PKR Selangor yang ada kena mengena dengan jawatan MB Selangor, hari ini Ketua AMKnya pula mencontohi sikap tersebut. Kami tidak kisah untuk AMK mengkritik mana-mana pimpinan PAS, tapi kita ada saluran dalaman yang menjadi amalan kita selama ini. Jika tidak, media Umno/BN akan melaga-lagakannya. Jika ia datang dari macai dan media Umno/BN, kami langsung tidak hiraukan namun kali ini AMK pula menjadi penyambung lidah macai Umno/BN yang menghentam Presiden PAS secara terbuka.Sahabat Pemuda AMK! AMK patut mencelikkan mata untuk membuat penilain terhadap sebahagian calon-calon pilihanraya dan YB-YB PKR supaya tragedi Perak tidak berulang lagi. Inilah perkara yang ditegaskan oleh Tuan Guru Presiden PAS kepada semua rakan-rakan PR sepanjang perundingan kerusi PRU. Namun, PKR sambil lewa sahaja mengambil nasihat ini di beberapa kerusi. Presiden PAS tidak mencerca secara spesifik mana-mana calon walapun mempunyai maklumat.Sebagai ingatan, mungkin AMK lupa, sejarah telah menyaksikan sebahagian YB-YB PKR yang diambil secara serkap jarang semata-mata untuk menghadapi pilihanraya sehingga menyebabkan kejatuhan kerajaan PR Perak pada 2008.Bukan itu sahaja, malah sejak PRU 2008 PR dimalukan dengan insiden-insiden YB-YB PKR keluar parti seperti spt di Parlimen Bayan Baru, Parlimen Nibong Tebal, Parlimen Wangsa Maju, Parlimen Bagan Serai dan Parlimen Kulim-Bandar Baru. Ini bukan sahaja pengkhianatan kepada rakan-rakan Pakatan Rakyat, malah pengkhianatan besar terhadap mandat rakyat. Perkara ini disentuh dan ditegur oleh pimpinan PAS dalam pertemuan tertutup tanpa melibatkan media seperti yang dilakukan oleh Ketua AMK kali ini.Puncanya tidak lain tidak bukan kerana PKR mengambil sebahagian calon tangkap muat dan berpotensi untuk lompat parti jika menang PRU dengan hanya diumpan dengan wang ringgit.Inilah pengkhianatan yang teramat besar iaitu mereka gagal memilih dan menapis calon yang berwibawa dan berkredibliti untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat. Inilah yang PAS dan DAP tidak mahu, kemenangan yang separuh jalan sebagaimana berlaku di Perak tempohhari. Tidak cukup dengan itu, PKR bermain kayu tiga membuat rundingan dengan PSM yang tidak pernah menjadi rakan sekutu PR dan perkara ini didedahkan sendiri oleh Setiausaha Agung PSM S Arutchelvan yg juga calon PSM di Semenyih.Ini satu lagi bentuk pengkhianatan yang tidak boleh dimaafkan oleh rakyat.Sahabat Pemuda AMK!AMK sepatutnya sedar dan insaf tentang kekangan serta ketandusan petugas pilihanraya mereka. Ini bukan kata-kata angkuh tetapi sekadar peringatan bersama serta realiti yang berlaku. Buktinya, lihatlah di mana-mana sebahagian besar kawasan pilihanraya, petugas-petugas AMK dan PKR hanya pandai bercakap dan tidak cukup untuk menghadapi pilihanraya dan akhirnya ia dibantu oleh jentera Pemuda PAS.Ini suatu hakikat. Ia dilihat oleh rakyat, yang akhirnya menyaksikan ada beberapa calon PKR ditolak di peringkat parlimen sedangkan calon PAS di peringkat DUN menang besar. PAS berusaha melahirkan jentera dan petugas yang istiqamah,namun kami bukan macai calon-calon PKR yang hanya nampak muka sehari dua dalam keadaan tiada petugas sendiri.Buat sahabat AMK dan ketuanya, jika ada sebarang ketidakpuasan hati, eloklah dibawa ke perbincangan dalaman PR bukan di media.Jika di media, tambahan pula menghentam Presiden kami maka kami selaku Pemuda Pas sukar menerima kenyataan tersebut dan tidak akan berdiam diri. Sedang kami Pemuda Pas boleh menghormati DSAI selaku Ketua PKR sekalipun ada banyak perkara yg mungkin kami tidak bersetuju, jadi molek kiranya AMK pun belajar beradab sebelum kemungkinan ada pula pimpinan yang lain mencerca DSAI di khalayak ramai disebabkan perbuatan tidak beradab itu.Sahabat Pemuda AMK!Ini adalah teguran dan peringatan pada semua sebagai pemuda PR yang ada akhlak dan adabnya. Syarhan Humaizi Abdul Halim, Ketua Pemuda PAS Gombak. |
Kantoi!! SPR Dakwa Gambar Fitnah, Tapi Bukti Menceritakan Sebaliknya... Posted: 25 May 2013 05:00 PM PDT Gambar yang sama tetapi telah dicerahkan dan menampakkan petugas SPR dengan jelas memakai baju SPR serta tag nama. Kotak atau dulang juga jelas tertera logo SPR pada bahagian tepi. Kelihatan juga pegawai polis beruniform yang bertugas. Ketika ini proses pengasingan kertas undi sedang dijalankan. Apakah semua ini lakonan seperti dakwaan SPR?. Nampak sangat SPR tipu isu ini. Sahlah Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad membuat kenyataan palsu. Gambar yang ditunjukkan Wan Ahmad adalah asli dan kejadian elektrik padam tersebut benar-benar berlaku di Sekolah Kebangsaan Serdang, di bilik pengiraan undi Saluran 3. Ia diakui oleh calon PAS untuk kerusi Seri Serdang, Noor Hanim di mana tempat berlakunya insiden tersebut dan gambar tersebut diambil oleh Counting Agent calon tersebut. " Counting agent kami telah mengambil beberapa gambar sebelum dan selepas kejadian blackout tersebut itu berlaku.""Saya menyarankan agar pihak SPR khususnya Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana telah melakukan kesilapan dalam mengeluarkan kenyataan tanpa membuat kajian yang mendalam dan mengambil ringan isu yang dibangkitkan oleh rakyat." "SPR sebagai badan rasmi yang menguruskan pilihanraya ini mesti dilihat profesional, adil dan telus serta tidak berpihak kepada mana-mana parti," kata Noor Hanim. Berikut adalah kenyataan medianya.. GAMBAR LAKONAN BLACKOUT 505: MENYANGKAL DAKWAAN SPR |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan