Sabtu, 25 Mei 2013

Addin

Addin


Adegan Paling PELIK Hanya Di Malaysia..

Posted: 25 May 2013 10:46 AM PDT


Kenyataan dari timbalan pengerusi SPR dengan terang dan jelas mengutuk pembangkang (PR).Wajarkah SPR mengutuk begitu? Siapakah SPR, parti komponan BN? Kalau pembangkang mengambil keputusan untuk turun ke jalanrayapun.

SPR tiada hak mengutuk sebegitu rupa.Yang peliknya SPR hadir dimajlis penerangan PRU yang dianjurkan oleh BN tetapi menolak untuk berdebat dengan pembangkang dengan alasan pembangkang boleh menghantar petisyen di mahkamah.Pelik sungguh perangai pengadil pilihanraya di negara kita. 

Nampak jelas SPR bercakap bagi pihak BN walaupun sepatutnya tiada kenyataan yang dibuat untuk mengutuk pihak yang bartanding.Pembangkang ada hak membantah dengan cara apapun asalkan bukan kekerasan dan SPR sebagai pengadil tiada hak mempersoalkannya.

Sepatutnya SPR tampil dengan bukti jelas bahawa mereka tidak menyebelahi BN dan menjawab semua pertikaian pembangkang mengenai pendaftaran warga asing yang diberi IC, penggunaan dakwat kekal dan lain lain rasa tidak puas hati pembangkang.Bukan sekadar mengatakan SPR tiada kuasa kerana sebagai pengadil, SPR mesti adil dalam semua segi.Lagipun kalau SPR ada kuasa yang tidak terhad untuk mengubah peraturan piliharaya, kenapa SPR tiada hak untuk memastikan semua pengundi adalah warga negara yang sah.

Lebih pelik lagi apabila timbalan pengerusi SPR boleh menyatakan tindakan pemuda dari kuantan adalah salah di sisi undang undang dan boleh didakwa tanpa menyatakan kelalaian SPR mendaftar namanya dua kali yang membolehkan dia mengundi dua kali.Kenapa pemuda itu yang salah, SPR tidak salah?

Satu lagi hal yang pelik, ialah apabila timbalan pengerusi menyatakan kehairannya kepada tindakan pemuda itu membawa keluar kertas undi kerana menurutnya banyak mata yang menyaksikannya jadi mana mungkin dia boleh menyeludup kertas undi tersebut.Timbalan pengerusi SPR agaknya lupa bahawa dalam hampir kesemua keputusan PRU yang diwartakan, ada jumlah kertas undi TIDAK DIKEMBALIKAN dicacatkan, ke mana perginya kertas undi ini.

Perkara ini melondehkan kelemahan SPR mengendalikan pilihanraya Malaysia bukan mempersoalkan tindakan pemuda itu membawa keluar kertas undi.Sudahlah tidak mahu mengaku salah, disalahkan pula orang lain dengan angkuhnya.

Inikah sikap SPR di negara kita? SPR bukan pengadil tetapi bertindak mempertahankan parti yang memerintah! Seperti dalam perlawanan bola sepak, SPR menjadi pemain kedua belas bagi team BN. ~tranungkite



Iklan C (ii)
  


Mahkamah Tolak Kezaliman Polis?

Posted: 24 May 2013 10:59 PM PDT

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua, Ahli PAS Tamrin Ghafar dan Ketua Asal Bukan Umno Haris Ibrahim dibebaskan daripada tahanan selepas Majistret menolak permohonan polis untuk memanjangkan tempoh reman mereka.

Terdahulu, kira-kira 100 berkumpul di luar lokap tahanan Jinjang membantah penahanan ketiga-tiga pemimpin pembangkang berkenaan.

Himpunan berkenaan diadakan di tepi penghadang yang dipasang kira-kira 50 meter daripada pintu masuk lokap berkenaan, mereka yang hadir membawa sepanduk bagi membantah penahanan trio tersebut.

Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) Datuk S. Ambiga dan bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong antara yang hadir.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Mereka ditahan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, berhubung ceramah mereka di Dewan Perhimpunan Cina, di sini, pada 13 Mei lepas yang didakwa berbaur hasutan.

Difahamkan dalam forum berkenaan, beberapa pemimpin kumpulan pro-Pakatan termasuk trio berkenaan, telah menggesa rakyat mengadakan himpunan secara besar-besaran di jalan raya bagi menggulingkan kerajaan.

Peguam, N.Surendran, R. Sivarasa antara mereka yang mewakili ketiga-tiga individu berkenaan. ~mStar



Iklan C (ii)
  



BN Mahu Tukar Nama Parti

Posted: 24 May 2013 10:13 PM PDT




Parti 1Malaysia....Barisan Baru...Organisasi Rakyat Malaysia Kebangsaan... Inilah antara nama2 yang dicadangkan bagi menganti nama Barisan Nasional.Nama Barisan Nasional disarankan untuk tukar bagi ber-revolusi sesuai dengan tuntutan semasa.

Kah kah kah

Kah kah kah kah

Kah kah kah kah kah

Entahla. Actually benda neh takde apa isu pun. Aku peduli hapa bn nak tukar nama apa sekalipun. Hak masing2 ah. Tak terjejas kat sapa2 pun.

Tapi aku rasa kelakar la juga sikit2. Kelakar tang nama2 cadangan pun iye juga. Kelakar tang niat bn yang nak tukar nama pun ada juga. Pendek kata ia memang mengelakarkan aku.

Ko tukar la nama apa sekalipun. Kita orang tetap tolak bn oke. Takde pertikaian bab tue. Kalau sekadar nama jek bertukar tapi cara mentadbir masih teruk dan mengekalkan amalan rasuah pe citer? Ada beza ka kalau tak bawa label bn sekalipun? Betul tak?

Kah kah kah..

~ameno world





Iklan C (ii)
  



Apa Sudah Jadi? Ketua Dewan Ulamak PAS Tegah Sertai Himpunan Black 505

Posted: 24 May 2013 07:29 PM PDT


Ini adalah apa yang telah dilaporkan oleh Berita Harian mengenai pandangan Ketua Dewan Ulama PAS tentang perhimpunan aman Himpunan Suara Rakyat 505 yang bakal diadakan hari ini 25Mei, jam 4.30ptg, di Padang Timur (depan Amcorp Mall),Petaling Jaya..

Laporan telah ditulis oleh wakil wartawan akhbar tersebut yang menghubungi Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib baru-baru ini.

Kuala Lumpur: Dewan Ulama PAS menasihatkan ahlinya supaya tidak menyertai perhimpunan haram membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang akan diadakan esok, kerana ia tidak memberi keuntungan serta kekuatan kepada parti itu.Ketuanya, Datuk Harun Taib, berkata beliau konsisten dengan kenyataannya sebelum ini yang tidak menyokong perhimpunan terbabit, serta menerima keputusan Pilihan Raya Umum lalu dengan hati terbuka.Baginya, adalah lebih baik ahli PAS memberi tumpuan kepada usaha serta gerak kerja untuk memperkasakan parti dan meraih sokongan baru rakyat daripada menyertai perhimpunan yang tidak akan memberi keuntungan kepada PAS."Saya tidak berminat menyertai perhimpunan itu, kalau ikut pandangan saya ahli PAS tidak perlu hadir perhimpunan itu kerana ia tidak memberi kekuatan kepada parti."Kita ada kerja yang lebih besar, bagi saya lebih baik ahli PAS memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan parti serta menarik sokongan baru rakyat sebagai persiapan untuk menghadapi pilihan raya akan datang."Bagi saya, kerja (perhimpunan) itu tidak memperkuatkan sokongan terhadap parti (PAS)," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.Sebelum ini, Harun membantah perhimpunan yang dianjurkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, itu kerana tidak berpuas hati dengan keputusan PRU-13.Sebaliknya, Harun menyifatkan keputusan yang dibuat 13.1 juta pengundi pada pilihan raya umum lalu perlu diterima dengan hati terbuka, selain memuji Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana berjaya mengurus perjalanan pilihan raya dengan baik ~  Berita Harian

Bagaimanapun portal rasmi Parti Islam SeMalaysia telah mengeluarkan kenyataan balas mengenai laporan oleh Berita Harian ini ..Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Tuan Guru Dato' Hj Harun Taibkesal dengan tajuk yang diletakkan oleh Berita Harian yang bertarikh 24hb Mei 2013 ( Hari Jumaat) yang bertajuk : "Ahli PAS ditegah sertai perhimpunan" yang tidak menepati maksud asal ketika wakil wartawan akhbar tersebut menghubungi beliau baru-baru ini.Perkataan "ditegah" tidak menggambarkan perkataan yang tepat. Apa yang beliau tegaskan ialah beliau menasihati agar ahli PAS melakukan kerja kerja yang lebih memberi manfaat dalam usaha memperkasakan parti serta menarik sokongan baru rakyat untuk berhadapan pilihanraya yang akan datang ~ Parti Islam Semalaysia

Aku tertarik tertarik dengan apa yang dinyatakan oleh Dato Husam di perhimpunan blackout 505 di Kuala Ibai, Terengganu baru-baru ini, dimana katanya.."Kalau ada mana-mana pimpinan pakatan rakyat bersuara seperti umno, berminat untuk menjadi jurucakap umno, mengkhianati amanah rakyat dengan menjadi ejen umno, saya ajak saudara saudari sekelian untuk menentang mereka sehingga mereka tumbang ditangan rakyat... jangan cuba khianat amanah rakyat dengan menjadi ejen pemerintah zalim umno barisan nasional"

Nanti ada pulak yang belasah aku lagi sebab siarkan laporan yang macam ni.. tapi orang kata.. "Lieutenant, sometimes you have to stand your ground and pick your ditch to die in." this words meant that you have to stand up for what you believe in even if faced with overwhelming condemnation... ~anak sungai derhaka



Iklan C (ii)
  




Sambutan 'Dingin' Di Himpunan Blackout 505 Di Bukit Katil

Posted: 24 May 2013 05:07 PM PDT


Nampaknya rakyat semakin bangkit seaklipun pihak polis telah menggunakan kuasanya menangkap beberapa aktivis Pakatan sebelum ini.

Puluhan ribu rakyat berhimpun di Perhimpunan Black5050 yang diadakan di Dataran Kebangkitan Rakyat, berhadapan Dewan Tun Ali dalam parlimen Bukit Katil malam tadi.

Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang menyampaikan ucapan malam tadi ialah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, Pengerusi KEADILAN Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Adun Bukit Baru, Dr Khalid Kassim.

Siapa menduga, setelah diancam dan diugut berkali-kali oleh pihak berkuasa yang semuanya bertujuan untuk menggagal missi perhimpunan tersebut, ianya tidak mampu untuk membendung gelora kebangkitan rakyat.

Tepat sekali kata-kata TG Nik Abdul Aziz, Mentri Besar Kelantan : "Bagaikan tabie air, rakyat pun begitu. Sebarang usaha menyekat dan membenteng air yang turun dari gunung akan menunggu bencana di hari depan, di satu masa dan ketika nanti."





Iklan C (ii)
  



Tiada ulasan: