Addin |
- PAS Buat U-Turn
- Ralat Artikel " Gambar Kereta Mewah VIP Roadtax Hanya RM10"
- Umno Di Minta-Minta Untuk Di Tumbangkan
- 133,000 MyKad Hilang Dalam Tempoh 3 Bulan
Posted: 24 May 2013 05:10 AM PDT KUALA LUMPUR: PAS mengumumkan akan bersama rakyat menyertai perhimpunan aman "Suara Rakyat 505" anjuran gabungan NGO di Petaling Jaya esok.Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, ianya sebagai menifestasi membantah segala penipuan yang berlaku dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu. Difahamkan himpunan itu juga bakal menampilkan individu-individu yang mengalami sendiri penipuan pada PRU13 lalu untuk menceritakan pengalaman masing-masing.Semalam penggerak utama kepada himpunan itu, Solidariti Anak Muda Malayisa (SAMM) menegaskan, mereka tetap bertekad untuk memastikan himpunan mencapai matlamat, walaupun terpaksa berdepan dengan penangkapan. Mereka mengulas beberapa pemimpin serta aktivis rakyat yang ditahan sejak bebarapa hari lalu di bawah akta hasutan.Ianya termasuk aktivis pelajar Adam Adli , aktivis PAS Tamrin Ghafar, Naib Presiden PKR Tian Chua dan penggerak ABU Haris Ibrahim. Dalam perkembangan berkaitan, Mahfuz yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah turut memaklumkan bahawa PAS Kedah juga turut akan turun menyertai himpunan itu esok."Saya harap pihak polis dapat memberi kerjasama untuk mengawal himpunan itu esok dan tidak menggunakan kekasaran yang boleh mengeruhkan suasana," katanya. ~harakahdaily |
Ralat Artikel " Gambar Kereta Mewah VIP Roadtax Hanya RM10" Posted: 23 May 2013 11:09 PM PDT Salam kepada pembaca blog Addin dan yang berkenaan, Dengan penuh rasa rendah diri Addin menarik balik artikel "Gambar kereta mewah VIP Roadtax Hanya RM10 " Berlaku kekhilafan dan kealpaan diri saya sendiri kerana tidak faham kenapa berlaku begini dan atas nasihat seorang sahabat pembaca blog Addin. Berikut penjelasan dari sahabat pembaca blog addin" Yang tu kereta baru dan unregisted tapi owner beli geran dengan plat nombor dari kereta yang dah register..sebab tu ada tulis PINDAAN" Dengan keluar ralat, Addin akan lebih berhati-hati dengan penyiaran artikel tulisan blog Addin pada masa akan datang. Terima kasih. Addin |
Umno Di Minta-Minta Untuk Di Tumbangkan Posted: 23 May 2013 10:03 PM PDT Saya yang tidak berapa pandai ini pun merasakan yang UMNO sudah sampai kepenghujung usianya. Saya bukan menentang tindakan menahan rakan-rakan perjuangan saya oleh pihak Polis, kerana itulah makanan orang-orang perjuang sejati. Bagi pihak yang berjuang mereka merasakan mereka bertindak dengan kebenaran dan bukan sedikit manusia yang menyokong mereka. Tetapi seperkara yang tidak dapat dinafikan, pihak berkuasa tidak mencari jawapan kenapa keadaan sebegini berlaku. Pihak parti pemerintah tidak pula berusaha dan mendengar keresahan rakyat selama ini. Apabila terdesak maka ditahan orang itu dan orang ini sewenang-wenangnya.Saya tidak dapat menerima tindakan kerajaan menahan mereka semalam. Ruang untuk pemerintah membetulkan keadaan semakin hari semakin sempit. Bukan sedikit teguran di buat terhadap parti pemerintah sejak banyak tahun dahulu, tetapi UMNO tidak mahu berubah dan terlalu leka dengan kuasa. Rakyat sudah berani keluar untuk menentang secara terbuka dan ia hanya memberikan keyakinan ramai yang UMNO tidak dapat dipulihkan lagi. Yang jelas sekarang rakyat pula yang mengambil tindakan untuk berubah. Saya merasakan yang keadaan begini akan terus menerus berlaku dan tidak ada pihak yang mampu untuk meredakan perasaan mereka yang hilang keyakinan terhadap UMNO itu. Tidak adil jika kesalahan itu hanya diletakan kepada rakyat. UMNO sepatutnya menerima dan mengakui seratus peratus kesalahan itu. Selalu saya berkata UMNO sudah hilang punca seolah-olah sudah hilang hidayah kerana masih melakukan kesilapan walaupun usia UMNO itu semakin luput. Hendak berbuat baik tetpi mereka sudah tidak lagi tahu apa dia yang baik untuk mereka lakukan. Penahanan tiga aktivis semalam tidak melunturkan perasaan marah rakyat. Pihak pemerintah mesti mengakui yang rakyat marah itu bukan tidak bersebab. Tidak mungkin mereka marah semata-mata untuk marah. Bukannya usaha yang kecil untuk keluar malam dan berjuang dengan tidak ada hentinya. Malam tadi ribuan rakyat berada di sekitar Balai Polis Jinjang untuk memberikan simpati kepada Tian Chua, Tamrin Ghaffar dan Harris Ibrahim yang ditahan Polis semalam. Ini bukannya perkara kecil. Jika tekanan kuat di lakukan oleh pihak berkuasa pun ia tidak melunturkan perasaan marah rakyat itu. Pihak kerajaan mesti faham, yang mereka kendalikan sekarang ini bukannya haiwan. Mereka adalah manusia yang kebanyakkan mereka adalah kumpulan muda yang terpelajar. Mereka tidak mahukan kerajaan melakukan tekanan. Jika kerajaan sentiasa memberikan tekanan sebegini, pihak pemerintah akan pasti kehilangan sokongan lebih buruk lagi dari semasa pilihanraya yang lalu. Tidak akan ada kesudahannya dan tidak mungkin UMNO mampu memperbetulkannya lagi. Oleh yang demikian apa yang sepatut dilakukan oleh siapa bagi membetulkan yang salah dan menampal yang koyak tadi? Jika benar terdapat penipuan dalam pilihanraya yang lalu setelah mahkamah membuat keputusan, maka tidak ada jalan lain selain dari kerajaan sekarang berundur. Kerajaan sekarang tidak boleh lagi mengaku mereka berkuasa melalui proses demokrasi kerana telah terdapat penipuan itu. UMNO akan hanya mampu bertahan seketika jika mahkamah memutuskan tiada penipuan dan mengakui yang pilihanraya telah berjalan dengan betul mengikut cara yang betul. Tetapi boleh kah mahkamah memutuskan PRU yang baru selesai ini tidak ada penipuan? Jika ada penipuan maka tidak syak lagi UMNO terpaksa berundur dengan cara terhormat walaupun pilihanraya di kawasan-kawasan yang di dapati ada penipuan diadakan semula. Penahanan terhadap Tamrin, Tian Chua dan Harris itu amat memberi kesan kepada kredibiliti kerajaan. Saya berharap ketiga-tiga mereka akan di bebaskan tanpa apa-apa tindakan susulan yang di ambil terhadap mereka. Saya memohon agar kerajaan cukup-cukuplah melakukan penahanan sesiapa kerana rakyat sedang memerhatikan keadaan dengan rapi. Sekarang bukan zaman UMNO yang mengaku boleh menghantar songkok untuk mewakili calon dan terus menang dalam pilihanraya. UMNO dan BN akan hanya mempunayi sedikit peluang jika UMNO tunjukan yang parti itu benar-benar melakukan transformasi habis-habisan dengan melakukannya sekarang juga. Lewat dari sekarang kita boleh kira UMNO sudah tamat riwayatnya. Jika UMNO tidak memperbaiki diri sekarang juga ia bermakna UMNO sendiri yang mahu mereka di tumbangkan bukannya rakyat yang saja-saja mahu menumbangkan mereka. ~aspan alias |
133,000 MyKad Hilang Dalam Tempoh 3 Bulan Posted: 23 May 2013 05:33 PM PDT Kehilangan 133,000 MyKad dalam tempoh tiga bulan iaitu dari Januari hingga Mac tahun ini menimbulkan kebimbangan kepada kerajaan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Menyifatkan jumlah itu agak tinggi, Ahmad Zahid berkata kehilangan MyKad, walaupun tidak disengajakan, menyebabkan ia boleh diguna untuk tujuan jenayah. "Apa yang membimbangkan kami ialah jika kehilangan itu mempunyai kaitan dengan sindiket. Kami khuatir MyKad ini diguna untuk pelbagai tujuan terutama jenayah," katanya kepadapemberita selepas melawat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sini hari ini. Beliau berkata sekiranya siasatan mendapati ada sindiket terlibat dalam menghilangkan MyKad dan menggunakannya untuk tujuan jenayah dan sebagainya, JPN perlu mengambil langkah-langkah pencegahan dan pemantauan bagi menyelesaikan masalah itu. "Saya yakin JPN mampu menyelesaikan masalah itu agar tidak berterusan," katanya. Ahmad Zahid berkata bayaran denda mungkin akan ditingkatkan terhadap individu yang menghilangkan MyKad selepas ini. "Saya minta Ketua Pengarah JPN mencadangkan (bayaran denda) kepada KDN dan saya akan bawa ke kabinet untuk mendapatkan pandangan dan kelulusan daripada kabinet," katanya. Pada masa ini denda kehilangan MyKad bagi kali pertama ialah RM100, RM200 kali ke-2 dan RM300 bagi kehilangan kali ke-3. ~bernama |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan