Rabu, 22 Mei 2013

Addin

Addin


Senarai Kekayaan Melampau Anak-Anak Menteri.. Saksikanlah!!

Posted: 22 May 2013 09:32 AM PDT

Pemimpin BN diketahui umum mempunyai gaya hidup mewah.elaun ahli Parlimen mahu pun menteri tidak melayakkan mereka memiliki rumah atau kereta mewah. Apatah lagi individu yang memiliki kekayaan melampau itu bukan datang dari keluarga kaya atau telah mempunyai perniagaan sendiri sebelum menjadi ahli politik.kebanyakkannya jadi kaya setelah menang pilihanraya atau diberi jawatan parti.

Kini gaya bermewah yang dipertikai rakyat mula menular ke sebahagian besar anak anak pemimpin BN. Tidak masuk akal dgn gaji ahli parlimen RM4,000 sebulan, Senator Dewan Negara RM6,000, Timbalan Menteri RM10,847 atau Menteri Kabinet RM14,907 mereka mampu memiliki rumah berharga jutaan ringgit dan kereta brharga ratusan ribu ringgit. 

Persoalan yang lebih menarik,bagaimanakah mereka mampu membelikan kereta kereta mewah untuk anak-anak?

Tentukan sekali pemimpin BN mendapat wang sampingan dari pelbagai sumber. pendapatan mereka dikatakan brjuta juta ringgit stahun dan tidak menjadi masalah untuk membiayai kehidupan mewah. kemewahan itu membuat rakyat MELUAT!. dengan gelagat gaya hidup mewah keluarga dan anak beranak pemimpin BN yg tak sedar diri, melantak hasil titik peluh Rakyat, Jelas dengan sikap Keborosan mereka merakalah membuat ramai lagi nasib si miskin di Malaysia tidak terbela ...

KEKAYAAN ANAK ABDULLAH AHMAD BADAWI


Kamaludin diisytiharkan sebagai salah salah seorg 10 tokoh peniagaan Melayu teratas dgn aset melebihi RM320 JUTA sebaik PAK LAH menjadi Perdana Menteri. kamaluddin didakwa merupakan org dibelakang syarikat Scomi walaupun namanya tidak ada di dalam senarai Lembaga Pengarah Scomi yg brjumlah 9 org.

Pada 2006 akhbar The Star melaporkan Petronas Carigali Sdn Bhd telah memberi kontrak sekurang kurangnya RM2 BILLION bagi membina pelantar minyak dari 2004 hingga 2006 kepada SCOMI.

KEMEWAHAN ANAK NAZRI AZIZ

Anak kepada Menteri di jabatan Perdana Menteri nazri abdul aziz, Mohamad Nediam dilaporkan menjadi bintang dikalangan anak2 menteri kerana dibelit kontroversi berkenaan paparan pelbagai fotonya di beberapa blop brsama gadis2 jelita ~Nedim dilaporkan mempunyai sebuah kereta PORSCHE berharga sekitar RM700,000.beliau juga mempunyai pengawal peribadi yang sentiasa mengiringnya menaik kereta mewah.

Baru2 ini pengawal peribadinya myerang seorg pengawal keselamatan kerana berlaku salah faham mendaftar masuk ke sbuah kondominium mount kiara.

Angkatan Muda Keadilan menuntut polis menyiasat Nedim yang pernah dikaitkan dalam 1 kes pembunuhan,Darren Kang di Sri Hartamas pada 2004.satu ironi, seorang anak menteri undang2 tidak faham undang2 dan trlajak ke dalam kes2 jenayah.

KEMEWAHAN ANAK LIM LEONG SIK

Anak Dr. Ling leong sik,ling hee leong Menteri Pengangkutan dan Presiden MCA pada zaman Dr mahathir didakwa telah mengumpul kekayaan sebanyak RM 1.2 BILLION!.

Hee Leong yang baru berumur 27 thn ketika itu tidak selayaknya mengumpul kekayaan yang sebegitu banyak.

Pemimpin DAP,Lim Kit siang pada 1997 telah membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah agar kerajaan BN menyiasat skandal pengumpulan harta yng sebegitu besar dikhuatiri mengunakan kedudukan Lim Leong sik sbg menteri pengangkutan.namun sehingga ke hari ini tiada siasatan dijalankan.

KEMEWAHAN ANAK NAJIB RAZAK


Ada beberapa org anak najib razak yg menjadi topik perbualan di internet.salah seorg dipercayai anak beliau bernama Ashman Najib,dan masih menuntut .foto dalam carian di beberapa blog mendedahkan gaya ashman yg mewah.

Beliau didaka memiliki sebuah kereta mewah jenama Bantley yang tidak selayaknya dinaiki seorg remaja yang masih blajar.

Anak kdua najib bersama isteri pertamanya tengku puteri zainah tengku eskandar,mohd nazifudin najib merupakan salah seorg ahli lembaga pengarah syarikat Harvest Court Industries Bhd pada Oktober 2011.

Beliau juga Pengerusi Sagajuta (sabah) Sdn Bhd, syarikat yang membangunkan 1 Borneo mall di Kota Kinabalu.mempunyai kepentingan sebanyak 13.83% selepas dilantik sbg ahli lembaga pengarah (BOD) Syarikat Harvest Court Industries Sdn Bhd.

Pertunangan anak sulung najib bersama rosmah mansor,Nooryana najwa dengan warga kazakkhtan,Daniar nazarbayev,17 jun 2011.menelan pmbelanjaan RM79,053.

Bil2 yang dikenal pasti sbg invois perbelanjaan jelas mengesahkan majlis itu ditanggung oleh kerajaan.sedangkan hanya majlis rasmi sahaja yang dibenar dari segi undang undang mengunakan wang negara.

KEKAYAAN ANAK SHAHRIZAT JALIL

Dua anak shahrizat jalil dalam usia 20-an ,wan shahinur izran dan wan izzana fatimah zabedah memegang saham syarikat NFC.

Anak2 shahrizat memiliki saham dalam Global Biofuture Pte Ltd,meatwork (singpore) Ptd Ltd.kdua duj syarikat itu didakwa memiliki modal berbayar S$3.65 juta,atau RM8.85 JUTA.

KEKAYAAN ANAK TAIB MAHMUD

Taib mahmud yang memerintah Sarawak sejak 1980-an dianggap jelmaan Raja brooke ( James Brooke) di Sarawak.adik. Bradik dan anak beranaknya di berikan kekayaan yang melimpah ruah.

Salah seorg anak taib mahmud,jamilah taib memiliki kekayaan luar biasa.beliau menguruskan kekayaan taib di Kanada melalui Sakto Corporation yg nilainya menjangkau ratusan juta Dollar dibawah nama menantu lelaki beliau,sean murray.

Jamilah memiliki rumah mewah di malaysia dan luar negara.keluarga taib juga memiliki perniagaan Sakti International yang berpusat di Amerika Syarikat.

Seorang lagi anak taib,abu bekir taib abdul taib mjadi kontrolversi selepas tuduhan pnceraiannya berjumlah RM500 juta dimahkamah syariah.

Abu bekir brkahwin kali kdua dengan wanita Russia. isteri pertamanya Shahnaz a.majid,memohon penceraian.dalam permohonan pembahagian harta sepencarian istrinya menuntut :

1) RM100 JUTA tuntutan mutaah

2) RM300 JUTA harta sepencarian

Selain itu menurut Shahnaz, suaminya,mempunyai perniagaan berbillion ringgit, juga mempunyai kereta Mercedes Benz, Lamboghini,Murcielago,Ferrari Spider,Bentley New Continental GT,Maserati Quortoporudi dan Alphard

KEKAYAAN ANAK DR MAHATHIR MOHAMAD

Mirzan mahathir,menguasai beberapa syarikat peniagaan besar seperti Sunway Building Tecnologies berhad,Capetronic Consumer Electronics Holdings berhad,World wide holdings berhad,Artwright holdings berhad dan lain2 lg.

Mirzan pada 2011 muncul sbg salah seorg pgarah syarikat San Miguel Corp,syarilat konglomerat makanan terbesar di Filipina yang juga trlibat dgn perniagaan Arak.

Terbaharu,mirzan dinamakan dalam afidavit di mahkamah India brkaitan siasatan pembangunan pelabuhan kakinada di Andra Pradesh.kerja2 pembinaan itu terlewat beberapa tahun dan perbendaharaan negeri mendakwa kerugian kira2 RM 33 juta antara 1999 dan 2007 disebabkan kelewatan itu.

Mokhzani mahathir majalah perniagaan Malaysia Business pernah melaporkan Mokhzani mahathir sbg antara 3 tokoh perniagaan melayu terkaya di Malaysia.beliau memiliki syarikat Kenchana Petroleum dan menduduki tangga ke 19 dalam senarai majalah itu dgn memiliki kekayaan sbyak RM 1.6 BILLION selain itu Mokhzani juga memiliki saham di dalam THB Industries Berhad,Tongkah holdings berhad dan Pantai Holdings berhad.

SEBEGINILAH MANUSIA YG HDUP DIALAS WANG KERTAS DUIT RAKYAT, SEJAHTERA LAH MEREKA HIDUP DIDUNIA, DAN YANG AMAT PERIT SEKALI KETIKA MATI DALAM KEALPAAN, SEMOGA ALLAH MEMBERI HIDAYAH KESEDARAN KEPADA MEREKA DAN SEDIA BRTAUBAT MENERIMA HUKUMAN DIDUNIA. MESTI DI BACA DAN HARUS DI TEKA, --> "HIDUP UMNO!" atau "HIRUP UMNO HIRUP!"...Tepuk dada tanyalah selera.....

~siasahkini



Iklan C (ii)
  



Penceroboh Lahad Datu Jumpa VIP Kerajaan Malaysia?

Posted: 22 May 2013 07:49 AM PDT


KUALA LUMPUR 22 MEI: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin mempersoal tindakan kerajaan yang masih tidak mendedahkan hasil rundingan kerajaan dengan penceroboh Sulu.

Katanya, antara isu yang menyelubungi insiden pencerobohan Lahad Datu, Sabah Februari lalu ialah permintaan kumpulan bersenjata Sulu yang mahu bertemu seseorang yang berpangkat 'VIP' kerajaan Malaysia.

"Siapa personaliti VIP yang dikatakan Sultan Kiram yang ingin ditemuinya? Apa yang cuba dilindungi pimpinan Umno BN sehingga mereka enggan mendedahkannya?

"Bagaimana orang yang terlibat dengan pencerobohan merupakan seorang yang pernah menjadi ADO (Pembantu Pegawai Daerah) di Kudat? Ini persoalan yang mereka gagal jawab," kata Shamsul yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil kepada Keadilan Daily.

Laporan portal berita dan media sosial facebook beberapa bulan lalu memaparkan gambar pertemuan antara ketua penceroboh Lahad Datu, Agbimuddin Kiram dengan pemimpin Umno.

Antaranya bekas Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir Mohamad, Aziz Shamsuddin, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak.

KEADILAN sebelum ini mendedahkan, Agbimuddin pernah berkhidmat sebagai Pembantu Pegawai Daerah di Kudat berdasarkan dokumen gaji 1975 kerajaan Sabah yang diperolehi dari arkib negeri.

Justeru kata Shamsul, tindakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi bahawa tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu tidak akan didedahkan hanyalah wayang untuk mencipta persepsi buruk terhadap Pakatan Rakyat.

"Ini hanya tindakan yang didorong kepentingan Umno BN sebelum Pilihan Raya Umum ke-13. Sejak insiden pencerobohan di Lahad Datu, BN menjadikan isu ini untuk kepentingan mereka.

"Pakatan Rakyat konsisten. Pendirian kami bahawa isu Lahad Datu ini adalah isu keselamatan dan ia perlu ditangani secara tegas," kata Shamsul.

Tambahnya, nama tiga pemimpin pembangkang yang cuba dikaitkan dengan insiden tersebut bertujuan mengurangkan tumpuan terhadap kelemahan pentadbiran kerajaan Umno BN.

"Jangan kembalikan demokrasi di negara kita kepada era Mahathir yang memperkuda aparat kerajaan untuk menekan rakyat," kata Shamsul. ~keadilandaily



Iklan C (ii)
  



Gambar Solat Atas Air?

Posted: 22 May 2013 07:28 AM PDT


Gambar ini telah menerima like lebih drp 100K. Tak pasti berlaku di mana dan apa sebenarnya cerita atas gambar ini. Yang menarik mereka tetap bersolat.

Ada beberapa kemusyiklan pada gambar ini. Mereka solat berjamaah tetapi tidak mengikut saf yang betul. Kalau jamaah, kenapa pula ada yang solat bersendirian di belakang?

Kenapa mereka tak solat sebelah yang tak ada air? Sebut pasal air, kedalam air tidak sekata. Budak paling tepi itu muka dan hidungnya tenggelam dalam air. Macam mana dia bernafas semasa sujud?

Lihat no 3 daripada budak yang tenggelam hidung itu macam tak nak rapat muka ke lantai pasal takut air masuk dalam hidung??

Kalau dikatakan gambar ini direka, bagaimana pula baju mereka basah. Semua baju adalah basah menunjukkan semacam kena hujan, tapi tanda-tanda hujan tiada. Adakah hujan sudah berhenti?

Tapi kalau diperhati ada kesan 2 titisan air daripada bumbung pada gambar ini.

Anda jawab semua persoalan di atas. ~tko


Iklan C (ii)
  



Tahanan Polis Meninggal Dunia Dengan Kesan Di Stapler

Posted: 22 May 2013 04:18 AM PDT

Kes terbaru kematian dalam tahanan melibatkan N Dharmendran dianggap yang terburuk selepas kematian A Kugan pada 2009.Peguam keluarga mangsa N Surendran berkata, kedua-dua telinganya dikokot dan terdapat beberapa tanda pukulan di paha dan belakangnya. "Terdapat bukti fizikal terdapat pukulan dan deraan di bahagian depan paha dan belakang badan, terdapat tanda pukulan di belakang dan bengkak.

"Telinganya dikokot dan besi kokot masih tertinggal, yang boleh dilihat dengan jelas"Ini kes paling teruk pernah saya lihat selepas Kugan," kata Surendran, yang juga anggota parlimen Padang Serai.

Surendran antara yang dibenarkan melihat mayat Dharmendran bersama ahli patologi dan anggota keluarga di Hospital Kuala Lumpur. ~malaysiakini



Iklan C (ii)
  


DAP Sedia Isytihar Aset Walaupun SPRM Tiada Kredibiliti

Posted: 22 May 2013 02:02 AM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Mei — Wakil rakyat daripada DAP bersedia untuk mengisytiharkan aset mereka sepertimana yang dicadangkan anggota panel Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), walaupun badan pencegahan rasuah berkenaan menurut Tony Pua "kurang kredibiliti".

Meskipun Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu bersetuju dengan cadangan panel SPRM tersebut, kerana menurutnya ia adalah langkah positif untuk "memastikan integriti, dan meningkatkan kepercayaan dan bagi mengekang gejala rasuah", beliau bagaimanapun menolak pengisytiharan tersebut dibuat hanya kepada SPRM sahaja.

Jelas Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP itu lagi, sejak lima tahun kebelakangan ini, SPRM juga tidak menyiasat dengan kompeten gejala rasuah "ikan jerung" dalam parti pemerintah.

"Lebih malang lagi, SPRM begitu tidak adil apabila mensasarkan wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat. SPRM memburu di Selangor, merampas fail dari Ahli Dewan Undangan Negeri dan menggledah pejabat kerajaan negeri tanpa bukti kukuh dengan harapan akan memperolehi bukti pelakuan rasuah atau salah guna kuasa," dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Panel dengan lapan anggota itu dalam kenyataannya semalam telah mencadangkan supaya semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) membuat pengisytiharan harta setiap tiga tahun kepada SPRM.

Langkah itu jelas mereka bagi memastikan komitmen mereka dalam perang menentang rasuah.

"Dengan pengisytiharan harta yang dibuat oleh semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri ini maka keraguan terhadap pertambahan aset sepanjang mereka memegang jawatan dapat dihindari," kata panel berkenaan.

Pua bagaimanapun menegaskan kesemua wakil rakyat yang terpilih DAP telah menandatangani Akujanji Integriti pada 11 Mei 2013 ketika Persidangan Kebangsaan Wakil Rakyat yang Terpilih, yang katanya turut memasukkan kluasa "pengisytiharan aset kepada umum sebaik sahaja dilantik ke jawatan eksekutif kerajaan" sama ada di peringkat negeri mahupun Pusat.

"Exco kerajaan negeri di Pulau Pinang dan Selangor telah pun mengisytiharkan aset secara terbuka ... saya sendiri bersedia untuk mengisytiharkan aset secara terbuka kerana saya tahu apa sahaja aset yang saya ada diperoleh dengan cara yang baik tanpa sesen pun daripada duit pembayar cukai atau korupsi," katanya lagi.

Pua turut menambah, "apa yang kurang adalah komitmen untuk pengisytiharan aset oleh Perdana Menteri termasuk SPRM akan membuktikan kurangnya keikhlasan untuk membanteras rasuah, terutamanya bagi mereka yang berkuasa di negara ini".

Panel berkenaan yang dipengerusikan oleh Datuk Johan Jaaffar turut mencadangkan anggota keluarga jemaah Menteri dan Menteri Besar termasuk juga kumpulan anggota jawatankuasa negeri dicadangkan supaya dilarang daripada terbabit dengan kontrak kerajaan.

Hal ini kerana jelasnya, agar anggota pentadbiran kerajaan pada peringkat pusat dan negeri serta anggota keluarga terdekat mereka tidak melibatkan diri dalam permohonan atau membida kontrak kerajaan.

Mereka turut mencadangkan agar diwujudkan tempoh bertenang bagi membenarkan penjawat awam yang telah bersara memegang jawatan korporat atau pengamalan profesional dalam sesebuah syarikat atau firma bagi mengelakkan berlakunya gejala rasuah.

"Keadaan ini boleh menimbulkan konflik kepentingan kerana mereka boleh memanfaatkan pengetahuan, pengaruh dan peranan ketika berkhidmat dalam kerajaan untuk kepentingan masa pencen. Ia juga merupakan 'insuran' atau jaminan bagi mereka apabila meninggalkan jawatan awam.

"Risiko kesalahan rasuah juga boleh berlaku kerana pegawai yang bakal bersara itu berpeluang memanfaatkan kedudukan awamnya untuk melobi jawatan atau faedah peribadi tertentu bagi dirinya apabila dia bersara kelak," katanya lagi. ~ the malaysian insider




Iklan C (ii)
  

Punca Anwar Tak Jadi Bersara Tersebar

Posted: 22 May 2013 01:30 AM PDT

ALOR SETAR 22 MEI: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Pakatan Rakyat sama sekali tidak akan tunduk kepada kemenangan BN yang diperoleh secara tipu sebaliknya perjuangan mendapatkan kebenaran untuk rakyat mesti diteruskan.

"Kami ingin memberi mesej jelas kepada Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi dan juga Perdana Menteri bahawa Pakatan tidak akan menyerah kalah.

"Kita tidak akan menyerah kuasa bila terbukti Pakatan telah pun menang PRU 5 Mei lalu. Pemimpin SPR dituntut meletakkan jawatan kerana gagal melaksanakan pilihan raya dengan adil dan telus," kata Anwar.

"Putrajaya tidak boleh menjadi milik BN kerana mereka telah kalah sebenarnya. Kita tuntut Putrajaya dari mereka yang mendakwa menang, tapi menipu.

"Kabinet 'recycle' yang tidak berkualiti dibentuk Perdana Menteri juga tidak akan kita akui," kata Anwar depan lebih 60,000 rakyat yang melimpah hingga di luar Kompleks PAS Batu 9, Kota Sarang Semut, Alor Setar pada Himpunan Black 505 malam tadi.

Dalam pada itu, beliau menempelak pelantikan P Waythamoorthy sebagai Timbalan Menteri dalam kabinet baru yang dibentuk Datuk Seri Najib baru-baru ini.

"Pemimpin Hindraf ini pernah menolak keistimewaan dan hak orang Melayu dalam negara ini suatu ketika dahulu. "Ke mana pergi Pemuda Umno dan Perkasa?

"Kenapa mereka tidak pertikaikan pelantikan pemimpin yang pernah mempertikaikan hak dan kedudukan orang Melayu ini? Kenapa mereka diam?" kata Anwar.

Turut hadir, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub; Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden KEADILAN, N Surendran dan Tian Chua serta pimpinan Pakatan Kedah. ~keadilandaily





Iklan C (ii)
  


Anwar Tempelak Zahid..

Posted: 22 May 2013 12:12 AM PDT


Pemimpin Pakatan Rakyat menggunakan pentas Himpunan Blackout505 di Kedah malam tadi untuk menempelak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berhubung amarannya terhadap agenda 'rampasan kuasa'.

Malah, di pentas yang sama puluhan ribu orang membanjiri Kompleks PAS di Kota Sarang Semut turut bersolidariti dengan aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim yang direman lima hari bawah Akta Hasutan susulan kenyataannya dalam sebuah forum.

Tiupan vuvuzela, kibaran bendera parti PAS-PKR-DAP, rentangan sepanduk "Bebaskan Adam Adli" dan nyalaan pemetik api oleh hadirin menjadi tanda sokongan kepada mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang kini ditahan di Lokap Berpusat Kuala Lumpur di Kepong.

Dalam ucapannya, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, dakwaan rakyat mahu menggulingkan kerajaan melalui kekerasan adalah tidak benar memandangkan rakyat tidak mempunyai apa-apa senjata seperti pihak berkuasa.

"Di Malaysia, sesiapa yang memiliki senjata (secara tidak sah) boleh dihukum bunuh," katanya sambil menyifatkan dakwaan Zahid bahawa rakyat mahu menukar kerajaan melalui "kekerasan" adalah satu pembohongan.

"Saya keluar berdemonstrasi daripada kecil hingga tua, tidak pernah membawa senjata...," katanya diiringi ketawa pada hadirin.

Pemimpin muda PKR Badrul Hisham Shaharin juga menepis dakwaan tersebut dan menolak momokkan Arab Spring terhadap perhimpunan anjuran Pakatan dan kumpulan NGO

"Kita tidak mainlah dengan spring-spring ni, yang main spring adalah Umno dan BN," katanya sambil membidas bahawa BN yang sepatutnya 'angkat beg' keluar daripada Malaysia kerana mendapat undi popular 47 peratus berbanding Pakatan dengan 51 peratus.

Sementara itu, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden N Surendran serta Ketua Srikandi Siti Aishah Sheikh Ismail turut menghangatkan suasana apabila menempelak kerajaan yang menahan Adam Adli sekaligus menaikkan semangat anak muda dengan suara tegasnya.

"Kita harus bangkit dan pertahankan negara kita. Dia (pihak berkuasa) mula tangkap Adam Adli yang dikatakan mahu gulingkan kerajaan.

"Sedangkan dia minta rakyat pertahankan kerajaan yang sah, menerima demokrasi bukan menerima penipuan. Tapi buat tindakan (dengan menahannya) untuk takut-takutkan orang lain. Inilah kebangkitan anak muda, kita kena jayakan," kata Anwar.

Mengulangi ucapan dengan mempersoal dan membangkitkan isu penipuan dalam pilihan raya umum lalu, Anwar mengajak rakyat bangkit sekali gus mempertahankan negara ini daripada penipuan khususnya dalam pilihan raya umum lalu.

Beliau mendakwa wujudnya "penipuan besar-besaran" pada pilihan raya umum lalu termasuk dakwaan pengundian warga asing, isu penggunaan dakwat kekal, kertas undi ditemui kawasan mengundi yang lain dan jumlah kertas undi dikeluarkan lebih daripada jumlah pengundi di suatu kawasan.

"(Sebenarnnya) kita sudah menang pilihan raya ini. Kita perlu mempertahankan kemenangan kita... Kita perlu pertahankan keputusan pilihan raya-13 dan tuntut Putrajaya sekarang daripada kerajaan.

"Kita boleh terima, kalau tidak ada orang asing, dakwatnya yang digunakan itu kekal. Tapi jika kamu (kerajaan) tidak boleh mempertahankan, jangan sesekali berani kata pilihan raya itu sah," katanya.

Anwar turut menempelak pemimpin Umno dan NGO pendesak Melayu PERKASA yang berdiam diri dengan pelantikan pemimpin Hidraf P Waythamoorthy yang didakwanya mempertikaikan kedudukan dan hak keistimewaan orang Melayu, dalam kabinet.

"Mana dia PERKASA, mana dia Pemuda Umno. Bangkit. Ada satu suara Pemuda Umno, PERKASA pertikaikan pelantikan ini?... Ini dia politik kemunafikan dan kepura-puraan," tegas Anwar.

Anwar turut menjangkakan suhu politik pada beberapa minggu berikutnya mungkin "sedikit tegang". Bagaimanapun beliau berharap rakyat dapat "bersabar, pertahankan keamanan dan mengikut arahan" pimpinan Pakatan. ~malaysiakini





Iklan C (ii)
  


Bekas Menteri Mengakui Hakikat Sebenar BN Kalah?

Posted: 21 May 2013 09:55 PM PDT


Keputusan PRU13 pada 5 Mei lalu menyaksikan persaingan sengit di antara BN dan PR. Sementara BN menguasai 133 kerusi Parlimen, lebih 44 daripada pembangkang, analisisyang dibuat Sinar Harian mengenai pecahan undi menunjukkan dari segi undi popular bagi kerusi Parlimen pula, PR mendapat lebih 300,000 undi.

Bersandarkan kepada analisis itu, PR didapati mendominasi semua kawasan ibu negeri, kecuali di Kangar dan Johor Bahru, yang dikuasai BN.

Antara kawasan ibu negeri yang dimenangi PR adalah Alor Setar, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Ipoh, Tanjong, Kuantan, Shah Alam, Seremban, Kota Melaka, Kota Kinabalu dan Kuching.

PR juga berjaya mengekalkan dominasi di Wilayah Persekutuan dengan memenangi sembilan daripada 13 kerusi yang dipertandingkan. BN menang di kawasan Parlimen Putrajaya, Labuan, Setiawangsa dan Titiwangsa.

Bagi kerusi Parlimen Selangor pula, PR berjaya mengekalkan dominasi kawasan bandar dan pinggir bandar, iaitu di Petaling Jaya, Serdang, Ampang, Puchong, Kelana Jaya, Gombak, Subang, Shah Alam, Kapar, Klang dan Kota Raja.

BN menang di kawasan luar bandar, iaitu Sabak Bernam, Sungai Besar, Tanjong Karang, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.

Negeri Sembilan turut mencatat kemenangan PR di kawasan bandar, iaitu di Seremban dan Rasah, manakala BN unggul di kawasan luar bandar seperti Jelebu, Jempol, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin.

Secara keseluruhan, PR dilihat mempunyai sokongan yang kuat di kawasan bandar sehingga berjaya menang hampir kesemua ibu negeri, termasuk di Sabah dan Sarawak. Kekuatan ini dibantu oleh sokongan pengundi bukan Melayu kepada calon-calon PR, terutama bagi kerusi yang ditandingi DAP.

Bagaimanapun, BN masih didapati dominan di luar bandar, terutama di kawasan pendalaman, Felda dan pinggir bandar.

Antara faktor yang dilihat menyukarkan PR untuk menembusi kawasan luar bandar adalah halangan maklumat untuk sampai kepada pengundi, khususnya di kawasan yang tiada kemudahan internet.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah berpendapat, pengundi PRU13 terbahagi kepada dua, iaitu yang membawa harapan demokrasi dan harapan pembangunan.

"Keputusan PRU13 menyaksikan jika kawasan-kawasan yang majoriti penduduknya meletakkan harapan pembangunan itu lebih tinggi, di situlah BN menang.

"Walaupun BN memang pakar menjaga harapan pembangunan, namun ia masih perlu bekerja keras untuk menangani harapan demokrasi. Ini kerana, jika di situ majoriti pengundi lebih meletakkan harapan kepada demokrasi, BN akan kalah," katanya. ~sinar harian



Iklan C (ii)
  


Nik Abduh Buat Onar Lagi?

Posted: 21 May 2013 08:11 PM PDT

KUALA LUMPUR: "Saya menulis pasal 'spring', bukan himpunan bantah kezaliman. Bukankah telah acap saya menulis menyokong himpunan aman?" ujar Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menerusi facebooknya.

Baginya, himpunan aman yang besar dan aman perlukan persetujuan rasmi komponen parti dan pemantauan yang lebih.

Menurut Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia itu, segar jiwanya membaca ratusan komen yang pro dan kontra, panas dan cool daripada anak-anak muda terutamanya.

Tulisan itu ada kaitan dengan laporan Utusan Malaysia hari ini yang dipetik kenyataannya di laman Facebook dengan tajuk 'Itu perbuatan gopoh - Nik Abduh'.

Akhbar pro Umno itu yang dilihat cuba melaga-lagakan pemimpin Pakatan Rakyat melaporkan, seorang lagi pemimpin Pas secara terbuka menolak usaha Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjatuhkan Kerajaan Persekutuan yang dipilih secara sah oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 melalui siri perhimpunan jalanan dengan menyifatkan tindakan tersebut sebagai gopoh.

Malah, menurut laporan itu lagi, beliau mengajak orang ramai memikirkan kemenangan melalui kesabaran, bukannya melalui ledakan di jalan raya.

Sambil mengucapkan terima kasih dengan komen anak muda ekoran laporan akhbar yang kerap kalah dalam kes saman itu, beliau berkata api selalu mencakar dan mengaum saat dipercik air.

"Saya hanya percikkan air, bukan menyimbah untuk memadamkan api kemarahan anak muda.

"Bacalah beberapa kali pesan yang pendek itu. Ia mengandungi nasihat yang bagus," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas.

Mengenai himpunan aman yang besar dan aman, jelasnya ia memerlukan persetujuan rasmi komponen parti dan pemantauan yang lebih.

"Takuti provokasi tak terkawal oleh musuh PR yang sentiasa mahu mengotorkan reputasi PR yang cintakan keamanan dan kesejahteraan hidup," ujarnya lagi.

Beliau juga menjelaskan tulisannya pasal 'spring', bukan hal Adam Adli atau kezaliman pemerintah terhadap aktivis pelajar dan rakyat.

Katanya, Pemuda PAS telah pun buat kenyataan rasmi yang konsisten perihal penangkapan Adam.

"Solidariti DPPM untuk Adam Adli," tegasnya.

Beliau menegaskan, Pemuda PAS bersama anak muda berada di barisan hadapan menentang penyalahgunaan kuasa dan undang-undang yang membunuh hak dan kebebasan rakyat.

"Beruntunglah bumi ini, dijadikan Allah antara panas dan cool," ujarnya.





Iklan C (ii)
  


Berita Memalukan Ini Pasti Tak Di Siarkan Oleh Media Pencacai Umno

Posted: 21 May 2013 07:00 PM PDT


N.27 Pengkalan Kota

Media perdana menyembunyikan berita bahawa BN hilang deposit di 2 kerusi di Pulau Pinang. Lihat bukti di bawah ini yang disalin dari portal rasmi pilihanraya SPR di sini.

Malangnya media perdana cuba menutup berita ini.Mungkin tak pernah berlaku BN hilang deposit sebelum ini.


N.13 Berapit
 


~malaysiaberih





Iklan C (ii)
  


Tiada ulasan: