Isnin, 20 Mei 2013

Addin

Addin


Ribuan Hadir Sokong Adam Adli Di Balai Polis Jinjang Malam Ini

Posted: 20 May 2013 09:54 AM PDT


KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak dari pelbagai kaum dan keturunan berhimpun di depan Balai Polis Jinjang malam ini bagi membantah penahanan Adam Adli.

Mereka berkumpul secara aman sambil menyalakan lilin tanda sokongan moral untuk aktivis pelajar yang ditahan di Seksyen 4 Akta Hasutan dan Seksyen 124(b) Kanun Keseksaan itu.

Tidak kurang 2,500 rakyat dari pelbagai keturunan, tua dan muda serta lelaki dan wanita telah berkampung sebagai menunjukkan sokongan padu kepada beliau yang dikini sedang ditahan di lokap Balai Polis Jinjang setelah mendapat perintah reman selama 5 hari.

Kebanyakan mereka memakai baju hitam lambang sokongan kepada perjuangan Black 505 iaitu hari hitam pilihan raya Malaysia.


Antara yang kelihatan adalah Nurul Izzah, Datuk Ambiga Srevanasan serta kedua ibu bapa Adam Adli sendiri.

Penahanan Adam Adli Abdul Halim mengikut Seksyen 124(b) Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 4 Akta Hasutan dikecam Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan sebelum ini.

Beliau menyifatkan tindakan menahan Adam sebagai lambang ketakutan pemerintah dan mempertikaikan apa salah Adam yang ingin menyuarakan keinginan rakyat Malaysia kepada pemerintah.

"Saya mewakili seluruh warga Dewan Pemuda PAS Malaysia, mendoakan agar Adam Adli tidak patah semangat mendepani ujian getir perjuangan ini.

"Serentak itu kami mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bertamadun yang dilakukan oleh pihak berkuasa ke atas saudara Adam Adli," katanya pada satu kenyataan media.

Pada 18 Mei lalu, Adam Adli dilaporkan ditahan di lokap Balai Polis Jinjang bersabit dengan satu siatan di bawah seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, pada jam 3.15 petang Sabtu lalu.

Berikutan itu, semalam dipetik daripada satu portal berita, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh mengesahkan bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu ditahan reman sehingga Khamis ini.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan seorang Majistret di Balai Polis Jinjang, tengah hari semalam.

"Adam Adli ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya yang menghasut orang ramai menggulingkan kerajaan menerusi demonstrasi jalanan yang dibuatnya baru-baru ini," katanya.

Dalam pada itu, Nasrudin yang merupakan Ahli Parlimen Temerloh berkata ramai pemimpin politik daripada BN dan akhbar yang pro-kerajaan turut mengeluarkan kenyataan secara terang-terangan berbaur hasutan namun tidak diambil tindakan. ~harakahdaily





Iklan C (ii)
  


Rumah Kakak Muhyiddin, Adik Ketua Polis Negara Di Rompak

Posted: 20 May 2013 08:02 AM PDT

Hanya dalam masa lima jam, dua kediaman milik anggota keluarga orang kenamaan negara dirompak dalam dua kejadian berasingan pada hujung minggu lalu.

Laporan China Press menyebut, kejadian pertama berlaku di kediaman milik seorang kakak kepada timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di SS3, Petaling Jaya.

Kediaman tersebut, sebuah rumah banglo, dilaporkan dipecah masuk pada jam 10 malam pada hari Sabtu.

Pada jam 3 pagi selepas itu, satu lagi kejadian rompakan dilaporkan berlaku di Mantin, Negeri Sembilan di sebuah rumah banglo milik seorang adik kepada ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Seramai lima orang dalam keluarga terbabit diikat oleh lima orang perompak, dipercayai warga asing.

Menurut satu kiriman berita Nanyang Siang Pau, perompak berkenaan menghilangkan diri tanpa dikesan manakala mangsa enggan mendedahkan jumlah kerugian. ~mkini



Iklan C (ii)
  


Zahid Hamidi Warning Malaysiakini

Posted: 20 May 2013 08:00 AM PDT


PUTRAJAYA, 20 Mei - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memberi amaran kepada portal berita Malaysiakini supaya lebih bertanggungjawab dalam menyiarkan berita.

Beliau berkata portal berita itu perlu berpegang kepada etika kewartawanan tanpa memutarbelitkan berita atau kenyataan asal menjadi kontroversi. "Anda (wartawan Malaysiakini) selalu putar belitkan kenyataan, selalu sangat.

Perkara yang tak ada anda buat ada, anda tulis elok-elok. "Saya pantau setiap perkataan, ayat, perenggan, setiap berita di Malaysiakini. 

Anda jangan main api dengan saya. Anda selalu putar belit. "Tolong cuba menulis mengikut etika kewartawanan okay?," katanya kepada wartawan portal itu pada sidang media sempena hari pertama beliau bertugas di kementerian itu, di sini hari ini.

Ahmad Zahid juga menegaskan beliau tidak akan memohon maaf kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berhubung kenyataannya menggesa mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya di Malaysia supaya berhijrah ke negara di mana mereka boleh mempraktikkan kepercayaan politik mereka, yang menurutnya telah disalah tafsir.

"Dia (Lim) yang patut minta maaf kepada saya, sebab salah tafsir kenyataan saya. Bukan saya minta maaf kepadanya," katanya dengan nada serius. ~bernama



Iklan C (ii)
  


Patutkah Air Asia Bertindak Sebegini?

Posted: 20 May 2013 06:12 AM PDT


Seorang ibu, Izan Suhaila Mohd. Ali, 36, bernasib baik selepas kesukaran yang dihadapinya di lapangan terbang Ho Chi Minh, Vietnam mendapat pembelaan syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) dan Tourism Malaysia.

Segala-galanya bermula selepas ibu malang itu tidak dibenarkan menaiki pesawat tambang murah AirAsia, AK 1455 untuk pulang ke negara ini pukul 9.00 malam semalam dengan alasan anaknya, Maryam Sofea Mohd. Reza, 14 bulan, menghidap demam campak.

Paling memilukan, kakitangan syarikat penerbangan itu tidak menghiraukan penjelasan Izan Suhaila anaknya sudah pulih daripada demam campak dan kesan tompokan hitam yang kelihatan merupakan parut akibat penyakit tersebut.

Mengulas kejadian itu, kakak Izan Suhaila, Norhamiza berkata, walaupun sudah dirujuk kepada jururawat warga tempatan dan disahkan seorang penumpang Malaysia yang merupakan doktor, namun kakitangan AirAsia tetap bertegas penyakit Maryam Sofea yang merupakan kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) membahayakan penumpang lain.

Sambil meluahkan rasa kecewanya, Norhamiza mempersoal kewajaran AirAsia memaksa adiknya tinggal selama lima hari di negara itu sedangkan mereka langsung tidak pantau tahap kesihatan Maryam apatah lagi membawa anak saudaranya ke hospital tempatan.

Baca kisah lanjut di SINI.




Iklan C (ii)
  

Fakta Sebenar Pakatan Rakyat Menang PRU13 Tersebar

Posted: 20 May 2013 01:32 AM PDT


Ini adalah rakaman video forum "Fakta Sebenar Pakatan Rakyat Menang PRU13″ yang telah berlangsung di Dome, Komtar, Pulau Pinang pada 16 Mei 2013 yang lalu dan ianya telah dilancarkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Forum ini yang menampilkan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli, beliau telah membentangkan statistik dan hujah-hujah yang menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat telah pun memenangi PRU13 baru-baru ini.

Sebelum itu lihat dulu apa cerita Guan Eng mengenai rasuah pembelian undi DUN Ayer Putih yang dilakukan secara terang-terang oleh ejen-ejen BN..

Lihat video di SINI.




Iklan C (ii)
  

Pendapatan Bulanan PM, TPM, Menteri, Tim. Menteri dan Ahli Parlimen Malaysia 2013

Posted: 19 May 2013 10:19 PM PDT

PETALING JAYA: Seorang Ahli Parlimen boleh menjana pendapatan sehingga RM10,000 sebulan termasuk elaun.

Merujuk Kertas Statut 235 Tahun 1983, Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980, seorang Ahli Parlimen diberikan elaun bulanan seperti untuk keraian (RM1,500), pemandu peribadi (RM1,200), perjalanan (RM1, 500) dan telefon (RM900).

Ahli Parlimen turut dibayar elaun sebanyak RM200 sehari apabila mereka menghadiri mesyuarat di Parlimen dan RM150 apabila mereka menghadiri mana-mana jemputan rasmi mesyuarat, taklimat, seminar atau pelbagai acara anjuran kementerian atau agensi-agensi kerajaan di peringkat persekutuan atau negeri.

Selain itu, Ahli Parlimen juga boleh menuntut elaun makanan (termasuk 25% untuk tips) dan bayaran untuk bilik hotel, bayaran caj dobi, tempat letak kenderaan, tol, dan wang belanja untuk membeli pakaian panas dan pakaian istiadat.

Faedah-faedah lain seorang Ahli Parlimen ialah mendapat rawatan perubatan percuma untuk diri mereka, pasangan dan anak-anak di bawah 21 tahun di hospital dan klinik kerajaan, pinjaman komputer, kereta dan perumahan, senjata api percuma dan lesen kenderaan, serta pencen dan ganjaran untuk perkhidmatan mereka di bawah syarat-syarat dan keadaan tertentu. ~the star

Addin :

Berbeza dengan Singapura yang mengamalkan gaji berdasarkan KPI, adakah Malaysia mengamalkan perkara yang sama?





Iklan C (ii)
  

Punca Adam Adli Di Tahan Polis Di Kenal Pasti.. Lihat Video Ni

Posted: 19 May 2013 07:49 PM PDT


Gara-gara ucapan beliau dalam video inilah kononnya Adam Adli ditahan polis dibawah akta hasutan.Kanun Keseksaan 124B & Akta Asutan 4(1)(b). Adam Adli kini sedang dalam tahanan reman selama lima hari.

Entah di mana silapnya ucapan Adam Adli dalam video ini tidak dapat dipastikan. Sila tonton dan nilai sendiri apakah benar Adam Adli menghasut dalam ucapannya.

Turut disertakan adalah video pendek sekitar himpunan solidariti untuk Adam Adli di Jinjang.

Lihat video di SINI.



Iklan C (ii)
  

Calvin Thoo, Pereka Fesyen Terkenal Malaysia Memeluk Islam

Posted: 19 May 2013 05:51 PM PDT


Calvin Thoo adalah seorang pereka fesyen terkemuka di Malaysia, telah memeluk Islam dan mengucap dua kalimah syahadah dengan disaksikan Ustaz Dato' Ismail Kamus, Dato' Dr. Asri Zainal Abidin dan YB Ustaz Sallehen bin Mukhyi (ADUN Sabak).

Beliau yang sudah di dalam industri lebih 17 tahun malah mempunyai label jenama sendiri. Sentiasa menjadi pereka fesyen untuk artis dalam program-program besar seperti ABPBH, Minggu Fesyen Kuala Lumpur, Anugerah Fesyen Antarabangsa Malaysia, Festival Fesyen Islam KL dan sebagainya.

Calvin Thoo menyatakan beliau memilih Islam di saat mimpi dan bermimpi bersyahadah. Saudara kita yang berketurunan cina kini menjadi sah menjadi seorang muslim..

Selamat kembali ke fitrah asalmu wahai saudara kami..



~greenboc


 


Iklan C (ii)
  

Tiada ulasan: